Hawa Telinga

Monday, 22 September 2014

Novel : Terlerai Sudah Bab 27







BAB 27 : Perbincangan Yang Tidak Dijangka

  J
enazah Tuan Hassan selamat dikebumikan lewat petang selepas solat Asar pada hari itu juga setelah segala proses laporan dan bedah siasat selesai dilakukan. Hampir semua sanak saudara datang bertemu dengan jenazah menyedekahkan surah Yasin, ayat-ayat suci Al-Quran serta doa buat Tuan Hassan termasuk kedua-dua anaknya yang masih belajar di kejauhan kecuali Aathifah yang masih hilang tanpa jejak. Sejak itu, semua kaum keluarga cuba menjejaki Aathifah dan kehadiran Danial di situ juga disedari semua. Walaupun Danial cuba berlagak tenang tetapi mata-mata yang memandang dan mulut-mulut yang berbicara sedikit sebanyak mengelodakkan jiwanya. Dia tahu ada di antara mereka yang mengetahui tentang perihal khalwatnya dengan Aathifah dan ada yang masih tidak mengetahuinya.
            Walaupun ada di antara kaum kerabat yang mengetahui perihal khalwat itu, dia bersyukur tiada ahli keluarga yang bertindak melulu atau menyerangnya. Mungkin ini adalah kelebihan keluarga Aathifah yang berpegang teguh dengan agama dan adat disamping menghormati keluarga arwah dan keadaan berkabung ketika itu. Tindakan Aiman mengajak Danial mengikuti setiap langkahnya dan sentiasa berada di sampingnya, sedikit sebanyak menggurangkan perasaan segan dan kekoknya itu. Danial dapat merasakan Aiman sedar akan perasaannya itu. Namun selama mana Danial dapat melarikan dirinya? Akhirnya Danial dan Aiman dipanggil untuk membincangkan perkara khalwad tersebut.
            “Maaf panggil, sape namanya tadi?“ Salah seorang pakcik Aiman bersuara sejurus Danial dan Aiman selesa duduk bersila dihadapan mereka-mereka yang hampir sebaya dengan Tuan Hassan. Danial dapat menyaksikan hampir dalam belasan orang-orang tua seusia Tuan Hassan berada di hadapannya dan dapat Danial perhatikan Tuan Habib turut berada di situ. Tanpa berlengah Danial menjawab dengan penuh hormat setelah Aiman menganggukkan kepala kepadanya.
            “Danial pakcik.“
            “Oh! Danial. Pe nama penuhnya?“ Tanya pakcik itu lagi lembut dan tersenyum manis.
            “Yang Muhamad Danial bin Abdullah, pakcik“ Danial bersuara setenang yang mungkin walaupun dalam hati bergelodak dengan seribu kekalutan.
            “Alhamdulillah, Islam. Macam nilah, walaupun jenazah baru di kebumikan, kami terpaksa bertanya dengan Danial berkenaan perkara ni sebabnya kami pun tak leh lama-lama di sini. Masing-masing masih ada tanggungjawab masing-masing.“ Begitu teratur pakcik itu berkata-kata. Danial dan Aiman hanya menganggukkan kepala lagi.
            “Saya pun tak tengok youtube pasal tangkap khalwad Danial ngan anak buah saya, Aathifah. Cuma anak lelaki saya yang ada memberitahu saya pasal hal itu tadi. Jadi setelah bertanya dengan adik ipar saya, uminya Aiman, Aminah dia dah cete sikit-sikit kat saya keadaan sebenarnya. Walaupun itu nampak macam satu perangkap, ye lah siap ada rakaman video lagi yang pasti bukan dari jabatan agama, tapi itu tetap satu kesalahan Danial dan Aathifah. Saya tahu kita semua tidak dapat lari dari kekhilafan, termasuklah Aathifah dan Danial. Jadi saya juga dah diberitahu bahawa Danial sanggup bertanggungjawab dengan berkahwin dengan Aathifah, kan? “
            “Ye, pakcik. Saya sanggup dan saya minta maaf atas kekhilafan kami.“ Danial menundukkan sedikit kepalanya menghadap lantai.
            “Bagus la macam tu. Sekarang ni kita cari dulu Aathifah, bila dah jumpa nanti kita sekeluarga akan bincang lagi perkara ni. Pada semua yang ada saya harap kita dapat memberitahu kedudukan sebenar perkara khalwat itu kepada anak isteri masing-masing. Biar apa orang nak cakap yang penting keluarga kita sendiri tahu apa yang sebenarnya berlaku. Jangan kita pandang hina Aathifah dan Danial dan menyebarkan fitnah pulak. Sebaliknya kita cuba cari jalan nak mencari Aathifah ni. Mulut tempayan boleh kite tutup, mulut orang payah. Lepas buat tahlil nanti kita sama-sama berdoa semoga Aathifah selamat dan dapat diketemui lagi.“
            “Ye, Pak Long. Harap-harap akan dapat petunjuk dengan lebih cepat.“Aiman turut bersuara.
            “Harap-harap macam tu la. Sama-sama la kita berdoa nanti.“ Semua yang ada hanya menganggukkan kepala dan bersetuju dengan kata-kata pakcik itu. Danial merauk mukanya apabila terkenangkan Aathifah. Semua yang berkumpul mula beredar sambil bersalam dengan semua yang ada termasuk Danial.
            "Aiman, Mr. Danial, macam mana dengan Aathifah? Ada apa-apa perkhabaran tak?" Zatunnur mula menghampiri bertanya apabila kesempatan yang dinantikan sedari tadi muncul juga.
            "Belum Kak Nur. Kami dah cari sampai ke Batu Gajah tapi tak dapat juga. Kak Nur ada terima apa panggilan daripada Kak Long ataupun kawan-kawan Kak Long yang lain ada tak terima panggilan daripada Kak Long?" Aiman bersuara tenang.
            "Kawan-kawan yang tanya pasal tangkap khalwad tu ada la tapi panggilan daripada Aathifah memang tak de. Mana dia gi ni ye?" Zatunnur nyata kerisauan.
            "Insya-Allah tak de apa-apa tu. Doakan jer dia selamat. Nur, Danial minum dulu. Mesti dah haus dari tadi tak minum-minum." Puan Aminah datang menghampiri dengan dulang berisi seteko kecil air kopi dan satu jag kecil air kosong serta empat biji cawan.
            "Tak payah susah-susah makcik. Saya dah minum dalam kete tadi." Zatunnur memberitahu.
            "Tak susah buat air ni. Minumlah." Puan Aminah melemparkan senyuman serong-serong bahasa. Zatunnur membalas senyuman tersebut dan mula meneguk air kopinya. Danial dan Aiman turut sama meneguk minuman masing-masing namun fikiran Danial menerawang terkenangkan Aathifah.
            ‘Macam mana dengan keadaan ko sekarang, Aathifah? Ko cedera ker? Teruk ke tidak? Sayang ko kat ner?‘ Danial bermonolog sendirian sehingga dia tidak meyedari dia telah membahasakan Aathifah dengan panggilan sayang!.

            Malam itu Danial tidak dapat melelapkan matanya. Walaupun dia sudah membuat solat sunat Ishtiqorah dan Hajat tetapi wajah Aathifah yang tersenyum manis sering melayari kotak fikirannya. Wajah-wajah ibu, adik-adik tersayang Aathifah serta wajah Zatunnur yang masing-masing dihujani dengan air mata memilukan lagi perasaan Danial. Dia tahu mereka begitu sedih dengan kehilangan Aathifah di samping pemergian arwah Tuan Hassan yang secara mengejut itu.
            Kemungkinan yang diperkatakan oleh pakcik pekerja Hospital Batu Gajah tadi turut bermain-main di fikirannya. Dia benar-benar berharap itu bukanlah satu kenyataan nanti tapi dia tidak dapat melarikan fikirannya daripada memikirkan kemungkinan itu yang paling hampir dengan tanda-tanda kehilangan Aathifah.
            ‘Esok aku ajak Aiman gi tengok kat pekan Batu Gajah, kot-kot moto tu bukan moto Aathifah. Then ajak gi tengok kat bilik mayat gak to ascertain that the fact are correct or not.‘ Danial bermonolog sendirian.
            ‘Ha! Elok aku call Shiva. Tanya pendapat dia? Eh! Tapi dah kul berapa ni? La dah kul dua pagi, esok jer la.‘ Danial berbicara sendirian tatkala dia teringat kembali kata-kata Puan Aminah pada tengah hari itu akan kedatangan seorang wanita cina untuk melawat Tuan Hassan. Skrin ingatannya terlakar peristiwa perbualannya dengan Puan Aminah siang tadi.
            “ Tadi ada amoi, katanya kawan Danial dan Aathifah datang melawat pakcik. Dia kata dia pun kenal pakcik masa pakcik jadi CEO dulu. Dia pesan kirim salam pada kamu ngan Aathifah.“
            “Amoi? Makcik ada tanya namanya ker?“ Danial yang tidak sedap hati mula bertanya.
            “Lupa lak makcik nak tanya. Makcik kalut sikit masa tu sebab tiba-tiba jer pakcik mula menunjukkan tanda-tanda serangan stroke jadi makcik tak teringat nak tanya.“ Puan Aminah berbicara sambil menahan esakannya.
            “Abang Danial tahu ker sape orangnya?“ Aiman mula bertanya.
            “Mungkin ada yang abang pikirkan tapi kita kene siasat betul-betul dulu. Tak pe nanti saya minta kawan saya tolong uruskan ye makcik.“ Danial mula tidak senang duduk bila memikirkan perkara itu, namun dia tidak mahu Puan Aminah dan Aiman risau.
            “Issh… Angah ni tak baik buruk sangka. Tadi masa umi ada umi tengok elok jer abi sembang ngan amoi tu. Papa amoi tu pun abi kenal.“ Puan Aminah menegur.
            “Ada dia bagitahu nama papa dia tak? Makcik ada tinggalkan pakcik sendirian dengan amoi tu tak?“ Danial cuba menyelidik.
            “Entah, tak silap Mr. Lim pakcik sebut tadi. Makcik tinggalkan pakcik masa nak buatkan air tuk amoi tu la. Kenapa Danial?“ Puan Aminah mula bimbang dengan pertanyaan Danial.
            ‘Mr. Lim, mungkin ker May yang datang tadi? Mana dia tahu rumah Aathifah ni? Kenapa secara mengejut sahaja dia datang melawat Tuan Hassan? Ada muslihat ker di sebalik kedatangannya ke sini tadi? Astagfirullahhalazim! Kenapa aku prasangka sampai macam ni sekali ni? Insya-Allah semua tu secara kebetulan sahaja.' Danial monolog sendirian.
            “Tak de, makcik saya cuma nak tanya sahaja. Tapi kalau nanti-nanti kawan saya, seorang Inspektor Polis datang bertanya makcik kene bagitau segala yang makcik cete kat saya ni pada dia ye.“ Danial berkerut memandang Puan Aminah memikirkan gerangan wanita berbangsa Cina yang diperkatakan oleh Puan Aminah.
            “Pe maksud Abang Danial ni? Kenapa kawan abang nak soal siasat pulak?“ Aiman yang pelik dengan tingkah laku Danial mula merasakan tidak sedap hati.
            “Tak de makcik, Aiman. Tak salah kan kalau kita siasat betul-betul hal ni. Kebetulan kawan saya tu Inspektor Polis, alang-alang saya minta tolong dia uruskan hal Aathifah saya minta dia tolong siasat hal ni sama. Mana tahu mungkin ada kaitan. Makcik dan Aiman jangan risau cuma prosedur biasa jer.“ Danial cuba memberikan alasan yang tidak mendatangkan syak Puan Aminah dan Aiman. Mereka hanya menganggukan kepala.
            'Titt….. titt….' Deringan panggilan pesanan ringkas masuk menyedarkan Danial daripada lamunannya itu. Segera dia melihat pesanan yang masuk tersebut.
            Salam Abg. Xtido lg ker? Tido la. Ksihatn abg
            pun penting. Klu x mcmn nk cr Kak Long esok.
            ;-D 

Pesanan ringkas daripada Aiman mula dibaca dan dibalas.

            Wasalam. Ok Aiman pun sama. TQ. Nite.

Walaupun dia masih belum mengantuk, dia memaksa dirinya untuk tidur hanya kerana esok adalah hari yang mungkin jadi panjang bagi dirinya dengan pelbagai urusan yang terpaksa dilakukannya. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh-Nya. Amin.







Novel : Aku Nak Kerja Bukan Misi Bab 15






Penyelamat

  ‘A
ku tak patut macam ni. Dia bukan untuk aku. Abang lebih memerlukannya berbanding diriku.‘ Saifuddin berbicara sendirian dan mengingatkan dirinya tentang hakikat sebenar sambil melangkahkan kakinya beredar dari tempat yang membuatkan hatinya dicuit perasaan cemburu itu. Tempat yang menyaksikan Umairah sedang berbual mesra dengan Nizam sambil mendengar dengan telinganya sendiri pengakuan perasaan Nizam kepada Umairah. Kawasan dapur hotel berkenaan yang sememangnya panas bertambah berbahang bagi Saifuddin setelah mendengar pengakuan Nizam terebut.
‘Nizam ni memang nak kena dengan aku ni. Dia ni datang sini nak kerja ker nak mengorat. Pantang nampak perempuan cantik sikit mula la nak jual minyak. Tangan aku rasa nak cepuk jer Si Nizam ni. Aishhh!‘ Saifuddin berbicara sendirian dengan penuh perasaan cemburu sambil mengenggam penumpuk kanannya.
‘Si Minah Kalut ni pun satu, bukan main manis mulut tu melayan semua orang. Berapa ramai lagi lelaki yang dia nak rapat ni. Macam-macam rupa dan gaya dan semuanya yang hebat-hebat belaka. Saja nak tunjuk kat aku la tu yang dia punya peminat yang boleh mencabar kredibiliti aku ape? Isshh!‘ Jiwa Saifuddin semakin tidak keruan. 
Saifuddin membuka langkah dengan lebih laju lagi untuk segera beredar daripada tempat berkenaan supaya hatinya yang sedang ‘terbakar‘ tidak bertambah marak kerana berbagai perkara bermain-main difikirannya. Perkara yang boleh membuatkannya hilang pertimbangan. Tanpa menghiraukan semua mata yang memandang wajahnya yang merah kemarahan itu, Saifuddin terus laju melangkah memasuki biliknya. Diluar kesedarannya, dia menghempas pintu dengan sekuat hatinya bagi melahirkan rasa kemarahannya itu.
“Astagfirullahalazim!“ Nurul, setiausaha Saifuddin terkejut dengan tindakan mengejutnya itu. Tangannya ligat mengurut dada yang berombak kencang kerana belum pernah dia melihat kelakuan pengurusnya seperti itu sebelum ini.
“Kenapalah dengan bos ari ni? Masuk-masuk jer dah menyinga. Tapi kalau orang dah handsome marah pun masih nampak menawan. Nasib baik aku dah bertunang, kalau tak mahu cair hati aku ni. Mahu aku cuba tarik perhatian dia. Huhuhu…“ Nurul yang sentiasa ceria mula tersenyum sendirian dengan kata-katanya tadi.
“Amboi! Gembira nampak. Boleh kongsi dengan saya apa yang ‘membungakan‘ hati awak tu Nurul? Saya naik takut tengok awak tadi. Mula-mula cakap sorang-sorang then tersenyum-senyum macam kerang subuk. Awak sihat kan?“ Saiful Haq yang semakin menghampiri bertanya sambil mengusik.
“Bos! Sorry saya tak nampak bos tadi. Ada apa-apa yang boleh saya tolong, bos?“ Bagi menutup perasaan malunya, Nurul pula bertanya daripada menjawab pertanyaan Saiful Haq.
“Tak de saya nak jumpa Saifuddin, dia dah masuk ker?“ Setelah mengelengkan sedikit kepalanya Saiful Haq bertanya.
“Ada. Baru jer masuk tadi. Bos nak jumpa sekarang ker?“ Nurul bertanya lagak orang kurang cerdik.
“La. Dah saya ada kat sini mestilah saya nak jumpa dia sekarang tak kan esok lak. Awak ni dah kenapa, Nurul.“ Saiful Haq tersenyum geli hati melihat kekalutan Nurul.
“Ye tak ye juga kan. Nanti saya Tanya Encik Saifuddin sekejap. Bos tunggu sekejap ye.“ Nurul kalut menekan interkomnya.
“Assalammualaikum bos. Encik Saiful Haq hendak berjumpa dengan bos.“ Nurul cuba bersuara setenang yang mungkin.
            Saifuddin yang sudah menyibukkan dirinya menyemak fail-fail yang berlambak di atas mejanya bagi mengalihkan perhatiannya daripada terus memikirkan perkara tadi, sedikit keberatan menjawab pertanyaan Nurul tersebut.
“Waalaikummussalam, Nurul. Abang Haq nak jumpa? Okey nanti awak suruh dia masuk ye. Nurul, hari ni saya ada apa-apa hal penting ker?“
“Hari ni tak de yang penting bos.“
“Okey, thanks Nurul. Nanti suruh Abang Haq masuk ye.“
“Baik bos.“ Nurul lega Saifuddin tidak meyemburkan kemarahan kepadanya tadi. Dia menyangkakan Saifuddin yang tengah masam mencuka akan melempiaskan kemarahannya kepadanya biarpun bukan dia punca pengurusnya jadi seperti itu. Nurul bangun menghampiri kerusi roda saiful Haq.
“Bos, jom masuk.“
“Tak pe Nurul, saya gerak sendiri.“ Saiful Haq yang mengerti dengan tindakan yang ingin menolak kerusi rodanya segera menghalang.
“Baik bos. Silakan bos.“ Nurul segera membuka pintu bilik Saifuddin untuk Saiful Haq sambil tersenyum manis.
Thanks, Nurul. Kerja elok-elok. Jangan asyik cakap sendirian jer. Nanti orang ingat awak dapat penyakit gila lak.“ Saiful Haq tersenyum dengan usikannya itu.
“Baik, bos.“ Nurul tersenyum malu. Setelah Saiful Haq masuk, Nurul kembali ke tempatnya.
“Eeeeii! Malunya ‘terkantoi‘ dengan bos. Nasib baik bos tak tanya lebih-lebih tadi.“ Nurul memegang kedua-dua belah pipinya yang membahang. Setelah sedikit lega Nurul meneruskan tugasnya.
“Assalammualaikum, abang.“ Saifuddin yang sudah bergerak menghampiri Saiful Haq sebaik melihat pintu biliknya terbuka segera menghukurkan tangan bersalam.
“Waalaikummussalam. Dah sihat ker? Awal masuk.“ Saiful Haq yang sudah menyambut salam Saifuddin segera bertanya.
“Alhamdulillah. Lepas makan panadol tadi okey dah. Sorry, tadi tak dapat gi sama-sama dengan abang. So, pe plan abang. Maksud Din apa yang kita nak buat dulu pagi ni? Ke ada sebab lain abang datang ni?“ Saifuddin bertanya sambil menolak abangnya menghampiri sofa yang terdapat di biliknya.
“Haaaah!“ Saiful Haq sedikit terkejut dengan pertanyaan Saifuddin.
‘Sebab lain? Macam tahu-tahu jer aku memang ada sebab lain nak tanya. Aku nak tanya pasal perasaan ko terhadap Umairah. Tapi kalau aku tanya ko pasti tak kan mengaku jadi lebih baik aku siasat sendiri.‘ Saiful Haq berbicara dalam hatinya.
“Tak de hal lain. Abang nak tanya pendapat Din la nak buat macam mana. Pe pendapat Din?“ Saiful Haq cuba berlagak biasa.
“Din ikut abang jer. Abang pun tahu Din tak arif sangat hal-hal macam ni. Abang cuba bagi idea dulu. Tengok nanti kalau ada apa-apa yang Din patut tambah Din bagitahu abang.“ Saifuddin membiarkan abangnya yang memulakannya dahulu sebab dia sudah tawar hati untuk berkerja hari itu.
“Okey. Kalau macam tu, Din bagi satu dua fail yang perlu Din semak kat abang. Abang akan tolong Din semaknya. Abang ingat nak mula buat kerja sikit-sikit dulu. Bila dah rasa okey abang akan tambah. Boleh?“ Saiful Haq memandang wajah sayu adiknya itu.
“Okey, nanti Din bagi. Abang nak yang berkenaan apa? Projek ke kewangan atau pengurusan? Din ada lima fail atas meja sekarang ni. Dua projek, dua kewangan dan satu pengurusan.“ Saifuddin mula menghampiri mejanya.
“Eemm! Abang rasa projek abang tak mahu handle dulu. Din bagi abang satu kewangan satu pengurusan la dulu. Nanti abang dah sedia baru abang ambil yang projek.“
“Okey. Din bagi yang ni. Abang nak buat dalam bilik ni ker nak buat dalam bilik abang?“ Saifuddin kembali kepada abangnya sambil membawa bersama dua fail yang dimaksudkan.
“Tak pe, abang buat kat dalam bilik abang nanti. Ko dah jenguk Umairah kat dapur ker?“ Saiful Haq mula memancing Saifuddin dengan soalannya.
“Haah! Umairah! Heem! Heem!“ Saifuddin buat-buat sakit tekak bila mana soalan berkenaan Umairah ditanya oleh abangnya.
“Dah tadi. Singgah kejap tengok sebelum masuk bilik tadi. Kenapa? Dia ada cakap apa-apa ker?“ Saifuddin bertanya dengan wajah berkerut sedikit.
‘Umairah ada mengadu apa-apa dengan abang ker?‘ Saifuddin berbicara sendirian.
“Saja abang nak tahu. Kan hari ni hari pertama dia kerja kat sini. Mesti Din nak ucapkan selamat kat dia kan, sebagai seorang Pengurus Besar kat sini.“ Saiful Haq tersenyum.
‘Heem! Dia ada jumpa Umairah. Jadi dia tak la melarikan diri daripada Umairah. Okey, satu perkara dah terjawab.‘ Saiful Haq berbicara sendirian.
“Okey la, mesti Din banyak kerja kan. Abang balik bilik dulu la.“ Saiful Haq segera ingin beredar bagi melakar pelannya yang lain untuk mengorek rahsia hati Saifuddin itu.
“Okey. Nanti kalau ada yang Din tak tahu Din tanya abang ye. Fail lain yang berkaitan dengan fail-fail yang abang ambil tu Din akan suruh Nurul hantarkan kat bilik abang nanti.“ Saifuddin segera bangun mendapatkan kerusi roda abangnya.
“Tak pe, Din abang gerak sendiri, tak payah tolakkan abang. Kan abang kena biasakan diri dengan keadaan abang ni. Ko sambung buat kerja tu. Mana yang tak faham nanti Tanya abang.“ Saiful Haq mula memutar-mutar roda kerusi rodanya. Saifuddin pula membukakan pintu bilik untuk abangnya.
“Okey, hati-hati abang. Selamat bekerja semula.“ Saifuddin tersenyum manis. Dia benar-benar berharap abangnya akan kembali seperti dahulu biarpun fizikalnya tidak sama seperti dahulu lagi. Tangannya segera mencapai beberapa dokumen yang mungkin diperlukan oleh abangnya bagi menyemak fail-fail yang diberikan kepada abangnya tadi.
Thanks, bro. Buat kerja jangan sampai tak makan pula. Muka tu aku tengok dah cengkung dan pucat jer. Kalau tak larat nak kerja nanti balik rumah, rehat.“ Saiful Haq sempat berpesan kepada adiknya itu.
“Baik, bos.“ Saifuddin tersenyum mengusik. Saiful Haq turut tersenyum dengan usikan adiknya itu.
“Nurul, tolong iringi abang saya balik biliknya sambil bawa bersama dokumen-dokumen ni.“ Saifuddin yang sudah berada di hadapan meja Nurul segera berbicara kepadanya. Nurul yang sudah sedia bangun sebaik pintu bilik tersebut terbuka segera menjawab.
“Baik, bos. Ada apa-apa lagi bos?“
“Tak de, itu jer.“ Saifuddin tersenyum tawar.
“Okey. Jom Encik Saiful saya temankan encik.“ Saiful Haq hanya menganggukkan kepalanya. Setelah mereka menapak pergi, Saifuddin kembali ke dalam biliknya.
“Kenapa dengan aku ni? Nampak perempuan bertudung jer aku akan ingatkan dia. Bertambah serabut fikiran aku. Aahhhhh!!!!!“ Saifuddin cuba menjerit pendek bagi melepaskan sesak di dadanya itu. Seketika Saifuddin terpandangkan kalimah Allah yang tergantung indah di dinding biliknya itu bersalam kalimah Muhamad s.a.w dan ayat kursi.
“Astagfirullahhalazim.“ Saifuddin merauk mukanya.
“Baik aku solat dan mengaji sekejap.“ Saifuddin mula masuk ke dalam tandas untuk mengambil wudhuk. Dia ingin menenangkan hatinya dengan bersujud pada-Nya.

**********************************************
            Pukul dua petang merupakan waktu tamat tempoh kerja bagi syif Umairah. Dia yang sudah menyalin pakaiannya mula menapak keluar daripada Hotel Teduhan Kasih tersebut.
“Umairah! Umairah!“ Nizam memanggil namanya. Demi terdengar namanya dipanggil, dia segera menoleh ke belakang.
“Nizam. Ada apa?“
“Awak balik naik pe ari ni?“ Nizam tersenyum manis. Mereka kemudian sama-sama beriringan jalan keluar menghampiri pintu utama hotel tersebut.
“ Kenapa awak tanya? “ Umairah yang pelik dengan pertanyaan Nizam segera bertanya pula.
“ Pagi tadi saya nampak bapa awak yang hantar awak. Tu yang saya tanya, awak balik naik apa. Kalau bapa awak tak ambil saya boleh tolong hantarkan. “ Nizam memandang mendalam wajah putih kemerahan Umairah.
“Tak pe la, Nizam. Tak payah susah-susah. Saya naik bas jer.“ Umairah bersahaja membalas tanpa memandang wajah Nizam sebaliknya lebih fokus kepada hadapannya.
“Apa yang susahnya. Saya pun naik balik. Satu jalan jer pun. Awak tinggal kat Taman Sejati Tiga kan.“
“Mana awak tahu?“ Umairah memberhentikan langkah kakinya sambil memandang wajah Nizam dengan perasaan terkejutnya.
“Kenapa nak terkejut lak ni. Kan saya ni nak mengorat awak jadi saya kenalah pandai cari maklumat pasal awak. Boleh ye, saya hantarkan awak.“ Nizam tersenyum mengharap.
“Tak pe la, Nizam. Saya tak selesa awak hantar saya balik rumah. Lagipun tak manis orang tengok nanti.“ Umairah kembali melangkah dengan hatinya yang tidak selesa terhadap tindakan yang telah diambil oleh Nizam. Tindakan mencari maklumat berkenaan dirinya.
“Boleh la. Untung-untung, nanti boleh saya berkenalan dengan famili awak. Saya nak hantar awak balik jer pun. Bukan nak buat bukan-bukan pun. Orang tak kan fikir yang bukan-bukan punya.“ Nizam masih tidak putus mencuba. Umairah sedikit terusik dengan kata-kata lepas Nizam yang seolah-olah membelakangkan pandangan umat Islam di kawasan tamannya itu.
“Awak ni….“ Belum sempat Umairah menghabiskan ayatnya, mereka dikejutkan dengan bunyi hon kereta yang berada di perkarangan hadapan hotel tersebut. Masing-masing memandang kereta Viva Elite Biru tersebut.
“Umairah, Nizam. Hai! Sembang pe tu? Umairah jom, aku hantarkan ko balik.“ Jamilah tersenyum selepas berbicara dengan mereka.
“Hai! Jamilah.“ Nizam bersuara dengan nada sedikit kecewa.
“Okey la Nizam. Saya gi dulu. Nanti kita jumpa lagi. Assalammualaikum.“ Umairah segera melangkah menghampiri kereta Jamilah.
“Okey, Waalaikummussalam. Jumpa lagi esok.“ Nizam hanya mampu membalas dengan lemah sambil melihat Umairah pergi menghampiri kereta Jamilah.
“Alhamdulillah! Aku sayang sangat kat ko. Ko la penyelamat aku Mila.“ Umairah yang sudah berada di dalam perut kereta Jamilah segera mengenggam mesra tangan kiri Jamilah.
“Penyelamat? Dari Nizam ker? Dia nak apa? Bukan main mesra aku tengok. Jealous lak kejap aku tadi.“ Jamilah tergelak kecil. Mendengar gelakan Jamilah, Umairah tahu Jamilah sedang mengusiknya. Tangannya pantas memukul lembut tangan kiri Jamilah. Tanda protes.
“Suka sangat mengusik. Anyway, thanks.“ Umairah meneruskan bicaranya biarpun sedikit terasa dengan usikan Jamilah.
Thanks, thanks gak. Tu pe cer? Kenapa dengan Mamat Jambu ko tu?“ Jamilah masih ingat mengetahui berkenaan Nizam sambil tangan dan matanya meneruskan perjalanan mereka.
“Nizam tu nak hantar aku balik. Ko kan tahu aku tak suka. Tu yang dia cuba nak pujuk. Nasib baik ko datang tepat pada masanya jadi tak payah aku nak ceramah panjang-panjang kat dia.“
“Dia nak hantar ko balik? Mana dia tahu ko tak datang dengan kereta ko sendiri? Pelik! Dia kan mula kerja kul lima pagi, macam mana leh tahu lak?“
“Entah la. Aku pun tak tanya sangat tapi dia cuma kata dia ternampak abi anto aku pagi tadi. Tu yang dia nak sangat anto. Tapi itu tak pelik sangat. Yang lagi pelik, dia tahu aku tinggal kat mana. Aduh! Menyusahkan betul la.“ Umairah memicit dahinya.
“Amboi! Cekap. Good! I like it!“ Jamilah tersenyum.
“Tak payah nak, I Like it sangat. Kita nak gi mana ni?“
“Ko ni tau jer aku nak bawa ko gi jalan-jalan, kan.“
“Perangai ko tu dalam kocek aku jer. Ko tu kalau datang jemput aku ni mesti ada hal. Kalau tak jangan harap la nak sukarela nak datang jemput aku.“
“Tau tak pe. Ko tu sape nak aku datang jemput bagai. Anak Dato’ pun bukan petah lagi Tuan Puteri.“ Mereka sama-sama ketawa kecil.
“Memandangkan hari ni hari pertama ko kerja kat hotel dan kebetulan aku cuti hari ni, pe kata kita sambut. Kita gi makan-makan kat Restoran Wangian Kasih dulu. Then, baru aku hantar ko lik. Amacam?“ Jamilah ceria berbicara.
“Aku tak kisah aku ikut jer. Elok gak tu boleh aku jumpa Auntie Niza and belanja dia makan sekali.“ Umairah kembali bersemangat.
“Amboi! Bukan main baik ngan Auntie Niza lagi sekarang ni. Ada apa-apa ker?“ Jamilah masih mengusik.
“Apa-apa, apa? Jangan nak fikir yang bukan-bukan ye. Aku cuba rasa kesian dengan Auntie Niza sebab dia terpaksa menjaga kesihatan Encik Saiful Haq dengan Uncle Rafieq. Nak jaga restoran tu lagi. Ingat senang ker? Sekurang-kurangnya ada kita disampingnya, boleh la kita gembirakan dia sikit.“
“Betul, betul. Aku sokong. So nak ajak sape-sape lagi ker?“
“Nak ajak sape lagi. Semua kerja kot time ni. Dah abis waktu lunch pun.“
“Tak nak ajak Nizam and the geng ker?“ Jamilah tersenyum.
“Tak abis-abis nak mengusik. Kalau ko nak ajak dia ko gi jer ngan dia. Tak payah bawa aku sama. Dah jemu aku tengok dia sehari ni tak payah nak tambah masa dia ngan aku lagi.“ Umairah buat-buat merajuk. Demi mendengarkan kata-kata Umairah, Jamilah ketawa.
“Alahai! Kesiannya dia. Okey, kalau tak nak ajak dia. Nak ajak Syawal tak? Tak pun Abang Din atau pun Abang Haq?“ Jamilah masih lagi ingin mengusik.
“Malas aku nak layan ko. Aku nak pejamkan mata kejap. Nanti dah sampai bagitahu aku.“ Umairah segera memejamkan matanya. Jamilah hanya ketawa kecil.Umairah bernada kecewa.
“Ko ni kenapa sedih? Rindu kat Syawal ker?“ Jamilah yang dapat mengagak perubahan suara Umairah mula bertanya.
“Tak la. Aku letih sikit. Banyak kerja tadi.“ Umairah tidak mahu bertentang mata dengan Jamilah dan hanya memandang sepi telefon bimbitnya.
“Ko ngan Syawal dah memang over ker? Aku tengok dia still mengharapkan ko jer? Masalah korang masih tak settle lagi ker?“ Jamilah serius.
“Entah la Mila. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana lagi. Aku memang tak mengharapkan apa-apa lagi tapi Syawal masih macam tu. Dia tak mahu mengalah dan masih tetap dengan janjinya nak pujuk mamanya.“ Umairah melepaskan keluhan yang maha berat.
“Mama dia masih tak dapat nak terima ko ker? Mama dia tu nampak jer orang yang baik-baik ye tapi tak sangka fikiran kolot dan sempit. Mesti susah Syawal nak pujuk mama dia, kan.“ Jamilah meluahkan rasa tidak puas hatinya.
“Tak baik cakap macam tu, Mila. Apa yang mama dia risaukan tu ada betulnya. Lagipun Syawal tu satu-satunya anak dia. Mestilah dia mengharapkan yang terbaik untuk anaknya.“
“Ko ni baik sangat la Umairah. Tu sebab senang orang nak mempergunakan ko. Mama dia dah kutuk ko macam tu pun ko boleh bersabar lagi. Kalau aku dah lama aku balas. Macam la ko yang terhegeh-hegeh nak kan anak dia tu. Kalau bukan fikirkan Syawal tu kawan kita, dah lama aku sound Syawal ngan mama dia tu. Eeee…. Geramnya aku bila fikirkan balik.“ Jamilah sudah merah telinga menahan marah. Umairah hanya mampu mendiamkan dirinya ketika itu.
“Mila, boleh tak ko tolong aku. Tolong aku….. tolong aku pisah ngan Syawal. Tolong buatkan…. Tolong buatkan Syawal tak suka ngan aku lagi.“ Air mata Umairah sudah bergenang.
“Apa! Ko dah abis fikir ke Umairah. Betul ko nak buat semua tu. Ari tu ko kata ko tak mahu sakitkan hati sesiapa pun. Ni, kenapa nak buat macam ni kat Syawal lak. Tak ke nanti ko akan sakitkan hati dia?“ Jamilah bersuara tegas.
“Dulu aku ingat dia akan lupakan aku kalau kitaorang dah terputus hubungan tapi rupanya tak. Dia masih setia dengan janji-janjinya tuk pujuk mama dia dan tak kan berkahwin dengan orang lain selain aku. Aku tak nak musnahkan hidup dia hanya sebab janji yang bodoh yang dibuatnya sendiri tu. Lagipun aku nak tunaikan janji aku ngan mamanya.“
“Ko nak tunaikan janji mama dia sampaikan lukakan hati ko sendiri.“
“Ko pun tahu dari mula lagi aku tak mengharapkan apa-apa daripada Syawal sebab aku tahu cinta manusia akan mati juga nanti. Hanya cinta pada-Nya yang kekal abadi.“
“Ye le tu. Kalau macam tu kenapa ko nak menangis sekarang ni. Bukan sebab ko sedih akan kehilangan Syawal ker?“ Jamilah sedikit marah dengan perangai Umairah.
“Aku sedih bukan sebab akan kehilangan Syawal tetapi sedih sebab akan kehilangan sahabat yang boleh dipercayai sepertinya. Mungkin lepas ni dia tak akan berkawan langsung dengan aku bahkan membenci aku.“ Umairah segera menyapu air matanya yang sudah mengalir ke pipi.
“Itu harga yang perlu ko bayar kalau ko nak teruskan kerja gila ko tu. Abis tu ko betul-betul nak aku tolong ko putuskan hubungan ngan dia?“ Jamilah mengerutkan dahinya meminta kepastian. Umairah tidak mampu berkata-kata dan hanya menganggukkan kepalanya.
“Aku rasa cuma ada satu cara sahaja supaya dia akan terus lupakan ko dan tak kan mengharapkan cinta ko. Ko kena kahwin. Sanggup ke ko kahwin?“ Jamilah merenung wajah sayu Umairah. Umairah ternyata terkejut dengan saranan Jamilah.
“Tak kan sampai macam tu sekali, Mila. Tak kan tak de jalan lain.“ Umairah kerisauan.
“Abis tu ko ingat kalau ko kata ko dah ada pakwe dia nak dengar ker? Kalaupun ko tunjuk pakwe ko kat dia, dia masih akan menunggu ko sebab ko masih tidak terikat dengan hubungan yang sah dan haram untuk dia memiliki ko. Hanya dengan perkahwinan sahaja dia tidak akan menganggu ko sebab perempuan tak boleh kahwin lebih daripada satu. Lain la orang lelaki, perempuan masih sanggup tunggu sebab boleh kahwin sampai empat kan.“ Jamilah cuba mengusik sedikit. Umairah tersenyum kelat dengan usikan Jamilah.
“Dah tak payah nak sedih-sedih. Insya-Allah, sampai masanya dia akan mengundurkan diri juga. Ko berdoalah selalu agar akan muncul jalan penyelesaian bagi masalah ko ni. Aikh! Dah terbalik lak. Selalu ko yang nasihatkan aku. Hari ni aku lak nasihatkan ko.“ Jamilah ketawa kecil.
Umairah hanya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.
“Aishh! Pukul dua lebih macam ni pun masih sesak. Jalan macam siput, bila nak sampai ni.“ Jamilah melepaskan kemarahannya kepada stereng keretanya. Hatinya pedih melihat Umairah bersedih begitu.
‘Kenapa la banyak sangat dugaan yang ko hadapi Umairah. Aku dah tak sanggup nak melihat keadaan ko sekarang ni. Astaghirullahalazim! Mila, what are you trying to say? Mestilah Allah menguji Umairah sebab dia sayangkan dia? ‘ Jamilah cuba membetulkan kata hatinya. Jamilah memandang wajah Umairah dengan wajah yang tegang sementara Umairah telah hanyut dalam dunia kenangannya bersama dengan Syawal satu ketika dahulu.