Hawa Telinga

Saturday, 2 August 2014

Novel : Aku Nak Kerja Bukan Misi Bab 12







Inikah Ia?

J
amilah dan Umairah saling berpandangan. Terkejut bila memikirkan perkara itu.Mereka mula memikirkan perkara yang boleh membuatkan Saifuddin mengetahui keadaan Umairah biarpun menurut kata Umairah mereka tidak pernah bersua sejak dia menjalankan misi tersebut.

“Abis tu ko rasa macam mana dia tahu keadaan aku agaknya ye?“ Umairah memberanikan diri bertanya soalan yang akan menjeratkan dirinya sendiri.Jamilah tersenyum penuh makna mendengar kata-kata Umairah itu.

“Entah la.Tapi yang aku tahu. Kalau kita dah syokkan seseorang tu kita akan berusaha buat apa sahaja untuk mengetahuinya. Betul tak?“Umairah hanya tersenyum sumbing mendengar kata-kata Jamilah.

“Kalau ko nak, aku boleh tanya sendiri ngan Abang Din, macam mana dia tahu keadaan ko. Nak ker?“Jamilah menyambung kata-katanya dengan tangan sedia memegang telefon bimbitnya.Sedia untuk menghubungi Saifuddin.

“Eh! Tak pe la.Nanti dia fikir pe pulak.Biar jer la.”Umairah bersuara lemah.

“Haa! Tak pun dia sekodeng ko. Ko jer tak perasankan dia kot. Cuba ko ingat lik, ada tak ko ternampak kereta dia kat mana-mana sepanjang perjalanan ko gi dan lik dari rumahnya? Tak pun masa ko gi mana-mana ada tak ko perasan ada orang usha baik punya kat ko dari jauh?“ Jamilah cuba membuka mata hati Umairah.

“Emm… Aku rasa macam tak de la.Kalau masa gi atau lik kerja, aku rasa memang tak de sesiapa yang parking kereta dekat rumah auntie atau kat rumah aku. Kalau pasal usha tu lak… emmm…. Haa! Baru aku teringat. Ingat tak masa kita gi Popular hari tu, aku ada rasa macam ada orang follow kita. Aku rasa macam nampak kelibat orang sampai la kita bertembung ngan Nizam and the gang tu.“Umairah kembali semangat bersuara.

“Ye ker?Itu macam kerja stalkerjer. Tak kan la Abang Din nak buat semua tu. Abang Din yang aku kenal bukan orang yang macam tu. Tapi kemungkinan tu ada. Tapi kalau setakat sekali  tu jer, tak kan selalu Abang Din tahu keadaan ko macam hari-hari jumpa.“ Jamilah masih lagi ragu.

“Eemmm….. Ada juga masa aku shopping barang keperluan dan masa bertembung dengan Syawal, aku ada rasa macam ada orang follow aku tapi setakat ni tak de yang pasti. Semuanya macam bayang-bayang jer.“ Umairah cuba meyakinkan dirinya sendiri yang goyah itu. Takut dengan kemungkinan orang yang disangkakan itu benar-benar adalah Saifuddin.

“Kenapa ko tak bagitahu kat aku? Aku rasa ko kena lebih hati-hati sekarang ni. Bukan pe aku risau, kalau betul Abang Din tak pe la sebab aku yakin dia tak kan buat yang bukan-bukan kat ko. Yang aku risau kalau orang tu bukannya abang Din, kot memang ada orang yang follow ko sebab dengan ada niat yang lain pulak.“Jamilah mula kerisauan. Tiba-tiba Umairah teringat akan peristiwa kereta uminya yang kerosakan.

“Ada satu masa tu, kereta umi aku rosak kat tengah jalan nak gi rumah Auntie Niza, tiba-tiba aje masa tu ada mekanik datang tolong. Dia ada bagitahu aku ada orang yang call dia minta dia datang tolong aku. Masa tu dia tak bagitahu aku nama orang yang call dia tapi yang dia cakap orang tu pelanggan tetap dia. Tu pun aku tahu sebab masa aku nak bayar, mekanik tu cakap orang tu dah pesan yang dia akan tolong jelaskan upah tu untuk aku.“ Umairah cuba menerangkan selengkapnya kepada Jamilah.

“Abis tu ko tak cuba tanya sungguh-sungguh ker ngan mekanik tu?“Jamilah inginkan kepastian.
“Masa tu aku dah lambat nak gi rumah auntie tu yang aku buat tak kisah jer. Aku pun silap tak minta nombor phone mamat tu kat mekanik tu. Atleast leh gak aku ucapkan terima kasih kan. Kelam-kabut pagi tu.“Umairah menyatakan kekesalannya.

“Mamat?So, ko yakin la orang tu lelaki bukan perempuan?“Jamilah serius bertanya.

“Mekanik tu la yang cakap mamat. Tapi aku tak pastilah sama ada orang yang follow aku dengan orang yang tolong aku tu orang yang sama, cuma kalau dia bukan orang yang sama tak kan dua-dua pun macam tak nak aku tahu siapa dia. Macam nak sembunyikan identiti dia jer.“Umairah memberikan pendapatnya.

“Masuk akal gak. Mana ada orang yang nak tolong kita main call sendiri mekanik sampai sanggup tolong bayarkan melainkan dia kenal atau minat kat kita kan? Aku rasa ko kena ambil kisah gak pasal hal ni. Mana nak tau kot mamat psycho mana entah yang ada maksud lain ngan ko. Yang lagi teruk kalau minah psycho, ye la kot ada mana-mana minah yang jealous ngan ko ker, kan. Alah yang macam selalu terjadi dalam novel tak pun drama tv tu.“Jamilah masih risau.Umairah hanya diam membisu mendengar pandangan Jamilah.

“Haa…. Tadi ko kata ko ada jumpa Syawal kan? Dia tu kerja Inspektor kan? Pe kata ko tanya pandangan dia. Nanti kita set time jumpa dia. Dia mesti pakar hal-hal macam ni. Ko ada contact number dia kan?“Jamilah ceria memberitahu buah fikirannya.

“Emmm… Mila, aku rasa tak perlu la kot kita nak siasat perkara ni. Mungkin perasaan aku jer. Lagipun aku tak nak menyusahkan Syawal.“Umairah bersuara dengan seribu kekusutan.

“Tak nak menyusahkan ke tak nak jumpa dah?Ko masih fikirkan perkara yang dulu ker? Korang bertemu semula setelah begitu lama tidak bersua, aku rasa korang ni berjodoh. Ko tak nak cuba sambung kembali hubungan korang ker?“Jamilah tersenyum mengusik.

“Orang tengah kusut fikir hal stalker ni dia boleh fikir pasal hal tu lak.Dah la tu gi la balik. Dah malam sangat dah ni. Nanti bising umi aku tengok kita tak masuk-masuk lagi. Assalammualaikum.“Umairah sengaja buat-buat marah untuk melarikan diri daripada menjawab pertanyaan Jamilah.Dia kemudian segera bangun.

“Waalaikummussalam. Jom tidur kat bilik aku la malam ni. Boleh kita sambung bincang pasal hal ni. Tak best la sekerat jalan macam ni.“Jamilah memberikan cadangan nakalnya.

“Dah tak payah. Esok ko kerja. Aku pun nak gi jalankan misi aku. Esok ngantuk lak, ganggu konsentrasi konak memasak. Dah, dah gi balik.“Umairah menolak tubuh kurus Jamilah dengan lembut.

“Okey, bye sayang. Jangan mimpikan I tapi mimpikan jejaka-jejaka tampan yang cuba mengorat ko tu. Syawal, Din, Haq, Nizam dan Rayyan, okey.“Jamilah menaikkan ibu jarinya sambil tersenyum mengusik.

“Amboi!Macam ye, ye jer dape tu nak ngorat aku.Jangan suka serkap jarang, sangka yang bukan-bukan. Okey bye.“ Umairah melambaikan tangannya kepada Jamilah sambil tersenyum mengusik seakan-akan mereka akan berpisah lama.

**********************************************

            Saifuddin kegelisahan setelah menerima pesanan ringkas daripada Umairah usai dia menunaikan solat subuh pagi itu.Dia tidak menyangka misi yang telah diberikan kapada Umairah sudah berjaya diselesai olehnya.

‘Cepat betul Umairah itu dapat melaksanakan misinya.Baru nak masuk dua bulan.Patutkah aku balas smsnya ataupun aku patut call?Macam mana nak bincang selanjutnya kalau tak boleh nak jumpa? Tapi aku dah janji tak kan muncul depan dia lagi. Lagipun aku kena bincang perkara ni dengan mama dan abang dulu. Aduh! Pening fikir semua ni.‘Saifuddin monolog sendirian.Namun dia mengambil keputusan untuk hanya membalas pesanan ringkas Umairah daripada terus menelefonnya.

                                    Wasalam.Sy akn bincang ngan mama n abg.
                                    tp bt ms ni awk kerja smp hjg bln ni spy senang
                                    nk kira upahnya ye. Thanks, nti sy inform awk lg.

“Beep…beep…..“ Bunyi pesanan ringkas masuk mematikan langkahnya untuk bersiap pagi itu.Segera pesanan itu dibaca apabila mendapati pesanan itu daripada Umairah.

                                    Ok thanks. Klu blh pg ni sy nk minta off sbb
ada hal skit. Tp klu xblh sy msk tghr nti, blh?
Please….

‘Aikh! Pe sal minah ni merayu bagai ni? Ada aku kata aku tak bagi dia cuti ker sepanjang dia jalankan misi dia? Rasanya tak de pun aku cakap macam tu. Syok gak baca dia tulis manja macam ni.‘Saifuddin tersenyum sendiri dengan kata-kata hatinya itu.Dia membalas pesanan Umairah dan kemudian pesanannya berbalas juga.

                                    Ok. Awk leh off hr ni. Take care. Salam.
                                                           
Thanks.Take care too.Wsalam.

Pagi itu Saifuddin tidak jadi keluar awal untuk ke hotel.Dia ingin mengambil peluang itu untuk membincangkan hal berkenaan permintaan Umairah dengan mama dan abangnya.Dalam pada itu, dia mencongak-congak tindakan yang difikirkan wajar diambil bagi keselesaannya serta keselesaan Umairah, yang paling utama.

“Kalau aku ambil dia kerja kat hotel lepas ni, nanti kot aku akan selalu terserempak ngan dia. Kalau tak terserempak pun, aku akan buat inspection sekali sekala kat bahagian dapur tu. Tak kenanti terjumpa gak. Tapi kalau aku anto dia kerja kat restoran, apa alasan yang aku nak bagi dia lak? Nanti apa kata Abang Haq ngan Mila lak? Mesti dape pelik Umairah minta kerja kat hotel tapi dapat kerja kat restoran aku lak. Abuh! Sakitnya kepala fikir.“Saifuddin memicit sedikit dahinya, konon bagi melegakan denyutan itu.

“Baik aku tanya mama ngan abang dulu. Mana nak tau abang masih nak Umairah tolong dia. Ye la, mungkin abang rasa dia masih belum yakin dapat lakukan semuanya sendiri tanpa mengawasan daripada Umairah.Kalau abang minta macam tu, mungkin aku tak payah pening-pening nak fikir pasal nak tempatkan dia kat mana nanti. Okey, great!“ Saifuddin kembali bangun daripada pembaringannya di atas katil dan mula bersiap-siap untuk bekerja pagi itu.


**************************************

“Abang Haq macam mana? Boleh ker Umairah nak mengundurkan diri ni? Kalau abang rasa masih belum cukup bersedia, nanti Din akan bagitahu dia. Mungkin minta dia tunggu lagi sebulan macam tu.“ Saifuddin mula bertanyakan berkenaan Umairah kepada Saiful Haq.Semua yang ada pagi itu hanya memerhatikan wajah Saiful Haq yang nyata terkejut dengan perkhabaran yang baru disampaikan oleh Saifuddin.

“Mama rasa kita kena fikirkan kepentingan Umairah sama dalam hal ni. Ye la, dia ada hak untuk mengundurkan diri sebabnya kita dah berjanji dengan dia yang kita hanya meminta dia tolong kamu sementara saja. Haq cubalah fikirkan hal ni dulu. Lagipun ada masa lagi seminggu kan sebelum cukup dua bulan dia bantu kamu. Nanti bila dah nak dekat kamu bagitahu la keputusan kamu.“ Mama yang seperti mengerti akan perasaan Saiful Haq yang berat untuk membuat keputusan akhirnya memberitahu buah fikirannya.

“Din, abang akan fikirkan hal ni dulu ya. Nanti Umairah datang abang akan bagitahu dia hal ni.“Saiful Haq menjawab sayu.

“Ha! Mama, abang, pagi ni Umairah tak datang tau. Dia kata ada hal sikit yang nak diuruskan. Jadi Din dah bagi dia cuti hari ni.“Saifuddin tenang memberitahu sedangkan hatinya lirih melihat kesayuan wajah abangnya itu.Dia segera menghabiskan air kopinya pagi itu sebelum kembali berbicara.

“Mama, papa. Din gi dulu. Assalammualaikum.“Saifuddin segera bersalaman dengan Rafieq, Haniza dan Saiful Haq.Haniza memandang dalam wajah Saifuddin sambil memberikannya senyuman kambing.Haniza memerhatikan sahaja Saifuddin berlalu pergi dengan fikiran yang sarat dengan masalah anak-anaknya.Walaupun tidak seteruk mana, namun masalah itu masih perlu difikirkan dan diselesaikan sebaik mungkin supaya hati anak-anaknya terjaga.

“Kak Mah pukul berapa tukung urut tu nak datang hari ni?“Haniza memecahkan kesunyian seketika mereka pagi itu.

“Kejap lagi datang la tu. Dia cakap semalam nak datang kul lapan pagi. Kenapa Niza?“Mak Mah kehairanan.

“Tak de apa la, Kak Mah. Saya ingat hari ni saya tak gi restoran, nak temankan Haq. Lagipun dah lama saya tak tolong Kak Mah memasak. Rindu lak nak bergurau senda ngan Kak Mah kat dapur tu.“Haniza ketawa kecil.

“Nak bergurau tu tak pe.Jangan sampai terbakar dapur sudah. Dapur terbakar tak pe yang saya risau nyawa yang melayang.“Rafieq mengingatkan Haniza.

“Bukan abang lagi suka ker? Boleh kahwin lain.“Haniza bergurau dengan suaminya.

“Kalau ada yang nak dengan saya yang dah tua ni, pe salahnya. Awak pun untung dapat emas. Payung emas!“Rafieq tersenyum lebar.

“Amboi! Ada hati.“Haniza mencubit mesra lengan suaminya.Semua yang ada ketawa kecil dengan telatah pasangan tersebut.Saiful Haq pula hanya tersenyum raja.Dia memaksa dirinya menjamah sarapannya pagi itu kerana tidak mahu papa dan mamanya risau.

‘Kenapalah cepat sangat masa berlalu.Rasa macam baru beberapa hari kita bersama. Masih banyak lagi yang aku tak tahu pasal diri ko. Apa yang harus aku buat supaya ko akan sentiasa ada disisi aku? Kalau aku buat-buat sakit nanti kalau ko tahu aku risau ko akan terus membenci aku. Abis tu apa harus aku buat?‘Saiful Haq bermonoloq sendirian. Cuba memikirkan cara untuk masih dekat dengan Umairah.


****************************************

            Udara nyaman di tepi tasik itu tidak dapat menenangkan hatinya yang berlagu sedih dan angin sepoi-sepoi  bahasa yang bertiup tidak mampu mengeringkan titisan air matanya yang masih menitis. Setelah menerima keputusan daripada pihak hospital, dia tidak mampu untuk melarikan hatinya daripada berasa sedih dan pilu.Mujur juga umi tidak dapat menemaninya pagi itu kerana uminya terpaksa pergi ke sekolah adik-adiknya untuk mengambil kad laporan ujian persekolahan. Air mata yang ditahan sejak di hospital akhirnya terhambur keluar juga sebaik sahaja kakinya menjejaki tasik yang terletak di taman itu.

            Dia tahu dia tidak harus bersedih dengan ujian Allah ke atasnya tetapi dia hanyalah hamba-Nya yang kerdil, yang tidak kuat untuk menegakkan rahsia disebalik ujian yang ditimpa kepadanya. Bersungguh-sungguh dia mengingatkan dirinya akan penyakit yang diberikan oleh Allah kepadanya adalah untuk menghapuskan dosa-dosanya. Namun dia hanya manusia yang lemah dan kalah dengan perasaan hatiya sendiri.

            Air mata berkali-kali di sapu dengan hujung jari-jemarinya yang mulus. Namun masih tiada tanda-tanda ianya akan kering dalam masa terdekat itu. Dia hanya mampu membiarkan dirinya hanyut sebentar dengan perasaan sayu dan sedihnya itu.Dalam hati tidak putus-putus beristighfar supaya dia tidak terus hanyut dengan hasutan syaitan dan mengambil tindakan yang tidak wajar. Dia tahu dalam keadaannya yang begitu, syaitan akan sentiasa mendekatinya dan cuba untuk mengodanya supaya melupakan-Nya dan mengambil jalan yang serong.

            Mata Umairah masih tenang memandang tasik yang berada dihadapannya.Lalu dia teringatkan kata-kata pujangga Islam yang pernah dibacanya.Ayat yang selalu ditanam dalam dirinya setiap kali dia diuji oleh-Nya.Ayat yang menginsafkannya dan memberinya semangat untuk menghadapi segala ujian Allah dengan redha.

Jika kecewa itu racun yang melumpuhkan,  alihkan pandanganmu ke  arah sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalang kerana Allah tahu akan kemampuan diri-Mu melebihi kamu tahu dirimu.
Jika sakit itu senjata yang membunuh, alihkan pandanganmu ke arah langit, sedarlah dan sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa bersamamu kerana Allah ingin menghapuskan dosa-dosamu.
Dan gembira itu manisan yang mengancam kerana Allah hanya meminjamkannya kepada kita dengan rahsia kehidupan yang hanya diketahui-Nya seperti laut yang airnya cantik membiru dan penuh ketenangan namun penuh rahsia di dalamnya.

            Tanpa dia sedari air matanya berhenti mengalir dan kembali tenang bersama kenyataan yang harus dihadapinya sebagai insan yang bernama hamba Allah.Setelah hampir sejam dia duduk bersendirian di tanam itu, dia mula bergerak meninggalkan tempat itu bersama meninggalkan tangisannya tadi hanya sekadar di situ.Dia sudah berjanji tidak mahu membawa tangisan dan perasaan sedihnya itu pulang ke rumah. Dia perlu tabah supaya umi dan abinya tidak berada dalam kerisauan akan kenyataan perit yang akan disampaikannya nanti.

           
****************************************

          Kini dia berteleku, bersujud pada-Nya dan meluahkan segala yang terbuku dihatinya kepada yang berhak untuk dia mengadu, kepada Yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui apa sahaja yang terbaik buat hamba-hamba-Nya itu.Tidak lupa dia memohon kemaafan di atas ketelanjurannya tadi.

“Astaghfirullahhalazim.Maafkan aku Ya Allah.Aku hanya manusia biasa yang tidak bisa menahan diriku daripada merasa sedih dengan ujian yang kau timpa ke atas aku.Aku tahu sekurang-kurangnya Engkau masih memberikan aku nyawa untuk terus beribadat walaupun aku terpaksa hilang nikmatmu yang satu itu.Alhamdulillah Ya Allah. Aku bersyukur dengan segala nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku selama ini dan masa-masa akan datang. Aku juga bersyukur kerana Engkau berikan aku jalan untuk meyelesaikan dan penyembuhan penyakitku ini.Aku redha dengan perangcangan-Mu yang mana Engkau lebih Mengetahui rahsia di sebaliknya. Aku akan menunggu dengan sabar akan rahsia-Mu itu.“Air mata setia menemaninya di kala dia berhadapan dengan Yang Maha Kuasa.

            Walaupun hatinya masih hiba, namun ketenangan sudah menguasai dirinya kini.Dia lebih redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Mengetahui.Kata-kata semangat daripada umi dan abi sebentar tadi jauh mengikat dirinya untuk menghadapi liku-liku kehidupan yang bakal dilaluinya dengan lebih tabah.Kecekalan hati yang ditunjukkan oleh umi dan abinya masih tidak mampu menipu dirinya daripada membaca perasaan sedih mereka mengetahui keputusan pemeriksaan doktor itu.Baru dia ingin mencapai kitab suci Al-Quran, dia menerima pesanan ringkas; LINE dan dia segera membaca pesanan daripada Jamilah tersebut sebelum ingin kambali membaca Al-Quran.

                                    Salam. Ko betul ke xnk minta tlg Syawal?
                                    Aku xsabar nk tahu siapa stalker tu.

“Dia yang lebih semangat nak tahu dari aku lak. Mila, Mila. Mungkin kalau ko dah ke Jepun aku akan merindui nak hubungan kita ni.“ Umairah hiba lalu jarinya segera menyapu setitis air mata yang mengalir tiba-tiba itu.

“Come on Umairah. Stop it. This is not the end of your world. You should glad that you still live in this world. Can still be together with everyone that you love.“Umairah ketawa sinis pada dirinya sendiri.Dia kembali membalas pesanan Jamilah itu.


                                    Wasalam.Ye, muktamat xnk minta tlg.
                                    Anggap jer aku ni perasan lebih jer.

                                    Alah aku xcited nk jumpa mahluk kacak
                                    ciptaan Allah, Syawal… klu mcm tu kt                                                                                                  jer la kluar

Jamilah teruja. Umairah hanya tersenyum kelat membaca bait-bait kata-kata Jamilah. Jari-jemarinya pantas membalas pesanan LINE tersebut. 

                                    Aku set jer tp nk ke mn kali ni?

                                    Mcm biasa Aeon.

            Seketika Jamilah membalas beserta stikers yang menunjukkan gambar keriangan membeli-belah yang terdapat pada laman chat LINE tersebut. Umairah tersenyum melihatnya namun dia diulit sedikit gelisah bila mana memikirkan Jamilah.Dia tidak tahu bagaimana caranya dia ingin memberitahu perkhabaran sedih itu kepadanya.Dia tahu hati sahabatnya itu lembut, terlalu lembut. Namun sekiranya didiamkan dia khuatir akan menjejaskan perhubungannya atau Jamilah terasa hati dia dipinggirkan sedangkan mereka tidak pernah berahsia antara satu sama lain.


            Sebaik mereka memasuki bangunan Aeon Sri Manjung tersebut, Jamilah bersuara sambil membuat muka manjanya.

"Umairah, aku nak ke tandas kejap. Terasa nak buang yang kecil pulak. Ko tunggu kat sini kejap ye."

"Ya Allah. Baru jer masuk dah nak melawat tempat tu. Ada-ada jer la  ko ni Mila. Lain kali sebelum keluar, melawat bank kat bilik ko tu dulu. Tak kan nak jimat air kat umah ko kot?" Umairah cuba mengusik sahabatnya itu sambil melemparkan senyuman yang paling manis.
"Banyak la ko punya jimat. Dah ko tunggu aku kat sini diam-diam." Jamilah sempat membalas sebelum segera berlalu pergi. 
           
           Umairah turut melangkah ke arah bangku yang terdapat tidak jauh daripadanya. Matanya mula memerhatikan gelagat orang ramai yang turut mengunjungi kempleks membeli-belah tersebut. Tiba-tiba pandangan matanya terlihat kelibat seorang jejaka yang amat dikenalinya. Umairah tergamam seketika. Saifuddin kacak berbaju kemeja berwarna merah gelap yang dilipat  tiga, empat inci lengan bajunya dan berseluar denim warna hitam. Penampilan Saifuddin itu benar-benar menarik minat wanitanya.

            Tanpa Umairah sedari, dia sudah bangun daripada bangku yang didudukinya dan melangkah ke arah belakang tangga bergerak yang terdapat berhampirannya itu.

'Astagfirullah halazim. Apa yang kamu fikir ni, Umairah? Apa yang kamu buat ni? Kenapa kamu nak bersembunyi bagai ni? Kamu cuba melarikan diri daripadanya ker?' Umairah monolog sendirian apabila menyedari ketelanjuran dirinya berbuat demikian.

            Umairah segera meletakkan tangannya pada dadanya yang berombak kencang itu. Cuba untuk mententeramkan hatinya yang bergelora akibat pandangan mata yang sepatutnya dijaga. Dia selalu terleka dengan pesanan Ustazah Salmah yang sering kali mengingatkan anak-nak buah usrahnya akan pentingnya menjaga pandangan mata dan kini akibat panahan matanya itu terpahat di hatinya itu. Umairah beristighfar berkali-kali bagi menenangkan hatinya.

            Umairah yang tenggelam dalam usahanya menenteramkan dirinya tiba-tiba dikejutkan dengan sentuhan tangan sasa pada bahunya dari arah belakang. Sekilas Umairah memandang jari-jemarinya yang terdapat pada bahunya itu. Tangan sasa itu menambahkan gelora di hatinya dan segera berpaling untuk melihat gerangan yang berani menyentuh bahunya itu. Umairah nyata terkejut!
           
           




Novel : Aku Nak Kerja Bukan Misi Bab 11





Perasaan Apakah Ini?

“D
ia kena banyak belajar tu Mak Mah. Tu yang balik lewat selalu. Mak Mah jangan la risau. Tak lama lagi keadaan kembali macam biasa la bila dia dah cekap.“ Haq serius. Matanya masih tertancap memandang wajah Umairah yang sayu bila mana mendengar kata-kata Mak Mah tadi. Entah kenapa Haq tidak sedap hati melihat kesayuan wajah Umairah itu. Umairah masih tertunduk memandang meja dengan wajah sayunya.
“Umairah, kenapa ni? Kenapa tak habiskan makan Durian Krepe tu?“ Haq kembali bersuara.
“Haah?!! Saya nak makan la ni.“ Umairah yang terkejut dengan pertanyaan Haq yang tiba-tiba itu segera membalas dan memasukkan baki Durian Krepe ke mulutnya.
“So, Umairah, pe aktiviti kita hari ni? Ada yang baru tak?“ Haq kembali bertanya bila mendapati Umairah seperti ingin mengunci kata-katanya.
“Haah!!? Emmm… Kejap lagi kita gi buat senaman then berlatih berdiri. Kali ni kita cuba buat langkah setapak dua sebab saya tengok Haq dah nak boleh berdiri dengan sendiri. Then kita dengar ceramah sikit. Saya ada beli dvd ceramah Ustaz Azhar Idrus ni. Best tau, kelakar.“ Umairah kembali menceriakan diri.
“Okey, jom la.“ Haq bernada serius kemudian dia sudah bergerak dengan memutarkan roda kerusi rodanya.
“Mak Mah jom kita buat senaman sama. Kali ni kita sama-sama bersenam dengan Haq. Mak Mah pun kena selalu bersenam supaya tak la sakit-sakit pinggang buat kerja rumah. Jom.“ Umairah menarik tangan Mak Mah.
“Ye la, ye la. Tapi jangan buat yang susah-susah ye.“ Mak Mah tersenyum.
“Tanggung beres!“ Umairah tersenyum sambil menunjukkan ibu jarinya.
“Best kan ceramah tadi. Kalau awak suka esok saya bawa yang lain pula. Awak tau, kalau kita tak nak hati kita menjadi hitam gelap, kita kena selalu mendengar majlis-majlis ilmu yang macam tu.” Umairah berkata sebaik dia menutup semula pemain dvd setelah dia serta Haq dan Mak Mah menonton ceramah daripada Ustaz Azhar Idrus tadi.
“Best sangat. Esok awak bawa la lagi. Boleh kita tengok sama-sama. Dulu masa saya sihat saya selalu gak temankan mama gi ceramah ustaz kesukan mama tu. Entah apa namanya saya dah lupa. Bila saya jadi macam ni, Din yang temankan mama. Tapi sekarang mama gi ngan papa jer sebab dua-dua anak-anaknya dah tak boleh diharapkan. Sorang dah lumpuh sorang lagi sibuk sampai malam-malam baru balik.“ Haq lembut berbicara. Mendengarkan nama Din disebut hati Umairah kembali menjadi sayu. Dia dipagut rasa bersalah.
‘Kenapa dengan perasaan aku ni? Perasaan apakah ini, Ya Allah? Kenapa setiap kali nama dia disebut aku jadi resah? Akukah yang bersalah sehingga dia menyibukkkan diri sebegini? Mengelak daripada bertembung dengan diriku? Macam mana aku nak betulkan semua ni?‘ Umairah monolog sendirian, melayan rasa hatinya.
“Hello! Umairah. Awak dengar tak apa yang saya cakap ni?“ Haq yang melayang-layangkan tangannya di hadapan muka Umairah kehairanan bila kata-katanya tidak mendapat respon daripada Umairah. Umairah yang tersedar dengan ketelanjurannya segera bertanya.
“Haah!!?... Awak cakap pe tadi? Saya tak dengar la.“
“Iissh! Awak mengelamunkan apa ni? Saya tanya tadi, awak ada jumpa dengan Din tak lepas awak kerja menjaga saya ni?“ Haq bertanya dengan nada marah.
‘Kenapa aku nak marah ni? Sakitnya hati aku ni. Perasaan ini apa sebenarnya? Tak kan aku nak jealous dengan adik sendiri kot? Mereka bukannya ada apa-apa hubungan pun. Patut ke aku tanya sahaja dengan Umairah akan perasaan dia terhadap aku? Tak pun perasaannya terhadap Din?‘ Haq pula berperang dengan dirinya sendiri.
“Tak pernah jumpa dia dah. Ye la, macam yang awak cakap dia kan sibuk. Macam mana nak jumpa dengan saya. Lagipun buat apa dia nak jumpa saya. Saya ni bukan sesiapa.“ Umairah bernada tidak puas hati.
‘Alamak! Macam mana leh terkeluar suara macam tu. Jangan Haq dapat tangkap yang aku tak puas hati sudah. Masak aku! Haihh!’ Monolog Umairah sendirian.
‘Pe sal, dia macam merajuk jer bunyinya. Diaorang ni ada apa-apa ker? Apa aku nak buat ni supaya semua ni aku dapat selidik tanpa pengetahuan dape?‘
“Betul la tu, dia sibuk.“ Haq menjawab pendek. Dia terasa dengan kata-kata Umairah yang lagaknya seperti merajuk dengan Saifuddin.
“Haq nak air tak? Saya ingat nak gi dapur tolong Mak Mah masak lunch.“ Umairah cuba mengelak.
“Boleh gak. Tolong bawakan saya air masak ye. Thanks.“ Haq serius, namun tetap melemparkan senyuman raja. Matanya masih memandang Umairah. Umairah segera berlalu ke dapur sementara Haq masih memikirkan cara untuk mengetahui hati Umairah terhadap Saifuddin dan begitu juga sebaliknya. Haq segera mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi Saifuddin.
“Assalammualaikum, bro. Ko busy ker?“ Haq pantas memulakan perbualan.
“Waalaikummussalam. Tak la busy sangat, kenapa?“ Saifuddin menjawab lemah.
“Kalau ko free tengah hari ni, ko lik la lunch kat rumah. Kita dah lama tak makan sama. Pagi ko gi sebelum kita semua sarapan. Lik pulak dah tengah malam. Aku pun dah tak tau macam mana rupa adik aku yang sorang ni. Jangan-jangan dah macam Osama bin Laden pe?“ Haq cuba mengusik.
“Banyak la ko punya Osama. Tengah hari ni aku tak dapat nak lik sebab aku ada appointment. Nanti malam kita jumpa la ye. Okey la, aku ada incoming call ni. Assalammualaikum. “
“Okey, Waalaikummussalam.“
‘Aish! Tak jadi lak plan aku ni. Tak pe, nanti aku plan yang lain lak.‘ Monolog Saiful Haq.
“Nah airnya.“ Umairah datang bersama air masak.
“Thanks. Tadi saya ada ajak Din lunch sama ngan kita kat rumah.“ Saiful Haq cuba menduga Umairah.
“Abis tu dia nak lik ker?“ Umairah kekalutan.
“Tak la, dia kata dia ada appointment.“ Saiful Haq menjelaskan.
“Oh! Okey. Saya masuk dapur dulu. Nak tolong Mak Mah masak.“ Umairah kecewa.
‘Kenapa aku tengok dia ni kejap kalut, kejap kecewa? Apa sebenarnya perasaan ko ni, Umairah? Kenapa buat aku confuse? Aduh! Sakitnya hati aku. Baik aku masuk bilik.‘ Haq berlalu pergi dengan jiwa yang kecewa. Sejak seminggu yang lalu, dia sudah berpindah ke bilik bawah. Tidak lagi menghuni bilik di atas dan ini semua dilakukan supaya memudahkannya bergerak dengan sendirinya di dalam rumah itu.

******************************

“Kalau saya nak cakap sikit dengan awak pasal hal peribadi, boleh?“ Umairah yang baru lepas menonton video ceramah Ustaz Azhar Idrus bersama dengan penghuni Teratak Kasih pada pagi itu mula bersuara kepada Saiful Haq.
“Hal peribadi? Saya tak sangka awak sanggup berkongsi hal peribadi dengan saya. Selalu tu tak sempat saya nak tanya awak dah cakap hal lain.“ Saiful Haq tersenyum sumbing.
“Orang cerita pasal hal peribadi awak la, bukan saya. Pe yang saya nak cakap ni mungkin akan menguriskan hati awak tu sebabnya saya cakap hal peribadi.“ Umairah cuba berhati-hati menyimpul kata-katanya.
“Pasal saya? Okey, teruskan. I’m ready to listen.“ Saiful Haq serius.
“Saya ada dengar ustaz-ustaz cakap masa kita sedang sakit digalakan bersedekah supaya dapat meringankan bebanan kesakitan kita. ‘Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah‘. Hadis Riwayat Abu Dawud, dihasankan oleh al-Albani dalam Shahihul Jami’, kalau tak silap saya la. Abi saya pun selalu ingatkan saya tentang hal itu bila saya sakit. Awak cubalah semoga Allah melihat keikhlasan awak dan mempercepatkan kesembuhan awak.“ Umairah memberikan pendapatnya.
“Insya-Allah, saya akan lakukan nanti. Terima kasih sentiasa ingatkan saya. Untung mak dan bapa awak punya anak yang macam awak.“ Saiful Haq tersenyum senang hati.
“Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi. Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau subur dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pulalah naungan dan pendiamanmu. Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa memerlukan kedamaian. Kata-kata pujangga tentang sahabat. Dan saya ingin jadi seperti itu.“ Umairah tersenyum sebelum melangkah ke dapur. Saiful Haq yang terpempan dengan kata-kata Umairah hanya mampu memandang senyuman manis Umairah.
“Haa… Pe yang dimenungkan tu? Nah minum air oren ni.“ Teguran Mak Mah mematikan lamunan Saiful Haq terhadap senyuman Umairah tadi.
“Haah?! Terima kasih Mak Mah. Saya masuk bilik saya dulu ye Mak Mah. Nanti kalau ada apa-apa panggil la saya.“ Saiful Haq segera beralih masuk ke dalam biliknya. Mak Mah juga melangkah semula ke dapur meneruskan kerjanya memasak untuk tengah hari itu. Seperti biasa, Umairah setia membantunya.
“Terima kasih la, Umairah. Sejak Umairah tolong membantu menguruskan Haq, dia dah semakin pulih. Drastik gak perubahannya kalau nak dibandingkan masa dia kecewa dulu. Muka dia berseri-seri. Bukan tu saja, kakinya pun dah semakin menunjukkan tanda-tanda yang baik.“ Mak Mah mengungkapkan kata-katanya kepada Umairah.
“Terima kasih kembali, Mak Mah. Kalau bukan semua turut memberikan sokongan dan bantuan, saya rasa saya tak mampu buatnya sendirian. Sama-samalah kita berdoa dia akan sentiasa berkeadaan begitu dan bertambah baik lagi.“ Umairah rendah bersuara sepertimana dia merendahkan dirinya.
“Insya-Allah, Allah bersama-sama dengan hamba-Nya yang tidak mudah putus asa.“ Mak Mah tersenyum manis.
“Nampaknya sampai sini sajalah misi saya. Mungkin lepas ni kita akan jarang nak jumpa.“ Umairah yang masih memotong sayur bersuara sayu tanpa memandang Mak Mah.
“Apa Umairah cakap? Misi? Misi apa?“ Mak Mah yang pelik dengan kata-kata Umairah mula bertanya.
“Haah?! Saya cakap kerja saya mungkin sampai sini. Lepas ni saya akan berhenti sebab Haq pun dah semakin bersemangat dan dah boleh uruskan dirinya sendiri. Rindulah saya nanti dengan Mak Mah.“ Umairah membetulkan kata-katanya yang terlepas sambil memandang sayu wajah Mak Mah.
“Cepatnya Umairah dah nak berhenti. Auntie Niza dah tahu ker? Haq cakap pe?“ Mak Mah serba tidak kena.
“Haah! Saya kata tadi mungkin jer. Nanti saya tanya dengan auntie macam mana. Kalau ikutkan macam tu la perjanjiannya dulu.“ Umairah tersenyum membalas.
“Ye la. Umairah pun nak cari kerja lain gak la kan. Bukan senang nak kumpulkan duit nak sambung belajar. Haq tu kalau cakap elok-elok mungkin dia akan faham keadaan Umairah.“ Mak Mah meyakinkan Umairah sambil mengusap-usap lembut belakang badan Umairah. Umairah sedikit lega mendengar kata-kata Mak Mah namun masalahnya macam mana dia nak bertanyakan hal itu dengan Haniza, sedangkan dia sebelum ini berbincang dengan Saifuddin.
‘Macam mana aku nak tanya ye? Nak sms ke? Macam tak serius jer. Nak gi jumpa? Macam la dia nak jumpa sebab sampai sekarang pun dia mengelakkan dirinya. Abis tu nak call? Agak-agak dia angkat tak panggilan aku nanti ye? Isshk! Rungsingnya. Ah! Lantak la, nanti-nanti la baru fikir.‘ Umairah berbicara dengan hatinya sendiri. Hatinya gundah menyebabkan tangannya mula memetik sayur kacang buncis dengan sambil lewa.
           
            Sudah hampir lima minit Umairah melabuhkan punggungnya di bangku marble putih di luar rumahnya. Memikirkan hal berkenaan misinya yang sudah dirasakan selesai itu. Tanpa dia sedari Jamilah datang menghampirinya.
“Amboi! Khusyuknya mengelamun. Ingatkan buah hati ker?“ Jamilah tersenyum mengusik sambil mencuit pinggang Umairah.
“Ooi! Tak de apa la. Ko ni datang bukan nak bagi salam dulu. Main sergah macam tu jer. Nasib baik jantung aku tak de masalah kalau tak dah lama dah jalan.“ Umairah sengaja buat-buat marah untuk melarikan dirinya daripada menjawab pertanyaan Jamilah.
“Ye la. Sorry. Assalammualaikum. Tuan Permaisuri Yang Memiliki Mata Yang Cantik, menungkan apa? Ingatkan Tuan Putera Pedang Agama ker?“ Jamilah cuba serkap jarang sambil turut sama melabuhkan punggungnya di sebelah Umairah.
“Pe hal siap main sebut makna nama aku bagai ni?“ Umairah pula yang bertanya.
“Apa masalah ko sebenarnya ni. Kelat jer aku tengok. Cer cete, cer cete? Kalau aku tak boleh tolong pun sekurang-kurangnya mungkin boleh kurangkan rasa terbeban ko tu.“ Jamilah masih mengharap Umairah mahu bercerita dengannya.
“Aku bukan apa. Aku tengah fikirkan Saifuddin, Tuan Putera Padang Agama yang ko cakap tu la. Ko jangan fikir yang bukan-bukan lak. Ko tau kan yang aku diberikan misi untuk mengembalikan semangat Saiful Haq tu dan aku rasa misi aku dah accomplish.“ Umairah cuba menarik nafas yang dirasakan ketat.
“Abis tu apa masalahnya sekarang. Diaorang nak suruh ko terus jagakan Abang Haq ker? Tak kan la diaorang nak buat macam tu. Daripada buat ko macam tu baik kahwinkan ko dengan Abang Haq lagi bagus. Dapat gak pahala yang banyak sebagai isteri daripada setakat pahala menolong orang kan.“ Jamilah keliru.
“Ko ni tak de lain kan. Asyik nak jadi agen pencari jodoh jer. Baik ko tukar profesion jadi Couple Matchmaker jer kan.“ Umairah tarik muka masam.
“Bagus juga cadangan ko tu. Ramai gak senarai pelanggan yang bermain dalam fikiran aku, yang boleh aku ‘ngap’. Anak-anak Auntie Niza, ada tiga orang, ko ngan Amirah, Nizam and the gang, kawan-kawan kita and anak-anak kawan-kawan papa and mama. Tu belum masuk anak-anak kawan-kawan Auntie Niza ngan abi dan umi ko kan. Ushh! Mesti berjaya aku nanti. Masuk giler duit aku nanti. Makcik kayo! Makcik kayo!“ Jamilah tersenyum mengenakan Umairah. Satu tamparan mesra hinggap di lengan Jamilah yang diberikan oleh Umairah.
“Saja kan. Suka la tu kenakan aku. Haa! Buat la lagi.“ Umairah cuba merajuk. Jamilah masih tersenyum lebar.
“Tapi kalau ko tak nak dijodohkan dengan Abang Haq ko boleh pilih Abang Din. Dia tu aku rasa lagi sesuai dengan ko. Kalau ko nak anak-anak yang terlebih comel ko couple jer dengan Rayyan, mesti gempak punya la nanti. Gabungan bangsa Syria ngan American Latin. Ush! Tak dapat aku nak bayangkan.“ Jamilah masih tidak puas mengusik Umairah yang sudah kemerahan mukanya.
“Kalau ko tak nak henti aku masuk dulu la.“ Umairah sudah bangun untuk berlalu masuk ke rumahnya.
“Alah! Jangan la merajuk. Aku tengok ko ni sekarang semakin sensatif. Sape lagi yang aku nak usik kalau bukan ko, kan. Ko tak pe la, ada ramai adik, aku ni sebatang kara jer. Bagilah aku peluang nak usik ko.“ Jamilah tersenyum manis sambil memegang kemas tangan Umairah. Umairah kembali duduk disisi Jamilah.
“Syukur juga ko masih ada papa dan mama untuk ko meluahkan kasih sayang berbanding aku yang hanya menumpang kasih ngan famili abi dan umi. Kita harus sentiasa melihat sekeliling kita untuk mengetahui kelebihan yang Allah berikan dengan bandingkan kekurangan kita dengan orang lain yang lebih lagi berkurangannya. Dengan cara itu kita akan lebih bersyukur dengan sedikit kelebihan yang kita miliki daripada kekurangan yang kita rasai.“ Umairah cuba mengingatkan sahabatnya itu.
“Alhamdulillah, aku bersyukur. Aku juga syukur kerana punya seorang sahabat ini yang sentiasa sayangkan aku dunia akhirat dengan selalu mengingatkan aku yang sering leka dan terlepas kata.“ Jamilah tersenyum sambil memeluk erat bahu sahabatnya itu. Keadaan sunyi seketika.
“Ko cubalah call Abang Din tanya dia macam mana. Kalau dia sibuk sangat sampai tak dapat nak angkat panggilan ko, ko bagi jer la message. Lebih baik ko tanya sebab kalau ko tak tanya sampai bila-bila la ko dok terperap kat rumah Auntie Niza jer. Aku nak gak merasa join bekerja ngan ko kat hotel tu. Tak la aku bosan tak de teman yang gila-gila macam ko ni. “ Jamilah memecahkan kesunyian mereka. 
“Ada kosong lagi ker kat syif ko tu?“ Umairah cuba merisik khabar.
“Entah la. Aku rasa macam tak cukup orang jer. Semua orang sibuk giler buat kerja sampai nak sembang-sembang pun payah. Aku tengok syif lain okey jer bergurau senda.“ Jamilah mengeluh kecil.
“Bagus la macam tu. Tak de dikatakan makan gaji buta kan. Lagipun dengan cara macam tu barulah lebih fokus dengan kerja dan dapat mempersembahkan mutu dan kualiti masakan yang terbaik, kan.“ Umairah cuba memberikan sedikit semangat kepada Jamilah.
“Ko nak tau tak Umairah, kadang-kadang aku rasa hotel tu macam Muslim Modeling Agency lak. Mamat dan minah-minah kat sana semua boleh tahan lawa dan cantik. Walaupun ada yang berkulit gelap tapi tetap manis. Rambang gak mata aku ni tengok. Bukan main pandai Uncle Rafieq pilih pekerja. Bukan calang-calang orang.“ Jamilah tersenyum membayangkan wajah-wajah pekerja Hotel Teduhan Kasih.
“Mulalah tu nak mengatal. Aku ingatlah ko ni dah tahap wajib kahwin dah ni. Bukan lagi sunat. Baik aku suruh papa ko minta Danial datang meminang cepat-cepat sebelum ko buat yang bukan-bukan. Takut aku tengok mata bersinar kemiangan ko tu. Eee!“ Umairah buat-buat geli-geleman.
“Isshk! Tak nak lah aku kahwin awal-awal ni. Tak puas lagi nak hidup bebas sebagai anak gadis. Tak puas nak cuci mata dengan ciptaan Allah yang terbaik di dunia ni. Lagipun aku belum bersedia nak jadi isteri mithali lagi. Ingat senang ker nak jadi seorang isteri ni. Banyak tanggung jawabnya tau.“ Jamilah serius.
“Tau pun. Ingat dah tak sabar nak jadi isteri tadi. Kalau masih nak jadi anak gadis, jangan lupa menjaga kehormatan diri sebagai anak gadis Muslimah. Tapi okey per ko kahwin awal, macam ko cakap tadi la, boleh mendapat pahala banyak sebab jadi seorang isteri. Setiap perkara baik yang dilakukan untuk suaminya akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda.“ Umairah mengangkat kening mengusik.
“Ni sape yang sepatutnya kahwin awal ni, aku ker ko ni? Bukan main lagi fikiran ko tu. Semua warna ada biru, kunin,g putih, merah.“ Jamilah menjegilkan matanya sedikit.
“Eh! Pe pulak. Ko ingat aku fikir apa? Haa! Sekarang ni sape yang fikir biru, kuning, putih, merah ni? Aku cakap dengan hati yang suci bersih lagi murni, pe.“ Umairah sudah tersenyum manis dengan usikannya itu. Jamilah turut tersenyum sambil melagakan bahunya dengan bahu Umairah.
“Umairah, ko tak de apa-apa perasaan kat Abang Haq ker? Ye la, ko bukan pernah berkawan rapat ngan mana-mana lelaki sebelum ni. Manlah nak tahu kali pertama ko rapat ngan kaum Adam macam Abang Haq, ko ada terasa nak bercouple. Aku teringin sangat nak tengok ko bercouple dan bahagia macam orang yang lain bercinta.“ Jamilah bertanya sambil memandang wajah manis Umairah. Umairah diam membisu sambil matanya memandang langit yang penuh dengan gemerlapan bintang-bintang. Setelah mendiamkan diri seketika, Umairah bersuara.
“Perlukah couple-bercouple ni? Aku takut akan mendorong kepada maksiat jer nanti. Ko pun tahu syaitan suka dekat dengan orang yang macam tu. Aku bukanlah nak perli ko. Aku tahu ko jarang berjumpa dengan Danial dan kalau jumpa mesti aku temankan dan jumpa pun kat tempat yang ramai orang. Tapi itu pandangan aku.“ Umairah kembali memandang wajah temannya itu.
“Aku faham maksud ko. Mungkin fitrah manusia yang suka mengikat seseorang supaya mengingatkan pasangan dan orang lain yang mereka sudah dimiliki secara tidak rasmi. Tapi pada aku mungkin masa sekarang ni dengan cara ini kita boleh mengenali pasangan kita supaya kita tidak berkahwin dengan seseorang yang teruk macam kaki pukul atau seumpamanya. Orang sekarang ni bukan macam orang dulu-dulu, ramai yang muka nampak alim tapi sebenarnya kaki hisap, kaki pukul dan kaki mempermainkan perasaan dan harta benda orang jer. At least, kalau kita berpacaran, kalau kawan-kawan atau saudara-mara kenal orang itu orang yang macam mana boleh gak bagi amaran kan.“ Jamilah pula memberikan pandangannya.
“Nak ker pasangan ni dengar amaran orang lain macam tu? Bukan mereka sudah dikaburi dengan cinta ker. Dah saying, jadi cinta membutakan mata mereka. Yang buruk pun dikatakan baik.“ Umairah menduga.
“Itu mungkin bagi orang lain. Tapi pada aku, niat aku couple ngan Danial sebab yang macam tu. Insya-Allah aku tak kan mudah butakan mata hati aku ngan cinta yang belum tentu hak aku tu.“ Jamilah cuba mempertahankan dirinya.
“Alhamdulillah. Bagus la kalau ko fikir macam tu. Aku berdoa yang baik-baik untuk ko ngan Danial. So, Danial apa khabar?“ Umairah cuba mengubah suasana.
“Alhamdulilah, dia sihat jer tapi sibuk nak cari duit katanya. Nak kumpul duit sebab nanti nak bina keluarga guna banyak duit. Tu apa yang dia sms la kan. “ Jamilah tersenyum kambing.
“Bagus la tu, dia beringat. Sekurang-kurangnya ko dapat pakwe yang memikirkan masa depan. Biasanya orang yang beriman ni akan fikir semua tu. Aku berdoa korang akan kekal bersama sampai berumah tangga dan sampai akhir nyawa.“ Umairah tersenyum.
“Asyik cerita pasal aku jer, ko tu kalau ada yang cuba mengetuk hati ko cubalah ko buka hati ko bagi peluang untuk orang tu. Jangan bekukan hati ko tu semata-mata sebab ko tu anak angkat atau sebab ko anak pelarian Syria. Itu semua masa lampau ko. Lagipun bukan salah ko pun semua tu terjadi. Aku yakin akan ada hamba Allah yang benar-benar beriman akan terima diri ko seadanya.“ Jamilah menyuntik semangat kepada Umairah.
“Insya-Allah bila sampai masanya nanti.“ Umairah tersenyum tawar. Namun hatinya berbicara sendirian.
‘Bukan itu sahaja masalah yang harus aku fikirkan sekarang. Kalaulah ko tahu masalah aku yang paling besar kini, aku pasti ko akan fikir dua tiga kali pasal aku, Jamilah.‘
“Amboi! Anak dara dua orang ni. Tak tahu nak masuk dalam rumah ker? Tak elok anak dara duduk lama-lama kat luar malam-malam macam ni. Nampak dek mak mertua tak jadi nak masuk meminang ni.“ Mahani yang sudah berada di muka pintu rumah tidak jauh dari bangku yang diduduki oleh Umairah mula menyapa mereka.
“Makcik pun sama ker nak tengok Umairah ni cepat kahwin?“ Jamilah tergelak sedikit mendengar kata-kata Mahani. Umairah yang sedikit terusik dengan kata-kata Jamilah segera menampar mesra bahu Jamilah.
“Dua-dua pun makcik harap cepat-cepat kahwin. Dah tahap boleh kahwin dah pun dua-duanya.” Mahani menjawab sebelum menyambung.
“Ya Allah Umairah! Kenapa tak buatkan Jamilah ni air ker makanan sikit. Kesian dia datang tak dijamu dengan apa-apa.“ Mahani yang memandang meja dihadapan anaknya kosong mula bising menegur.
“Astaghfirullahalazim! Lupa la umi. Khusyuk sembang sampai tak ingat nak hidang apa-apa pun tadi. Sorry Mila, aku masuk dalam ambil kejap.“ Umairah bingkas bangun. Namun Mahani segera menahan Umairah.
“Tak pe, Umairah layan la Mila. Biar umi yang masuk dalam ambil.“ Mahani ingin berpaling untuk masuk.
“Makcik tak payah susah-susah. Bagi air kosong jer sudah la. Dah malam sangat ni, saya tak nak makan nanti badan jadi lemah dan berlemak lak.“ Jamilah tersenyum.
“Ye la, nanti makcik ambilkan air kosong.“ Mahani tersenyum mendengar kata-kata Jamilah.
“Nanti ko jangan lupa call Abang Din tau, tanya dia pasal misi tu. Dia tu aku tengok ambil berat dengan ko. Selalu turun jumpa aku kat dapur tanya pasal ko.“ Jamilah bersuara sambil mata pula memandang langit yang indah dengan cahaya bintang.
“Dia tanya pasal aku? Dia tanya apa? Apa yang dia nak tahu?“ Umairah sedikit kalut dengan pernyataan Jamilah sebentar tadi. Jamilah yang tahu dengan perasaan Umairah hanya tersenyum kambing penuh makna.
“Tak la, dia kata badan ko dah susut sikit tu yang dia tanya ko sihat ker tak. Kadang tu dia kata muka ko pucat la, tak bersemangat la.“
“Dia cakap macam tu. Bila pula masanya dia tengok aku?“ Umairah sedikit pelik.
“Apa yang ko cakap ni? Mestilah dia tengok ko masa ko kat rumah dia. Kan ker ko selalu gi rumah dia tolong uruskan Abang Haq. Pe punya soalan la yang ko tanya ni?“ Jamilah ketawa kecil kerana merasa lucu dengan pertanyaan Umairah. Belum sempat Umairah menjawab, Mahani datang bersama dua gelas dan dua jag kecil air kosong dan jus oren.
“Nah Umairah. Mila minum ya. Makcik masuk ke dalam kejap, pakcik panggil. Ingat jangan lama sangat, dah malam ni.“ Mahani sekali lagi mengingatkan.
“Baik makcik. Lepas minum ni saya balik. Terima kasih, ya makcik.“ Jamilah tersipu-sipu malu ditegur begitu. Mahani hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah anak-anak dara tersebut. Setelah merasakan Mahani menjauhi mereka Umairah kembali bersuara.
“Untuk pengetahuan ko dah hampir dua bulan aku tak jumpa atau terserempak dengan dia. Dia keluar gi kerja awal pagi sebelum aku sampai dan balik rumah bila aku dah balik. Kadang-kadang ada gak aku dengar auntie cakap dia tidur kat hotel. Tu sebab aku tanya, macam tu.“ Umairah masih kehairanan.
“Maksud ko, korang memang tak pernah bertembung la ye? Abis tu macam mana Abang Din boleh tahu keadaan ko?“ Kali ini Jamilah pula menunjukkan muka terkejutnya.
‘Perasaan apakah ini? Kenapa hatiku berdegup dengan kencang sekali. Adakah aku suka dia bertanya berkenaan aku ataupun aku terkejut dengan kenyataan dia mengetahui keadaan diriku walaupun kami tak pernah bersua muka?‘ Monolog Umairah sendirian. Jamilah dan Umairah saling berpandangan. Terkejut bila memikirkan perkara itu.