Hawa Telinga

Thursday, 12 June 2014

Novel : Aku Nak Kerja Bukan Misi Bab 9




Janji Tak Muncul

“S
aya akan sentiasa bersalah selagi awak tak maafkan saya walaupun saya hari-hari memohon keampunan daripada Allah. Please Umairah, saya harap sangat awak dapat maafkan kesalahan saya. Kalau awak maafkan saya, saya janji saya akan pergi jauh daripada pandangan awak. Awak tak kan jumpa saya lagi. Please Umairah saya merayu pada awak.“ Saifuddin tidak sedar dia sudah mengungkit peristiwa tempoh hari dan menyatakan kekesalannya dengan wajah sayu sekali.
Namun bagi Umairah dia terkejut dengan pernyataan Saifuddin yang ingin menjauhkan diri daripadanya. Dia tidak menyangka Saifuddin akan mengambil tindakan itu hanya semata-mata kesalahan yang bukan disengajakan oleh Saifuddin dan yang paling penting dia sebenarnya turut sama bersalah dalam hal itu kerana membiarkan Saifuddin memeluknya selama itu tempoh hari. Namun lidahnya kelu untuk berkata-kata walaupun hatinya meronta-ronta ingin menyangkalnya.
Dalam Umairah berperang dengan keinginan dirinya itu, Mahani dan anak-anaknya Maryam dan Niyaz sudah berada di bilik tersebut.
“Assalammualaikum. Anak umi macam mana ari ni?“ Mahani bersuara dengan senyuman terukir indah di bibirnya.
“Assalammualaikum, kak long.“ Kedua-dua adik Umairah juga serentak bersuara keriangan. Umairah dan Saifuddin serentak menjawab salam.
“Siapa ni Umairah? Kawan ker?“ Mahani bertanya inginkan kepastian apabila terlihat Saifuddin berada di situ.
“Hahh?! Ni bakal bos Umairah umi. Encik Saifuddin kenalkan ini umi saya, Mahani Mansor dan adik-adik saya Maryam dan Muhammad Niyaz.“ Kesemua ahli keluarga Umairah yang ada ketika itu tersenyum manis memandang Saifuddin. Niyaz dengan sopan bersalam dengan Saifuddin. Saifuddin membalas salam perkenalan itu dengan senyuman manis sebelum bersuara.
“Pe khabar, makcik?“
“Khabar baik. Terima kasih sebab sudi datang melawat Umairah.“ Mahani bersuara lagi. Saifuddin kembali memandang jam tangannya. Kemudian dia bersuara lagi.
“Makcik, Umairah, saya gerak dulu la. Dah nak pukul dua. Semoga awak cepat sembuh. Assalammualaikum.“ Saifuddin mula ingin bergerak.
“Eh! Dah nak balik dah.“ Mahani bertanya dengan wajah sedikit kecewa.
“A’ah la abang. Cepatnya nak balik. Niyaz baru nak berkenalan dengan abang.“ Niyaz pula bersuara menyatakan ketidak puasannya.
“Niyaz abang tu kena balik kerja la“ Umairah pula cuba menerangkan keadaan Saifuddin.
“Alah! Baru ingat nak tengok lama-lama Aaron Kwok Malaysia, dah nak balik pulak. Nanti datang lagi ye.“ Maryam pula menyampuk. Saifuddin dan Umairah nyata terkejut mendengar kata-kata Maryam. Aaron Kwok Malaysia! Namun Saifuddin segera membalas dengan senyuman.
“Insya-Allah lain kali abang datang lagi. Abang nak gi solat dulu. Niyaz dah solat ker? Kalau belum boleh kita pergi sama-sama.“
“Belum. Jom.“ Niyaz sudah mahu bergerak.
“Assalammualaikum. Jaga diri ya Umairah. Minta diri dulu makcik.“ Saifuddin juga bergerak. Mahani, Umairah dan Maryam menjawab salamnya. Belum lagi jauh Saifuddin dan Niyaz melangkah dari katil Umairah, Saifuddin terdengar suara Maryam berbicara.
“Eee! Tak sangka Kak Long ada kawan macam muka pelakon kesukaan Kak Long, Aaron Kwok tu. Best giler.“
“Bukan kawan la. Bos Kak Long la. Dah la jangan cakap macam tu lagi. Malu la kalau orang dengar. Macam tak pernah jumpa orang jer lagak ko ni.“ Umairah cuba menegur kelakuan adiknya itu. Saifuddin kini sedikit bersyukur kerana setidak-tidaknya muka dia merupakan muka yang disukai oleh Umairah. Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana mengurniakan dia muka yang hampir serupa dengan pelakon China Aaron Kwok itu. Tersenyum girang hatinya ketika itu.

***************************************

            Kini sudah genap seminggu dari tarikh dia keluar daripada KPJ Specialist Hospital. Seperti yang diberitahu kepada Saifuddin hari itu, Umairah sudah keluar daripada wad pesakit pada hari ketiga. Umairah membaca semula pesanan ringkas terakhir antaranya dengan Saifuddin.
Salam En. Saifuddin. Tq sbb tolong mjelaskn bil hospital sy.
X tahu mcmn sy nk balasnya. Bkenaan peristiwa tempoh
hr, sy dh maafkn en. Mcm yg en. katakn semuanya hy salah
fhm jer. Sy trima MISI en. ari tu. Mggu dpn sy mula.

                                    Wsalam. Tqvm sudi maafkn sy. Mcm yg pernah sy
janji dulu sy akn cuba xmuncul dpn mata awk. Tq
gak sudi tlg Abg Haq. Seperti kata Mila awak
memang baik hati. Salam.
           
                        Sy rs en. xperlu bt semua tu. Sy dh anggap semua tu mcm x
                        pernah blaku. 0-0 mcm tu. Boleh?
Namun sehingga ke hari ini, pesanan ringkasnya itu tidak berbalas. Dia tidak tahu mengapa Saifuddin perlu mengambil tindakan sedemikian rupa.
‘Dia terasa hati dengan tindakan aku dahulu ker? Ye la, aku kan keras kepala tak nak maafkan dia dulu. Tapi kan aku dah maafkan dia. Habis tu kenapa dia nak asingkan diri sampai macam ni sekali. Ah! Lantak la. Mungkin dia perlukan masa untuk semua ni kot.‘ Umairah bermonolog sendirian. Umairah tidak mahu mengulas terus akan tindakan Saifuddin dan hanya membiarkan perkara itu terjadi seperti yang dimahu oleh Saifuddin. Menyerahkan seluruhnya kepada Yang Maha Kuasa.
            Ya, seperti yang telah dijanjikan, hari ini dia sudah mula menjalankan misinya itu. Dan seperti yang telah dijanjikan oleh Saifuddin, dia tidak pernah munculkan dirinya di hadapan Umairah malah menghantar pesanan ringkas pun dia tidak pernah lagi sejak pesanan yang telah diterimanya itu. Umairah segera memasukkan semula telefon bimbitnya ke dalam beg galasnya.
            Hari ini misi pertamanya bermula. Sebagai meraikan permulaan misinya itu, dia meminta kebenaran Haniza dan Mak Mah untuk menyediakan sarapan pagi untuk seisi keluarga itu, pagi itu. Dia menghadirkan dirinya seawal pukul tujuh setengah pagi di Teratak Kasih tersebut. Bagi menjimatkan masa, dia menyediakan makanan tersebut di rumahnya sebelum membawanya ke teratak tersebut. Kini sarapan istimewanya pada pagi itu sudah terhidang di atas meja. Tersusun cantik Soto Bihun, Bun Sosej, Kuih Seri Ayu dan Air Kopi.
“Wah! Nampak sedap jer menu pagi ni. Kita ada pembantu baru ker sekarang ni? Mak Mah ke mana?“ Rafieq, suami Haniza membuka bicara sebaik di sampai di meja makan.
“Mana ad pembantu baru la bang. Ni pembantu yang akan tolong uruskan Haq yang masak sarapan pagi ni. Tapi untuk pagi ni jer sebab dia nak raikan hari pertama di kerja kat sini. Nanti Niza kenalkan. Umairah mari sekejap.“ Haniza bicara gembira. Umairah yang baru ingin menyediakan sarapan untuk dibawa kepada Haq segera mendapatkan Haniza.
“Ada apa auntie. Ada yang tak kena ker dengan sarapan yang saya buat ni?“ Umairah sedikit cuak.
“Tak de la, semuanya nampak sedap jer ni. Ni, auntie nak kenalkan dengan uncle. Korang belum kenal-kenal lagi kan? So ni suami auntie, Uncle Rafieq. Bang ni Umairah. Dialah yang akan tolong kita jagakan Haq. Comel tak?“ Haniza cuba mengusik Umairah.
So inilah gadis yang selalu Niza sebut dan yang selalu Haq nantikan. Patutlah semua orang serba tak kena seminggu ni. Comel sangat budaknya. Molek jer pulak tu. Lepas ni abang pulak la yang dok cari-cari dia.“ Rafieq tersenyum mengusik. Haniza turut sama tersenyum.
‘Aikh! Biar betul uncle ni. Selamber dia jer cakap macam tu depan isteri dia. Auntie pulak tersenyum jer. Tak jealous ker dia?‘ Umairah yang terkejut dengan gurauan melampau Rafieq bermonoloq sendirian. Namun mulut masih tersenyum kepada Rafieq dan menganggukkan kepala sedikit.
“Dah la bang, jangan sakat budak tu macam tu sekali. Dia tak biasa lagi dengan usikan abang tu. Buatnya dia lari payah pulak kita nak kejar. Dia ni macam burung merpati, datang dekat ditangkap lari ni.“ Haniza cuba mengingatkan suaminya.
“Memang la kalau dia dah lari kita tak dapat nak tangkap. Dia muda apa. Kita ni tua, lari setapak dua jer pun dah termengah-mengah. Tak payah lari lain kali. Naik kereta jer. Kan lagi cepat sampai.“ Rafieq ketawa kecil dengan lawak yang cuba dibuat. Haniza ikut sama gelak. Umairah yang sudah menangkap akan situasi Rafieq yang suka bergurau turut saja tersenyum dengan usikannya.
“Dah la bang. Umairah boleh tolong panggil Mak Mah dan Pak Mail ke mari tak. Kita makan sama-sama. Lagi ramai lagi meriah.“ Haniza kembali bersuara dengan senyuman masih terlekat di wajahnya.
“Nanti saya panggilkan.“ Umairah segera berlalu mendapatkan Mak Mah. Setelah memberitahu Mak Mah akan jemputan Haniza itu, dia menyambung kembali kerjanya yang tertangguh tadi. Baru beberapa minit namanya di panggil lagi sekali. Dia segera mendapatkan Puan Haniza yang berada di ruang makan.
“La budak bertuah ni. Maih la makan sekali. Buat apa lagi kat dapur tu. Ada juadah lagi ker? “
“Tak la auntie. Saya tengah nak siapkan sarapan untuk dibawa ke bilik Encik Haq. Semua makanlah dulu.“
“Dah tak payah, duduk jer kat sini sarapan dulu. Haq tu tidur lagi. Kesan ubat agaknya, dia selalu bangun lewat. Dah jom kita makan. Pak Mail tolong bacakan doa.“ Haniza segera memberitahu Umairah akan keadaan Haq. Umairah yang tidak mahu bagaimana mahu menolak permintaan Haniza segera mengambil tempat di sebelah Mak Mah. Setelah doa ringkas dibaca oleh Pak Mail, semua menikmati hidangan yang tersedia.
“Ya Allah, sedapnya soto yang Umairah masak ni. Nanti boleh la tolong ajarkan auntie buatnya ye. Bang, sedap kan?“ Haniza memuji.
“Sedap sampai tak terkata. Ni yang kalau boleh nak hari-hari ni. Kita tukar la kalau macam ni. Kak Mah jaga Haq, Umairah pulak masak boleh?“ Rafieq masih lagi dengan mood mengusiknya. Semua yang ada tergelak.
“Abang ni buat Akak terasa jer la.“ Haniza menegur.
“Tak delah Niza. Akak tak rasa apa-apalah. Tau sangat yang tuan ni suka mengusik.“ Mak Mah masih tersenyum.
Auntie ngan uncle ni puji lebih-lebih lak. Masakan Umairah biasa-biasa jer. Rasanya masakan Encik Saifuddin lagi sedap kot. Tapi kalau uncle dan auntie nak, boleh jer Umairah tolong Mak Mah masak nanti.“ Umairah cuba membalas kata-kata mereka.
“Tak pe ker? Tak menyusahkan Umairah ker nanti? Uncle saja mengusik jer tadi. Tapi kalau dapat lagi bagus. Boleh la kita tukar selera sekali-sekala.“ Rafieq tersenyum lebar.
“Tak menyusahkan la uncle. Kebetulan saya pun ada kat sini kan. Lagipun boleh la saya selalu asah bakat yang tak seberapa ni.“ Rafieq tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.
“Ha! Becakap tentang Saifuddin, mana dia ni Niza. Saya tak nampak dia dua tiga hari ni.“ Rafieq bertanya dengan serius kali ini.
“Dua tiga hari ini dia sibuk sikit. Semalam dia cakap dia tak larat nak balik, jadi dia tidur kat hotel jer. Ni saya nak gi hantarkan baju kat dia la sebelum gi restoran. Oh ye! Umairah. Tak pe kan kalau auntie tinggalkan Haq dengan Umairah. Auntie rasa kalau dengan Umairah, auntie tak payah nak tunggu kot. Haq kalau dengan Umairah tak kan buat perangai. Auntie dah lama sangat tak masuk tengok restoran. Auntie harap Umairah tak kisah.“
“Tak pe auntie lagipum Mak Mah ada. Kalau apa-apa hal nanti Umairah minta tolong la dekat Mak Mah.“
“Okey la kalau macam tu. Pak Mail nanti lepas hantar suami saya gi main golf Pak Mail balik rumah dulu ye. Bukan pe, nanti boleh Pak Mail tolong Umairah dan Mak Mah uruskan Haq. Tenaga perempuan ngan lelaki tak sama. Takut pulak saya patah riuk pinggang anak dara orang ni.“ Haniza sempat berpesan kepada pemandu suaminya.
“Baiklah, Puan.“ Laju sahaja Pak Mail menganggukkan kepalanya. Semua kembali meneruskan juadah. Beberapa ketika kemudian Haniza bersuara.
“Bang, Niza pergi dulu ye. Nanti tertunggu-tunggu pulak anak abang kat hotel tu.“ Haniza sudah bangun dari duduknya dan merapati suaminya untuk bersalam tangan.
“Niza, kejap. Akak nak bungkuskan sarapan pagi ni kat Saifuddin. Semua yang Umairah masak ni kebetulan makanan kegemaran dia. Walaupun dia tak de sekarang, sekurang-kurangnya dia boleh juga merasa.“ Mak Mah segera bangun menuju ke dapur.
“Ye tak ye juga. Terlupa pulak saya. Okey Umairah auntie pergi dulu. Umairah makanlah temankan uncle yang belum sudah lagi makannya tu. Sedap sangat la tu sampai tak nak berhenti makan lagi.“ Haniza tersenyum mengusik suaminya.
“Baiklah auntie. Bawa kereta elok-elok ye.“ Umairah sudah bangun dan bersalaman dengan Haniza. Rafieq yang masih leka menikmati kuih Seri Ayu tidak berkata sepatah pun dengan usikan isterinya itu.
*******************************************

            Umairah mula melangkah menghampiri Haq yang kini sudah berada di taman mini Teratak Kasih tersebut. Alhamdulillah dengan bantuan Pak Mail, dia berjaya membawa Haq turun dan seterusnya memberi peluang kepada Haq untuk kembali menikmati udara pagi yang segar dan nyaman itu. Menurut kata Mak Mah, Haq tidak pernah lagi keluar daripada biliknya sejak tunangnya memutuskan pertunangannya. Dia benar-benar bersyukur kepada Yang Kuasa sebab dapat memujuknya keluar hari itu.
“Macam mana best kan pagi ni. Malam tadi hujan tu yang pagi ni lebih segar, nyaman dan sejuk. Saya suka keluar pagi-pagi ke taman macam ni kalau malam sebelumnya hujan. Rasa macam bumi kita ni bersih daripada segala kekotoran akibat tangan manusia.“ Umairah tersenyum girang sambil meletakkan dua gelas jus oren dan sedikit buah kurma di atas meja yang terdapat di taman tersebut. Haq tersenyum sebelum mula bersuara.
“Awak cakap macam tu seolah-olah awak cakap manusia ni berlaku kejam kepada dunia dan manusia sekitarnya pula. Seolah-olah awak menentang pembangunan dan kemajuan yang manusia cipta kepada generasi kini.“
“Bukan macam tu. Saya berasa bangga juga bila kita terutama generasi Islam pandai dan bijak membangun dan memajukan dunia ni tapi sesetengah tu lebih mendatangkan kesan yang buruk daripada kesan baik. Tapi nak buat macam mana kan, setiap sesuatu yang berlaku pasti ada kesan positif dan negatifnya. Macam gak segala kejadian yang berlaku kepada kehidupan kita, pasti ada hikmahnya.“ Umairah tersenyum lagi.
“Saya rindu nak tengok senyuman awak tu. Sehari tak tengok saya akan gelisah. Mulalah saya fikir yang bukan-bukan.“ Haq terdiam seketika sebelum menyambung semula kata-katanya. Umairah yang sedikit terkesima dengan kata-kata Haq hanya diam membisu. Tidak mahu nanti kata-katanya disalah erti atau melukakan hati Haq.
“Umairah, awak janji ye, jangan tinggalkan saya. Saya harap sangat.“ Dengan wajah yang berat Umairah bersuara.
“Saya ni manusia biasa jer Haq, saya tak mampu untuk berjanji sampai macam tu ngan awak. Sampai masa saya akan kembali kepada-Nya. Tapi Insya-Allah selagi ada nyawa saya akan sentiasa menemani awak, jadi sahabat awak.“ Umairah tersenyum tawar.
“Kenapa awak cakap macam tu? Awak ada sembunyikan apa-apa ker dengan saya. Ha! Ari tu mama cakap awak masuk hospital, jadi awak ada penyakit yang boleh ragut nyawa ker? Doktor cakap pe?“ Haq mula berfikir yang bukan-bukan dan dia kalut mendengar kata-kata Umairah.
“Kita semua akan kembali kepada-Nya Haq. Awak pun tahu itu kan. Cuma masanya sahaja yang kita tidak tahu bila. Kita bernafas dan menikmati dunia ni hanya atas dasar pinjaman daripada-Nya sahaja. Satu hari semua ni kita akan tinggalkan dan pulangkan semula kepada-Nya seperti yang telah kita janjikan semasa di azali lagi.“ Umairah tersenyum raja sambil memandang kolam ikan Koi yang berada jauh di hadapannya.
“Awak ni saya rasa memang rasa dah tersalah pilih bidang la. Kali ni saya rasa awak patut jadi pakar motivasi tak pun ustazah. Awak pandai berkata-kata. Yang paling penting awak pandai mengambil hati saya. Kata-kata awak menyenangkan hati saya. Setiap kali berjumpa awak, awak buat saya semakin suka ngan awak. Awak ikat saya ngan kata-kata awak.“ Haq tersenyum simpul.
‘Dia ni memang direct jer orangnya, kan. Tak pernah nak selindung apa yang dirasa. Tak pernah nak malu-malu nak menyatakan perasaannya. Tak sama langsung dengan Saifuddin. Haaa! Sudah kenapa nak kaitkan dengan mamat hangin tu pulak? Aku ni dah kenapa? Astagfirullahhalazim.‘ Umairah segera melarikan dirinya daripada kata-kata hatinya sendiri.
“La, itu yang awak tangkap. Saya ingat kata-kata saya akan menginsafkan awak dan mengembalikan awak mengingatkan kepada-Nya Yang Maha Esa.“ Umairah cuba mengusik. Haq yang berasa lucu dengan usikan Umairah mula bersuara.
“Jadinya saya ni dah tersalah anggap la. Saya ni patut terasa malu ker ni?“
“Haq saya harap awak tak terasa dengan apa yang saya nak katakan sekejap lagi. Saya rasa awak patut kembali kepada kehidupan awak sebelum awak putus tunang dengan Akmal. Maksud saya…. emm…. Mak Mah ada bagitahu saya yang lepas awak putus tuning, awak jadi murung, tak semangat, mengabaikan diri sendiri dan yang paling penting awak lupakan tanggungjawab awak sebagai hamba-Nya. Saya tahu saya tak layak nak tegur awak, sedangkan ilmu agama pun tak dalam mana tapi sebagai sesama Muslim saya rasa terpanggil untuk mengingati awak di samping turut sama mengingatkan diri saya. Saya harap awak terima teguran saya dengan hati yang terbuka.“ Umairah cuba merendahkan nada suaranya. Haq merubah riak wajahnya dan mengalihkan pandangannya jauh di hadapan kolam ikan tersebut.
“Semua tak faham perasaan saya sekarang. Semua nampak keburukan saya sahaja.“ Haq serius.
“Kenapa awak cakap macm tu? Mereka semua amil berat pasal awak sebab tu mereka nak awak kembali. Mereka tak nak awak terus hanyut dan mengikut hasutan syaitan tu. Awak patut beruntung punya keluarga yang sentiasa ingin mengingatkan awak. Kat luar sana, masih ada anak muda yang keluarga mereka mengabaikan dan membiarkan sahaja anak mereka terabai. Bukan sebab mereka tak sayangkan anak mereka tetapi mereka turut sama hanyut dengan dunia fana dan hasutan syaitan. Kami buat semua ni bukan untuk kebaikan kami tapi untuk kebaikan awak sendiri juga. Sebab yang akan bertemu dan membela awak nanti hanyalah anggota badan dan amalan awak sendiri. Saya pasti awak faham maksud saya.“ Umairah juga serius tapi dia menasihati dengan lembut. Haq mendiamkan diri dan hanya mengeluh.
“Haq, boleh tak saya nak tahu macam mana awak boleh lumpuh?“ Umairah cuba menukar topik supaya Haq kembali selesa dan tidak terus dihantui dengan perasaannya ketika itu.
“Emm!... Awak masih tak tahu macam mana saya boleh jadi macam ni ker? Saiful tak cerita ngan awak ker? Saya dengar dia yang minta tolong awak jagakan saya ni.“ Haq kembali memandang wajah manis itu. Umairah tersenyum sumbing sebelum membalas.
“Saya tak berkesempatan nak tanya. Selalu terlupa nak tanya dengan Mak Mah dan auntie gak. Saya rasa kalau dengar dari awak lagi bagus, tak de tokok tambah kan.“
“Saya lumpuh sebab keracunan makanan. Lewat dibawa ke hospital. Entah macam mana makanan kat dalam rumah saya boleh keracunan saya sendiri tak pasti. Saya duduk bujang kat rumah saya di Taman Sejati masa kejadian. Mujur juga hari itu saya ada berjanji nak jumpa dengan Saiful. Bila hampir dua jam dia tak dapat menghubungi saya dia pun mencari saya dekat rumah.“ Haq bercerita dengan serius.
“Oh! Macam tu. Okey masa cit-cat dah tamat. Sekarang jom kita buat exercise supaya kaki awak boleh cepat sembuh.“ Umairah sudah bangun dan menghulurkan tangannya. Haq tercengang dengan tindakan Umairah tersebut.
“Tak guna pun saya buat semua tu, saya ni lumpuh kekal, Umairah. Dah jom sambung cit-cat tak payah nak bazirkan tenaga awak tu.“ Haq tersenyum sumbing.
“Eh! Awak mana boleh cepat putus asa. Itu cuma kata-kata doktor tapi dia hanya manusia biasa macam kita gak. Allah yang lebih mengetahui. Awak boleh sembuh ke tak, kan di dalam pengetahuan-Nya. Jadi kita kena harus sentiasa mencuba dan berdoa. Saya pun akan berdoa untuk awak. Jom.“ Umairah masih memujuk.
“Awak ni memang pandai ambil hati saya la. Okey awak dah sedia ker? Saya ni besar dari awak. Awak tak takut ker nanti saya hempap awak?“ Haq sudah mengusik.
“Haah! Ye tak ye jugak. Kejap, awak tunggu kat sini kejap nanti saya datang. Tunggu tau.“ Umairah segera masuk semula ke dalam rumah. Haq  tegelak kecil dengan kekalutan Umairah. Seketika kemudian Umairah datang bersama dengan Pak Mail dan Mak Mah.
“Okey jom. Tapi sebelum tu saya urutkan kaki awak dulu bagi selesa. Kita cuba buat step by step. Tak boleh tergesa-gesa.“ Umairah yang sudah memakai disposable latex examination glove mula mengurut lutut dan kaki Haq dengan meletakkan sedikit minyak gamat dan minyak urut pada kaki Haq. Haq hanya tersenyum memerhatikan tindakan Umairah. Pak Mail dan Mak Mah turut sama tersenyum.
“Mak Mah tau tak mana-mana tukang urut yang handal. Nanti boleh la minta tukang urut tu tolong urutkan kaki Haq ni. Saya ni bukan pandai pun. Ni pun urut-urut kosong jer. Entah betul ke tidak.“ Umairah tersengih.
“La…. Mak Mah ingat Umairah pandai tadi. Gaya macam pandai jer.“ Mak Mah nyata terkejut. Umairah sudah tergelak kecil.
“Saja buat-buat pandai. Gaya, mutu, keunggulan mesti ada baru ada keyakinan.“ Umairah kembali ketawa kecil.
“Nasib kamu la Haq. Pak Mail harap jangan patah kaki kamu nanti, sudah.“ Pak Mail pula mengusik.
“Dia tak kan patahkan kaki saya Pak Mail. Dia tu tahu, saja buat-buat tak tahu. Kan dia ada belajar Taekwando.“ Haq cuba memberitahu.
“Tau la sikit-sikit, Pak Mail. Tapi Mak Mah tolong ye carikan tukang urut. Kita kena ambil yang betul-betul pakar kalau kita nak Haq cepat sembuh.“ Umairah kembali mengingatkan Mak Mah.
“Ye lah, nanti Mak Mak tolong carikan. Umairah jangan risau, ye.“ Mak Mah tersenyum riang.
“Okey sekarang kita cuba bangun dulu. Pak Mail tolong support Haq dari belakang ye. Saya akan cuba pegang tagan dia ni.“ Umairah sudah memegang tangan Haq. Pak Mail segera menghampiri. Mak Mah yang tadinya duduk di kerusi di taman tersebut juga sudah bangun. Kerisauan mungkin.
“Okey Haq, kita cuba berdiri sekejap. Kalau awak tak tahan awak duduk ye. Okey, satu dua tiga.“ Umairah sudah menarik tangan Haq. Haq cuba sedaya upaya tapi tidak berdaya untuk bangun. Peluh dingin mencurah di dahinya.
“Tak pe la Haq awak duduk. Ari ni kita buat setakat tu dulu. Saya rasa awak kena urut lebih lama lagi baru kuat sikit kaki tu. Jangan putus asa ye.“ Umairah tersenyum manis. Haq yang kepenatan hanya menganggukkan kepalanya.


Wednesday, 4 June 2014

Panduan Penulisan Novel

 Panduan Penulisan Novel.


DEFINISI NOVEL
Novel merupakan sebuah cerita panjang tentang manusia & peristiwa yang ditulis & diterbitkan dalam bentuk buku, tapi sekarang ini dah ada novel online pun.
Biasanya ia digarap dlm bentuk prosa, tapi ada jugak sesetengah penulis mengabungkan dengan penulisan lain seperti puisi, pantun, surat kiriman dsb. Adunan penulisan ni merupakan gaya persembahan seseorang penulis, kalau komik kita panggil stroke (gaya lukisan). Jadi, kena ada gaya tersendiri supaya tidak dibayangi oleh penulis lain.
PENCERITAAN
Macam kita berbual/ bercerita dekat kawan-kawan jugak kita kena nyatakan:
1. Apa peristiwa yg berlaku?
2. Bila ia berlaku?
3. Di mana ia berlaku?
4. Mengapa ia berlaku?
5. Bagaimana ia boleh berlaku?
6. Siapa yang terlibat dlm peristiwa tu?
Kita kena terangkan dengan jelas supaya kawan kita paham dengan sebaiknya. Persoalan tu tak perlu dijawab direct satu persatu, ia boleh diadun untuk dijawab secara berperingkat-peringkat. Yg penting semuanya terjawab di akhir penceritaan kita.
PERWATAKAN
Penulis perlu tahu tentang ‘watak’ dan ‘pelaku’. Watak adalah penggerak jalan cerita sesebuah novel, pelaku cuma berperanan sampingan dalam memenuhi sesuatu jalan cerita.
TEMA
Sebelum mula menulis kita kena pikir dulu tema apa untuk novel kita. Tema merupakan ‘dasar’ sebuah penceritaan. Contohnya:
  • REMAJA.
  • CINTA/DRAMA.
  • MISTERI.
  • KANAK-KANAK/FIKSYEN.
  • HUMOR/CINTA.
  • SEJARAH/PATRIOTISME.
SINOPSIS
Bila dah ada tema, kita tulis pulak sinopsisnya. Sinopsis adalah catatan ringkas dari keseluruhan novel. Ia boleh jadi panduan bila kita mula menulis nanti. Tulis lebih-kurang 1 page A4 sahaja cukuplah!
JUDUL
Judul kerja adalah tajuk persediaan untuk novel kita. Ia penting bila kita dah start menulis, contohnya bila kawan Tanya kau tulis novel apa? Cakaplah judul kerja tu dulu. Judul sebenar kita akan bagi bila dah siap keseluruhan novel tu, atau mungkin penerbit akan tukar kepada satu judul yang lebih bersesuaian. Jangan bantah kalau tidak ada alasan munasabah pasal diorang lebih pro dalam hal ni!
RANGKA CERITA & PLOT
Rangka cerita ini dalam penulisan skrip rasanya dipanggil scene. Rangka cerita terbahagi kepada beberapa bab (bahagian) yang mana bila digabungkan akan menjadi satu cerita lengkap.
Contoh:
Prolog:
Madihah menangis, ditangannya ada sepucuk surat. daripada pengirim misteri.
Bab 1:
Madihah cuba mencari siapa pengirim surat berkenaan, dia dibantu oleh rakannya Ainan.
Bab 2:
Ada seorang perempuan yang tak suka dengan pencarian tersebut  dan cuba mencari jalan menggagalkannya.
Bab 3:
Madihah dan Ainan balik kampung. Mencari kawan kepada datuknya untuk bertanyakan hal ibunya.
Bab 4:
perempuan yang tak suka mereka buat rancangan, pancitkan tayar kereta, putuskan wayar brek.
Bab 5:
Madihah telah mengalami sedikit kecederaan akibat keretanya berpusing. Ainan terselamat kerana berjaya melompat keluar daripada kereta. kereta terbakar.
Epilog:
Madihah berjumpa dengan pengirim misteri, pengirim itu ayahnya, mereka kembali baersatu. perempuan yang menganiaya mereka datang minta maaf.
GAYA BAHASA
Gaya bahasa biasanya mengikut tema cerita atau pembaca sasarannya. Kalau untuk hadiah sastera kenalah guna metafora sikit. Tapi kebanyakan novel biasanya guna sastera pop atau bahasa harian yang senang difahami & dihayati. Penggunaan bahasa yang terlalu bombastic sehingga memaksa pembaca membuka kamus akan membunuh minat membaca. Bahasa pasar (dah, tak, pasal, aje, etc) atau bahasa asing (I, you, best, so? etc) hanya digunakan dalam dialog. Pleaseeeelah jangan guna bahasa ciptaan sendiri macam cambestz, peningz, celakez, kipas-susah-hidup etc kalau tak nak kena campak melalui tingkap oleh penerbit.
Ayat pendek lebih berpengaruh dan disukai pembaca. Sekiranya satu ayat terlalu panjang, jadikan dua ayat. Kepanjangan ayat yang baik, adalah 16 patah perkataan dalam satu ayat. Kita juga boleh gunakan kata sendi untuk ayat yang panjang.
Contoh kata sendi,
  • Namun begitu
  • Walau bagaimanapun
  • Agar
  • Dan
Cara bercerita biasanya menggunakan teknik AKUAN (pandangan orang pertama) & DIAAN (pandangan orang ketiga). Teknik akuan menggunakan gantinama ‘aku’ dalam  naratif cerita. Keseluruhan cerita dilihat dari sudut pandangan ‘aku’. Macam novel grafik Blues Untuk Aku. Teknik ini agak terbatas kerana ‘aku’ hanya boleh bercerita tentang apa yang ‘aku’ nampak, dengar, rasa dll. Teknik diaan lebih bebas kerana penulis boleh garap semua hal dalam cerita. Adakalanya kedua teknik ini boleh digabungkan!
Jadi, menghasilkan sebuah penulisan bukan satu perkara yang susah sekiranya kita membuat rangka terlebih dahulu. Langkah-langkah yang telah dirang haruslah dituruti agar penghasilan sesebuah karya akan menjadi lebih mudah.
KESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN
  • Epilog diletakkan diawal cerita dan prolog diletakkan diakhir cerita. Yang betulnya Prolog diawal cerita manakala epilog di akhir cerita.
  • Tidak meletakkan perkataan TAMAT diakhir cerita.
  • Kesalahan teknik iaitu : penggunaan kata petik (” “).
  • Kata petik sepatutnya berada di luar tanda baca, seperti tanda noktah (.) tanda koma (,) seru(!) tanda soal (?) 
    • Contohnya : “Aman, tolong ambilkan air”. (tanda noktah diluar tanda petik) sepatutnya: ”Aman, tolong ambilkan air.”(tanda noktah di dalam tanda petik) 
  • Kesalahan teknik : Ada jarak yang dibuat sebelum tanda petik dan selepas tanda baca yang lain.
    • Contoh: ” Aman , tolong ambilkan air . “ sepatutnya : “Aman, Tolong ambilkan air.
Sumber : http://pergh.com/forum/writer’s-corner/panduan-menulis-novel/

Novel : Terlerai Sudah Bab 19









BAB 19 : Kenalan Yang Diperkenalkan Semula

  T
anah Perkuburan Islam Changkat Blengkor menjadi tempat persinggahan Aathifah. Danial turut sama memberhentikan kereta jauh di hadapan Aathifah supaya dia dapat melihat wajah Aathifah melalui cermin pandang belakang keretanya. Danial memerhatikan sahaja gerak-geri Aathifah. Aathifah yang masih bersandar pada motosikal Honda Spacy jingganya tanpa ada tanda-tanda ingin berganjak masuk ke dalam kawasan perkuburan yang terdapat berhampiran motosikalnya. Walaupun begitu matanya masih memandang jauh ke sebuah pusara yang berada di dalam kuwasan perkuburan itu. Tidak dapat Danial pastikan yang mana satu pusara yang mendapat perhatian Aathifah itu.
            ‘Kubur sape yang dia tengok? Dah lama sandar kat moto tu kenapa tak masuk jenguk kubur tu?‘ Danial monolog sendirian. Setelah hampir lima belas minit, Danial dapat melihat Aathifah menghampiri pusara yang dipandangnya tadi. Agak lama juga Aathifah di perkuburan itu membaca doa. Kemudian Danial dapat melihat dia mengusap dua batu nisan yang berada di kiri dan kanannya. Tiada lagi air mata yang membasahi pipinya.
            ‘Sampai dua kubur sekali! Kubur sape tu. Ishk! Musykil betul aku ni.‘ Danial bermonolog sendirian melepaskan rasa tidak puas hatinya. Mata terus dapat melihat Aathifah sudah melangkah keluar dari kawasan kuburan dan dapat dilihat dengan cermin pandang belakangnya Aathifah semakin menghampiri keretanya. Gelisah seketika Danial.
            ‘Alamak! Dia datang sini. Dia tahu ke aku ikut dia? Apa aku nak cakap nanti kat dia ni? Tak kan nak mengaku aku follow dia. But wait tadi aku ikut dia sebab aku nak bagi wallet dia ni balik jer kan. Pe pasal yang ko gabra semacam lak ni Danial. Cool beb.‘ Hati Danial berbicara sendirian. Ketukan di cermin kereta Danial mengejutkannya. Segera cermin kereta diturunkan.
            “Danial nanti awak follow motor saya, ye. Saya nak ajak awak gi makan. Boleh?“ Danial yang masih terkejut dengan tindakan Aathifah hanya menganggukkan kepala tanda setuju tanpa sebarang kata. Dengan wajah serius dengan mata yang sedikit sembab Aathifah berlalu pergi ke motosikalnya meninggalkan Danial dengan tanda tanya.
            “Marah ke dia tu?“ Terpacul keluar kata-kata itu setelah cermin tingkap dinaikkan semula dan enjin kereta dihidupkan. Danial segera bergerak mengikuti dari belakang motosikal Aathifah. Dalam sepuluh minit bergerak, mereka pun berhenti di medan selera yang berada tidak jauh dari tanah perkuburan tadi.
            “Kenapa awak ikut saya Danial?“ Serius nada Aathifah bersuara setelah Danial duduk dihadapannya.
            “Err, sorry Aathifah. Saya ikut sebab saya nak pulangkan balik dompet awak ni. Tadi kakak dekat pejabat Dato’ Afiq yang minta saya tolong bagi kat awak. Katanya dia jumpa kat meeting room tadi, tercicir kot. Dia cuba kejar awak tapi tak sempat. Saya gi office awak tapi tak sempat nak bagi awak dah blah. Jadi saya ikut la. Nak pintas awak pun tak sempat laju sangat awak bawa.“ Danial menerangkan dengan panjang lebar sambil menghulurkan dompet Aathifah.Tersenggih-senggih Danial bila melihat Aathifah turut tersenggih mendengar kata-katanya tadi.
            “Oh! Ye ke. Thanks Danial. Nasib tak de polis tadi kalau tidak kene gak saya tadi. Dah la bawa laju tak de ic ngan lesen lagi.“ Aathifah tersenyum.
            “Tu la pasal. Tapi sejak bila awak sedar saya ikut awak? Saya ingat awak tak perasan tadi.“ Danial mula bertanya setelah pasti Aathifah tidak marah.
            “Saya perasan dari traffic light dekat office saya tu. Dah memang tabiat saya perhati cermin sisi untuk tengok kalau-kalau ada orang mengikut saya. Sebagai langkah berjaga-jaga dari orang mengekori saya. Maklum la sekarang selalu ada kes merompak, mencuri yang mengekori kenderaan mangsa terlebih dahulu.“ Aathifah melambaikan tangan memberi isyarat kepada pelayan untuk memesan makanan.
            “Oh! Macam tu. Abis tu awak tahu ke saya yang ikut awak. Kenapa tak berhenti jer tadi?“ Danial mula inginkan kepastian daripada Aathifah.
            “Saya bukan setakat cam awak, kete awak pun saya cam, tu yang saya biar jer awak ikut. Saje malas nak berhenti, nak cepat sampai.“ Aathifah memberikan alasannya.
            “Hebatnya penglihatan awak. Malu pulak saya awak tahu saya ikut awak.“ Danial cuba mengawal diri dari perasaan malu.
            “Ye akak, abang, nak order apa?“ Pelayan yang digamit oleh Aathifah sampai sambil bertanya kepada mereka.
            “Bagi akak air apple susu ngan nasi goreng kampung.“
            “Abang nak air barli ngan nasi ayam.“ Belum sempat Aathifah bertanya kepada Danial makanan yang ingin dijamahnya, Danial terlebih dahulu bersuara.
            “Adik bagi air suam satu gelas, ye.“ Aathifah menambah sewaktu adik pelayan itu ingin bergerak pergi. Setelah pelayan itu pergi agak jauh Danial bersuara lagi.
            “Tadi saya tengok awak tak terus masuk melawat kubur kenapa? Maksud saya kenapa awak tunggu lama kat motor baru masuk?“
            “Saje saya tak nak menangis sakan kat tepi kubur. Tak elok menangis, meratap sangat kat kubur. Islam tak galakkan.“ Aathifah tenang berbicara.
            “Oh! Macam tu. Satu lagi ilmu yang saya dapat pasal Islam. Tak rugi gak saya ikut awak tadi. Tapi kalau awak tak kisah boleh saya tahu kubur sape tadi?“ Danial memandang tepat anak mata Aathifah ingin melihat riak wajah Aathifah dengan soalan yang agak peribadi itu. Lama Aathifah berdiam diri.
            “Kalau awak tak nak cete pun tak pe. Saya tak kisah. Saya tak patut tanya hal-hal peribadi awak pun.“ Danial berkata menyedari keengganan Aathifah.
            “Tak pe la. Awak tak salah nak tahu. Cuma saya tengah kumpul semangat supaya saya dapat jawab ngan tenang tanpa perlu berendam ngan air mata.“ Aathifah bersuara. Sambil tersenyum pahit.
            “Oh! Macam tu. Tak pe take your time.“ Danial yang mula mengerti dengan Aathifah.
            “Itu kubur buah hati saya. Kubur suami dan anak saya.“ Ada senyuman pada bibir Aathifah ketika bersuara. Tergamam seketika Danial dengan kenyataan yang didengari.
            “Kenapa tak percaya ke?“ Aathifah pula bertanya.
            “Ha! Emm! Betul ker ni?“ Danial inginkan kepastian. Aathifah hanya tergelak melihat aksi terkejut Danial.
            “Betul la, suami dan anak saya. Saya ni janda, widow, Mr. Danial. Dah dua tahun saya jadi janda. So sekarang Danial dah tahu saya janda, masih nak kawan ngan saya ke? Kalau tak nak pun saya paham dan saya tak ambik hati. Tu keputusan awak.“ Tenang dan tanpa malu Aathifah melafaznya.
            “Saya tak kisah kawan ngan awak. Janda ke dara saya tak pernah kisah pun. Yang penting saya ikhlas nak berkawan ngan awak. Status awak tu tak penting.“ Danial melafazkannya dengan bersemangat.
            “Awak tak malu ker nanti orang mengata awak kawan ngan saya?“
            “Nak malu pe nye. Kaw….. kawan jer pun. Kenapa kalau kawan saya janda tak boleh ker abis tu kalau duda boleh la?“
            “Bukan la macam tu. Mana la tahu nanti awak malu.“ Aathifah tersenyum mendengar jawapan Danial tadi. Ringkas sahaja.
            “Jadi dulu memang tu suami ngan anak awak la yang saya nampak. Tapi kalau tak salah saya masa tu ada dua orang kanak-kanak kan? So mana anak awak yang sorang lagi?“ Danial bertanya bila terkenang satu masa dahulu. Aathifah terkejut dengan pertanyaan Danial mula bersuara, meminta kepastian.
            “Bila masa awak nampak saya? Macam mana awak kenal saya masa tu? Kita kan baru jer kenal.“ Wajah terkejut Aathifah mengelikan hati Danial. Danial mula tersenyum.
            “Kita dah lama kenal la. Cuma tak kenal mendalam sangat dan tak pernah bertegur sape je.“ Danial mula membuka cerita.
            “Biar betul awak ni. Saya memang tak kenal awak la. Sape awak ni?“ Aathifah memang sudah betul-betul terkejut. Seketika mereka mendiamkan diri apabila makanan yang dipesan telah tiba. Setelah pelayan melangkah pergi baru Danial menyambung.
            “Kita kenal masa dalam bas sekolah waktu tu awak tingkatan empat saya pulak tingkatan lima. Saya budak lelaki yang duduk di belakang kerusi awak dalam bas. Awak ingat tak dulu ada seorang budak laki India yang tarik tudung awak dari belakang masa dalam bas. Saya la yang dok kat sebelahnya. Kami masa tu saja nak gurau ngan awak ye la sombong sangat, tak pernah nak sembang ngan orang lain. Sepanjang masa diam jer. Yang dia cakap pun ngan budak sekolah rendah sebelah dia tu jer. Tu pun bila tanya baru jawab, kalau tak, tak de nye nak bersuara. Lagipun kita orang suke tengok muka merah padam marah awak tu. Ingat tak? “ Danial yang telah lama bercerita bertanya Aathifah meminta kepastian.
            “Dalam bas… Oh! Budak India ngan budak cina tinggi tu. Awak ke budak cina tinggi tu?“ Aathifah mula mengingati peristiwa dulu. Dia tersenyum mengenangkannya.
            “Budak cina tinggi? Tu yang awak panggil saya. Awak tak tahu nama saya ke?“ Danial tunjuk muka tidak puas hatinya.
            “Zanariah ada bagitahu saya nama awak ngan budak India tu, tapi saya tak ambik pusing pun. Buat apa nak ingat, tak penting pun. Baik saya ingat fomula ‘Mat’. Lagi bagus. Pe ye nama budak India tu? “ Aathifah mula menyakat.
            “Shiva. Sampai hati awak. Saya ingat nama awak. Rupa awak pun saya ingat.“ Danial bernada merajuk.
            “Sape suruh awak ngan Shiva nakal sangat tarik tudung saya. Dah tak de keje. Tapi tak sangka saya awak boleh ingat nama ngan rupa saya. Terharu gak ni.“ Aathifah tergelak kecil mendengar kata-kata Danial.
            “Kalau dah suka mestilah ingat.“ Rendah nada suara Danial.
            “Pe dia? Saya tak dengar la. Cakap la kuat sikit.“ Aathifah tidak puas hati.
            “Tak de la. Daya ingatan saya ni kuat kot. Masa saya jumpe awak pertama kali kat depan meja Nur, saya dah rase macam kenal awak. Tu yang saya tanya Nur dan tak sangka rupa-rupanya awak memang Aathifah yang saya kenal.“ Danial bersuara keriangan.
            “Oh! Awak tanya Nur. Pe yang Nur cete lagi ni?“ Aathifah cuba mengorek rahsia antara Danial dan Zatunnur.
            “Tak banyak pun. Dah dia nafikan saya kenal awak sebab dia kata awak sekolah pempuan jadi mana mungkin kenal saya. Jadi saya tak tanya banyak la. Tapi bila saya pikir-pikir balik memang awak la orang tu, Aathifah, the fair Malay girl tu. Cara dan rupa yang serupa walaupun dah bertambah cantik.“ Danial memuji.
            “Banyak la awak. Abis tu awak mengintip saya ke sampai tahu saya dah kawen?“ Aathifah terkenang semula kata-kata Danial berkenaan dia yang pernah melihatnya dengan Muaz, suaminya.
            “Tak la. Tak kuasa saya nak megintip awak. Terjumpa awak ngan suami awak secara tak sengaja. Masa tu saya ada projek kat panggung wayang TGV kat Jaya Jusco Kinta City, tengah nak tunggu discussion dengan pengurus kat situ, saya ternampak awak keluar panggung dengan seorang lelaki yang sawo matang, berkumis dan berjambang. Masa tu ada seorang kanak-kanak kecik dalam umur  dalam lingkungan empat tahun ngan budak pempuan dalam umur setahun kalau tak salah saya. Masa tu kalau tak salah saya tengah tayang cete ‘Finding Nemo‘ kot. Awak kan?“ Danial cuba mengimbas kembali keadaan di ketika itu.
            “Oh! Masa tu saya ngan suami bawa anak saudara suami saya gi tengok ‘Finding Nemo‘. Yang awak nampak budak pempuan tu la anak saya.“ Ada sedikit getaran pada akhir kata-kata Aathifah.
            Sorry Aathifah kalau pertanyaan saya melukakan hati awak.“ Danial yang perasan dengan perubahan nada suara Aathifah mula memohon maaf.
            “Tak pe awak cuma nak tahu jer. Tak salah. Eh! Sembang jer. Jom kita makan nanti sejuk tak sedap lak“ Aathifah cuba berdalih. Mereka menjamu selera dengan berselera sekali. Setelah menghabiskan makanan yang dipesan Aathifah bertanya apabila terpandangkan kereta Toyota  Camry Precision silver milik Danial.
            “Danial kenapa awak pakai kete Toyota Camry jer, ye? Kan awak CEO syarikat awak. Biasanya bos-bos selalu nak pakai BMW, Mercedes, Lamborghini, Porsche tak pun Rolls-Royce. Awak tak risau ke penampilan awak terjejas?“
            “Dah tu jer yang saya mampu nak beli. Ukur baju badan sendiri la, kan. Lagipun saya tak suka hutang banyak sangat, cukup la hutang syarikat dengan bank. Kereta saya beli cash jer. Lagipun penampilan kereta belum menentukan kejayaan business saya. Pada saya idea, keterampilan saya membentangkan projek-projek dan perlaksanaan projek-projek saya  yang lebih penting dan menjamin tanggapan dan kesudian orang nak berurusan dengan saya.“ Dengan selamba Danial menjawab.
            “Betul la tu. Kagum saya dengan awak.“ Aathifah tersenyum. Senyuman yang mengetarkan kembali hati Danial yang telah tenang sebelum ini.
            “Saya lagi kagum tengok awak bawa motor tadi, cekap jer macam dah biasa sangat bawa laju macam tu.“ Danial cuba mengubah topik supaya getaran hatinya tidak disedari.
            “Awak tak tahu ker dulu saya pelumba motosikal negara?“ Aathifah bergurau sambil tersenyum.
            “Amboi! Pandai nak kenakan saya ye.Tadi bukan main nangis lagi. Pe sal awak kluar office tadi? Kene marah ngan Ruwaidi lagi ker?“ Aathifah menarik muka serius mendengarkan pertanyaan Danial.
            “Tak de la. Ruwaidi kluar ngan pempuan tadi tu, mana lik lagi. Melepaskan marah tak dapat projek la kot.“ Aathifah beralasan.
            “Dah lama ker Ruwaidi tu ngan May? Macam rapat semacam jer.“ Danial cuba mencungkil perihal Ruwaidi dan May.
            “May ke namanya? Saya tak tahu pulak tu namanya. Entah saya pun tak pasti. Mungkin dalam dua tiga tahun kot. Dulu saya tak perasan sangat May tu, akhir-akhir ni jer selalu dia ada ngan Encik Ruwaidi tu. Dulu ada gak saya dengar May tu anak juwatan tapi entah la saya tak ambik pusing pun, nama lagi gossip kan. Kenapa awak kenal ker dia?“ Aathifah pelik dengan pertanyaan Danial mula bertanya.
            “Awak tak kenal dia ker?“ Danial pula bertanya.
           “Kenal macam tu jer la. Dia tu susah nak sembang ngan orang bawahan ni.“ Aathifah cuba  berbasi-basi.
            “Ye la awak ni kan jenis tak ambik pusing hal-hal sekeliling, stone. Betul ker awak tak kenal?“ Danial bertanya inginkan kepastian. Namun Aathifah masih menidakkannya dengan satu gelengan. Danial hanya membiarkan perihal May kerana takut sekiranya bertanya lebih dia pula ditanya berkenaan May. Sebenarnya dia tahu May pun kenal Aathifah. Kenal sangat-sangat!