BAB
30 : Keliru
M
|
alam
ni ditemani hujan, Danial mengenang kembali memorinya petang tadi semasa berada
di rumah Puan Aminah. Walaupun Aathifah sudah pulang, dia masih merindui wanita
itu kerana jasadnya sahaja yang ada tetapi memori wanita itu sudah hilang.
Aathifah sudah tidak mengenali semua orang dan mengingati segala kenangan yang
pernah dilaluinya.
“Cik Aathifah mungkin mengalami
keadaan hilang ingatan sementara atau amnesia sementara. Setelah meneliti
imbasan CT scan ni saya pasti yang
Cik Aathifah tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk di bahagian dalaman
mahupun otaknya. Namun kalau berdasarkan cerita ko Danial tentang Cik Aathifah
tadi, mungkin amnesia sementara ini
terjadi kerana trauma emosi
yang
teruk ataupun stres yang dialami oleh pesakit. Saya cadangkan Cik Aathifah
sentiasa dibawa berbincang mengimbas kembali dengannya mengenai segala memori
yang pernah dilalui bersama kalian, maksud saya memori yang pernah dikongsikan
bersamanya. Selain itu, dibawa melawat tempat-tempat yang dapat mengembalikan
sedikit sebanyak memorinya macam tempat yang selalu dikunjuginya atau tempat
yang bermakna padanya. Pemakanannya juga harus dititik beratkan kerana
penyerapan nutrisi terutamanya makanan yang kaya dengan vitamin B12. Vitamin
B12 yang biasanya terdapat dalam daging, ikan, produk tenusu dianggap berkaitan
dengan memori yang sihat. Cuba la mana tahu Insya-Allah berkesan untuk
memulihkan Cik Aathifah. Kita hanya berusaha Allah yang menentukan
segala-galanya. Berdoa la semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya “
Kata-kata sahabatnya, Doktor Arshad
yang panjang lebar, penuh dengan informasi masih terngiang-ngiang di telinganya
sewaktu dia, Aiman dan Puan Aminah membawa Aathifah menjalani pemeriksaan.
Itulah konklusi yang dapat Doktor Arshad simpulkan setelah Aathifah menjalani
ujian x-ray dan ujian darah.
“Aathifah ko ni mungkin seorang yang
hebat sehingga Allah menurunkan berbagai-bagai dugaan kat ko. Yang mungkin
lebih hebat berbanding ngan aku. Bahagia sekiranya ko sudi menjadi
pendampingku, suri hidupku.“ Danial berbicara sendirian. Meluahkan yang
terpendam dihatinya.
“Tak! Kenapa Aathifah mesti kahwin
ngan dia. Lee tahu Aathifah tak kan kahwin ngan dia ni. Aathifah tak kan
sukakan dia ni. Tak akan! Yong saja buat cete kan. Ke Yong yang nak kahwinkan
Aathifah ngan dia ni?“ Danial tiba-tiba teringatkan kata-kata Fadzlee kepada
Puan Aminah petang itu. Kata-kata yang menguris sedikit hatinya.
“Ya Allah! Macam mana kalau pe yang
dikatakan oleh Fadzlee tu betul. Aathifah tak suka aku, tak akan suka aku!
Macam mana aku hendak tunaikan permintaan arwah Tuan Hassan ni kalau nanti
Aathifah menolak. Dia kan janda, jadi dia berhak untuk menolak lamaran aku
seperti mana yang termaktub dalam Islam.“
‘Ko cuba la pikat dia dulu. Sekarang
la masa terbaik sebab dia masih tidak mengenali diri ko lagi. Mungkin bila ko
dah semaikan cinta, kasih dan sayang ko, dia akan jatuh hati dan menyayangi ko
seperti mana yang ko rasa.‘ Satu suara dalam minda memberi pendapat.
‘Tak payah nak buang masa ko la,
Danial. Penat-penat ko curahkan rase then
bila dia ingat semula, ko akan bertambah dibenci dan dielak olehnya seperti
mana yang dia cuba elakkan dirinya daripada mendekati ko sebelum ni. Mana ko
nak letak muke ko tu? Jaga sikit ego ko tu. Jangan sampai dipijak-pijak.‘ Satu
suara yang lain memberikan pandangannya pula.
‘Tak semestinya macam tu. Ko kene
yakin dia pasti ingat semuanya nanti. Itu semua ketentuan Allah. Allah Maha
Penyayang dan Pengasih. Tak kan Dia kejam sangat ngan ko! Lagipun ko dah janji
ngan arwah Tuan Hassan. Munafik kalau seorang muslim mungkir janjinya.‘ Suara
yang mula tadi masih cuba mempertahankan pandangannya.
‘Ye la sangat! Pe jaminan yang ada?
Buatnya dia ingat memori yang lama, memori tentang kemusnahan kebahagiaan dan
kemewahan keluarganya sebelum ini yang sedikit sebanyak disebabkan oleh papa ko?
Dan dia terlupa akan memori yang baru korang cipta bersama tu nanti, macam
mana? Tak usah nak buang masa ko la, Danial.‘ Kata-kata nista dari suara yang
kedua pula kedengaran di kotak fikiran Danial.
“Baik aku call Arshad tanya. Dia yang lebih pakar.“ Akhirnya Danial mengambil
keputusan untuk menghubungi Doktor Arshad untuk mengetahui perkara berkenaan.
“Assalammualaikum Arshad. Aku ganggu
ko ke malam ni?“
“Waalaikummussalam Danial. Tak
ganggu la. Aku pun dah ada kat umah ni. Aku off
malam ni. Pe hal nye ko call aku
malam-malam ni. Macam dah tak leh nak tunggu pagi esok jer ni?“ Doktor Arshad
cuba mengusik.
“Sorry
la Arshad. Aku memang ada hal nak tanya ko pasal Aathifah. Dah tak dapat
nak tunggu esok. Ko pun bukan tak tahu aku ni jenis yang tak boleh tahan lama
kalau ada sesuatu perkara yang mengganggu pikiran. Mesti nak tahu masa ni jugak.“
Danial mula sedikit malu dengan kata-kata Doktor Arshad.
“Aku dah agak dah ni mesti pasal
awek tadi. Aathifah kan. Cantik namanya secantik orangnya. Awek ko ke? Kalau
tak, aku nak tackle. Ko pun tahu kan
aku tengah mencari ni. Tengok muka dia sejuk je mata aku memandang. Seram sejuk
aku jadinya tadi.“ Doktor Arshad cuba menguji sahabatnya itu.
“Ala… Arshad, kalau yang ni ko
jangan la masuk jarum leh tak? Yang ni aku punye la. Aku baru cadang nak tackle. Nanti aku kenalkan ko ngan awek
yang lain. Boleh?“ Nada kerisauan Danial pamerkan.
“Aik! Baru nak tackle? Aku ingat memang dah awek ko. Tadi saje jer aku test.“ Sedikit terkejut dengan kenyataan
yang disampaikan oleh Danial.
“Aathifah itu macam burung merpati
la. Jinak nak tangkap tak boleh. Lagipun kami baru lagi berjumpe semula. Baru
beberapa bulan ni.“
“Pe maksud ko ni? Cuba terangkan,
aku tak paham."
“Dia dulu awek yang aku suka masa
zaman sekolah tapi bila aku dah tak naik bas sekolah yang sama ngan dia tak
dapat la aku nak jumpe and tackle.
Tak sempat! Baru sekarang dapat jumpe semula. Tu yang aku dah tekad nak tackle, tak nak lepas dah.“ Danial
tersenyum sendirian bila terbayangkan wajah manis Aathifah.
“Wajib! Wajib tackle. Kalau aku dapat yang macam tu pun aku tak kan lepaskan. Dah
la cantik, berbudi bahasa dan yang paling penting menjaga aurat. Tapi kalau ko
tak dapat nak masuk jarum ko kabo kat aku ye. Leh lak aku try jarum aku. Kot jarum aku lagi tajam. Cucuk pun tak rase sakit
rasa syok jer….“ Arshad masih galak mengusik Danial.
“Eh! Eh! Masih ada hati lagi tu. No way, I’ll never let her go. Even she
doesn’t like me. " Danial terlepas cakap.
"Pe
maksud ko tadi, Danial? Ko nak cakap kat aku yang ko ni sebenarnya bertepuk
sebelah tangan ker?" Arshad inginkan kepastian dengan kata-kata Danial
sebentar tadi.
"Macam mana nak cakap ye. Aku
sebenarnya pun tak pasti sama ada dia pun sukakan aku ataupun tak sebab aku
belum berkesempatan nak tanya tentang hal tu. Tapi daripada kata-kata orang
yang terdekat dengannya kemungkinan yang dia tak sukakan aku tu ada. Tapi ada
juga yang cakap dia mungkin sukakan aku." Danial sendiri keliru.
"Abis tu ko macam mana? Apa
yang ko nak buat sekarang ni?" Arshad bertanya lagi.
"Kalau ikutkan hati aku ni,
memang aku nak pikat dia jadi suri hati aku ni tapi aku tak suka memaksa dia.
Ko pun tahu, sesuatu yang kita sayang tak semestinya menjadi milik kita. Kalau
padanya aku hanya sekadar kawan dan bukan Adam baginya, aku redha dan akan
hormat keputusannya. Tapi yang menjadi masalahnya sekarang ni, aku dah janji
ngan arwah bapanya untuk kahwin ngan dia and
jaga dia. So, pada pendapat ko
apa yang patut aku buat?“ Arshad tergelak mendengar kata-kata Danial.
“Pe yang ko nak tanyakan lagi?
Jawapannya dah dalam tangan ko. Kan ko dah berjanji dengan arwah bapanya jadi
ko dah ada steady plan. Ko mesti
ingat pepatah Melayu ada berkata, kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang
pada janjinya."
"Maksud ko aku perlu teruskan
hajat arwah bapanya walaupun mungkin keputusan itu tak dipersetujui oleh
Aathifah? Tindakan tu nanti tidak akan melukakan hatinya ker?" Danial
berbelah-bahagi.
"Dia anak yang solehah dan aku
yakin Insya-Allah dia kan paham niat dan tindakan yang diambil oleh bapanya
terhadap hal berkenaan. Bapa mana yang hendak melukan hati anaknya? Dia mesti
paham nanti bahawa semua yang dilakukan oleh bapanya itu adalah untuk kebahagiannya
dan masa depannya juga." Arshad cuba menyenangkan hati dan perasaan Danial.
"Ko rase macam tu ker?"
Danial tetap goyah.
"Wah! Hebat! Hebat! Aku tak
sangka bapa dia dah bekalkan ko dengan pelan yang bagus macam tu. Nampaknya
bapanya memang percayakan ko. Untung la ko. Memang tak de chance la aku nak masuk jarum pun ni." Arshad bersuara diikuti
dengan gelak tawanya.
"Ko rase Aathifah akan sukakan
aku ker nanti?"
"Slow
and steady, win the race, Danial. Hati manusia ni Danial macam kerak
nasi, rendam lama-lama lembut gak nanti. Cuba la ko pikat hati dia, pikat
keluarga dia, mana tahu nanti dia terpaut. Ko nanti hidup bukan setakat dengan
dia jer tapi dengan keluarga dia juga, jadi pikat keluarga dan kenali
keluarganya juga penting.“ Kata-kata semangat Arshad menaikkan tekad Danial.
“Aku harap macam tu la. Tu yang aku call ko ni nak tanya ko satu perkara.
Aku ingat nak mula plan memikat
burung merpati ni sekarang. Maksud aku, aku nak mulakan masa dia tengah amnesia
ni. Tapi aku risau dia tak ingat segala memorinya sekarang bila dia pulih
nanti. Boleh ke dia ingat memori sekarang ni kalau dia dah sembuh nanti,
Arshad?“ Danial bertanya dengan penuh perhatian.
“Biasanya seseorang sudah sembuh
dari penyakit ni tidak hilang semula memorinya walaupun memori semasa dia
menghidap penyakit amnesia sementara ni. Kalaupun berlaku mungkin dia ada
penyakit lain yang menyebabkan daya ingatannya masih hilang. Banyak
kemungkinannya jadi kalau itu yang terjadi ko kene bawa dia jumpe aku balik.
Kita check ngan lebih lanjut lagi. Ko
tak payah pikir lagi la kemungkinan yang itu. Sekarang ni usaha ko nak pulihkan
ingatannya. Bagus juga idea ko nak cuba cipta memori baru dan indah ngan dia.
Mana tahu dia boleh ingat kembali sebab kalau dia amnesia sebab trauma emosi
atau stres ini mungkin ni salah satu cara yang terbaik. Mencipta memori indah,
berbunga dan menyentuh perasaan. Wow! I
like it!“ Panjang lebar Arshad menerangkan.
“Ha! Dah mula la jiwang dia tu! Ko ni aku rase dulu ramai
gak peminat tapi kenapa sampai sekarang tak kahwin lagi ni? Ko memilih sangat
kot?“ Danial menguji Arshad.
“Mana ada aku memilih sangat,
memilih sikit jer. Ye la, kene la memilih takut nanti dapat isteri yang queen control ker isteri yang pandai
jaga kecantikan jer tapi jaga rumahtangga tak tahu, kan ker tak berasap dapur
aku nanti. Aku ni suka kalau dapat isteri yang pandai memasak tak la payah aku
menuggu lama macam kat kedai kalau nak makan.“ Danial menggelengkan kepalanya
mendengar kata-kata Arshad yang memang suka berbicara dengan panjang lebar.
“Eh! Sebut pasal makan ni lapar la
pulak. Okey la Danial kalau tak de hal lagi aku nak letak ni. Aku nak makan
nasi ayam yang aku beli ni.“ Arshad bersuara kembali.
“Oh! Okey la kalau macam tu. Thanks bro. Nanti-nanti kita jumpe, aku
belanje ko makan. Just name it.“ Danial
tersengih.
“Okey! Nanti aku tuntut. Chow dulu. Assalammualaikum.“
“Waalaikummussalam.“ Danial merasa
lega dengan jawapan yang telah diberikan oleh Doktor Arshad itu. Dia sudah
bertekad ingin memulakan pelan memikat
burung merpatinya esok.
‘Sedap gak nama tu. Pelan memikat burung merpati.‘ Bermonolog Danial
sendirian. Tersenyum-senyum Danial dengan nama pelannya itu. Seketika wajah
Aathifah yang sedikit calar yang dilihatnya petang tadi menjelma di layar
fikirannya. Walaupun begitu wajahnya masih berseri dan manis sekali, tambahan
Aathifah tidak lekang dengan senyuman setiap kali Aiman mengusiknya tadi.
Usikan yang Danial rasa Aiman cuba cipta bagi menyenangkan hati Aathifah dari
kekeliruan yang dilandanya. Danial dapat menyaksikan betapa dalamnya kasih
sayang antara mereka adik-beradik serta kasih seorang ibu yang tidak pernah
berbelah-bahagi. Danial jadi rindu kepada ibu dan bapanya sendiri.
2 comments:
Bila nk post yg terbaru.. Novel ni dh siap ke.. Tolong update..
Bila nk post yg terbaru.. Novel ni dh siap ke.. Tolong update..
Post a Comment