Hawa Telinga

Friday 31 October 2014

Novel : Terlerai Sudah Bab 30










BAB 30 : Keliru

  M
alam ni ditemani hujan, Danial mengenang kembali memorinya petang tadi semasa berada di rumah Puan Aminah. Walaupun Aathifah sudah pulang, dia masih merindui wanita itu kerana jasadnya sahaja yang ada tetapi memori wanita itu sudah hilang. Aathifah sudah tidak mengenali semua orang dan mengingati segala kenangan yang pernah dilaluinya.
            “Cik Aathifah mungkin mengalami keadaan hilang ingatan sementara atau amnesia sementara. Setelah meneliti imbasan CT scan ni saya pasti yang Cik Aathifah tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk di bahagian dalaman mahupun otaknya. Namun kalau berdasarkan cerita ko Danial tentang Cik Aathifah tadi, mungkin  amnesia sementara ini terjadi kerana trauma emosi yang teruk ataupun stres yang dialami oleh pesakit. Saya cadangkan Cik Aathifah sentiasa dibawa berbincang mengimbas kembali dengannya mengenai segala memori yang pernah dilalui bersama kalian, maksud saya memori yang pernah dikongsikan bersamanya. Selain itu, dibawa melawat tempat-tempat yang dapat mengembalikan sedikit sebanyak memorinya macam tempat yang selalu dikunjuginya atau tempat yang bermakna padanya. Pemakanannya juga harus dititik beratkan kerana penyerapan nutrisi terutamanya makanan yang kaya dengan vitamin B12. Vitamin B12 yang biasanya terdapat dalam daging, ikan, produk tenusu dianggap berkaitan dengan memori yang sihat. Cuba la mana tahu Insya-Allah berkesan untuk memulihkan Cik Aathifah. Kita hanya berusaha Allah yang menentukan segala-galanya. Berdoa la semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya “
            Kata-kata sahabatnya, Doktor Arshad yang panjang lebar, penuh dengan informasi masih terngiang-ngiang di telinganya sewaktu dia, Aiman dan Puan Aminah membawa Aathifah menjalani pemeriksaan. Itulah konklusi yang dapat Doktor Arshad simpulkan setelah Aathifah menjalani ujian x-ray dan ujian darah.
            “Aathifah ko ni mungkin seorang yang hebat sehingga Allah menurunkan berbagai-bagai dugaan kat ko. Yang mungkin lebih hebat berbanding ngan aku. Bahagia sekiranya ko sudi menjadi pendampingku, suri hidupku.“ Danial berbicara sendirian. Meluahkan yang terpendam dihatinya.
            “Tak! Kenapa Aathifah mesti kahwin ngan dia. Lee tahu Aathifah tak kan kahwin ngan dia ni. Aathifah tak kan sukakan dia ni. Tak akan! Yong saja buat cete kan. Ke Yong yang nak kahwinkan Aathifah ngan dia ni?“ Danial tiba-tiba teringatkan kata-kata Fadzlee kepada Puan Aminah petang itu. Kata-kata yang menguris sedikit hatinya.
            “Ya Allah! Macam mana kalau pe yang dikatakan oleh Fadzlee tu betul. Aathifah tak suka aku, tak akan suka aku! Macam mana aku hendak tunaikan permintaan arwah Tuan Hassan ni kalau nanti Aathifah menolak. Dia kan janda, jadi dia berhak untuk menolak lamaran aku seperti mana yang termaktub dalam Islam.“
            ‘Ko cuba la pikat dia dulu. Sekarang la masa terbaik sebab dia masih tidak mengenali diri ko lagi. Mungkin bila ko dah semaikan cinta, kasih dan sayang ko, dia akan jatuh hati dan menyayangi ko seperti mana yang ko rasa.‘ Satu suara dalam minda memberi pendapat.
            ‘Tak payah nak buang masa ko la, Danial. Penat-penat ko curahkan rase then bila dia ingat semula, ko akan bertambah dibenci dan dielak olehnya seperti mana yang dia cuba elakkan dirinya daripada mendekati ko sebelum ni. Mana ko nak letak muke ko tu? Jaga sikit ego ko tu. Jangan sampai dipijak-pijak.‘ Satu suara yang lain memberikan pandangannya pula.
            ‘Tak semestinya macam tu. Ko kene yakin dia pasti ingat semuanya nanti. Itu semua ketentuan Allah. Allah Maha Penyayang dan Pengasih. Tak kan Dia kejam sangat ngan ko! Lagipun ko dah janji ngan arwah Tuan Hassan. Munafik kalau seorang muslim mungkir janjinya.‘ Suara yang mula tadi masih cuba mempertahankan pandangannya.
            ‘Ye la sangat! Pe jaminan yang ada? Buatnya dia ingat memori yang lama, memori tentang kemusnahan kebahagiaan dan kemewahan keluarganya sebelum ini yang sedikit sebanyak disebabkan oleh papa ko? Dan dia terlupa akan memori yang baru korang cipta bersama tu nanti, macam mana? Tak usah nak buang masa ko la, Danial.‘ Kata-kata nista dari suara yang kedua pula kedengaran di kotak fikiran Danial.
            “Baik aku call Arshad tanya. Dia yang lebih pakar.“ Akhirnya Danial mengambil keputusan untuk menghubungi Doktor Arshad untuk mengetahui perkara berkenaan.
            “Assalammualaikum Arshad. Aku ganggu ko ke malam ni?“
            “Waalaikummussalam Danial. Tak ganggu la. Aku pun dah ada kat umah ni. Aku off malam ni. Pe hal nye ko call aku malam-malam ni. Macam dah tak leh nak tunggu pagi esok jer ni?“ Doktor Arshad cuba mengusik.
            Sorry la Arshad. Aku memang ada hal nak tanya ko pasal Aathifah. Dah tak dapat nak tunggu esok. Ko pun bukan tak tahu aku ni jenis yang tak boleh tahan lama kalau ada sesuatu perkara yang mengganggu pikiran. Mesti nak tahu masa ni jugak.“ Danial mula sedikit malu dengan kata-kata Doktor Arshad.
            “Aku dah agak dah ni mesti pasal awek tadi. Aathifah kan. Cantik namanya secantik orangnya. Awek ko ke? Kalau tak, aku nak tackle. Ko pun tahu kan aku tengah mencari ni. Tengok muka dia sejuk je mata aku memandang. Seram sejuk aku jadinya tadi.“ Doktor Arshad cuba menguji sahabatnya itu.
            “Ala… Arshad, kalau yang ni ko jangan la masuk jarum leh tak? Yang ni aku punye la. Aku baru cadang nak tackle. Nanti aku kenalkan ko ngan awek yang lain. Boleh?“ Nada kerisauan Danial pamerkan.
            “Aik! Baru nak tackle? Aku ingat memang dah awek ko. Tadi saje jer aku test.“ Sedikit terkejut dengan kenyataan yang disampaikan oleh Danial.
            “Aathifah itu macam burung merpati la. Jinak nak tangkap tak boleh. Lagipun kami baru lagi berjumpe semula. Baru beberapa bulan ni.“
            “Pe maksud ko ni? Cuba terangkan, aku tak paham."
            “Dia dulu awek yang aku suka masa zaman sekolah tapi bila aku dah tak naik bas sekolah yang sama ngan dia tak dapat la aku nak jumpe and tackle. Tak sempat! Baru sekarang dapat jumpe semula. Tu yang aku dah tekad nak tackle, tak nak lepas dah.“ Danial tersenyum sendirian bila terbayangkan wajah manis Aathifah.
            “Wajib! Wajib tackle. Kalau aku dapat yang macam tu pun aku tak kan lepaskan. Dah la cantik, berbudi bahasa dan yang paling penting menjaga aurat. Tapi kalau ko tak dapat nak masuk jarum ko kabo kat aku ye. Leh lak aku try jarum aku. Kot jarum aku lagi tajam. Cucuk pun tak rase sakit rasa syok jer….“ Arshad masih galak mengusik Danial.
            “Eh! Eh! Masih ada hati lagi tu. No way, I’ll never let her go. Even she doesn’t like me. " Danial terlepas cakap.
            "Pe maksud ko tadi, Danial? Ko nak cakap kat aku yang ko ni sebenarnya bertepuk sebelah tangan ker?" Arshad inginkan kepastian dengan kata-kata Danial sebentar tadi.
            "Macam mana nak cakap ye. Aku sebenarnya pun tak pasti sama ada dia pun sukakan aku ataupun tak sebab aku belum berkesempatan nak tanya tentang hal tu. Tapi daripada kata-kata orang yang terdekat dengannya kemungkinan yang dia tak sukakan aku tu ada. Tapi ada juga yang cakap dia mungkin sukakan aku." Danial sendiri keliru.
            "Abis tu ko macam mana? Apa yang ko nak buat sekarang ni?" Arshad bertanya lagi.
            "Kalau ikutkan hati aku ni, memang aku nak pikat dia jadi suri hati aku ni tapi aku tak suka memaksa dia. Ko pun tahu, sesuatu yang kita sayang tak semestinya menjadi milik kita. Kalau padanya aku hanya sekadar kawan dan bukan Adam baginya, aku redha dan akan hormat keputusannya. Tapi yang menjadi masalahnya sekarang ni, aku dah janji ngan arwah bapanya untuk kahwin ngan dia and jaga dia. So, pada pendapat ko apa yang patut aku buat?“ Arshad tergelak mendengar kata-kata Danial.
            “Pe yang ko nak tanyakan lagi? Jawapannya dah dalam tangan ko. Kan ko dah berjanji dengan arwah bapanya jadi ko dah ada steady plan. Ko mesti ingat pepatah Melayu ada berkata, kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang pada janjinya."
            "Maksud ko aku perlu teruskan hajat arwah bapanya walaupun mungkin keputusan itu tak dipersetujui oleh Aathifah? Tindakan tu nanti tidak akan melukakan hatinya ker?" Danial berbelah-bahagi.
            "Dia anak yang solehah dan aku yakin Insya-Allah dia kan paham niat dan tindakan yang diambil oleh bapanya terhadap hal berkenaan. Bapa mana yang hendak melukan hati anaknya? Dia mesti paham nanti bahawa semua yang dilakukan oleh bapanya itu adalah untuk kebahagiannya dan masa depannya juga." Arshad cuba menyenangkan hati dan perasaan Danial.
            "Ko rase macam tu ker?" Danial tetap goyah.
            "Wah! Hebat! Hebat! Aku tak sangka bapa dia dah bekalkan ko dengan pelan yang bagus macam tu. Nampaknya bapanya memang percayakan ko. Untung la ko. Memang tak de chance la aku nak masuk jarum pun ni." Arshad bersuara diikuti dengan gelak tawanya.
            "Ko rase Aathifah akan sukakan aku ker nanti?"
            "Slow and steady, win the race, Danial. Hati manusia ni Danial macam kerak nasi, rendam lama-lama lembut gak nanti. Cuba la ko pikat hati dia, pikat keluarga dia, mana tahu nanti dia terpaut. Ko nanti hidup bukan setakat dengan dia jer tapi dengan keluarga dia juga, jadi pikat keluarga dan kenali keluarganya juga penting.“ Kata-kata semangat Arshad menaikkan tekad Danial.
            “Aku harap macam tu la. Tu yang aku call ko ni nak tanya ko satu perkara. Aku ingat nak mula plan memikat burung merpati ni sekarang. Maksud aku, aku nak mulakan masa dia tengah amnesia ni. Tapi aku risau dia tak ingat segala memorinya sekarang bila dia pulih nanti. Boleh ke dia ingat memori sekarang ni kalau dia dah sembuh nanti, Arshad?“ Danial bertanya dengan penuh perhatian.
            “Biasanya seseorang sudah sembuh dari penyakit ni tidak hilang semula memorinya walaupun memori semasa dia menghidap penyakit amnesia sementara ni. Kalaupun berlaku mungkin dia ada penyakit lain yang menyebabkan daya ingatannya masih hilang. Banyak kemungkinannya jadi kalau itu yang terjadi ko kene bawa dia jumpe aku balik. Kita check ngan lebih lanjut lagi. Ko tak payah pikir lagi la kemungkinan yang itu. Sekarang ni usaha ko nak pulihkan ingatannya. Bagus juga idea ko nak cuba cipta memori baru dan indah ngan dia. Mana tahu dia boleh ingat kembali sebab kalau dia amnesia sebab trauma emosi atau stres ini mungkin ni salah satu cara yang terbaik. Mencipta memori indah, berbunga dan menyentuh perasaan. Wow! I like it!“ Panjang lebar Arshad menerangkan.
            “Ha! Dah mula la jiwang dia tu! Ko ni aku rase dulu ramai gak peminat tapi kenapa sampai sekarang tak kahwin lagi ni? Ko memilih sangat kot?“ Danial menguji Arshad.
            “Mana ada aku memilih sangat, memilih sikit jer. Ye la, kene la memilih takut nanti dapat isteri yang queen control ker isteri yang pandai jaga kecantikan jer tapi jaga rumahtangga tak tahu, kan ker tak berasap dapur aku nanti. Aku ni suka kalau dapat isteri yang pandai memasak tak la payah aku menuggu lama macam kat kedai kalau nak makan.“ Danial menggelengkan kepalanya mendengar kata-kata Arshad yang memang suka berbicara dengan panjang lebar.
            “Eh! Sebut pasal makan ni lapar la pulak. Okey la Danial kalau tak de hal lagi aku nak letak ni. Aku nak makan nasi ayam yang aku beli ni.“ Arshad bersuara kembali.
            “Oh! Okey la kalau macam tu. Thanks bro. Nanti-nanti kita jumpe, aku belanje ko makan. Just name it.“ Danial tersengih.
            “Okey! Nanti aku tuntut. Chow dulu. Assalammualaikum.“
            “Waalaikummussalam.“ Danial merasa lega dengan jawapan yang telah diberikan oleh Doktor Arshad itu. Dia sudah bertekad ingin memulakan pelan memikat burung merpatinya esok.
            ‘Sedap gak nama tu. Pelan memikat burung merpati.‘ Bermonolog Danial sendirian. Tersenyum-senyum Danial dengan nama pelannya itu. Seketika wajah Aathifah yang sedikit calar yang dilihatnya petang tadi menjelma di layar fikirannya. Walaupun begitu wajahnya masih berseri dan manis sekali, tambahan Aathifah tidak lekang dengan senyuman setiap kali Aiman mengusiknya tadi. Usikan yang Danial rasa Aiman cuba cipta bagi menyenangkan hati Aathifah dari kekeliruan yang dilandanya. Danial dapat menyaksikan betapa dalamnya kasih sayang antara mereka adik-beradik serta kasih seorang ibu yang tidak pernah berbelah-bahagi. Danial jadi rindu kepada ibu dan bapanya sendiri.  

2 comments:

Basyirah Abd Rahman said...

Bila nk post yg terbaru.. Novel ni dh siap ke.. Tolong update..

Basyirah Abd Rahman said...

Bila nk post yg terbaru.. Novel ni dh siap ke.. Tolong update..