Assalammualaikum w.b.k..... Bismillah hirahman nirrahim... Terima Kasih kepada semua yang sudi melawat, membaca dan memberi komen kepada setiap karya saya ini. Saya budak baru belajar harap segala salah dan silap dapat ditunjuk dan diajar. Saya bukan ingin menunjukkan kepandaian saya cuma karya yang saya hasilkan sekadar untuk sama-sama kita beringat-ingat dan berpesan-pesan kepada kebaikan. Wallahualam. Insya-Allah.
Hawa Telinga
Monday, 18 August 2014
Mohon Pandangan
Salam.... Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang sudi mengikuti dan membaca karya-karya saya. Terima kasih atas sokongan semua.
Kali ni saya menulis di ruangan ini kerana ingin memohon pandangan semua tentang beberapa perkara tentang novel-novel yang terlintas di kepala saya ni.... Saya mohon pandangan kerana bimbang karya-karya saya ni di katakan mengganggu senstiviti sesetengah orang dan sejarah sesetengah pihak. Asalnya cerita saya ni semua hanyalah rekaan semata-mata dan khayalan kudus saya.
Novel A : Cerita berkenaan kapal terbang.
- ( Takut dikatakan berkaitan dengan MH370 n MH17 )
* doa bt mereka semua.*
Novel B : Cerita berkaitan dengan kerabat Raja dua buah negara.
- ( Bimbang akan dikatakan menyimpang soal sejarah dan hubungan dua negara )
Harap semua dapat membantu saya dalam bab ni. TQ semua...
Novel : Aku Nak Kerja Bukan Misi Bab 13
Terkenang
U
|
mairah segera meletakkan tangannya pada
dadanya yang berombak kencang itu. Cuba untuk mententeramkan hatinya yang
bergelora akibat pandangan mata yang sepatutnya dijaga. Dia selalu terleka
dengan pesanan Ustazah Salmah yang sering kali mengingatkan anak-nak buah
usrahnya akan pentingnya menjaga pandangan mata dan kini akibat panahan matanya
itu terpahat di hatinya itu. Umairah beristighfar berkali-kali bagi menenangkan
hatinya.
Umairah
yang tenggelam dalam usahanya menenteramkan dirinya tiba-tiba dikejutkan dengan
sentuhan tangan sasa pada bahunya dari arah belakangnya. Sekilas Umairah
memandang jari-jemarinya yang terdapat pada bahunya itu. Tangan sasa itu
menambahkan gelora di hatinya dan segera berpaling untuk melihat gerangan yang
berani menyentuh bahunya itu. Umairah nyata terkejut apabila mendapati Syawal
yang berada dibelakangnya dengan berbaju merah dan berseluar denim hitam.
"Eh! Kenapa ni Umairah? Muka
pucat jer ni? Saya takutkan awak ker? Sorry,
kalau awak terkejut sebab saya sentuh bahu awak. Saya panggil awak banyak
kali tadi tapi awak tak sahut, tu yang asaya sentuh bahu awak." Syawal
bertanya dengan nada sedikit bimbang.
"Astaghfirulah halazim. Maaf
Syawal. Terkejut juga saya tadi, tetiba jer orang sentuh bahu saya. Maaf tak
dengar awak panggil tadi." Umairah sedikit kelegaan bila mana mendapati
bukan Saifuddin yang menyentuhnya tadi.
"Awak sorok daripada sape ni?
Sorok daripada saya ker?" Syawal cuba menduga.
"Sorok? Pe maksud awak?"
Umairah yang tidak mampu berbohong cuba bertanya daripada menjawab.
"Ye la, dok berdiri kat sini
sambil kepala terhendap memandang balik sana. Bila saya sentuh pula terkejut
semacam jer." Syawal tersenyum kecil dengan gelagat Umairah.
"La… kat sini rupanya ko. Aku ingat
kat mana tadi. Syawal pe yang ko cuba nak buat dengan Umairah kat belakang ni?
Perjumpaan rahsia supaya tak tertangkap dengan aku ker?" Jamilah yang
tiba-tiba muncul, bersuara sambil mengangkat keningnya mengusik. Buat sekali
lagi Umairah terselamat daripada menjawab soalan Syawal.
"Tak de maknanya perjumpaan
rahsia. Kami terserempak jer, kan Syawal?" Umairah segera menyangkal.
Syawal dan Jamilah tersenyum kambing mendengar sangkalan tersebut.
"A'ah. Terserempak jer tadi.
Saya nampak Umairah, tu yang datang tegur. Tapi dia tak dengar panggilan saya
yang berkali-kali tu. Entah dia menyorok daripada sape, saya pun tak
tahu?" Syawal tersenyum sinis.
"Betul ker, Umairah? Stalker tu ker? Ko nampak mukanya
tak?" Jamilah yang kerisauan pantas bertanya dan mula menghampiri Umairah
dan memegang lengannya. Umairah yang terkejut dengan kata-kata Jamilah tentang
perkara itu depan Syawal hanya mampu mempamerkan wajah tidak puas hatinya.
"Stalker? Awak cakap stalker Mila.
Betul ker ni, Umairah? Ada orang mengintip awak ker?" Syawal yang terkejut
dengan kata-kata Jamilah sebentar tadi bertanya, inginkan kepastian. Jamilah
mula menyedari ketelanjurannya. Dia pula membuat muka memohon maaf kepada
Umairah sambil dia terus mendiamkan dirinya.
"Sape la yang nak intip saya ni.
Saya bukannya artis atau usahawan berjaya. Jutawan jauh sekali sampai ada orang
nak mengintip. Mila ni yang terlebih-lebih tentang hal tu. Awak bukan tak kenal
dengan sikap Mila ni. So, awak buat
apa kat ni?" Umairah segera menukar topik perbualan.
"Saya cadang nak tengok Tranformers
dengan kawan saya tu. Korang pulak?" Syawal menjawab sambil menunjukkan
kawannya yang sedang duduk di bangku sambil melayan telefon bimbitnya.
"Kebetulan, kami pun sama.
Alang-alang awak nak tengok gak, pe kata awak belanja kita orang sama.
Boleh?" Jamilah kembali bersuara dan tanpa segan-silunya meminta Syawal
membelanja mereka menonton wayang.
"Ishh! Ko ni, Mila. Tak pe,
Syawal. Mila ni mengusik jer." Umairah pula menyampuk.
"Tak pe la Umairah. Biar saya
belanja korang jer kali ni. Dah lama juga saya tak belanja korang. Jom la, kita
naik. Tengok kul berapa yang ada." Syawal senang dengan permintaan
main-main Jamilah tadi.
"Tak pe la, Syawal. Mesti kawan
awak tak selesa kami join sama nanti." Umairah cuba mencari alasan.
"Betul ker ni, Syawal? Saya
main-main jer tadi." Jamilah bersuara.
"Betul la. Kawan saya tak kisah.
Dia pun masih single and available,
jadi tiada yang nak jealous. Mila bukan
tak tahu, bukan senang saya dapat jumpa Umairah. Dapat peluang macam ni, saya
tak kan menolak." Syawal tersenyum riang. Jamilah yang tersedar dengan keberatan
Umairah menerima pelawaan Syawal tadi segera memandang Umairah.
"Jom." Syawal sudah
melangkah menghampiri kawannya. Pastinya ingin memberitahu perkembangan terkini
tersebut dan mengajaknya bergerak ke tingkat atas. Umairah dan Jamilah yang tidak
mampu menolak akhirnya turut sama mengikut langkah Syawal.
"Sorry, Umairah. Aku terlupa yang ko cuba nak jauhkan diri
daripadanya." Jamilah bersuara perlahan kepada Umairah. Mujur sahaja
mereka berada beberapa langkah di belakang Syawal.
"Nak buat macam mana. Benda dah
jadi." Umairah ringkas membalas.
"Maaf, Umairah. Aku pun tak tahu
kenapa dengan aku hari ni. Asyik salah cakap jer. Tadi pasal stalker, sekarang pasal belanja pulak."
Jamilah masih cuba meminta maaf.
"Tak pe la, Mila. Bukan salah ko
pun. Dah memang takdir kita akan bertembung dengan Syawal kot." Umairah
tersenyum tawar.
"Korang, kenalkan ni Mikail.
Mikail, ni Jamilah dan ni Umairah. Mereka ni kawan U aku dulu." Syawal
menerangkan.
"Hai!" Mikail tersenyum.
Umairah dan Jamilah hanya menganggukkan kepala kepadanya.
"Mikail ni pemalu sikit dengan
pempuan. Harap korang tak ambil hati." Syawal memberitahu perihal Mikail.
Mikail mula tersenyum malu. Mereka kemudian mengekori Syawal dan Mikail menaiki
tangga bergerak menuju ke tingkat atas.
Umairah
yang terkenangkan Saifuddin setelah Jamilah mengungkit berkenaan pengintip tadi
mula mencari-cari kelibat jejaka itu untuk memastikan apa yang dilihatnya tadi.
'Betul ker yang aku nampak tadi tu
Saifuddin ke Syawal sebenarnya. Warna baju dan seluar mereka pun hampir sama.
Ko ni berangan ye, Umairah. Syawal ko ingatkan Saifuddin.' Umairah berkata-kata
dengan hatinya sendiri.
*******************************************
“Aku dah buat
keputusan, lepas ni kita bagi Umairah kerja kat hotel. Bagi dia kerja yang dia
minta dulu. Then aku pun akan masuk sama kerja kat hotel tu. Aku akan cuba buat
kerja dengan keadaan aku yang serba kurang ni.“ Saiful Haq memberitahu
Saifuddin semasa mereka berehat di tanam mini malam itu.
“Haah!“ Saifuddin nyata terkedu
dengan pernyataan yang disampaikan oleh Saiful Haq.
“Bagus la kalau macam tu. Boleh la
aku lik restoran aku. Aku pun dah rindu sangat nak kerja dan memasak kat
restoran aku tu. Kiranya ko nak mula awal bulan depan la kan?“ Saifuddin
meneruskan perbualannya biarpun hati sedikit terusik.
“Ko nak gi lik restoran nak buat apa?
Abis tu hotel sape yang nak uruskan. Maksud aku, ko still CEO, aku cuma akan tolong
ko sikit-sikit dulu supaya aku mahir bekerja dalam keadaan aku yang macam ni.
Kalau ko serahkan semuanya balik kat aku, aku risau aku tak mampu nak buat. Aku
risau aku tak kuat, tambahan lagi pandangan serong orang kat aku. Jadi aku
perlukan masa dan sokongan daripada ko supaya semua ni aku dapat terima dengan
hati yang terbuka.“ Saiful Haq berkata sayu sambil melemparkan pandangannya
jauh ke kolam ikan koi.
“Insya-Allah, aku yakin ko boleh
buat. Abang aku ni kan kuat dan kental sekarang ni. Pedulikan kata-kata orang
yang selalu ingin melihat kita jatuh tersungkur sebab itu akan memeberi peluang
kepada mereka memiliki apa yang ko ada sekarang. Buktikan kepada semua orang,
orang yang macam ko pun boleh Berjaya menjadi CEO yang cemerlang sepertimana ko
yang sebelumnya. Ko kan CEO terbaik.“ saifuddin menepuk-nepuk lembut bahu
Saiful Haq.
“Thanks,
bro. So nanti ko bagitahu la Umairah pasal hal tu. Tadi aku tanya dia cakap
semua tu letak atas keputusan ko. Mungkin dia lebih lega kalau kata putus ni
keluar daripada mulut ko daripada aku. Dia menunggu kata putus ko tu.“ Saiful
Haq tersenyum mengenangkan Umairah.
“Nanti aku bagitahu dia. Aku masuk ke
dalam dulu la. Ada kerja nak buat sikit.“ Saifuddin terus melangkah masuk rumah
tanpa menunggu kata-kata Saiful Haq. Saiful Haq masih lagi tersenyum
membayangkan perbualannya dengan Umairah petang tadi.
“Lepas ni, lepas awak berhenti tolong
saya, awak akan kerja kat hotel kan? Awak tak kan kerja kat tempat lain kan?“
Saiful Haq inginkan kepastian daripada Umairah.
“Saya pun tak tahu nak bagi jawapan
apa. Semua ni rancangan Encik Saifuddin. Awak kena tanya dia la. Tapi kalau
ikut kata dia ari tu dia akan bagi saya kerja kat hotel lepas saya tolong awak.
Tapi tu masa dulu la.Kot dia dah ubah fikiran pula saya tak tahu la.“ Umairah
tersenyum sedikit memandang Saiful Haq.
“Kalau dia dah cakap macam tu bagus
la. Tapi bila dia dah bagi awak kerja kat sana awak jangan menolak lak.“ Saiful
Haq cuba meningatkan.
"Insya-Allah, kalau Allah izinkan saya akan
kerja kat sana.“ Umairah tersenyum raja. Dia sendiri sebenarnya tidak pasti
sama ada dia masih dapat meneruskan perancangannya dengan Saifuddin itu.
Perancangan manusia tidak sehebat perancangan Allah, Yang Maha Mengetahui.
“Bagus la kalau macam tu.“ Saiful Haq
tersenyum lebar.Umairah yang pelik dengan perubahan wajahnya secara tiba-tiba
daripada murung kepada riang, mula bertanya.
“Apa yang awak seronok sangat tu? Ada
apa-apa kat muka saya ker?“ Umairah mula meraba-raba mukanya. Melihat wajah
kalut Umairah, Saiful Haq bertambah geli hati lalu ketawa kecil.
“La! Ketawa lak dia. Cepat la cakap
kenapa ni?“ Umairah mula tidak senang duduk.
“Tak de apa-apa la kat muka awak tu.
Tak payah raba-raba. Saya suka sebab awak akan bekerja kat hotel kami walaupun
awak tak de kat sini lagi dah nanti. Sekurang-kurangnya saya masih boleh tengok
awak kalau awak kerja kat hotel kami. Kalau awak kerja kat tempat lain, mungkin
susah nak jumpa lagi dah nanti.“ Saiful Haq tersenyum riang.
“Allah! Ingatkan apa la tadi. Semua
tu kehendak Allah. Kalau Allah tak izinkan, kerja kat hotel awak pun belum
tentu awak dapat jumpa ngan saya, kan?“ Umairah kembali tersenyum kecil.
“Ya tu saya tahu. Tapi kemungkinan
nak jumpa itu besar kan. Ya Allah, Kau berilah peluang untuk aku sentiasa berjumpa
dan berbicara dengan Umairah. Amin.“ Saiful Haq merauk tangan yang ditadahnya
sambil tersenyum. Umairah yang melihat tindakan Saiful Haq hanya tersenyum
memandangnya.
Bunyi pintu kayu yang tertutup
menyedarkan Saiful Haq ke alam nyata.Dia tidak menyangka dia boleh terleka
mengenangkan perbualannya dengan Umairah sampai tidak sedar akan kata-kata
akhir Saifuddin sebelum dia berlalu pergi. Saiful Haq yang setia melayan
hatinya yang berbunga, masih tidak mahu berganjak daripada taman mini itu.
Senyuman masih mekar dibibirnya.
Di dalam bilik, Saifuddin tidak
senang duduk.Fikirannya resah memikirkan rancangannya yang telah musnah kerana
perkara yang baru disampaikan oleh abangnya itu.
“Aduh! Rosak rancangan aku. Aku dah
susun cantik rancangan aku nak hantar Umairah kerja kat restoran supaya aku tak
perlu risau kot terserempak dengan dia, abang lak nak aku ikut rancangnnya dia.
Masak macam ni! Mesti satu hari nanti aku akan terserempak gak ngan Umairah.“
Saifuddin yang tadinya mundar-mandir mula duduk di hujung katilnya.
“Okey! Sekarang aku kena fikirkan
jalan yang lain lak. Macam mana aku nak kerja sebumbung ngan Umairah supaya
kita orang tak terserempak.Dan yang paling penting aku tak nak sampai usaha aku
nak elak dari bertembung ngan Umairah sampai pada pengetahuan abang. Aduh!
Masak aku kalau abang dapat tahu semua tu. Dah la kena explainkat abang sebab-musabab aku elak bertembung ngan Umairah, then nak kena elak abang tahu yang aku
dah syok kat Umairah lagi. Abang memang bijak korek rahsia kau.“ Saifuddin mula
menyelerakkan rambutnya yang sudah dirapi kemas tadi. Dia rungsing.Kemudian dia
bangun semula menghadap cermin pada almarinya itu.
“Ah! Serabutnya otak aku! Kalau abang
dapat tahu aku syok ngan Umairah mesti abang kecewa.Then abang jadi macam dulu balik. Aahh!...Aku tak sanggup tengok
abang macam dulu balik. So, sekarang aku kena fikir balik plan yang dapat elakkan semua perkara tu terjadi. Biar hati aku
yang terluka daripada aku lukakan hati abang, Umairah dan paling penting hati
mama.Aku dapat rasakan mama suka kalau abang disatukan dengan Umairah.Aku
nampak sinar cahaya pengharapan itu pada mata mama. Ah! Mama apa yang harus Din
buat sekarang?“ Saifuddin sayu bila mana memikirkan mamanya.
Dia
kembali semula ke katilnya dan kali ini dia mula membaringkan dirinya pada
tilam empuknya itu. Masih lagi memikirkan jalan yang terbaik untuk
menyelesaikan masalahnya yang satu itu. Dalam pada dia memikirkan jalan keluar
masalahnya itu dia tiba-tiba terbayangkan wajah putih bersih Umairah, senyuman
manis lagi menggodanya dan suaranya yang lembut merdu. Dia tersenyum sendiri. Kemudian
wajah mama dan Saiful Haq pula silih berganti bersama wajah Umairah. Wajah mama
yang sayu dan wajah abangnya yang masam.
“Gila, gila. Boleh gila aku kalau
fikir semua ni.Sebelum semuanya jadi lebih parah baik aku undur diri.Cinta
bukan semestinya memiliki, cinta yang kekal abadi yang perlu dicari.Ya aku
mesti lupakannya kerana Allah dan insane-insan yang lebih aku kasihi
selainnya.Hidup perlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan perjuangan,
perjuangan perlukan ketabahan, ketabahan memerlukan keyakinan, keyakinan
membawa kejayaan dan kejayaan menentukan kebahagiaan. Ya, aku ingin semua orang
bahagia kerana aku tak perlukan kebahagiaan aku sendiri sahaja sekiranya
kebahagiaan itu nanti meluluhkan hati
meraka sahaja.“ Saifuddin cuba meyakinkan dirinya dengan kata-kata hikmah yang
sering dibacanya akhir-akhir ini. Kata-kata yang memberikannya sedikit motivasi
diri dikala hatinya goyah selain daripada ayat-ayat suci al-Quran dan
Zikirullah.
“Okey insya-Allah aku akan buat
sepertimana yang abang mahukan selain itu aku akan cuba mencipta alasan dan
cuba elakkan diri daripada bertembung dengan Umairah. Sebaik mungkin cuba agar
abang tidak perasan dan aku masih dapat pegang janji aku yang satu itu terhadap
Umairah.“ Dengan berbekalkan semangat yang baru muncul itu Saifuddin menyatakan
keputusan yang akan diambilnya kelak. Dia hanya mampu mencuba dan yang pasti
melaksanakannya dengan sempurna hanyalah Dia Yang Satu.
Saifuddin mengambil telefon bimbitnya
dan mula mengunci jam penggera supaya dia dapat bangun awal pagi itu untuk
membuat solat sunat Tahajud, taubat dan istikharah. Dia mahu memohon petunjuk
akan segala yang telah diputuskannya itu
sejajar dengan kehendak Yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang terjadi di
muka bumi ini. Setelah itu dia mula cuba
memejamkan matanya untuk tidur sambil hatinya membaca doa tidur dan surah-surah
yang lazim dibacanya sebelum tidur. Pastinya surah al-Fatihah, ayat Kursi dan
tiga kul.Selain itu, dia tidak lupa melengkapkannya dengan selawat dan
zikir-zikir ringkas. Kebiasaannya dengan melakukan semua itu, tidurnya lebih
lena dan lebih memudahkannya untuk bangun bagi melaksanakan tuntutan solat
sunat.
Dia tahu kekerdilannya itu harus
dibajai dengan melaksanakan tuntutan sunat selain tuntutan wajib sekiranya dia
mengharapkan sesuatu daripada Yang Esa. Siapalah dia mengharapkan sesuatu
balasan sekiranya usahanya tidak setimpal mana walaupun dia tahu Allah itu Maha
Adil tidak pernah mengira sebanyak mana usaha yang hamba-hambanya lakukan
tetapi itulah salah satu cara dan pendirian hidupnya sejak dari sekolah
menengah lagi. Semua itu, dipelajari daripada ustaz di sekolahnya, Ustaz
Muhammad Al-Amin.Seorang ustaz muda yang berkaliber dimatanya.
Saifuddin yang dulunya, masa di zaman
persekolahan menengah seorang pemuda yang cukup nakal dan sering kali
mengganggu rakan-rakan sekolah bahkan tidak segan-silu untuk mengusik guru-guru
wanita dan guru-guru lelaki.Dia memang agak terkenal di sekolah sehingga diberi
gelaran Double D, Din Dajat oleh
seorang guru wanita bujang yang berasal daripada Kedah.
“Awak ni Saifuddin tak mengusik orang
tak senang duduk ye. Apalah faedah yang awak dapat daripada dok mengusik-ngusik
orang ni. Awak tak de rasa malu ker dengan gelaran yang dah lekat. Gelaran yang
saya bagi tu, Double D? Itu bukannya
gelaran yang patut dibangkakan tetapi sepatutnya awak jadikan peringatan supaya
awak memperbaiki diri awak.“ Cik Rohayu menegurnya.
“Okey apa dapat gelaran tu. At least orang tau sape saya and bila saya dah ‘blah’ dari sekolah
ini nanti adalah juga orang yang akan menjadi sebutan dan dikenang oleh
pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah ni.“ Saifuddin tersenyum bangga sambil
mengerak-gerakkan keningnya.
“Ikut suka kamu lah Saifuddin. Saya
dah tak tahu nak cakap apa supaya kamu ni faham. Selalu saya tegur kamu tak
pernah nak ambil pusing. Saya harap kamu bahagia dengan apa yang kamu buat ni.“
Cik Rohayu melepaskan keluhan kecil.
“Amin…. Wow! Class, Cik Ayu minat kat aku la.Dia siap doakan aku bahagia. Ni yang
buat aku bertambah sayang ni.“ Saifuddin mula mengusik. Dia tersenyum kerana
berjaya mengusik Cik Rohayu lagi. Satu kelas mula binggit dengan riuh-rendah
pelajar-pelajar lelaki kelas Tiga Einstein, Sekolah Menengah Kebangsaan Anglo
Chinese School, ACS Ipoh itu. Seperti sudah lali dengan usikan Saifuddin, Cik
Rohayu tidak terasa apa-apa dengan usikan itu dan mula bersuara kembali.
“Dah, dah class tolong diam. Saifuddin awak boleh balik ke tempat duduk awak.
Kita akan sambung semula pelajaran kita hari ini sebentar lagi.“ Cik Rohayu
menggelengkan kepalanya. Saifuddin kembali semula ke tempat duduknya sambil
memberi tepukan telapak tangan kanannya kepada beberapa orang sahabatnya yang
menaikkan tangan mereka.Dalam pada mereka ingin memulakan mata pelajaran
Prinsip Akaun itu, Cikgu Adibah masuk bersama seorang pemuda.
“Maaf, Cik Ayu. Saya ingin mencuri
sedikit masa Cik Ayu untuk memperkenalkan seorang guru baru sekolah kita kepada
pelajar kelas ni.“ Cikgu Adibah memulakan bicaranya.
“Baik, silakan Puan Abidah.“ Cik
Rohayu membalas dengan memberikan senyuman.
“Okey, semua ini guru baru kamu atau
lebih tepat ustaz baru bagi pelajar Muslim kelas ini. Namanya Ustaz Muhammad
Al-Amin bin Abdul Majid. Ustaz sila perkenalkan diri.“ Cikgu Adibah tersenyum
manis.
“Assalammualaikum dan salam
sejahtera. Salam perkenalan. Nama saya, yang macam Puan Adibah beritahu tadi,
Muhammad Al-Amin bin Abdul Majid, umur dua puluh lima tahun, berasal daripada
Bachok, Kelantan. Anak sulung daripada tiga beradik dan ini merupakan pertama
kali saya bertugas sebagai seorang guru setelah saya menamatkan pengajian saya
di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.“ Ustaz Muhammad Al-Amin tersenyum
manis hingga menampakkan lesung pipitnya di pipi kanannya.
“Ustaz ada adik perempuan tak? Kalau
ada dia ada lesung batu macam ustaz tak?Boleh saya nak berkenalan ngan dia
tak?“ Tanpa berlengah, Saifuddin mula bertanya, ingin mengusik ustaz muda itu.
Sekali lagi pelajar-pelajar mula bising dan bersorak dengan pertanyaan itu. Muhammad
Al-Amin hanya tersenyum kecil tanpa sebarang reaksi terhadap persoalan itu.
“Saifuddin, behave yourself. Jangan tanya soalan yang bukan-bukan. Maaf ya,
ustaz. Untuk pengetahuan ustaz, itu Saifuddin bin Rafieq, pelajar yang paling
nakal dan suka mengusik dalam sekolah ini. Jadi ustaz kena biasakanlah diri
mulai sekarang dengan perangai tak semengahnya tu. So, can we go to the next class.“ Cikgu Adibah kembali bersuara.
Ustaz bujang itu hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Mereka pun bergerak
pergi keluar daripada kelas tersebut.
“Eh! Ko nampak tak Din. Ustaz tu
macam tak heran jer dengan usikan ko tadi. Macam angin lalu jer dia buat.“
Nurnikman yang duduk bersebelahan dengan Saifuddin mula berbicara.
“Tu yang aku pelik tu. Tak pe, esok-esok
kita basuh ‘kaw-kaw’ ustaz tu. Aku nak tengok sangat reaksi dia.“ Saifuddin
tersenyum sinis. Nurnikman membalas senyuman itu sambil menunjukkan ibu jarinya
tanda setuju.
Seperti
yang dijangka, beberapa hari kemudian Saifuddin dengan ditemani oleh Nurnikman
dan kembarnya Nazrin mula mengusik ustaz Muhammad Al-Amin.Ketika itu mereka
melihat ustaz muda itu baru sahaja ingin masuk ke dalam surau.
“Din, ustaz Al-Amin la kat surau tu.“
Nurnikman memulakan bicaranya.
“Okey, hari ni bolehlah kita usik dia
‘kaw-kaw’ punya. Selalu tu dalam kelas agama dia buat tak tahu jer usikan aku.“
Saifuddin tersenyum sinis.
“Dia tu kebal ngan usikan ko. Jom la
cepat. Nanti habis waktu rehat lak.“ Nazrin mengingatkan. Mereka segera berlalu
pergi ke surau tersebut.
“Assalammualaikum ustaz. Boleh kami
masuk.“ Nurnikman terlebih dahulu bersuara.
“Waalaikummussalam. Masuk la tak
perlu dijemput. Kan rumah Allah ni.“ Ustaz muda itu yang baru ingin membentang
sejadah membalas sambil tersenyum manis.
“Ustaz nak solat apa lak pagi gajah
ni? Tak kan solat qada’ subuh kot.“ Saifuddin mula mengusik.
“Alhamdulillah solat subuh saya tadi
dah saya buat. Ni saya nak solat sunat dhuha pula.Jom la solat sekali. Banyak
ganjaran yang dapat kalau kita buat solat dhuha ni. Selain solat ini memurahkan
rezeki dan mencukupkan rezeki kita sehari-hari, ianya juga dikatakan solat bagi
orang yang bertaubat disamping solat yang merupakan satu sedekah dan pahalanya
seperti mengerjakan haji dan umrah.Ianya mudah dilakukan tapi ramai yang tidak mengetahuinya
dan mengerjakannya.“ Ustaz itu tersenyum lagi. Tiga orang pelajar itu tersenyum
sinis.
“Kami ni student lagi kot. Mana kisah hal rezeki bagai. Buang masa jer.“
Nazrin tersenyum lebar.
“Kalau solat kamu rasa buang masa
abis tu mengusik orang kamu tak rasa buang masa ker? Kamu sepatutnya beringat,
usik-mengusik ni ada batas-batasannya. Jangan sampai melukakan hati orang. Dan
yang lebih merisaukan saya kalau kamu tak sempat nak memohon maaf di atas
usikkan kamu terhadap orang yang dah terluka hatinya itu. Kerana apa? Oleh
sebab perkara yang kamu rasakan kecil itu akan menghalang kamu daripada masuk
ke syurga. Kamu semua tak nak masuk syurga ke?“ Ustaz Muhammad Al-Amin mula
serius berkata-kata. Ketiga-tiga pelajar tersebut sudah merah padam mukanya menahan
getar di dada.
Wednesday, 13 August 2014
Novel : Terlerai Sudah Bab 24
BAB
24 : Persetujuan
S
|
ekujur
tubuh yang sudah dimamah usia masih mampu tersenyum mesra menyambut kedatangan
Danial dan Tuan Habib walaupun hanya terduduk lesu di atas sebuah kerusi roda.
Danial yang tidak pernah tahu dan tidak pernah menjejak kaki di rumah ini nyata
tersayat hatinya tatkala melihat sekujur tubuh itu. Walaupun begitu Danial
merasakan wajahnya masih manis, tampan dan berseri-seri seperti ada ‘nur' yang
terbit dari wajahnya.
“Sorry,
Hassan aku datang kacau ko petang-petang ni. Ni si budak bertuah ni ajak
aku datang sini jenguk ko. Aku pun dah lama tak jenguk ko jadi aku pun datang
la temankan dia ni. Ko pe kabo? Sihat?“ Tuan Habib membuka bicara setelah
memberi salam dan berjabat tangan dengan Tuan Hassan sebentar tadi.
“Al…ham…du…li..llah….S…sa…pe… ni,
Ha….bib….“ Lambat-lambat dan seakan sukar Tuan Hassan berbicara. Danial
bertambah pilu mendengarnya.
“Oh! ni, Danial anak Mr. Yang Han
Yul dari Yang Han Properties Management Sdn. Bhd. tu. Ingat lagi tak?“ Tuan Habib membalas. Tuan
Hassan hanya menganggukkan kepalanya. Danial tersenyum memandang Tuan Hassan.
“Ke….na….pe….. da….ta…ng?“ Tuan
Hassan bertanya lagi.
“Kami datang ni ada hajat. Aku pun
ada hal nak bincang ngan ko sikit. Harap ko tak kisah.“ Tuan Hassan berkias.
Belum pun sempat Tuan Habib meneruskan kata-katanya Puan Aminah datang bersama
sedulang teh dan kuih karipap. Aiman yang hanya menjadi pemerhati sedari tadi
menyambut dulang dari tangan Puan Aminah dan meletakkannya ke atas meja kopi
untuk dihidang. Semerbak ruang tamu dengan bauan teh dan karipap.
“Jemput minum Abang Habib ngan, sape
tadi? Danial ye?“ Puan Aminah menjemput.
“Ye, makcik. Terima kasih.“ Danial
membalas dengan senyuman paling manis cuba diukir. Dapat Danial perhatikan rupa
Puan Aminah dengan lebih dekat. Dia mengakui wajah manis dan cantik Aathifah
banyak mengikut muka Tuan Hassan dan mata kedua-dua beradik, Aathifah dan Aiman
banyak mengikut mata Puan Aminah yang sedikit keperangan.
“Terima kasih, Aminah. Aminah, apa
khabar? Maaf, abang lama tak datang jenguk, banyak keje
kebelakangan ni.“ Tuan Habib bersuara.
“Tak pe la abang, Aminah ngan Abang
Hassan paham. Jangan risau. Kak Khatijah dan anak-anak abang sihat?“ Puan
Aminah terusan bertanya.
“Alhamdulillah sihat. Khatijah kirim
salam. Dia nak ikut tadi tapi… lain kali la saya bawa.“ Tuan Habib cuba
menerangkan.
“Tak pe Abang Habib, saya paham.“
Puan Aminah membalas dengan senyuman.
“Macam ni la dah semua ada, saya nak
bagitahu ni, budak Danial ni datang pujuk aku jual syer aku kat Dimensi tu, ko
pun tahu aku memang tak nak jual hasil kita bersama tu. Tapi budak ni beria
betul nak beli sebab dia kata dia nak tolong kita selamatkan Dimensi. Ko pun
tahu aku dah anggap Danial ni macam anak aku. Aku mulanya tak setuju risau gak
dengan cadangan dia ni, ye la aku tak nak nanti orang kata aku cuba mengambil
kesempatan lak atas dia ni. Orang bukan tak kenal Danial ngan Mr. Yang tu. Tapi
bila dia cakap sebenarnya dia ni dah suka kat Aathifah dan sanggup tolong
Aathifah selesaikan masalah ni, aku turutkan aje la.“ Tuan Habib menjelaskan
dengan panjang lebar. Semua yang ada terdiam memasang telinga. Semua mata
tertumpu kepada Danial. Wajah Danial bertukar warna.
“Ye ke? Danial suka kat Aathifah?”
Puan Aminah inginkan kepastian.
“Ye makcik.“ Danial menjawab ringkas
sambil menganggukkan kepala. Aiman tersenyum geli hati melihat gelagat Danial.
“A’ah suka sangat sampai cadang nak
buat isteri, kan Abang Danial?“ Aiman mengusik.
“Ha?! Ye ke ni? Aiman kenal ker
Danial ni? Mesra jer panggil abang bagai?“ Puan Aminah menyoal Aiman.
“Lebih dari kenal. Kite orang ni
selalu gak melepak sama-sama. Ingat tak ari Aiman mengamuk ngan Kak Long tu?
Abang Danial ni la mamat yang kite orang cakap tu.“ Aiman tersenggih-senggih
memandang Danial. Danial dan Tuan Habib yang tidak tahu hujung pangkal cerita
hanya mendengar.
“Oh! Macam tu. Danial tak kisah ker
kena tukar agama ni. Ye la nak kawen ngan orang Islam kene tukar agama dulu.
Tapi kalau boleh makcik lebih suka Danial nak masuk Islam sebab memang Danial
yang nak masuk Islam bukan sebab nak kawen ngan Kak Long.“ Puan Aminah
tersenyum sambil memandang dalam-dalam anak mata Danial. Danial apa lagi cuba
berlagak tenang padahal dalam hati dah macam tsunami. Setelah seketika Tuan
Hassan mencelah mengembalikan perbincangan kepada perkara yang asal.
“A…bis…tu….ko…ma….cam….ma….na?
S…yer…ko?“ Tuan Hassan cuba bertanya ringkas.
“Tu ko jangan risau. Tak kan la aku
nak jual macam tu jer. Dia tukarkan syer kat Dimensi ngan syer Yang Properties
kat aku. So Danial sambung la cakap
pasal plan tu. Cete sikit kat dape ni
supaya paham semuanya.“
“Ha?! Macam ni pakcik, makcik,
Aiman. Saya akan beli syer Uncle Habib
kemudian saya akan hadiahkan syer tu kepada Aathifah. So nanti Aathifah dah leh take
over Dimensi sebab dia dah ada empat puluh lima percent syer. Maaf kalau cara saya ni salah tapi tu jer cara yang
ada. Kalau saya nak tolong bagi duit kat Aathifah mesti bulat-bulat dia tolak.
Saya dah tak de cara lain nak tolong.“ Danial tenang berbicara.
“A’ah ari tu abang ada cakap dia nak
tolong bagi pinjam duit kat Aiman supaya leh bagi kat Kak Long tapi umi pun
tahu kan kalau Aiman bagi duit tu kat Kak Long mesti dia syak. Mengamuk Kak
Long nanti kalau dia dapat tahu sumber duit tu dari Abang Danial. Dia kan tak
suka macam tu. Tak nak termakan budi.“ Aiman mencelah.
“Betul la tu tapi umi rasa Danial
tak perlu buat semua ni. Kita kan dah bincang Aiman, kalau dah tak de rezeki
kita nak pertahankan syer Dimensi kita redha kan jer. Tak perlu libatkan orang
luar. Abang Habib pun Aminah rasa boleh jer nak buat apa-apa kat syer abang,
tak perlu nak simpan lagi rasa simpati dekat kami. Lupakan jer janji abang nak
terus pegang syer Dimensi tu sebab nak tolong kami dapatkan semula Dimensi tu. Insya-Allah
rezeki kami ada di tempat lain bukan di situ.“ Puan Aminah bersuara tegas.
“Ye Aminah, abang paham. Tapi kami
sekadar ingin membantu. Abang dah berjanji jadi wajib abang tunaikan. Lagipun
kami ikhlas nak membantu.“ Tuan Habib mengendurkan suara.
“Maaf Abang Habib kalau kata-kata
Aminah menguris hati abang, tapi kami rasa kami tak nak perjudikan hidup
Aathifah lagi. Cukup la kesengsaraan yang dia tanggung, dia dah tak punya
kehidupan sendiri. Mungkin dengan cara kehilangan syer tu nanti dia dapat
membina semula kehidupannya sendiri. Saya dah tak sampai hati tengok dia macam
tu.“ Air mata pilu mengalir sedikit di wajah tua Puan Aminah.
“Makcik jangan cakap macam tu,
makcik. Kami ikhlas nak tolong. Sape lagi nak tolong umat Islam kalau bukan
kita yang sesama Islam. Lagipun kita kenal antara satu sama lain. Saya tak
kejar harta dunia makcik tapi harta akhirat yang saya harapkan. Moga dengan
pertolongan saya, saya mendapat pahala dan rahmat dari-Nya buat bekalan saya di
sana nanti. Duit saya boleh cari lagi tapi kawan yang macam Aathifah ngan Aiman
susah saya nak cari. Kawan yang pandang saya bukan pada rupa dan harta tapi
pada diri saya sendiri. Makcik tolong benarkan saya membantu ye?“ Danial cuba
untuk memujuk. Semua yang ada hanya terdiam mendengar dan memandang wajah Danial.
“Danial ni dah masuk Islam ker?
Abang Habib?“ Puan Aminah keliru.
“Ye makcik, baru lagi. Baru tiga
tahun saya masuk Islam. Alhamdulillah, sejak kenal Aathifah ngan Aiman saya
dapat mendalami Islam dengan lebih lagi melalui pengajaran tidak formal mereka.“
Danial memberitahu dan Tuan Habib hanya menganggukkan kepala. Perbualan mereka
terganggu seketika dengan deringan telefon bimbit Aiman memecah suasana suram
itu.
“Assalamualaikum Luqman. Pe cete?
Nak ajak lepak ker?“ Danial memerhatikan wajah manis Aiman yang senang menerima
panggilan itu.
“Tahu! Pasal syer tu aku dah tahu.
Tuan Habib sendiri yang bagitau. Tak pe la memang hak Tuan Habib pun.“ Aiman
memandang Tuan Habib sambil tersenyum. Tuan Habib membalas kemudian menyambung
santapannya. Danial turut sama menjamu bila diajak sekali lagi oleh Puan
Aminah.
“La! Ye ker? Sampai keluar internet?
Sape yang buat ni? Tapi Kak Long tak de pun kat umah. Kenapa lambat bagitau.“
Danial mencuri-curi mendengar perbualan Aiman.
“Dia gi melawat kubur Abang Muaz ngan
Dhiah kot. Tak pe nanti aku try call dia.“
Aiman memandang Danial pula.
“Ko dah try tak dapat? Tak pe la aku cuba lagi. Apa-apa nanti ko bagitau
aku lagi, okey. Assalammualaikum.“ Aiman mematikan panggilan tersebut. Danial
dapat menangkap muka risau Aiman.
“Kenapa Aiman? Pasal Kak Aathifah
ke?“ Danial segera bertanya apabila dia dapat mendengar Aiman ada menyebut Kak
Long masa bersembang tadi.
“A’ah. Kak Long dah tahu pasal
penjualan syer tu. Luqman ada tanya Kak Long ada kat rumah tak? Dia cuba hubungi
Kak Long tapi tak dapat. Dia risaukan Kak Long sebab Kak Long gi lepas dengar
pasal hal tu ngan perangai yang pelik.“ Soalan Aiman membuntukan Danial. Belum
sempat Danial menjawab Puan Aminah mencelah.
“Kak Long gi melawat kubur Abang
Muaz ngan Mardhiah la tu. Biasanye kan macam tu kalau dia rungsing. Nanti Angah
cuba la gi tengok kat sana, jangan-jangan dia tertido kat sana macam ari tu.
Letih sangat sampai tertido kat kubur tu.“ Danial terkejut dengan kata-kata
Puan Aminah.
‘Tertido kat kubur. Biar betek? Kene
cepat gi tengok ni, hari dah nak malam. Karang lain lak jadinye.‘ Danial
monolog sendirin melahirkan kerisauannya.
“Abang Danial jom kita bincang seperkara
kejab kat luar?“ Danial memerhatikan kerutan yang timbul di dahi Aiman bagai
menanggung sesuatu perkara yang sukar.
“Angah pe yang nak dirahsiakan tu
sampai kene cakap kt luar bagai? Cakap kat sini tak boleh ke? Umi rasa kami
patut tau gak hal tu.“ Puan Aminah terlebih dahulu membidas sebelum sempat
Danial menjawab.
“Ee…. Umi, Angah tak tahu sama ada
patut cakap perkara ni depan abi ke tak? Abi kan tak….. tak sihat. Lagipun Tuan
Habib….. ada ni.“ Aiman tersangkut-sangkut berbicara.
“Tak pe Angah, abi kuat tuk dengar
semua pasal hal anak-anaknya. Abi berhak tau walaupun abi macam ni. Tuan Habib
pun dah macam keluarga kita. Banyak yang dia dah tau pun pasal keluarga kita.“
Puan Aminah beralasan.
“Tak de sekarang ni kat youtube dah
tersebar cete pasal tangkapan khalwat Abang Danial ngan Kak Long. Aiman nak
tanya abang tau tak pasal hal ni?“ Aiman teragak-agak memberitahu sambil
matanya dilarikan dari Danial ke bapanya.
“Ya Allah! Macam mana boleh jadi
macam ni? Bila kenenya? Malam tadi ker Angah, Danial? Kenapa Angah tak bagitau
umi pun.“ Puan Aminah nyata kecewa. Tuan Habib hanya menggelengkan sedikit
kepalanya. Danial yang mendengar berita terkejut itu hanya mampu mendiamkan
diri dan jari-jeraminya yang runcing laju mengeluarkan telefon bimbitnya dari
dalam poket seluar dan mula melayari laman sesawang yang dikatakan oleh
Aiman.Terkejutnya dia bukan kepalang dengan rakaman video tersebut. Dia memang
tidak perasan semalam akan adanya makhluk Allah yang sempat merakam gambar
tersebut.
“Kak Long yang tak bagi Angah
bagitau mak. Katanya tak nak umi dan abi risau. Kak Long cakap bila masa yang sesuai
dia akan bagitahu sendiri.“ Aiman memperlahankan suara sambil menundukkan
kepalanya menghadap lantai.
“Angah, ni bukan perkara main-main.
Angah tak perlu dengar cakap Kak Long ngan perkara-perkara yang serius macam ni.“
Airmata Puan Aminah mula bergenang.
“Danial, apa penjelasan Danial
tentang hal ni?“ Tuan Habib bersuara dengan wajah yang tegang memandang Danial.
“Sorry
makcik, pakcik, uncle, sebenarnya
semua ni satu perangkap. Saya sudah memulakan siasatan. Tapi saya akan
bertanggungjawab dengan semua perkara yang terjadi. Kalau pakcik dan makcik nak
saya kawen ngan Aathifah pun saya sanggup. Saya tahu saya dah buat malu kat
keluarga ni.“ Danial tenang bersuara.
“Da…nial…. Da….nial“ Hanya itu yang
terluah di bibir Tuan Habib. Semua sepi seketika yang kedengaran hanya kipas
angin di siling yang berputar laju.
“Ka….lau…..ma…..cam….tu….ka….wen…jer….
Ka….mu…pun….su…ka…kat…
Aathifah
kan?“ Tuan Hassan bersuara perlahan-lahan kecuali pada nama Aathifah yang
begitu mudah disebutnya. Jelas kasih sayang pada anak mengatasi segala-galanya.
Semua yang ada terkejut dengan kata-kata Tuan Hassan. Puan Aminah hanya
menggelengkan kepalanya sambil tersedu-sedu menangis. Yang lain hanya
mendiamkan diri.
“La…gi…pun….fa….mi….li….ka….mi….a….da….ber….hu….ta….ng...ngan….pa…pa….ka….
mu…Hu….ta….ng….la….ma…“
Danial tidak mengerti disebalik kata-kata Tuan Hassan. Puan Aminah memandang
suaminya sebelum beralih kepada Tuan Habib. Danial yang memandang Aiman dan
Aiman hanya menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu-menahu perkara yang sedang
diperkatakan. Danial ingin membuka bertanya tapi segera didiamkan apabila Tuan
Habib terlebih dahulu bersuara.
“Danial, uncle rase tu yang terbaik. Lagipun memang tu yang Danial harapkan,
kan. Nanti uncle tolong Danial
meminang Aathifah untuk kamu. Kite buat ikut adat yang betul. Boleh Aminah,
Hassan?“ Tuan Habib membuka mulut bersuara setelah seketika mendiamkan diri dan
menjadi pendengar sahaja.
“Saya mengikut jer abang. Mana yang
baik. Lagipun Abang Hassan dah setuju.“ Puan Aminah menjawab setelah sedunya
semakin reda. Danial dapat melihat senyuman manis Aiman. Dia membalas senyuman
itu dengan sedikit kelat kerana dia tahu perkara ini mungkin tidak akan disukai
oleh Aathifah.
“Maafkan saya kalau kurang ajar tapi
saya rase kita patut tanya Aathifah dulu. Saya tak mahu dia anggap saya memaksa
pula. Lagipun dia mungkin tak setuju dengan cara ni.“ Danial meluahkan juga
pendapatnya.
“Tak pe itu abang jangan risau,
pandai la kami uruskan. Kak Long nampak jer macam tu tapi dia sebenarnya
seorang anak yang baik dan lemah-lembut. Mudah dengar kata umi dan abi. Dia tak
kan membantah perkara yang melibatkan maruah kelaurga ni.“ Aiman segera
membalas, seperti tahu soalan itu yang akan dikemukakan oleh Danial. Semua yang
ada menganggukkan kepala tanda setuju. Danial tidak dapat berkata apa-apa lagi
bila semua seperti telah bersetuju dengan kata-kata Aiman tadi. Dalam keraguan
itu terselit hati yang berbunga bagai taman yang dipenuhi bunga-bunga cinta
yang mekar dan berbau harum.
Subscribe to:
Posts (Atom)