Hawa Telinga

Monday, 22 September 2014

Novel : Aku Nak Kerja Bukan Misi Bab 15






Penyelamat

  ‘A
ku tak patut macam ni. Dia bukan untuk aku. Abang lebih memerlukannya berbanding diriku.‘ Saifuddin berbicara sendirian dan mengingatkan dirinya tentang hakikat sebenar sambil melangkahkan kakinya beredar dari tempat yang membuatkan hatinya dicuit perasaan cemburu itu. Tempat yang menyaksikan Umairah sedang berbual mesra dengan Nizam sambil mendengar dengan telinganya sendiri pengakuan perasaan Nizam kepada Umairah. Kawasan dapur hotel berkenaan yang sememangnya panas bertambah berbahang bagi Saifuddin setelah mendengar pengakuan Nizam terebut.
‘Nizam ni memang nak kena dengan aku ni. Dia ni datang sini nak kerja ker nak mengorat. Pantang nampak perempuan cantik sikit mula la nak jual minyak. Tangan aku rasa nak cepuk jer Si Nizam ni. Aishhh!‘ Saifuddin berbicara sendirian dengan penuh perasaan cemburu sambil mengenggam penumpuk kanannya.
‘Si Minah Kalut ni pun satu, bukan main manis mulut tu melayan semua orang. Berapa ramai lagi lelaki yang dia nak rapat ni. Macam-macam rupa dan gaya dan semuanya yang hebat-hebat belaka. Saja nak tunjuk kat aku la tu yang dia punya peminat yang boleh mencabar kredibiliti aku ape? Isshh!‘ Jiwa Saifuddin semakin tidak keruan. 
Saifuddin membuka langkah dengan lebih laju lagi untuk segera beredar daripada tempat berkenaan supaya hatinya yang sedang ‘terbakar‘ tidak bertambah marak kerana berbagai perkara bermain-main difikirannya. Perkara yang boleh membuatkannya hilang pertimbangan. Tanpa menghiraukan semua mata yang memandang wajahnya yang merah kemarahan itu, Saifuddin terus laju melangkah memasuki biliknya. Diluar kesedarannya, dia menghempas pintu dengan sekuat hatinya bagi melahirkan rasa kemarahannya itu.
“Astagfirullahalazim!“ Nurul, setiausaha Saifuddin terkejut dengan tindakan mengejutnya itu. Tangannya ligat mengurut dada yang berombak kencang kerana belum pernah dia melihat kelakuan pengurusnya seperti itu sebelum ini.
“Kenapalah dengan bos ari ni? Masuk-masuk jer dah menyinga. Tapi kalau orang dah handsome marah pun masih nampak menawan. Nasib baik aku dah bertunang, kalau tak mahu cair hati aku ni. Mahu aku cuba tarik perhatian dia. Huhuhu…“ Nurul yang sentiasa ceria mula tersenyum sendirian dengan kata-katanya tadi.
“Amboi! Gembira nampak. Boleh kongsi dengan saya apa yang ‘membungakan‘ hati awak tu Nurul? Saya naik takut tengok awak tadi. Mula-mula cakap sorang-sorang then tersenyum-senyum macam kerang subuk. Awak sihat kan?“ Saiful Haq yang semakin menghampiri bertanya sambil mengusik.
“Bos! Sorry saya tak nampak bos tadi. Ada apa-apa yang boleh saya tolong, bos?“ Bagi menutup perasaan malunya, Nurul pula bertanya daripada menjawab pertanyaan Saiful Haq.
“Tak de saya nak jumpa Saifuddin, dia dah masuk ker?“ Setelah mengelengkan sedikit kepalanya Saiful Haq bertanya.
“Ada. Baru jer masuk tadi. Bos nak jumpa sekarang ker?“ Nurul bertanya lagak orang kurang cerdik.
“La. Dah saya ada kat sini mestilah saya nak jumpa dia sekarang tak kan esok lak. Awak ni dah kenapa, Nurul.“ Saiful Haq tersenyum geli hati melihat kekalutan Nurul.
“Ye tak ye juga kan. Nanti saya Tanya Encik Saifuddin sekejap. Bos tunggu sekejap ye.“ Nurul kalut menekan interkomnya.
“Assalammualaikum bos. Encik Saiful Haq hendak berjumpa dengan bos.“ Nurul cuba bersuara setenang yang mungkin.
            Saifuddin yang sudah menyibukkan dirinya menyemak fail-fail yang berlambak di atas mejanya bagi mengalihkan perhatiannya daripada terus memikirkan perkara tadi, sedikit keberatan menjawab pertanyaan Nurul tersebut.
“Waalaikummussalam, Nurul. Abang Haq nak jumpa? Okey nanti awak suruh dia masuk ye. Nurul, hari ni saya ada apa-apa hal penting ker?“
“Hari ni tak de yang penting bos.“
“Okey, thanks Nurul. Nanti suruh Abang Haq masuk ye.“
“Baik bos.“ Nurul lega Saifuddin tidak meyemburkan kemarahan kepadanya tadi. Dia menyangkakan Saifuddin yang tengah masam mencuka akan melempiaskan kemarahannya kepadanya biarpun bukan dia punca pengurusnya jadi seperti itu. Nurul bangun menghampiri kerusi roda saiful Haq.
“Bos, jom masuk.“
“Tak pe Nurul, saya gerak sendiri.“ Saiful Haq yang mengerti dengan tindakan yang ingin menolak kerusi rodanya segera menghalang.
“Baik bos. Silakan bos.“ Nurul segera membuka pintu bilik Saifuddin untuk Saiful Haq sambil tersenyum manis.
“Thanks, Nurul. Kerja elok-elok. Jangan asyik cakap sendirian jer. Nanti orang ingat awak dapat penyakit gila lak.“ Saiful Haq tersenyum dengan usikannya itu.
“Baik, bos.“ Nurul tersenyum malu. Setelah Saiful Haq masuk, Nurul kembali ke tempatnya.
“Eeeeii! Malunya ‘terkantoi‘ dengan bos. Nasib baik bos tak tanya lebih-lebih tadi.“ Nurul memegang kedua-dua belah pipinya yang membahang. Setelah sedikit lega Nurul meneruskan tugasnya.
“Assalammualaikum, abang.“ Saifuddin yang sudah bergerak menghampiri Saiful Haq sebaik melihat pintu biliknya terbuka segera menghukurkan tangan bersalam.
“Waalaikummussalam. Dah sihat ker? Awal masuk.“ Saiful Haq yang sudah menyambut salam Saifuddin segera bertanya.
“Alhamdulillah. Lepas makan panadol tadi okey dah. Sorry, tadi tak dapat gi sama-sama dengan abang. So, pe plan abang. Maksud Din apa yang kita nak buat dulu pagi ni? Ke ada sebab lain abang datang ni?“ Saifuddin bertanya sambil menolak abangnya menghampiri sofa yang terdapat di biliknya.
“Haaaah!“ Saiful Haq sedikit terkejut dengan pertanyaan Saifuddin.
‘Sebab lain? Macam tahu-tahu jer aku memang ada sebab lain nak tanya. Aku nak tanya pasal perasaan ko terhadap Umairah. Tapi kalau aku tanya ko pasti tak kan mengaku jadi lebih baik aku siasat sendiri.‘ Saiful Haq berbicara dalam hatinya.
“Tak de hal lain. Abang nak tanya pendapat Din la nak buat macam mana. Pe pendapat Din?“ Saiful Haq cuba berlagak biasa.
“Din ikut abang jer. Abang pun tahu Din tak arif sangat hal-hal macam ni. Abang cuba bagi idea dulu. Tengok nanti kalau ada apa-apa yang Din patut tambah Din bagitahu abang.“ Saifuddin membiarkan abangnya yang memulakannya dahulu sebab dia sudah tawar hati untuk berkerja hari itu.
“Okey. Kalau macam tu, Din bagi satu dua fail yang perlu Din semak kat abang. Abang akan tolong Din semaknya. Abang ingat nak mula buat kerja sikit-sikit dulu. Bila dah rasa okey abang akan tambah. Boleh?“ Saiful Haq memandang wajah sayu adiknya itu.
“Okey, nanti Din bagi. Abang nak yang berkenaan apa? Projek ke kewangan atau pengurusan? Din ada lima fail atas meja sekarang ni. Dua projek, dua kewangan dan satu pengurusan.“ Saifuddin mula menghampiri mejanya.
“Eemm! Abang rasa projek abang tak mahu handle dulu. Din bagi abang satu kewangan satu pengurusan la dulu. Nanti abang dah sedia baru abang ambil yang projek.“
“Okey. Din bagi yang ni. Abang nak buat dalam bilik ni ker nak buat dalam bilik abang?“ Saifuddin kembali kepada abangnya sambil membawa bersama dua fail yang dimaksudkan.
“Tak pe, abang buat kat dalam bilik abang nanti. Ko dah jenguk Umairah kat dapur ker?“ Saiful Haq mula memancing Saifuddin dengan soalannya.
“Haah! Umairah! Heem! Heem!“ Saifuddin buat-buat sakit tekak bila mana soalan berkenaan Umairah ditanya oleh abangnya.
“Dah tadi. Singgah kejap tengok sebelum masuk bilik tadi. Kenapa? Dia ada cakap apa-apa ker?“ Saifuddin bertanya dengan wajah berkerut sedikit.
‘Umairah ada mengadu apa-apa dengan abang ker?‘ Saifuddin berbicara sendirian.
“Saja abang nak tahu. Kan hari ni hari pertama dia kerja kat sini. Mesti Din nak ucapkan selamat kat dia kan, sebagai seorang Pengurus Besar kat sini.“ Saiful Haq tersenyum.
‘Heem! Dia ada jumpa Umairah. Jadi dia tak la melarikan diri daripada Umairah. Okey, satu perkara dah terjawab.‘ Saiful Haq berbicara sendirian.
“Okey la, mesti Din banyak kerja kan. Abang balik bilik dulu la.“ Saiful Haq segera ingin beredar bagi melakar pelannya yang lain untuk mengorek rahsia hati Saifuddin itu.
“Okey. Nanti kalau ada yang Din tak tahu Din tanya abang ye. Fail lain yang berkaitan dengan fail-fail yang abang ambil tu Din akan suruh Nurul hantarkan kat bilik abang nanti.“ Saifuddin segera bangun mendapatkan kerusi roda abangnya.
“Tak pe, Din abang gerak sendiri, tak payah tolakkan abang. Kan abang kena biasakan diri dengan keadaan abang ni. Ko sambung buat kerja tu. Mana yang tak faham nanti Tanya abang.“ Saiful Haq mula memutar-mutar roda kerusi rodanya. Saifuddin pula membukakan pintu bilik untuk abangnya.
“Okey, hati-hati abang. Selamat bekerja semula.“ Saifuddin tersenyum manis. Dia benar-benar berharap abangnya akan kembali seperti dahulu biarpun fizikalnya tidak sama seperti dahulu lagi. Tangannya segera mencapai beberapa dokumen yang mungkin diperlukan oleh abangnya bagi menyemak fail-fail yang diberikan kepada abangnya tadi.
“Thanks, bro. Buat kerja jangan sampai tak makan pula. Muka tu aku tengok dah cengkung dan pucat jer. Kalau tak larat nak kerja nanti balik rumah, rehat.“ Saiful Haq sempat berpesan kepada adiknya itu.
“Baik, bos.“ Saifuddin tersenyum mengusik. Saiful Haq turut tersenyum dengan usikan adiknya itu.
“Nurul, tolong iringi abang saya balik biliknya sambil bawa bersama dokumen-dokumen ni.“ Saifuddin yang sudah berada di hadapan meja Nurul segera berbicara kepadanya. Nurul yang sudah sedia bangun sebaik pintu bilik tersebut terbuka segera menjawab.
“Baik, bos. Ada apa-apa lagi bos?“
“Tak de, itu jer.“ Saifuddin tersenyum tawar.
“Okey. Jom Encik Saiful saya temankan encik.“ Saiful Haq hanya menganggukkan kepalanya. Setelah mereka menapak pergi, Saifuddin kembali ke dalam biliknya.
“Kenapa dengan aku ni? Nampak perempuan bertudung jer aku akan ingatkan dia. Bertambah serabut fikiran aku. Aahhhhh!!!!!“ Saifuddin cuba menjerit pendek bagi melepaskan sesak di dadanya itu. Seketika Saifuddin terpandangkan kalimah Allah yang tergantung indah di dinding biliknya itu bersalam kalimah Muhamad s.a.w dan ayat kursi.
“Astagfirullahhalazim.“ Saifuddin merauk mukanya.
“Baik aku solat dan mengaji sekejap.“ Saifuddin mula masuk ke dalam tandas untuk mengambil wudhuk. Dia ingin menenangkan hatinya dengan bersujud pada-Nya.

**********************************************
            Pukul dua petang merupakan waktu tamat tempoh kerja bagi syif Umairah. Dia yang sudah menyalin pakaiannya mula menapak keluar daripada Hotel Teduhan Kasih tersebut.
“Umairah! Umairah!“ Nizam memanggil namanya. Demi terdengar namanya dipanggil, dia segera menoleh ke belakang.
“Nizam. Ada apa?“
“Awak balik naik pe ari ni?“ Nizam tersenyum manis. Mereka kemudian sama-sama beriringan jalan keluar menghampiri pintu utama hotel tersebut.
“ Kenapa awak tanya? “ Umairah yang pelik dengan pertanyaan Nizam segera bertanya pula.
“ Pagi tadi saya nampak bapa awak yang hantar awak. Tu yang saya tanya, awak balik naik apa. Kalau bapa awak tak ambil saya boleh tolong hantarkan. “ Nizam memandang mendalam wajah putih kemerahan Umairah.
“Tak pe la, Nizam. Tak payah susah-susah. Saya naik bas jer.“ Umairah bersahaja membalas tanpa memandang wajah Nizam sebaliknya lebih fokus kepada hadapannya.
“Apa yang susahnya. Saya pun naik balik. Satu jalan jer pun. Awak tinggal kat Taman Sejati Tiga kan.“
“Mana awak tahu?“ Umairah memberhentikan langkah kakinya sambil memandang wajah Nizam dengan perasaan terkejutnya.
“Kenapa nak terkejut lak ni. Kan saya ni nak mengorat awak jadi saya kenalah pandai cari maklumat pasal awak. Boleh ye, saya hantarkan awak.“ Nizam tersenyum mengharap.
“Tak pe la, Nizam. Saya tak selesa awak hantar saya balik rumah. Lagipun tak manis orang tengok nanti.“ Umairah kembali melangkah dengan hatinya yang tidak selesa terhadap tindakan yang telah diambil oleh Nizam. Tindakan mencari maklumat berkenaan dirinya.
“Boleh la. Untung-untung, nanti boleh saya berkenalan dengan famili awak. Saya nak hantar awak balik jer pun. Bukan nak buat bukan-bukan pun. Orang tak kan fikir yang bukan-bukan punya.“ Nizam masih tidak putus mencuba. Umairah sedikit terusik dengan kata-kata lepas Nizam yang seolah-olah membelakangkan pandangan umat Islam di kawasan tamannya itu.
“Awak ni….“ Belum sempat Umairah menghabiskan ayatnya, mereka dikejutkan dengan bunyi hon kereta yang berada di perkarangan hadapan hotel tersebut. Masing-masing memandang kereta Viva Elite Biru tersebut.
“Umairah, Nizam. Hai! Sembang pe tu? Umairah jom, aku hantarkan ko balik.“ Jamilah tersenyum selepas berbicara dengan mereka.
“Hai! Jamilah.“ Nizam bersuara dengan nada sedikit kecewa.
“Okey la Nizam. Saya gi dulu. Nanti kita jumpa lagi. Assalammualaikum.“ Umairah segera melangkah menghampiri kereta Jamilah.
“Okey, Waalaikummussalam. Jumpa lagi esok.“ Nizam hanya mampu membalas dengan lemah sambil melihat Umairah pergi menghampiri kereta Jamilah.
“Alhamdulillah! Aku sayang sangat kat ko. Ko la penyelamat aku Mila.“ Umairah yang sudah berada di dalam perut kereta Jamilah segera mengenggam mesra tangan kiri Jamilah.
“Penyelamat? Dari Nizam ker? Dia nak apa? Bukan main mesra aku tengok. Jealous lak kejap aku tadi.“ Jamilah tergelak kecil. Mendengar gelakan Jamilah, Umairah tahu Jamilah sedang mengusiknya. Tangannya pantas memukul lembut tangan kiri Jamilah. Tanda protes.
“Suka sangat mengusik. Anyway, thanks.“ Umairah meneruskan bicaranya biarpun sedikit terasa dengan usikan Jamilah.
“Thanks, thanks gak. Tu pe cer? Kenapa dengan Mamat Jambu ko tu?“ Jamilah masih ingat mengetahui berkenaan Nizam sambil tangan dan matanya meneruskan perjalanan mereka.
“Nizam tu nak hantar aku balik. Ko kan tahu aku tak suka. Tu yang dia cuba nak pujuk. Nasib baik ko datang tepat pada masanya jadi tak payah aku nak ceramah panjang-panjang kat dia.“
“Dia nak hantar ko balik? Mana dia tahu ko tak datang dengan kereta ko sendiri? Pelik! Dia kan mula kerja kul lima pagi, macam mana leh tahu lak?“
“Entah la. Aku pun tak tanya sangat tapi dia cuma kata dia ternampak abi anto aku pagi tadi. Tu yang dia nak sangat anto. Tapi itu tak pelik sangat. Yang lagi pelik, dia tahu aku tinggal kat mana. Aduh! Menyusahkan betul la.“ Umairah memicit dahinya.
“Amboi! Cekap. Good! I like it!“ Jamilah tersenyum.
“Tak payah nak, I Like it sangat. Kita nak gi mana ni?“
“Ko ni tau jer aku nak bawa ko gi jalan-jalan, kan.“
“Perangai ko tu dalam kocek aku jer. Ko tu kalau datang jemput aku ni mesti ada hal. Kalau tak jangan harap la nak sukarela nak datang jemput aku.“
“Tau tak pe. Ko tu sape nak aku datang jemput bagai. Anak Dato’ pun bukan petah lagi Tuan Puteri.“ Mereka sama-sama ketawa kecil.
“Memandangkan hari ni hari pertama ko kerja kat hotel dan kebetulan aku cuti hari ni, pe kata kita sambut. Kita gi makan-makan kat Restoran Wangian Kasih dulu. Then, baru aku hantar ko lik. Amacam?“ Jamilah ceria berbicara.
“Aku tak kisah aku ikut jer. Elok gak tu boleh aku jumpa Auntie Niza and belanja dia makan sekali.“ Umairah kembali bersemangat.
“Amboi! Bukan main baik ngan Auntie Niza lagi sekarang ni. Ada apa-apa ker?“ Jamilah masih mengusik.
“Apa-apa, apa? Jangan nak fikir yang bukan-bukan ye. Aku cuba rasa kesian dengan Auntie Niza sebab dia terpaksa menjaga kesihatan Encik Saiful Haq dengan Uncle Rafieq. Nak jaga restoran tu lagi. Ingat senang ker? Sekurang-kurangnya ada kita disampingnya, boleh la kita gembirakan dia sikit.“
“Betul, betul. Aku sokong. So nak ajak sape-sape lagi ker?“
“Nak ajak sape lagi. Semua kerja kot time ni. Dah abis waktu lunch pun.“
“Tak nak ajak Nizam and the geng ker?“ Jamilah tersenyum.
“Tak abis-abis nak mengusik. Kalau ko nak ajak dia ko gi jer ngan dia. Tak payah bawa aku sama. Dah jemu aku tengok dia sehari ni tak payah nak tambah masa dia ngan aku lagi.“ Umairah buat-buat merajuk. Demi mendengarkan kata-kata Umairah, Jamilah ketawa.
“Alahai! Kesiannya dia. Okey, kalau tak nak ajak dia. Nak ajak Syawal tak? Tak pun Abang Din atau pun Abang Haq?“ Jamilah masih lagi ingin mengusik.
“Malas aku nak layan ko. Aku nak pejamkan mata kejap. Nanti dah sampai bagitahu aku.“ Umairah segera memejamkan matanya. Jamilah hanya ketawa kecil.Umairah bernada kecewa.
“Ko ni kenapa sedih? Rindu kat Syawal ker?“ Jamilah yang dapat mengagak perubahan suara Umairah mula bertanya.
“Tak la. Aku letih sikit. Banyak kerja tadi.“ Umairah tidak mahu bertentang mata dengan Jamilah dan hanya memandang sepi telefon bimbitnya.
“Ko ngan Syawal dah memang over ker? Aku tengok dia still mengharapkan ko jer? Masalah korang masih tak settle lagi ker?“ Jamilah serius.
“Entah la Mila. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana lagi. Aku memang tak mengharapkan apa-apa lagi tapi Syawal masih macam tu. Dia tak mahu mengalah dan masih tetap dengan janjinya nak pujuk mamanya.“ Umairah melepaskan keluhan yang maha berat.
“Mama dia masih tak dapat nak terima ko ker? Mama dia tu nampak jer orang yang baik-baik ye tapi tak sangka fikiran kolot dan sempit. Mesti susah Syawal nak pujuk mama dia, kan.“ Jamilah meluahkan rasa tidak puas hatinya.
“Tak baik cakap macam tu, Mila. Apa yang mama dia risaukan tu ada betulnya. Lagipun Syawal tu satu-satunya anak dia. Mestilah dia mengharapkan yang terbaik untuk anaknya.“
“Ko ni baik sangat la Umairah. Tu sebab senang orang nak mempergunakan ko. Mama dia dah kutuk ko macam tu pun ko boleh bersabar lagi. Kalau aku dah lama aku balas. Macam la ko yang terhegeh-hegeh nak kan anak dia tu. Kalau bukan fikirkan Syawal tu kawan kita, dah lama aku sound Syawal ngan mama dia tu. Eeee…. Geramnya aku bila fikirkan balik.“ Jamilah sudah merah telinga menahan marah. Umairah hanya mampu mendiamkan dirinya ketika itu.
“Mila, boleh tak ko tolong aku. Tolong aku….. tolong aku pisah ngan Syawal. Tolong buatkan…. Tolong buatkan Syawal tak suka ngan aku lagi.“ Air mata Umairah sudah bergenang.
“Apa! Ko dah abis fikir ke Umairah. Betul ko nak buat semua tu. Ari tu ko kata ko tak mahu sakitkan hati sesiapa pun. Ni, kenapa nak buat macam ni kat Syawal lak. Tak ke nanti ko akan sakitkan hati dia?“ Jamilah bersuara tegas.
“Dulu aku ingat dia akan lupakan aku kalau kitaorang dah terputus hubungan tapi rupanya tak. Dia masih setia dengan janji-janjinya tuk pujuk mama dia dan tak kan berkahwin dengan orang lain selain aku. Aku tak nak musnahkan hidup dia hanya sebab janji yang bodoh yang dibuatnya sendiri tu. Lagipun aku nak tunaikan janji aku ngan mamanya.“
“Ko nak tunaikan janji mama dia sampaikan lukakan hati ko sendiri.“
“Ko pun tahu dari mula lagi aku tak mengharapkan apa-apa daripada Syawal sebab aku tahu cinta manusia akan mati juga nanti. Hanya cinta pada-Nya yang kekal abadi.“
“Ye le tu. Kalau macam tu kenapa ko nak menangis sekarang ni. Bukan sebab ko sedih akan kehilangan Syawal ker?“ Jamilah sedikit marah dengan perangai Umairah.
“Aku sedih bukan sebab akan kehilangan Syawal tetapi sedih sebab akan kehilangan sahabat yang boleh dipercayai sepertinya. Mungkin lepas ni dia tak akan berkawan langsung dengan aku bahkan membenci aku.“ Umairah segera menyapu air matanya yang sudah mengalir ke pipi.
“Itu harga yang perlu ko bayar kalau ko nak teruskan kerja gila ko tu. Abis tu ko betul-betul nak aku tolong ko putuskan hubungan ngan dia?“ Jamilah mengerutkan dahinya meminta kepastian. Umairah tidak mampu berkata-kata dan hanya menganggukkan kepalanya.
“Aku rasa cuma ada satu cara sahaja supaya dia akan terus lupakan ko dan tak kan mengharapkan cinta ko. Ko kena kahwin. Sanggup ke ko kahwin?“ Jamilah merenung wajah sayu Umairah. Umairah ternyata terkejut dengan saranan Jamilah.
“Tak kan sampai macam tu sekali, Mila. Tak kan tak de jalan lain.“ Umairah kerisauan.
“Abis tu ko ingat kalau ko kata ko dah ada pakwe dia nak dengar ker? Kalaupun ko tunjuk pakwe ko kat dia, dia masih akan menunggu ko sebab ko masih tidak terikat dengan hubungan yang sah dan haram untuk dia memiliki ko. Hanya dengan perkahwinan sahaja dia tidak akan menganggu ko sebab perempuan tak boleh kahwin lebih daripada satu. Lain la orang lelaki, perempuan masih sanggup tunggu sebab boleh kahwin sampai empat kan.“ Jamilah cuba mengusik sedikit. Umairah tersenyum kelat dengan usikan Jamilah.
“Dah tak payah nak sedih-sedih. Insya-Allah, sampai masanya dia akan mengundurkan diri juga. Ko berdoalah selalu agar akan muncul jalan penyelesaian bagi masalah ko ni. Aikh! Dah terbalik lak. Selalu ko yang nasihatkan aku. Hari ni aku lak nasihatkan ko.“ Jamilah ketawa kecil.
Umairah hanya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.
“Aishh! Pukul dua lebih macam ni pun masih sesak. Jalan macam siput, bila nak sampai ni.“ Jamilah melepaskan kemarahannya kepada stereng keretanya. Hatinya pedih melihat Umairah bersedih begitu.
‘Kenapa la banyak sangat dugaan yang ko hadapi Umairah. Aku dah tak sanggup nak melihat keadaan ko sekarang ni. Astaghirullahalazim! Mila, what are you trying to say? Mestilah Allah menguji Umairah sebab dia sayangkan dia? ‘ Jamilah cuba membetulkan kata hatinya. Jamilah memandang wajah Umairah dengan wajah yang tegang sementara Umairah telah hanyut dalam dunia kenangannya bersama dengan Syawal satu ketika dahulu.

           

Novel : Terlerai Sudah Bab 26





BAB 26 : Janji dan Amanah

  J
ari-jemari Danial menggagau-gagau mencari telefon bimbitnya yang berbunyi dengan mata yang masih tertutup. Selapas solat subuh tadi dia yang hanya ingin membaringkan diri sambil mata terbayang-bayang wajah manis Aathifah, akhirnya terlelap semula akibat mimpi-mimpi manis yang hadir di antaranya dengan Aathifah. Mimpi-mimpi yang direka oleh fikiran yang terlalu mengharapkan kehadiran Aathifah dalam hidupnya. 
            “Waalikummussalam. Ye, Aiman.“ Danial mula membalas salam Aiman. Masih mamai dengan keadaan ketika itu.
            “Abang tak apa-apa ke? Abang tak sihat ke? Dah lewat ni, Aiman tunggu abang tak datang-datang lagi. Kalau abang tak sihat Aiman gi sendiri jer cari Kak Long. Abang rehat la.“ Aiman terus bersuara dengan seribu-satu persoalan.
            “Ye ke? Sorry abang terlelap tadi. Kejab lagi abang sampai.“ Mata Danial mula segar dan ingatan pada kehilangan Aathifah mula melayari kotak fikirannya. Danial segera masuk bilik air setelah panggilan dimatikan untuk mandi semula bagi menyegarkan semula badannya. Waktu ketika itu sudah melewati pukul sepuluh pagi. Dia sudah berjanji dengan Aiman untuk menjemputnya pada pukul sembilan.
            Sesampainya di rumah famili Aiman, Puan Aminah mengajaknya menjamu selera terlebih dahulu. Danial yang mula terasa lapar kerana dari pagi tidak menjamah makanan dengan sedikit segan melangkah masuk. Semasa makanannya mulai habis Puan Aminah bersuara.
            “Danial, makcik nak minta maaf atas apa yang adik makcik, Fazlee lakukan kat famili Danial. Semuanya salah kami sebab tak didik dia dengan elok-elok sampai buat perkara yang tak elok tu.“ Nada suara Puan Aminah ternyata bergetar. Air mata mulai bertakung di kelopak matanya.
            “Makcik saya dah lupakan semua tu. Dari dulu saya dah maafkan Lee. Saya dah tak berdendam ngan dia pun. Saya terima ujian Allah ni dengan redha. Kalau disebabkan ni pakcik dan makcik rase bersalah dan membenarkan saya berkahwin ngan Aathifah, saya rase semua tu tak perlu. Saya tak mau perkahwinan ni berlaku sebab nak menebus apa yang dah lama terjadi. Aathifah tidak harus dijadikan korban untuk perkara yang telah lama saya tutup.“ Danial mula menyatakan pandangannya. Seketika wajahnya dipalingkan dari Puan Aminah kepada Aiman yang duduk di sebelah Puan Aminah.
            “Makcik dan pakcik dah bincangkan perkara ni. Kamu jangan salah anggap pula. Kami ambik tindakan ini bukan sebab nak tebus kesalahan yang kami lakukan tapi ini yang terbaik bagi menutup semua yang telah berlaku. Secara kebetulan sahaja semua yang berlaku dari dulu sampai kini ada kaitan di antara kamu ngan Aathifah. Mungkin ni petunjuk Allah akan jodoh kamu berdua. Makcik selalu berdoa supaya Allah memberikan petunjuk kepada kami akan segala masalah yang berlaku. Selepas melihat Danial semalam makcik yakin Danial la pemuda yang selalu hadir membawa kebahagian kepada Aathifah. Mungkin solat ishtiqorah makcik dimakbulkan Allah.“ Panjang jela Puan Aminah berbicara sambil tersenyum memandang Danial.
            “Terima kasih makcik kerana sudi terima saya yang serba kekurangan ni. Saya benar-benar berharap agar Aathifah dapat menjadi pendamping dan pelengkap hidup saya seperti mana yang selalu saya impikan, sepertimana Hawa kepada Nabi Adam.“ Danial berasa bahagia ketika dapat meluahkan yang lama terbuku di hatinya.
            “Makcik harap lepas Danial bernikah dengan Aathifah nanti segala bebanannya yang selama ni cuba ditanggungnya sendiri akan reda dan dia dapat menjalankan kehidupannya sendiri seperti dulu-dulu.“ Air mata Puan Aminah mengalir laju membasahi pipi tuanya. Danial bagaikan faham isi hati Puan Aminah.
            “Insya-Allah makcik, saya akan cuba membantu Aathifah selagi saya termampu dan saya akan cuba bahagiakan Aathifah dan mengembalikan dirinya yang dulu. Semoga Allah memudahkan segala usaha kita ni.“ Terpancar sinar pengharapan di wajah Danial.

            Setelah agak lama berpusing, akhirnya mereka terlihat sebuah kereta proton wira yang keluar daripada tempat letak keretanya. Danial segera memasuki tempat letak kereta yang baru ditinggalkan tadi. Kini mereka sudah sampai di Hospital Batu Gajah dan menunggu seorang pemuda memeriksa nama Aathifah bagi memastikan sama ada beliau ada mendaftar masuk ke dalam hospital berkenaan. Sedang pemuda itu sibuk menekan-nekan papan kekunci komputernya seorang pakcik yang juga memakai pakaian seragam putih masuk dan bertanya.
            “Kenapa Mie? Cari apa?“
            “Dia orang ni nak minta tolong semak nama awek ni, ada daftar masuk sini ke tak. Takut awek tu ada terlibat dengan kemalangan jalan raya. Macam tu la lebih kurang.“ Pemuda tadi membalas.
            “Oh! Awek yang korang cari tu naik pe? Moto ke kete? Bukan pe semalam banyak gak kes accident moto ngan kete. Ada gak yang meninggal terus kat tempat kejadian. Ada tu yang daftar tak de nama sebab ic hilang kene curi masa tu.“ Danial dan Aiman memandang sesama sendiri apabila mendengar kata-kata pakcik tadi. Danial tidak langsung menduga kemungkinan-kemungkinan yang terjadi kepada Aathifah sepertimana yang diperkatakan oleh pakcik tadi. Aiman segera menjawab pertanyaan pakcik tadi.
            “Kakak saya dia naik moto semalam. Moto skuter Honda Spicy warna oren.“
            “Semalam kalau tak salah pakcik memang ada skuter warna oren tapi pakcik tak tahu la macam mana lak keadaannya sekarang. Kalau nanti tak de nama kakak adik kat dalam sistem tu cuba la tengok kat bilik mayat kot-kot la awek yang meninggal semalam tu kakak adik. Maaf la ye kalau terasa pakcik cakap macam tu.“ Dengan bersungguh-sungguh pakcik tersebut memberitahu.
            “Tak pe pakcik kami paham. Terima kasih. Kat mana accident yang pakcik cakap tu berlaku ye?“ Aiman bersuara lemah. Danial hanya memandang wajah Aiman yang lesu sambil menepuk-nepuk perlahan bahu Aiman, cuba memberikannya semangat.
            “Kalau tak salah pakcik dekat pekan Batu Gajah tu.“
            “Maaf encik, nama ni memang tiada dalam senarai pesakit kami.“ Pemuda yang sedari tadi hanya mendiamkan diri bersuara setelah meneliti senarai pesakit dalam sistemnya.
            “Kalau macam tu tak pe la abang, terima kasih.“ Aiman mengucap terima kasih dan bersalaman dengan pemuda itu dan pakcik tadi. Danial mengikuti tingkah Aiman bersalaman dengan mereka.

            Kini mereka berada di rumah mayat Hospital Batu Gajah untuk memeriksa sama ada Aathifah ada di tempat tersebut. Danial begitu berat hati untuk melangkah keluar daripada keretanya untuk turun bertanya. Dia ingin menyangkal sekeras-kerasnya kemungkinan yang satu ini. Danial memandang wajah sugul Aiman. Dia juga dapat merasakan keberatan kaki Aiman untuk melangkah keluar dari keretanya. Sedang mereka berperang dengan hati masing-masing deringan telefon Aiman berbunyi. Segera Aiman mengangkat panggilan tersebut.
            “Assalammualaikum umi.“ Aiman diam mendengar uminya berbicara.
            “Kami masih kat Hospital Batu Gajah.“ Aiman diam semula.
            “Okey umi, kami balik sekarang jugak.“ Setelah mematikan panggilan telefon Aiman bersuara kepada Danial.
            “Abang, kita balik sekarang. Abi nazak.“ Danial terkesima mendengar kata-kata Aiman yang tenang walaupun wajahnya kerisauan. Danial hanya mempu menganggukkan kepalanya dan segera memandu keretanya. Pada ketika dan detik ini, Danial dapat merasakan kembali detik-detik kecemasan dan kerisauan yang pernah dirasainya dahulu. Detik ketika papa dan mamanya dikatakan nazak selepas terlibat dalam kebakaran rumahnya dahulu. Sesungguhnya Danial tidak sanggup menghadapi keadaan ini lagi namun apakan daya, dia harus juga merasai dan menghadapinya walaupun pada ketika ini Tuan Hassan bukanlah bapanya sendiri.
            Seketika Danial dapat melihat Aiman mengeluarkan telefon bimbit Samsung S4nya dan membaca surah Yasin yang terdapat di dalamnya. Danial kagum dengan tingkah laku Aiman walaupun dalam kereta dia masih sempat membaca Yasin untuk kesenangan bapanya di sana. Danial pernah diberitahu oleh Ustaz Kamal dahulu bahawa surah Yasin bukan sahaja boleh disedekahkan untuk orang yang telah meninggal tetapi juga perkara-perkara yang lain dan salah satunya adalah untuk mereka yang sedang nazak macam bapa Aiman sekarang. Danial hanya mampu berdoa semoga Tuan Hassan akan selamat dan dia cuba membaca surah-surah lazim yang sudah dihafaznya termasuk ayat Kursi. Sementelah dia memandu dan tidak dapat membuka surah Yasin untuk membacanya.

            Danial dan Aiman kini berada di bilik bapa Aiman. Di sebelah bapanya, Puan Aminah sedia menemani suaminya dengan juraian airmata yang membasahi pipi. Aiman memegang sebelah tangan kanan bapanya manakala ibunya memegang sebelah kiri tangan bapanya. Aiman dan Danial mendekatkan telingan masing-masing kepada wajah Tuan Hassan kerana ada yang ingin disampaikan olehnya kepada mereka.
            “A…..ngah, nan….ti A…..ngah to…..long ni…..kah….kan Kak…. Long… de…..ngan Da…..nial ye…Abi….tak…..da…..pat….nak….ka…..wen…..kan…Kak…..Long…ngan….Da…..nial Abi ha….rap sa….ngat tau.“
            “Insya-Allah abi. Nanti Angah tunaikan.“ Aiman bersuara sambil menahan tangisan daripada mengalir.
            “Da….nial to….long ja….ga Aathifah…dan fa….mi….li pak….cik ye… Han….ya…. Da….nial  ha….ra…pan pak…cik. Ba….ha…gia…kan Aathifah ye… Te…ri…ma ka…sih se…bab su…di kah…win ngan Aathifah. Pak…cik tak…sem…pat nak ni…kah…kan ko….rang “ Dengan payah Tuan Hassan bersuara.
            “Baik pakcik. Saya akan jaga dia dan semuanya. Insya-Allah, pakcik jangan risau ye.“ Danial bersuara lemah.
            “Sa….yang ki…rim sa….lam sa….yang a…bang kat a….nak-a….nak ki….ta A….bang tak…sem….pat nak jum…pa de….pe. Sa….yang ja…ga di….ri ba….ik-ba…ik ye.“
            “Ye, abang.“ Puan Aminah menganggukkan kepala sambil menahan sedu tangisan. Aiman segera mengajar bapanya mengucap setelah bapanya tidak lagi berbicara kepada sesiapa. Tuan Hassan sempat mengikuti lafaz khalimah Syahadah sebelum menghembuskan nafasnya.
            Suasana pilu dipenuhi dengan juraian air mata yang mengalir pada wajah Aiman dan Puan Aminah menyentap tangkai hati Danial. Dia turut terasa kesedihannya walaupun air mata bukanlah penemannya kala ini. Dia lebih memikirkan Aathifah yang tidak sempat menatap bapanya sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Danial pasti Aathifah akan lebih terkilan sekiranya mengetahui pemergian bapanya adalah di saat dirinya menghilangkan diri itu.