BAB
29 : Pertemuan Musuh Lama
K
|
esunyian
kawasan halaman rumah batu setingkat ni mencengkam hulu hati Fadzlee. Sudah
agak lama dia tidak menjejakkan kakinya di sini. Rasanya kali terakhir dia
menjejakkan kakinya di sini ialah semasa Aathifah menerima keputusan
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysianya. Ketika itu, dia ingin membawa Aathifah
meraikan kejayaannya mendapat keputusan yang agak cemerlang.
Tangannya masih memegang bahu dan
lengan kanan Aathifah bagi memimpinnya berjalan. Aathifah seperti tidak
mengenali rumah itu apabila matanya melilau melihat sekeliling rumah batu
setingkat itu dengan kerutan di dahinya jelas dapat dilihat oleh Fadzlee.
“Uda kita kat ner ni ye?“ Aathifah
mula bertanya bila dia pasti dia tidak mengenali rumah tersebut.
“Uda anto Aathifah balik umah la.
Tentu umi dan Aiman risau. Aathifah pun mesti dah rindu ngan dape kan?“ Fadzlee
melemparkan sedikit senyuman kepada Aathifah. Dia sengaja tidak menelefon kakaknya,
Yong Aminah terlebih dahulu dan mengkhabarkan keadaan Aathifah kerana dia ingin
memberitahu secara berdepan supaya jelas. Setelah menghampiri pintu rumah
Fadzlee memberi salam.
“Assalammualaikum.“ Fadzlee menanti
salam dijawab sambil memandang Aathifah yang masih diam memerhati rumah
tersebut.
“Waalaikummussalam. Sekejab ye.“
Fadzlee dapat mendengar suara kakak sulungnya dari dalam rumah. Hatinya yang
bersalah mula bergetaran. Tidak tahu bagaimana harus dia menerangkan keadaan
Aathifah yang berada dengannya sekarang. Bukan dia tidak tahu akan kehilangan
Aathifah yang dicari-cari oleh seluruh ahli keluarga. Risau silap langkah
Badrul, Zain dan tentu sekali dia akan menerima penangan. Dia harus bijak
membuat percaturan kerana semua ni tanggungjawabnya. Sekilas dia memandang
Badrul dan Zain yang masih menunggunya dari dalam kereta Nissan Navara 2.5 4WD
miliknya.
“Aathifah! Fadzlee!“ Saat namanya
dan nama Aathifah disebut Fadzlee mula memandang ke hadapan semula. Dia dapat
melihat wajah terkejut kakaknya itu. Selepas pintu grille dibuka Puan Aminah mula memeluk erat Aathifah sambil
ditemani air mata. Aathifah yang terkedu dengan tindakan itu hanya mendiamkan
diri sambil matanya memandang Fadzlee yang masih tersenyum kepadanya.
“Aathifah pergi mana selama ni?
Kenapa tak telefon umi langsung. Aathifah sihat ke? Kenapa muka Aathifah
calar-calar ni? Kenapa dengan Aathifah, Lee? Mana ko jumpe Aathifah?“ Soalan
yang bertali arus dari Puan Aminah hanya dibalas dengan senyuman oleh Fadzlee.
“Kalau ye pun Yong, bagi la kami
masuk dulu. Tak kan nak sembang kat luar ni. Lenguh dah tangan dengan kaki Lee
ni berdiri sambil memaut bahu Aathifah ni. Dia masih lemah nak jalan sendiri
ni.“
“Ya Allah! Jom masuk. Sayang, jom masuk
ye. Tentu sayang letih ni.“ Puan Aminah mula memimpin tangan kiri Aathifah.
Sementara lengan kanan dan bahunya masih dipaut oleh Fadzlee.
Puan Aminah datang semula ke ruang
tamu dengan menatang dulang yang berisi air oren sejuk dan beberapa potong kek
coklat. Sebentar tadi setelah menolong Fadzlee memimpin Aathifah masuk dan
duduk di sofa usang rumahnya, dia segera ke dapur untuk membawa hidangan kepada
mereka.
“Minum, makan sayang. Ni semua
kegemaran Kak Long. Umi rindu sangat kat Kak Long tu yang umi buat kek coklat
ni. Tak sama rasa macam yang Kak Long selalu buat tu. Patut la umi teringin
sangat nak buat kek ni, rupa-rupanya Kak Long nak balik umah. Syukur umi tengok
Kak Long. Minum, makan Fadzlee.“ Fadzlee dapat melihat betapa kakaknya itu
tersenyum kesyukuran dan gembira ketika ni. Tangan tuanya tidak putus-putus
mengusap tangan putih dan gebu Aathifah.
“Eh! Lupa pulak Yong nak call Aiman. Dia keluar gi cari Kak Long
tadi. Sibuk dia ke sana ke sini. Tunggu kejab ye Lee. Yong nak call Aiman kejab.“ Saat Puan Aminah
berlalu masuk ke biliknya Aathifah bersuara.
“Uda, Kak Long tu sape pulak? Bukan
nama saya Aathifah ker?“
“Lawak la Aathifah ni. Kak Long tu
panggilan Aathifah dalam keluarga ni. Tadi tu la umi Aathifah. Umi as mak, mother, mama, ibu. Paham!“ Fadzlee tersengih menerangkan kepada
Aathifah, bagi memastikan Aathifah faham maksudnya. Tergelak kecil Fadzlee.
Lucu rasanya seperti mengajar anak-anak kecil yang baru ingin belajar mengenali
dunia. Aathifah mencebik mendengar kata-kata Fadzlee.
“Dah orang tak tahu, orang tanya la.
Ape yang lawaknya sampai nak gelakkan orang pulak.“ Fadzlee yang mula sayu
dengan kata-kata Aathifah mula mematikan ketawanya. Gelas yang berisi air oren
diletakkan semula di atas meja kopi dihadapanya.
“Sorry,
Aathifah. Uda terlupa. Jangan marah ye. Uda tak sengaja tadi.“ Fadzlee cuba
memujuk sambil tangannya mengusap kepala Aathifah yang bertudung. Fadzlee
membuat riak selamba dengan mengambil sepotong kek coklat yang dihidangkan
tadi.
“Betul la cakap Yong, kek ni tak
sama rasenye dengan yang Aathifah biasa buat. Tapi sedap gak.“ Fadzlee
melemparkan senyumannya.
“Sedap sangat ke kek yang saya buat?“
Kata-kata Aathifah meledakkan ketawa Fadzlee. Puan Aminah yang mendengar turut
tersenyum.
“A’ah sedap macam yang cef-cef
terkenal buat.“ Fadzlee cuba mengusik walaupun kebenaran ada di situ.
“Cef? Saya dulu keje cef ker?“
Fadzlee mematikan ketawanya sambil mata berubah memandang Puan Aminah. Puan
Aminah yang tersentak dengan kata-kata Aathifah turut mematikan senyumannya.
Belum pun sempat Puan Aminah bertanya Fadzlee terlebih dahulu memberitahu.
“Yong, Aathifah ni accident dengan kete kat pekan Ipoh hari
tu. Tu yang calar-balar badan-badan dia. Kakinya pun terseliuh dan bengkak.
Pakai baju kurung tu yang Yong tak nampak bandage
dia. Tadi Fadzlee bawa semula dia jumpa doktor dan doktor cakap Aathifah tiada
kecederaan yang serius cuma luka-luka kecil tetapi dia hilang ingatan sementara
disebabkan accident tu.“ Panjang lebar Fadzlee cuba menerangkan
keadaan Aathifah.
“Maksud Lee dia dah tak ingat semua
la. Termasuk kita semua?“ Bersama linangan airmata Puan Aminah bertanya.
“Menurut doktor tak semua yang dia
lupa. Masih ada benda yang dia ingat. Tu yang Fadzlee cuba bawa dia balik ni
mana tahu dia boleh kembalikan ingatannya apabila tengok semua barang-barang
atau kenangan yang ada dalam rumah ni.“ Ada kesayuan di nada suara Fadzlee.
“Macam mana Lee boleh jumpe
Aathifah? Lee ada ke masa kemalangan tu? Kenapa tak bagitahu Yong? Kenapa sekarang
baru anto Aathifah lik?“ Nada kurang senang terpancul keluar dari mulut Puan
Aminah.
“Fadzlee minta maaf la, Yong. Lee
pun baru tahu masa melawat kawan Lee tadi. Dia ada cakap yang wanita yang dia
tolong masa accident tu macam Aathifah tapi Lee sibuk masa tu.
Ada urusan kat China. Tengah hari tadi masa dia nak anto Aathifah buat laporan
polis baru Lee ingat tu yang Lee jenguk. Rupa-rupanya memang betul la,
Aathifah.“ Fadzlee terpaksa mereka-reka cerita.
“Ape yang sibuk sangat sampai anak
saudara kesayangan ko ni ko lupakan. Sampai hati Lee buat Yong macam ni. Tahu
tak, sudah la Aathifah hilang, arwah Abang Hassan pun tak sempat nak jumpe
Aathifah.“ Lebat airmata Puan Aminah mengalir.
“Ape yang Yong cakap ni? Ape maksud
Yong arwah Abang Hassan? Abang Hassan dah meninggal ke?“ Terpana Fadzlee dengan
kata-kata kakak sulungnya itu.
“A’ah Lee. Abang Hassan ko dah
meninggal. Masa ko kat China dan masa Aathifah menghilangkan diri. Kami tak
dapat nak hubungi ko dengan Aathifah masa tu. Puas kami cuba tapi tak dapat.“
Sayu pandangan diarahkan kepada Aathifah.
“Maaf Yong. Masa tu sebab nak cepat
Lee tertinggalkan handphone. Handphone ngan dompet Aathifah pula kene
curi masa accident tu. Tak tahu la 'malaun'
mana yang mengambil kesempatan mencuri masa tu. Tu yang kawan Lee tak dapat nak
hubungi famili Aathifah.“
“Nanti Lee jemput la kawan Lee tu
datang umah, Yong nak ucapkan terima kasih sebab tolong jaga Aathifah. Dia
lelaki ke pempuan?“ Pertanyaan Puan Aminah menyentakkan Fadzlee.
“Kawan lelaki tapi Yong jangan risau
dia dok ngan famili dia.“ Dia tidak mampu menipu memberitahu kawan pempuan
sedangkan Aathifah melihat sendiri kawannya itu lelaki. Sedang Fadzlee dengan
jiwa yang kacau itu telefon bimbitnya berbunyi. Segera Fadzlee mengangkat dan
setelah menjawab panggilan itu, Fadzlee terus meminta diri untuk pulang.
“Sorry,
Yong. Lee gerak dulu la. Ada masalah sikit kat office. Nanti Lee datang lagi ye.“ Kemudian dia berkata kepada
Aathifah pula.
“Aathifah duduk dengan umi pulak ye.
Nanti ada masa Uda datang ye, leh Uda bawa Aathifah jalan-jalan tempat-tempat
yang kita selalu pergi dulu. Uda hal sikit ni.“ Setelah bersalaman dengan Puan
Aminah dia menundukkan sedikit kepalanya dan mencium umbun-umbun Aathifah yang
ditutupi tudung. Puan Aminah terdiam melihat perilaku adiknya yang begitu
menyayangi anaknya yang satu itu. Aathifah yang ternyata tidak senang dengan
kelakuan Fadzlee hanya memandang Fadzlee.
"Kenapa? Tak suka ye Uda cium
dia? Sorry terlupa Aathifah tak suka. Lain kali Uda buat lagi." Fadzlee
tersenyum mengusik.
"Uda ni!" Aathifah tidak
puas hati dengan usikan Fadzlee.
"Okey, Yong, Lee gerak dulu ye.
Apa-apa hal bagitahu ye."
"Ye la, ye la. Jalan tu
baik-baik." Yong Aminah sempat berpesan.
Sewaktu Fadzlee ingin menapak keluar
dari rumah batu setingkat itu, matanya tertancap pada sebuah kereta Toyota
Camry silver yang sedang berhenti di halaman rumah itu.
Matanya membuntang apabila dia terpandangkan kelibat Danial yang keluar dari
kereta tersebut bersama Aiman. Aiman yang laju keluar daripada kereta tersebut
segera mendapatkannya. Mati pandangannya pada Danial.
‘Danial! Jadi betul la kata May,
Aathifah tu awek Danial. Sial betul. Kenapa mesti dia? Siap ko Danial!‘ Fadzlee
bermonolog sendirian.
“Uda, mana Kak Long?“ Aiman seperti
tidak sabar berjumpa Aathifah.
“Ada kat dalam. Aiman pergi la
tengok. Tolong jaga dia ye. Uda ada keje sikit. Nanti Uda datang lagi.“ Setelah
Aiman pergi, matanya terarah semula kepada Danial yang mungkin terkejut dengan
kehadirannya itu.
‘Gedebuk!‘ Satu tumpukan padu
diberikan oleh Fadzlee pada perut Danial yang semakin menghampirinya tadi.
Tersengkur Danial jatuh ke tanah. Danial yang terpinga-pinga dengan tindakan
Fadzlee mula mengerang kesakitan.
“Pe ni, Fadzlee? Pe salah aku ko
bantai aku?“
“Pe yang ko buat kat sini? Tak cukup
ko dah musnahkan business papa aku,
sekarang ko nak musnahkan keluarga Yong aku pulak? Nak musnahkan kebahagian
Aathifah? Aku nak, lepas ni ko blah, jangan datang jumpe ngan famili aku lagi.
Sorang pun jangan!“ Fadzlee sudah merah mukanya, penuh dengan perasaan marah.
“Ko salah anggap la, Lee. Aku bukan
nak musnahkan keluarga ko. Aku dah tak nak balas dendam ngan ko ataupun famili
ko. Aku dah terima segala yang berlaku. Aku harap ko pun begitu. Kita berdamai
jer. Lagipun tak lama lagi aku akan berkahwin ngan Aathifah.“ Danial berkata
sambil cuba untuk berdiri semula dan menghulurkan tangan untuk berjabat salam.
Simbol dia benar-benar ingin berdamai dengan Fadzlee.
Fadzlee sudah mengempa tangannya dan
sedia untuk menumpuk muka Danial pula.
“Sudah! Lee. Ko jangan nak gaduh pulak
kat sini.“ Yong Aminah bersuara tegas. Demi mendengarkan kata-kata kakaknya,
Fadzlee mengendurkan tanganya semula. Danial dan Fadzlee berpaling kepada Yong
Aminah.
“Sudah la Lee. Lupakan dendam ko tu.
Danial tak bersalah. Ko pun tak salah. Pempuan tu yang mengapi-apikan kite. Ko
tak ingat ke ape yang ko pernah janji ngan Aathifah dulu. Ko kan sayangkan dia.
Susah payah dia nak sedarkan ko dulu. Tak kan ni yang ko nak balas. Kalau pun
dia dah tak ingat semua tu lagi, ko tak boleh buat macam ni. Janji tetap janji.
Kita orang Islam berpegang pada janji. Ingat tu.“ Mujur sahaja Yong Aminah
keluar untuk melihat Danial yang lewat masuk menjenguk Aathifah. Dia dapat
memberhentikan tindakan Fadzlee itu daripada terus menyerang Danial. Yong
Aminah menyambung lagi.
“Baik Lee berdamai dengan Danial.
Tak lama lagi dia pun akan kahwin ngan Aathifah. Kite akan jadi satu famili
nanti.“ Suara Yong Aminah sudah mengendur.
“Tak! Kenapa Aathifah mesti kahwin dengan
dia. Lee tahu Aathifah tak kan kahwin dengan dia ni. Aathifah tak kan sukakan
dia ni. Yong saja buat cete kan. Ke Yong yang nak kahwinkan Aathifah dengan dia
ni?“ Fadzlee mula bersuara kasar.
“Mungkin Aathifah tak suka tapi ni
amanah arwah Abang Hassan. Dia yang nak Aathifah kahwin dengan Danial. Kami
semua kene ikut. Kami dah berjanji dengan arwah.“ Yong Aminah bersuara sayu.
Danial yang mendengar sedikit terkejut dengan barisan kata-kata Puan Aminah.
‘Mungkin Aathifah tak suka aku! Pe
maksud semua kata-kata ni?' Monolog Danial sendirian.
Demi mendengar ungkapan Puan Aminah,
Fadzlee berlalu pergi meninggalkan Danial dan dengan langkah yang lemah dia mula
menghampiri keretanya yang masih setia ditemani oleh Badrul dan Zain. Sepantas
kilat keretanya meluncur pergi dari kawasan itu.
1 comment:
Salam.... Maaf lewat post...
Untuk perhatian semua sekali lagi...
cerita saya berdasarkan bahasa kampung perak jadi perbualannya banyak berbunyi singkatan dan sedikit berbeza daripada bahasa baku... harap semua maklum....
hamba yang lemah...
hanilin
Post a Comment