Senyuman Yang Hilang
D
|
engan wajah yang ketakutan
Jamilah segera menuruni anak tangga rumahnya. Dia perlu segera memberitahu
keadaan Umairah kepada kedua orang tua Umairah, supaya dia boleh dibawa ke
hospital. Sekembalinya mereka ke bilik itu, abi Umairah segera merangkul tubuh
kecil molek milik Umairah dan membawanya turun untuk pergi ke hospital apabila
mendapati badannya terlalu panas. Mujur juga adik-adik Umairah sudah pergi ke
sekolah sebentar tadi dengan di hantar oleh jiran sebelah rumahnya. Umi Umairah
dan Jamilah yang sudah lengkap bertudung juga turut serta menghantarnya ke
hospital.
Seketika di dalam kereta, Umairah cuba membuka matanya
yang semakin berat untuk dibuka. Dalam kekaburan pandangan matanya dia dapat
melihat wajah uminya. Dengan sedikit tenaga yang masih bersisa Umairah mula
bersuara.
“Umi…. Umairah sakit
kepala la umi… mata Umairah pedih…. Tolong Umairah umi… sakit sangat…“
“Ya Allah sayang… sabar…
kita nak gi hospital ni. Sabar ye! Sayang rehat dulu… nanti dah sampai umi
kejutkan.“ Mahani bersuara sayu walaupun
airmata bukanlah penemannya pada ketika itu.
Setibanya mereka di hospital, Umairah segera di bawa
masuk ke bilik kecemasan oleh kerana dia tidak sedarkan diri selain kerana dia
ada mengadu sakit mata dan kepala selain demam panas. Doktor memberitahu kedua
ibu bapa Umairah yang mereka perlu membuat pemeriksaan yang lanjut kepada
Umairah. Kebimbangan yang selalu bermain di dalam diri Abdullah dan Mahani kini
semakin terbayang dekat di mata. Kebimbangan yang tidak dapat dilarikan lagi
dan sudah pasti akan berlaku.
“Sabarlah sayang. Kita
doakan dia tak teruk sangat.“ Abdullah cuba menenangkan Mahani yang sudah
berlenang dengan airmata.
“Insya-Allah abang. Abang
dah telefon syarikat ke bagitahu mereka abang tak dapat datang ni?“ Mahani
segera teringatkan kerja suaminya hari itu dan mula mengelap airmatanya.
“Dah jangan risau. Abang
dah minta Khairul tolong cover kerja abang
hari ni. Dah abang nak solat sunat sekejab and
baca Yassin. Nanti doktor cari panggilkan abang ye.“ Abdullah tenang
bersuara. Dalam keadaan seperti ini hanya pada-Nya tempat dia memohon
pertolongan.
“Baiklah, abang.“ Hanya
itu yang mampu dikatakan oleh Mahani ketika itu sambil menyapu airmata yang
menuruni pipinya. Dia tahu suaminya lebih sedih melihat keadaan itu berbanding
dirinya. Abdullah segera melangkah menuju ke arah surau yang terletak di luar
bangunan kecemasan Hospital Permaisuri Tengku Bainun tersebut. Jamilah
menyentuh jari-jemari uminya Umairah ingin memberikan sedikit semangat kepadanya.
“Dah, Mira jangan risau
ye. Insya-Allah Umairah tak apa-apa tu. Sama-sama kita berdoa semoga tiada
apa-apa yang teruk berlaku.“ Mahani mula melemparkan senyuman kepada Jamilah
biarpun senyuman itu bukan semanis senyumannya ketika dia gembira melihat
telatah Umairah dan Jamilah bergurau senda. Jamilah hanya mampu menganggukkan
kepalanya dengan kata-kata itu. Airmata yang jatuh di pipinya disapu dengan
hujung bajunya sahaja. Jamilah bersandar lesu pada kerusi yang ada di hadapan
bilik kecemasan sambil matanya tidak berkalih daripada memandang pintu bilik
tersebut. Seketika kemudian telefon bimbitnya berbunyi. Dia bangun menjauhi
tempat menunggu berkenaan.
“Waalaikummussalam, mama.” Jamilah segera menjawab salam
yang diberikan oleh ibunya.
“Sayang, pe kabo pagi ni?
Lena tidur dengan Umairah tak malam tadi.“ Ibunya bertanya dengan nada
mengusik.
“Mama……Umairah masuk wad.
Pagi tadi dia masuk wad dan mengadu sakit kepala dan mata.“ Jamilah mula mengkhabarkan
keadaan Umairah sambil airmatanya mula mengalir.
“Inalillah wa Inna ilaihi
rajii’un. Macam mana boleh jadi macam tu? Habis tu sekarang ada kat hospital
mana?” Ibunya nyata terkejut dengan perkhabaran itu.
“Kat KPJ Specialist Centre.“
“Okey, sayang jangan
sedih-sedih, ye. Mama akan beritahu papa. Dah abis sahaja kerja papa di sini,
kami akan terus balik,okey. Bye, Assalammualaikum.“
“Waalaikummussalam.“
Jamilah nyata lega dengan kata-kata ibunya itu. Dia mengelap semula airmata
yang mengalir.
Jamilah segera meluru mendapatkan doktor yang bertugas
yang kini berada di hadapan ibu dan bapa Umairah. Hatinya berdebar-debar
apabila melihat ketegangan situasi yang terlayar dihadapanya ketika itu.
“Doktor macam mana dengan
keadaan anak saya?“ Mahani terlebih dahulu bertanya kepada doktor wanita yang
manis bertudung tersebut.
“Panas badan anak Puan
sudah mula turun. Sebentar lagi nurse akan
hantarnya ke bilik pesakit. Boleh saya berbincang dengan tuan dan puan dalam
bilik saya sebentar. Ini berkaitan dengan ujian yang telah kami jalankan ke
atas anak tuan dan puan.“ Doktor yang bernama Amirah cuba bersuara tenang.
“Baiklah doktor, Mahani
jom kita ikut doktor. Mila tolong ikut nurse
hantar Umairah ya. Nanti kalau dia dah sedar ada juga dia teman nanti.“
Abdullah berbicara kepada Mahani dan Jamilah.
“Baik pakcik.“ Hanya itu
yang mampu Jamilah katakan. Dia pasti ada sesuatu yang kurang enak didengar
berkenaan dengan keadaan Umairah apabila doktor berkata demikian. Seketika
Abdullah dan Mahani mengikuti doktor tersebut, strecher yang menempatkan Umairah mula keluar daripada bilik
rawatan tersebut. Jamilah pantas mengikutinya menuju ke bilik pesakit yang
telah ditetapkan untuk Umairah.
******************************************
Pagi yang agak dingin itu, Jamilah sudah bersiap awal
pagi kerana dia ingin menemani Umairah yang masih lagi di hospital. Dia telah
menawarkan diri untuk menjenguk dan menemani Umairah pagi itu kerana dia tahu
umi Umairah tidak mungkin dapat menjenguknya pada pagi-pagi itu kerana
menguruskan hal-hal persekolahan adik-adik Umairah di samping abinya yang perlu
pergi bekerja. Dia yang baru pulang daripada tidur di rumah umi dan abi Umairah
pagi itu tergesa-gesa menyiapkan diri kerana ingin segera berjumpa dengan
Umairah. Sedang dia terkocoh-kocoh di dalam biliknya, dia terdengar deringan
telefon bimbitnya berbunyi yang mendendangkan lagu Hush nyanyian kumpulan dari Korea A-Pink.
“Mana pulak phone aku ni? Sape la pulak yang call aku pagi-pagi ni? Orang tengah
sibuk dia pun sibuk nak berbunyi. Kacau jer la.“ Jamilah segera mencari-cari
telefon bimbitnya. Biliknya yang sedikit berselerakan dengan baju-bajunya yang
penuh di atas katil habis diangkat satu persatu untuk mencari telefon bimbitnya
yang dirasakannya diletakkan di atas katil tersebut. Akhirnya dia menjumpai
telefonnya yang terletak dibawah salah satu timbunan baju-bajunya itu.
“Nasib baik sempat!“
Setelah panggilan sempat di angkat dan ditekan, Jamilah mula meletakkannya di
telinganya.
“Assalammualaikum Auntie Niza, apa yang boleh Mila tolong auntie pagi-pagi ni?“ Jamilah yang
sedikit pelik dengan panggilan Haniza pagi itu mula bertanya.
“Waalaikummussalam. Sorry la kalau auntie ganggu Mila pagi-pagi ni. Auntie nak tanya Mila kalau Mila tahu macam mana nak hubungi
Umairah. Pagi tadi auntie call tapi
tak dapat. Bukan apa, Abang Haq kamu ni dah tanya. Semalam lagi dia dah tanya
tapi semalam auntie cakap yang
Umairah ada hal tak dapat datang. Hari ini dia tanya lagi auntie tak tahu nak bagitahu apa lagi. Auntie risau Abang Haq kamu jadi macam ari tu, mengamuk sakan sebab
tengok dia dah lain macam jer sejak subuh tadi. Auntie cadang nak pujuk Umairah lak. Nak harapkan Abang Saiful kamu
macam ni la, tak jalan. Dia bukan pandai nak pujuk-pujuk perempuan ni.“ Haniza
segera memberitahu hajatnya menelefon pagi itu dengan panjang lebarnya. Jamilah
yang terdengar akan hal berkenaan telefon bimbit Umairah, dia mula segera
mencari telefon bimbit Umairah yang masih elok terletak di meja tulisnya itu.
Semalam keadaan yang kecoh menyebabkannya tidak sempat mengambil sekali telefon
bimbit Umairah. Segera telefon bimbit Umairah yang sudah kehabisan bateri di
masukkan ke dalam beg sandangnya.
“ Oh! Telefon bimbit
Umairah kehabisan bateri auntie. Tapi
ari ni pun Umairah tak dapat datang la auntie.
Dia ada kat KPJ sekarang ni. Semalam dia pengsan sebab demam panas. Ni pun
Mila tengah bersiap nak pergi jenguk dia.“ Jamilah bersuara sambil tangan sibuk
mengemaskan sedikit pakaian Umairah dan sedikit bahan bacaan untuk sahabat
baiknya itu. Telefon bimbitnya hanya dipegang dengan hujung bahunya sahaja.
Gaya yang memang tidak enak dipandang, tiada gaya seorang gadis bila memegang
telefon bimbit sebegitu rupa.
“Inalillah wa Inna ilaihi
rajii’un. Macam mana leh sampai demam panas ni? Nanti kamu tolong ambil auntie boleh? Abang Saiful dah pergi
kerja awal hari ni, ada meeting
katanya. Kereta auntie masuk workshop.” Kedengaran suara kerisauan
Haniza ketika itu.
“ Boleh jer auntie. Auntie siap la lagi setengah jam
Mila sampai.“ Jamilah membalas.
Semalam dia hanya sempat memaklumkan keadaan Umairah kepada kedua orang tuanya
dan terlupa untuk memaklumkan kepada Auntie
Niza dan Abang Saiful.
“Baiklah auntie bersiap. Bawa hati-hati kereta
nanti. Okey la, auntie letak dulu,
Assalammualaikum.“
“Okey auntie. Waalaikummussalam.“
Sebaik meletakkan telefon Jamilah segera mendail nombor telefon Saifuddin. Dia
sudah mendapat idea mengusik abang saudaranya itu.
“Assalammulaikum Abang
Saiful. Tengah busy ker? Sorry ganggu.“ Jamilah tersengih-sengih.
“Waalaikummussalam. Busy gak ni. Tengah nak ready sebab kejab lagi ada meeting ngan BOD. Kenapa call ni? Tak pernah-pernah call pagi-pagi macam ni.“ Saifuddin menjawab sambil tangan
kanannya ligat mengemaskan beberapa buah fail yang akan digunakannya nanti.
“Mila tak kan ganggu lama
masa abang. Mila cuma nak bagitahu abang yang sekarang ni Umairah ada kat KPJ.
Semalam dia pengsan dan demam panas. Kejab lagi Mila akan bawa auntie melawat Umairah. Abang tak nak
melawat dia ker?“ Jamilah tersenyum sambil cuba menahan agar Saifuddin tidak
dapat mengetahui keadaan dirinya itu.
“Inalillah wa Inna ilaihi
rajii’un. Semacam mana boleh jadi macam tu? Semalam kan Umairah teman Mila
tidur kat rumah Mila. Korang buat pe sampai boleh demam bagai ni?“ Saifuddin
ternyata risau.
“Macam yang Mila message abang semlam la, dia kan tidur
awal sakit kepala. Mana la nak tau sampai melarat macam tu. Pagi bangun subuh
tengok dia dah panas. Terus panggil parents
dia bawa gi hospital. Kami mana ada buat apa-apa malam tu.“ Jamilah menjawab
dengan wajahnya masih lagi tersenyum.
“Pe lagi yang doktor cakap
lepas periksa Umairah semalam? Tak de apa-apa masalah yang lain kan?“ Saifuddin
masih lagi ingin bertanya perihal Umairah.
“Umairah ada mengadu sakit
mata. Tapi lepas balik dari jumpa doktor, umi dan abi Umairah tak cakap apa-apa
pun. Mereka cuma cakap insya-Allah semuanya akan baik jer.“
“Alhamdullillah. Nanti ada
masa abang datang melawat.“ Saifuddin melepaskan kelegaannya.
“Okey la abang. Saja Mila inform abang nak tahu reaksi abang.
Nampaknya apa yang Mila jangka memang berlaku. You're very dear to him, abang. And I think you liked her, very much. Or maybe I could say,
you love her! Okay, see you. Bye.“ Jamilah ketawa kecil lalu segera
meletakkan telefon.
“Eh! Mila. Bukan ma…“
Belum sempat Saifuddin membalas kata-kata Jamilah panggilan telefonnya mati.
“Aduh! Apa yang Mila cuba
buat ni? Apa yang Mila fikir? The most
important thing, apa yang aku dah buat ni? Kenapa aku kalut sangat ni?
Masak aku macam ni. What the hell are you
doing, Saifuddin?“ Saifuddin berkata sendirian. Tangan kanannya yang masih
mengenggam telefon bimbit melurut jatuh ke atas meja kerjanya tanpa
kesedarannya. Saifuddin tidak pasti dengan tindakan dan kata-katanya sebentar
tadi. Dia keliru dengan perasaannya sendiri. Dia tidak terkata apa-apa ketika
itu. Kelu lidahnya dan bagaikan terhenti harinya pagi itu.
“Ttukk….ttukkk…” Perang
perasaannya terhenti. Segera dia menyahut ketukan itu dengan suara yang sedikit
lemah.
“Masuk“
“Bos, meeting dah nak mula.“ Setiusahanya, Nurul memberitahu melenyapkan
sedikit ingatannya kepada Umairah dan perasaannya tadi. Saifuddin segera
berlalu pergi ke bilik mesyuarat bersama-sama dengan fail-fail yang berkaitan.
*************************************
Langkah kaki digerakkan pantas agar segera sampai ke
bilik Umairah. Saifuddin sudah tidak sabar untuk bertemu dan melihat sendiri
keadaan Umairah ketika itu. Dari kejauhan Saifuddin dapat melihat wajah lesu
Umairah yang duduk di katilnya disamping ditemani oleh Jamilah. Dia turut
tersenyum bila melihat wajah lesu Umairah tersenyum bersembang dengan Jamilah.
Lega rasanya melihat wajah Umairah begitu biarpun masih lagi sedikit pucat.
Langkah kaki yang laju tadi turut sama beransur perlahan, bagai tidak mahu
melepaskan peluang melihat wajah ayu yang ceria itu dengan lebih lama.
Namun itu semua hanyalah sebentar cuma.
Apabila Umairah terlihat akan kelibat Saifuddin yang semakin menghampiri
katilnya, Umairah segera mematikan senyumannya. Saifuddin turut sama berbuat
demikian kerana dia tahu Umairah masih marah pada dirinya. Jamilah yang perasan
dengan perubahan wajah Umairah mula memandang ke arah yang dipandang oleh
Umairah sebelum Umairah kembali menatap majalah Solusi di tangannya.
“Hai! Datang juga abang.
Ingat tadi tak dapat dating.“ Jamilah segera bangun mendapatkan Saifuddin
dengan wajah teruja.
“Assalammualaikum. Time lunch sekarang kan, boleh la
datang. Kejab aje pun.“ Saifuddin bersuara seolah-olah ingin memberitahu
kedatangannya hanya sebentar kerana dia merasakan Umairah seperti tidak sudi
menerima kunjungannya itu. Kedua-dua gadis tersebut menjawab salamnya.
“Kejab ke lama tak kisah
janji sudi datang dan doakan Umairah yang tengah sakit ni.“ Jamilah masih lagi
tersenyum-senyum sambil memandang Umairah dan Saifuddin silih berganti. Umairah
yang turut terasa dengan kata-kata Jamilah segera mengangkat wajahnya memandang
Saifuddin.
‘Betul apa yang Jamilah
kata, aku sepatutnya bersyukur dia datang melawat aku. Walaupun dia sibuk
sanggup gak dia datang. Tak patut aku membiarkannya macam tu jer. Nanti dia
perasan lak aku tak sudi dia datang. Perasaan orang kena jaga juga. Umi selalu
pesan macam tu kat aku. Layan jer la bukan lama pun kan.‘ Umairah bermonolog
sendirian.
“Eh! Abang bawa apa ni?
Makanan untuk Mila ker? Terharu Mila macam ni?“ Jamilah segera mengambil beg
kertas yang dibawa oleh Saifuddin.
“Sorry Mila, abang tak sangka lak Mila temankan Umairah lama kat
sini. Abang masakan untuk Umairah jer la tadi.“ Saifuddin memandang Jamilah
dengan perasaan bersalah sambil mengalihkan semula pandangan memandang Umairah
yang masih lagi sudi memandangnya.
‘Dia dah tak marahkan aku
ker? Tak lagi melarikan matanya daripada memandang aku.‘ Saifuddin bertanya
dengan dirinya sendiri.
“Ye la tu. Macam Mila tak
tahu yang abang ni mana nak ingat kat Mila dah. Dalam hati tu dah penuh dengan
wajah Umairah jer. Tak payah nak berdalih kata tak sangka.“ Jamilah sengaja
mengusik Saifuddin sambil cuba ingin memberitahu secara tidak langsung akan
perasaan Saifuddin kepada Umairah.
“Tak lah. Sekarang ni yang
sakit Mila ke Umairah? Mila tak makan lagi ker? Nak abang belikan ker? Nanti abang
belikan kat bawah.“ Saifuddin berura-ura ingin mengangkat kaki pergi membeli
makanan Jamilah pula.
“Memang la Mila tak makan
lagi. Tak pe la abang tak payah susah-susah nanti Mila pergi la turun makan kat
bawah.“ Jamilah bersuara ceria kembali.
“Tak pe la Mila, ko kongsi
jer dengan aku. Aku bukan larat nak habis pun. Tak ada selera lagi ni. Nampak
macam banyak juga yang Encik Saifuddin masak tu.“ Umairah cuba bersuara.
“Tak nak la aku. Makanan
orang sakit, bubur nasi. Mana selera macam ni. Kau makan jer la semuanya.“
Jamilah mencebikkan mukanya apabila mula mengeluarkan bekalan yang dibawa oleh
Saifuddin. Satu persatu makanan yang dibawa oleh Saifuddin dikeluarkannya dan
diletakkan di atas meja yang ada di hujung kaki Umairah. Bubur nasi yang dimasak
bersama halia, sayur lobak dan brokoli, jus oren dan tiga biji buah epal hijau.
“Abang masak sendiri ker
ni? Lain macam jer bubur ni. Ada banyak halia, lobak dan brokoli ni. Handmade jus oren lagi. Ni memang
makanan untuk orang demam ni.“ Jamilah masih nakal mengusik Saifuddin.
Saifuddin yang malu ingin menyatakan dengan jelas akan hakikat dia membuat
kesemua bekalan itu hanya tersenyum menganggukkan kepala. Matanya masih
memandang Umairah. Umairah yang sekali-sekala melarikan matanya daripada
pandangan Saifuddin. Serba tidak kena.
“Terima kasih la Encik
Saifuddin. Buat susah-susah aje. Lain kali tak perlu susah-susah. Kat sini
makanannya pun tak la teruk sangat.“ Umairah cuba memaniskan mulut berbicara.
“Eh! Mana nak sama.
Makanan yang abang buat ni memang class. Kalau
ko makan ni memang cepat ko sembuh. Tak payah dok lama-lama kat sini dah.“
Jamilah cuba menaikkan saham Saifuddin.
“Tak susah la. Saya cuma
masak apa yang ada kat dapur hotel jer. Kebetulan ada masa sikit nak masak
untuk awak jadi saya masak la.“ Saifuddin memberitahu. Terbayang semula
bagaimana dia yang bergegas ke dapur hotel Teduhan Kasih tadi selepas tamat
mesyuarat pada pukul sebelas pagi semata-mata ingin membuat bekalan makanan itu
untuk Umairah. Dia pun tidak tahu bagaimana dia boleh mendapat idea tersebut.
“Nah makan la. Abang duduk
la kat kerusi tu. Kesian Umairah kena berdongak pula bila nak sembang dengan
abang. Abang tolong temankan Umairah sekejab boleh? Mila nak turun makan kat
bawah kejab. Aku gi kejab ye Umairah.“ Jamilah yang sudah menyuakan bubur
tersebut kepada Umairah segera memberitahu hasratnya kepada Saifuddin dan
Jamilah.
Tanpa sempat Umairah
membalas Jamilah sudah melangkah kakinya pergi meninggalkan mereka. Untuk
menutup perasaan tidak selesanya itu, Umairah segera memasukkan bubur nasi yang
dimasak oleh Saifuddin ke dalam mulut. Saifuddin yang sudah duduk di kerusi
bersebelahan katil Umairah mula menadah tangan dan membaca doa buat Umairah
tanpa mengeluarkan suaranya. Setelah selesai dia mengambil majalah Solusi yang
berada di meja sisi katil Umairah. Membelek-belek majalah tersebut kerana tidak
tahu ingin berbicara apa.
‘Eh! Dia bacakan doa untuk
aku ke? Jarang orang datang melawat pesakit bacakan doa. Bertuah betul sape
yang dapat mamat hangin ni. Boleh jadi imam tapi satu jer hangin tak tentu
pasal.‘ Umairah Bermonolog sendriran sambil makan bekalan Saifuddin tadi.
“Ni pakwe adik ker suami
adik?“ Kakak yang berada disebelah katil Umairah mula bertanya kepada Umairah
sambil tersenyum-senyum memandang Saifuddin. Umairah sedikit tersedak mendengar
pertanyaan kakak tersebut. Demi melihat keadaan Umairah begitu, Saifuddin mula
menghulurkan botol air mineral yang ada pada meja sisi Umairah kepadanya. Umairah
mengambil tanpa banyak bunyi.
“Tak la. Saya ni kawan dia
jer.“ Saifuddin tolong menjawab bagi pihak Umairah yang masih lagi menghirup
air mineral. Dia membalas senyuman kakak tersebut.
“Sebenarnya dia bos saya akak.“
Umairah pula menjawab sesudah dia selesai minum.
“Eh! Mana satu yang betul
ni? Kawan ke bos?“ Kakak itu masih tak puas hati.
“Bos, akak. Tapi kawan
kepada kawan saya yang tadi. Jadi kawan la jugak.“ Umairah yang malu-malu alah
terpaksa berkata demikian. Saifuddin hanya tersenyum dengan kata-kata Umairah.
“Kacak orangnya. Kalau
jadi suami adik ni pun sesuai sangat. Macam pinang di belah dua.“ Kakak
tersebut masih lagi ingin memberikan pendapatnya. Kakak yang menghuni katil di
sebelah kanan katil Umairah memang suka menyembang dan beramah mesra dengan
pesakit-pesakit yang lain.
“Saya ni biasa-biasa jer,
akak. Tak kacak mana pun.“ Saifuddin cuba merendahkan diri.
“Mana la nak sesuai saya
kahwin dengan bos, akak. Macam enggang dengan pipit jer. Tak sesuai langsung.“
Umairah pula membalas. Saifuddin hanya terdiam bila mendengar jawapan Umairah
itu.
“Jodoh pertemuan di tangan
Allah, mana nak tahu memang dia ni jodoh adik. Kalau betul akak doakan korang
bahagia hingga ke akhir hayat.“ Kakak itu tersenyum lagi. Umairah sudah tidak tahu
ingin membalas apa lagi. Dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja.
Saifuddin pula bagai gembira dengan kata-kata kakak tersebut. Keadaan kembali
sunyi seperti tadi. Saifuddin yang tidak betah dengan keadaan tersebut mula
bersuara.
“Lama ke mama datang
melawat awak tadi?“
“Tak la lama sangat.
Adalah dalam setengah jam macam tu. Auntie
takut apa-apa terjadi kat Haq tu yang dia balik cepat. Balik pun naik teksi
jer sebab nak suruh Mila temankan saya kat sini.“ Umairah cuba menjawab dengan
sebaik mungkin tidak mahu menunjuk rasa kekoknya.
“Umi awak tak temankan
awak ker?“ Saifuddin ingin lebih rancak bersembang dengan Umairah.
“Umi saya baru juga
baliknya tadi. Nak ambik adik-adik kat sekolah. Kejab lagi datang la tu dengan
adik-adik saya.“ Keadaan sunyi seketika tanpa sebarang persoalan. Kali ini
Umairah merasa pula jus oren yang dibuat oleh Saifuddin. Saifuddin hanya
memerhatikan setiap tingkah laku Umairah. Bagi mengelakkan keadaan sunyi dan
canggung tersebut, Umairah kembali bersuara.
“Sedap bubur ngan jus awak
buat ni. Thanks.“ Tanpa sedar Umairah
sudah berawak pula dengan Saifuddin. Hilang panggilan encik tadi.
“Sama-sama kasih. Habiskan
lah lagi nanti. Esok kalau awak tak keluar lagi boleh saya buatkan lagi. Itupun
kalau awak sudi nak jamah.“ Saifuddin berkata sambil tersenyum manis.
‘Banyak pulak cakapnya
mamat ni. Tapi salah aku juga banyak gak cakapnya. Aduh! Mampus aku macam ni. Nak
kena jawab ker soalan dia ni? Si Mila ni pulak mana pergi. Lama giler makannya.
Makan ker masak ni?‘ Umairah berkata dengan dirinya sendiri.
“Saya bukan tak sudi jamah
cuma saya tak nak susahkan awak. Awak kan sibuk. Lagipun mungkin esok saya dah
boleh balik.“ Umairah berkata dalam keadaan gelisah sambil matanya
sekali-sekala memandang pintu wad tersebut.
‘Pe sal tiba-tiba minah ni
gelisah ni? Tak selesa aku duduk lama dengan dia ker? Nak minta maaf pasal hal
hari tu rasanya masa ni tak sesuai. Dari minah ni nak beransur sihat bertambah
teruk pula kalau aku bincang pasal hal tu. Baik aku diamkan jer. Apa yang aku
nak tanya lagi ni?‘ Saifuddin turut sama berbicara dengan hatinya. Dia dapat
memerhatikan pesakit-pesakit lain yang seramai lima orang yang terdapat dalam
bilik wad tersebut asyik memerhatikannya dan Umairah. Ada yang siap
tersenyum-senyum mengoda. Naik rimas dan seram bulu roma melihat aksi begitu.
“Awak selesa ker duduk kat
sini? Kalau awak nak tukar bilik persendirian saya boleh tolong support awak. Balasan sebab awak dah
tolong Abang Haq hari tu. Mungkin nanti umi atau Mila awak boleh temankan awak
malam-malam. Privasi sikit.“ Saifuddin mendapat satu idea.
“Eh! Tak pe la. Kalau
ramai tak la saya sunyi sangat. Lagipun saya tak nak menyusahkan umi dan Mila
tunggu saya malam-malam. Saya bukannya budak kecil nak kena tunggu bagai. Pasal
abang awak tu saya ikhlas tolong sebab kebetulan ada orang tu yang tarik saya
ikut kan. Tapi tak pe saya tolong mana yang saya mampu. Tak payah nak
balas-balas balik“. Dengan tegas Umairah menyatakannya. Tiba-tiba dia teringat
peristiwa Saifuddin memeluknya.
‘Astaghfirullahalazim!
Kenapa perkara tu juga yang terbayang dekat mata ni. Ya Allah tolong la
hamba-Mu ini mengusir peristiwa pedih itu.‘ Umairah monolog sendirian sambil
cuba memejamkan matanya, lama.
‘Mesti dia teringatkan
peristiwa tu. Apa aku nak buat ni?‘ Saifuddin seperti dapat mengangak apa yang
difikirkan oleh Umairah ketika dia memejamkan matanya itu. Saifuddin mula
mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghantar pesanan ringkas kepada Jamilah,
bertanyakan ke mana dia menghilangkan diri dan memintanya untuk datang semula
ke wad itu. Seminit dua minit pesanan ringkas masih tidak berbalas. Kemudian
dia menjeling jam tangan Casionya.
‘Dah pukul satu suku.
Agaknya minah kepoh ni gi solat agaknya.‘ Saifuddin mengagak sendirian.
“Lambat pulak Mila ni.
Agaknya dia pergi solat dulu kot. Ari pun dah pukul satu suku. Mungkin kejab
lagi dia datang la tu.“ Saifuddin cuba menyatakan tanggapannya dengan kelewatan
Jamilah kepada Umairah.
“Haahh! Mungkin kot. Kalau
awak nak gi solat gi la.“ Umairah yang nyata terkejut dengan pernyataan
Saifuddin tetap membalas.
“Tak pe la saya tunggu dia
sekejap.“ Hanya itu yang mampu diperkatakan olehnya ketika itu.
“Awak nak makan epal ker?
Kalau nak saya pergi basuhkan.“ Saifuddin cuba membuat sesuatu yang akan menghilangkan
ingatan Umairah pasal kejadian tempoh hari.
“Eh! Tak pe la. Saya
kenyang lagi. Nanti-nanti la saya makan. Terima kasih.“ Umairah serba salah
dengan keprihatinan Saifuddin hingga dia tidak sedar dia tersenyum memandang
Saifuddin. Senyuman yang manis, yang bias menggegarkan hati lelaki
dihadapannya.
“Saya suka tengok awak
senyum macam tu. Boleh tak awak senyum selalu macam tu. Saya tahu saya dah
ragut senyuman awak selepas kejadian hari tu. Saya betul-betul nak minta maaf
dengan awak pasal ari tu. Saya tak sedar saya terpeluk awak. Mulanya saya cuma
nak paut awak supaya tak jatuh tapi saya tak sedar saya terpeluk awak. Betul
saya tak sengaja dan saya tak de niat langsung nak buat macam tu kat awak. Saya
sedar saya bersalah. Kalau awak nak saya bertanggung jawab dengan kesalahan
yang saya dah buat saya sedia. Saya tahu saya dah calarkan maruah awak. Tolong
la maafkan saya. Saya akan sentiasa bersalah selagi awak tak maafkan saya
walaupun saya hari-hari memohon keampunan daripada Allah. Please Umairah, saya harap sangat awak dapat maafkan kesalahan
saya. Kalau awak maafkan saya saya janji saya akan pergi jauh daripada
pandangan awak. Awak tak kan jumpa saya lagi. Please Umairah saya merayu pada awak.“
Saifuddin tidak sedar dia sudah mengungkit peristiwa tempoh hari dan menyatakan
kekesalannya dengan wajah sayu sekali. Namun bagi Umairah dia terkejut dengan
pernyataan Saifuddin yang ingin menjauhkan diri daripadanya.