Mainan Perasaan
“B
|
aiklah saya akan tolong tapi saya akan letak
nama Cef sebagai Ketua walaupun saya yang akan mengetuai dan membuat semua
juadah itu. Nama saya tidak layak di taruh sebagai Ketua sebab ianya bukan
tahap saya lagi. Saya tak mahu nanti nama baik hotel ni tercalar kerana itu.
Boleh?”
“Baiklah. Asalkan awak sudi menyediakkannya.
Terima kasih.” Setelah memikirkan buat seketika, akhirnya Cef Fiq bersetuju.
Cef Fiq tersenyum tawar kepadanya. Umairah membalas senyuman itu dengan
senyuman manis. Dia tahu ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Cef Fiq
dengan perkara itu. Mustahil Cef Fiq akan melarikan dirinya daripada tugasnya
sebegitu. Cef Fiq bukan orang yang seperti itu.
Umairah
terkenangkan semula perbualannya dengan Cef Fiq dua minggu yang lepas. Dia
masih tertanya-tanya akan perubahan perangai Cef Fiq semenjak dia menyerahkan
tugasan itu kepadanya. Cef Fiq lebih banyak mendiamkan diri daripada biasa.
Seperti yang Umairah jangka, Cef Fiq tidak sesekali mengabaikan tugasnya
sebagai Ketua Cef. Walaupun sibuk dengan tugasnya memasak juadah makan tengah
hari di hotel itu hari itu, sesekali Cef Fiq akan datang memantau mereka
berempat yang sibuk dengan tugas istimewa itu.
Tepat
seperti yang dijanjikan, para tetamu yang datang untuk proses merasa makanan
itu tiba pada waktunya dan kini sedang kusyuk melihat dan merasa kesemua
sembilan hidangan yang disediakan untuk majlis perkahwinan yang bakal diadakan
di hotel berkenaan nanti. Cef Fiq, Umairah dan tiga lagi rakan-rakannya berdiri
di belakang meja hidangan untuk memantau kuantiti dan kebersihan hidangan sambil
menanti semua tetamu menyudahkan makanan mereka sebelum diberi sebarang komen.
“Umairah, saya nak ke tandas sekejap.” Cef Fiq
memberitahunya seketika mereka menanti itu. Umairah hanya menganggukan
kepalanya tanda memahami maksud makluman Cef Fiq itu. Umairah perasan sepanjang
berada di situ, Cef Fiq banyak mendiamkan diri dengan mempamerkan wajah yang
mencuka. Sesekali dia akan mencuri pandang kepada salah seorang tetamu yang
hadir tetapi Umairah tidak pasti siapa.
“Sape Ketua Memasak hari ni ye?” Seorang
wanita pertengahan tiga puluhan tegas bertanya kepada mereka berempat.
“Ketua Memasak hari ini Cik Aina Umairah
tetapi diselia oleh Cef Fiq, Cik Maria. Resepi masih lagi daripada Cef Fiq. Ada
apa-apa masalah ker?” Saifuddin yang berada di sebelahnya pantas memberitahu.
Seketika itu juga Umairah terpandangkan kad yang tertera di atas meja tersebut
yang tertulis apa yang diperkatakan oleh Saifuddin tadi. Dia tidak menyedari
sebelum ini akan kad tersebut.
‘Kenapa Cef Fiq berkeras nak letak nama aku
sebagai Ketua Memasak ni? Apa masalah dia sebenarnya ni?’ Umairah bertanya
dengan dirinya sendiri.
“Oh! Macam tu. Cef Fiq ke mana? Tadi saya rasa
dia ada kan?” Maria mula mengendurkan sedikit suaranya.
“Maaf Cik Maria. Cef Fiq ke tandas sebentar.
Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Umairah bertanya sopan. Maria memandang
nama Umairah yang tertera di baju putihnya itu.
“Oh! Cik Umairah. Terima kasih untuk semua
hidangan hari ni. Pasangan pengantin pun tiada sebarang komen jadi saya rasa
semuanya setuju dengan semua hidangan ni. Mungkin kita akan jumpa lagi nanti.”
Maria menghulurkan tangan bersalaman dengannya dan salam itu pantas disambut
oleh Umairah. Maria kemudiannya bersalam dengan rakan wanita Umairah yang lain
dengan mulut mengucapkan terima kasih kepada mereka. Saifuddin turut tersenyum
kepadanya sewaktu Umairah terpandangkan wajahnya.
Setelah
Maria berlalu pergi dengan diiringi oleh Saifuddin, barulah Cef Fiq memunculkan
dirinya.
“Umairah, pe kata Cik Maria tadi? Pe yang dia
komen?” Cef Fiq bertanya.
“Dia dan pasangan pengantin tiada komen apa
pun dan setuju dengan semua hidangan tu.”
“Tu jer? Dia tak komen apa-apa lagi? Ada yang
tak memenuhi citarasanya ker?” Cef Fiq masih lagi ingin kepastian. Pertanyaan
Cef Fiq itu benar-benar membuatkan Umairah kehairanan.
“Tak de komen yang negatif pun. Cef Fiq ni,
dah kenapa? Masakan saya tak sedap ker, tadi?” Umairah cuba mengorek.
“Tak de la. Semua masakan awak sedap. Saja
saya nak pastikan jer. Baguslah kalau dah dia cakap macam tu. Jom kita kemas
cepat. Boleh kita balik cepat. Awak mesti dah penat sangat. Tangan tu sakit
lagi ker?” Cef Fiq kembali seperti biasa. Itulah pandangan Umairah daripada
gaya percakapan Cef Fiq.
“Alhamdulillah, tak sakit dah.” Umairah
menjawab perlahan dengan wajah yang masih keliru dengan perubahan Cef Fiq itu.
“Bagus!” Cef Fiq tersenyum riang.
“Cef.... Cef...” Umairah benar-benar ingin
mengetahui disebalik perubahan mendadak Cef Fiq itu tetapi dia tidak mahu
dikatakan menjaga tepi kain orang lalu hasratnya itu dikuburkan.
“Kenapa Umairah?”
“Tak de apalah cef. Saya suka cef dah kembali
ceria seperti selalu.” Hanya itu yang mampu diperkatakannya ketika itu dengan
harapan Cef Fiq faham maksud hatinya.
“Ada-ada jer awak ni Umairah.” Cef Fiq
tersenyum manis. Umairah turut tersenyum manis. Setelah membawa segala
perkakasan kotor itu masuk ke dalam dapur untuk dibasuh, beberapa staf senior datang
menghampirinya.
“Macam mana tadi. Cik Maria tu ada komen
apa-apa tak?” Kak Sofia bertanya.
‘Apahal semua tanya soalan yang hampir
samani?’ Umairah bertanya dengan dirinya sendiri.
“Tak de. Dia terima semuanya.” Umairah
menjawab ringkas.
“Langsung tak de komen yang tidak kena dengan
seleranya? Dia tahu tak resepi itu resepi asal Cef Fiq?” Kak Lili pula
bertanya.
“Dia tahu. Encik Saifuddin ada terangkan
dengannya tadi. Tapi memang dia tak de bagi komen apa-apa pun. Dah kenapa
dengan semua orang ni. Dah dia tak komen apa-apa tak kan saya nak ada-adakan
pulak komennya. Ada masalah apa sebenarnya ni?” Umairah cuba untuk mengetahui
perkara sebenar disebalik pertanyaan yang
sama itu.
“Tak de. Sebenarnya macam ni. Cik Maria tu
selalu berurusan dengan hotel ni. Boleh dikatakan tiap-tiap tahun dia akan
berurusan dengan hotel ni. Dia tu wedding
planner tapi masih single.
Rasanya dah hampir lima tahun dia berurusan dengan hotel ni. Tetapi sejak dua
tahun lepas, dia akan memberi beberapa komen negatif tentang hidangan Cef Fiq.
Tu sebab tahun ni, cef minta ko yang tolong sediakan hidangan tu semua.
Nampaknya tidak sia-sia tindakan cef kali ni.” Kak Lili menerangkan.
“Mungkin betul jugalah khabar angin yang cakap
dia berangin dengan cef sebab cef tolak cintanya. Tu sebab dia melepaskan
kemarahannya kepada cef. Tapi tahun ni sebab Cef Fiq tak de tu yang dia slow kot.” Kak Sofia menambah.
“Tak baik akak cakap macam tu. Tak kan la
sebab hal kecik tu dia nak panjangkan sampai sekarang.” Umairah cuba
menyangkal.
“Cinta yang ditolak ni Umairah lain kesannya
pada seseorang. Lain orang lain penerimaannya. Ko masih mentah dalam dunia
percintaan ni jadi ko tak mungkin faham. Akak yang pernah alaminya akak tau
la.” Kak Sofia yang berkulit hitam manis cuba meyakinkan.
“Entah la akak. Tapi yang saya tahu, setiap
yang terjadi itu pasti ada hikmah disebaliknya. Mungkin sesuatu yang lebih baik
menanti kita daripada yang tidak kesampaian itu. Sabar dan menerima seadanya
itu lebih manis daripada terus-terusan mengenangkannya dan mencari salah
orang.” Umairah menyatakan pendapatnya.
“Ko ni bagus la Umairah. Berfikiran positif.”
Kak Lili memujinya.
“Bila kita positif dengan orang, orang pun
akan positif dengan kita akak. Betul tak?” Umairah tersenyum manis.
“Mungkin juga. Dah la sambung kerja ko. Nanti
nampak dek cef kena kita semua.” Kak Sofia tersenyum mengusik sebelum mereka
semua menyambung kerja masing-masing.
*********************************************
Musim cuti sekolah yang dinantikan tiba juga
dan maka dengan itu waktu yang sibuk juga tiba bagi para pekerja Hotel Teduhan
Kasih. Ketika ini warga kerja bahagian dapur semuanya terpaksa turun padang dan
bekerja melebihi masa yang sepatutnya kerana memenuhi tuntutan yang diterima
oleh pihak hotel. Kesemua tiga dewan hotel telah ditempah untuk majlis
perkahwinan yang akan dijalankan pada hari Ahad itu. Seperti yang dipersetujui,
kumpulan memasak Umairah dibawah seliaan Cef Fiq akan menyediakan semua
hidangan perkahwinan yang ditempah oleh Cik Maria.
Cef
Fiq begitu komited dalam menguruskan segala hidangan dalam memastikan semua
hidangan sesempurna yang mungkin. Umairah pasti Cef Fiq tidak mahu menghampakan
harapan Cik Maria dan keluarga pengantin yang mengharapkan juadah majlis
perkahwinan itu memuaskan hati para jemputan. Umairah turut dapat merasakan apa
yang Cef Fiq rasakan ketika itu.
Setelah
semuanya selesai disediakan barulah Umairah dan yang lain dapat melepaskan
nafaz kelegaan dan berehat seketika. Umairah yang curi-curi mengintai semua
hidangan dan persiapan di dalam majlis resepsi yang meriah itu tersenyum manis
terutama sekali tatkala memandang tiga tingkat kek perkahwinan yang dibuatnya
khas untuk pengantin itu.
“Alhamdulillah. Semuanya sempat disudahkan.”
Umairah kesyukuran. Pandangan matanya yang meninjau-ninjau keadaan sekeliling
dewan akhirnya terhenti pada satu pandangan yang turut memandangnya ketika itu.
‘Saifuddin!’ Umairah berkata dalam hatinya
apabila mendapati Saifuddin masih lagi pegun memerhatikannya. Umairah terasa
bahang pada mukanya kini. Umairah nampak Saifuddin mula menapak ke arahnya.
Demi melihatkan tindakan Saifuddin itu, Umairah pantas berpaling untuk beredar
daripada tempat itu. Tindakannya pantasnya itu menyebabkannya hampir bertembung
dengan Nizam yang datang menghampirinya ketika itu.
“Nasib baik tak tercium. Kalau tak, mesti
angau saya jadinya.” Nizam tersenyummengusik.
“Sorry,
saya tak perasankan awak kat belakang saya.” Umairah meminta maaf dan
menjarakkan dirinya sedikit daripada Nizam.
“Apa yang awak tengok tadi?” Nizam bertanya
sambil meninjau-ninjau keadaan dalam dewan itu. Umairah turut sama memandang ke
arah dalam dewan. Dia terkejut apabila mendapati Saifuddin sudah tiada di dalam
dewan tersebut.
‘Tak kan aku berangan tadi? Tapi kalau tak
berangan,mana perginya Saifuddin?’ Umairah monolog sendirian. Dia buntu dengan
keadaan itu.
“Mesti awak impikan nak ada majlis perkahwinan
macam ni, kan? Kalau awak sudi jadi isteri saya lebih daripada ni pun saya
sanggup lakukan untuk awak.” Kata-kata berani Nizam itu menyedarkan Umairah ke
alam realiti.
“Tak de maknanya saya teringinkan majlis macam
ni. Saya suka yang sederhana. Saya Cuma tengok hidangan semua tu. Kot ada yang
tak kena ker apa ker. Kot kek saya tu senget ker apa ker. Itu jer.” Umairah
tegas bersuara. Dia tidak suka mendengar kata-kata Nizam sebentar tadi.
“Ha! Satu lagi, saya harap awak tak cakap yang
bukan-bukan macam tu lagi. Saya tak suka. Kalau orang dengar dan salah faham,
macam mana? Habis satu hotel bergosip pasal hal tu.” Umairah memberanikan
dirinya menegur lepas laku Nizam itu.
“Lagi bagus macam tu! Nanti tak de la yang nak
mengorat awak. Tak macam tu?” Nizam tersenyum manis. Senyuman yang menyakitkan
mata Umairah ketika itu.
‘Astaghfirullah halazim!’ Umairah tersedar
yang dia sudah terlanjur laku. Dia sudah termakan hasutan syaitan sehingga dia
terasa sakit hati terhadap pandangan Nizam itu. Dia mula sedar dia tidak seharusnya
membenci insan yang turut sama dijadikan oleh Allah.
“Malas saya nak layan loyar awak ni, Nizam.
Baik saya masuk dalam buat hidangan petang ni, lagi berfaedah.” Umairah
mengambil keputusan untuk beredar.
“Awak tak menyangkalkannya maknanya awak memang
harap semua tu berlaku, kan? Mengharap kita pasangan yang menjadi bualan orang!”
Nizam meninggikan sedikit suaranya agar Umairah yang semakin menjauhinya
mendengar kata-katanya itu. Umairah memberhentikan langkahnya.
‘Mamat jambu ni memang la, kan. Sabar Umairah!
Sabar! Bertenang bukan bertendang.’ Umairah berkata pada dirinya sendiri.
Umairah cuba menenangkan hatinya seketika tatkala mendengar usikan Nizam itu.
Dia mengambil nafaz dalam-dalam sebelum menyangkal.
“Tak de maknanya saya nak itu berlaku. Awak
jangan nak pandai-pandai buat andaian sendiri, okey.” Umairah menyangkalkannya
dengan tegas. Nizam hanya ketawa kecil melihatkan muka kemerahan Umairah itu.
“Comel betul muka awak kalau marah. Pipi merah
macam anak patung.” Nizam masih lagi mengusiknya.
“Ada-ada jer awak ni, kan. Malas saya nak
melayan awak lagi.” Umairah meneruskan kembali langkah kakinya dengan
melemparkan muka masam mencukanya itu.
******************************************
Saifuddin mengeluh panjang di dalam bilik air
itu. Dia yang pada mulanya ingin menghampiri dan bertegur sapa dengan Umairah
setelah terpandangkan wajah manis itu akhirnya terpaksa bersembunyi di balik
dinding itu apabila mendapati Nizam menghampiri dan berbual dengan Umairah.
‘Kenapa mamat tu selalu sangat ada dengan dia?
Mereka memang ada hubungan istimewa ker?’ Saifuddin tertanya-tanya dengan
dirinya sendiri setelah dia membasuh mukanya dengan air.
‘Kenapalah aku nak sakit hati sangat bila
lihat minah kalut tu berbual dengan laki lain? Dia bukannya sesiapa pada aku
pun. Din tolong kawal diri. Tolong sedar diri sikit. Dia wanita yang baik jadi
pastinya dia buat laki yang jauh lebih baik dan hebat daripada kau. Kau pernah
cuba untuk mencabul kehormatan dirinya. Jadi kofikir ko layak untuknya?’
Saifuddin monolog sendirian.
Dia kesal dengan dirinya yang kalah dengan
perasaan yang satu itu. Dia cuba mengingatkan dirinya berkali-kali agar tidak
mempunyai apa-apa perasaan terhadap Umairah.
Umairah bukan miliknya. Saifuddin memandang cermin di hadapannya itu dan mula
mengemaskan dirinya semula. Setelah memastikan dirinya kemas, dia menapak
keluar daripada bilik air itu. Dia harus kembali semula ke dewan tadi untuk
memantau segala persiapan yang telah disediakan untuk majlis perkahwinan itu
nanti.
Dia dapat melihat Nizam masih lagi berada
bersama Umairah sewaktu dia semakin menghampiri dewan itu. Masih berbual mesra.
Dia cuba untuk tidak melihat kemesraan mereka agar hatinya tidak terasa lagi.
Namun semua usahanya sia-sia. Walaupun dia mampu untuk mengelakkan matanya daripada
melihat adengan itu, telinganya yang bukan seperti yang tidak mampu ditutupnya
ketika itu, masih terus-terusan mendengar perbualan mereka itu.
“Malas saya nak layan loyar awak ni, Nizam.
Baik saya masuk dalam buat hidangan petang ni, lagi berfaedah.” Umairah
mengambil keputusan untuk beredar.
“Awak tak menyangkalkannya maknanya awak
memang harap semua tu berlaku, kan? Mengharap kita pasangan yang menjadi bualan
orang! ” Saifuddin nyata tersentak dengan kata-kata yang didengarinya itu. Dia
terkaku sebentar. Walaupun dia mampu melihat tingkah laku Nizam dan Umairah
yang berada sedikit jauh di hadapannya namun keadaan hanya sunyi sesunyinya.
Seolah-olah dia telah tuli.
‘Betulkah apa yang aku dengar ni? Itu yang
sebenarnya yang terjadi antara mereka.’ Saifuddin berkata-kata pada dirinya
sendiri. Dia benar-benar kaku dengan bicara yang didengarinya itu. Sentuhan
seseorang telah menyedarkannya dan mengembalikannya semula ke alam nyata dan
pendengarannya kembali seperti sedia kala.
“Din tak apa-apa ker? Uncle tegur pun tak berjawab.” Rafie, pakciknya yang menyentuh
bahunya bertanya inginkan kepastian.
“Ye ker? Sorry, Din terfikirkan sesuatu tadi.”
Saifuddin cuba mencipta alasan.
“Apa lagi yang difikirkan tu? Dah jom masuk
tengok persiapan yang dah disediakan ni. Periksa mana-mana yang tak kena.”
Rafie menyarankan. Saifuddin menurut. Namun sekali lagi hatinya terguris
mendengar usikan manja Nizam terhadap Umairah.
“Comel betul muka awak kalau marah. Pipi merah
macam anak patung. ”
Dia
tahu Nizam benar-benar memaksudkan apa yang diperkatakannya itu. Dia juga
pernah melihat wajah comel Umairah itu satu ketika dahulu. Waktu dia menemu
duga Umairah untuk jawatan Pembantu Cef dahulu.
Kini
Saifuddin pasti, dia hanya mampu untuk memandang wajah manis milik Umairah itu.
Ternyata Nizam sudah berjaya memiliki bukan sahaja wajah manis itu tetapi juga
hati si gadis yang menjadi idaman setiap jejaka. Namun Saifuddin tetap
bersyukur dia akhirnya mengetahui perkara itu sebelum segalanya terlambat atau
sebelum hatinya betul-betul sudah dipenuhi dengan cintanya kepada wanita itu.
********************************************
“Alhamdulillah, Ya Allah. Aku bersyukur dengan
petunjuk yang telah Engkau berikan kepada diriku ini. Aku tahu pasti ada hikmah
disebalik apa yang telah Engkau rancangkan ini. Perancangan Engkau adalah yang
terbaik buat kami semua.”
“Maafkan aku, Ya Rabb. Aku hamba-Mu yang
selalu membuat kesalahan dan memurkakan-Mu. Maafkanku kerana aku asyik mencari
cinta seorang gadis bernama Umairah dan mendambarkan cintanya melebihi diri-Mu.”
“Terima kasih, Ya Rahman. Kau limpahkan
kasih sayang-Mu kepadaku dan menjaga
hatiku agar hatiku tidak lebih terluka daripada apa yang aku rasakan ini.
Mungkin kesakitannya lebih lagi kalau aku mengetahui perkara lebih lewat
daripada sekarang. Sekurang-kurangnya buat masa ni cintaku kepadanya tidak
sedalam mana. Terima kasih kerana Kau lindungi aku daripada merasai kesakitan
cinta yang ditolak seperti mana yang pernah dirasai oleh Abang Haq.”
“Aku berharap Engkau lindungilah dan berilah
ketabahan dan keredhaan yang lebih lagi kepada Abang Haq apabila kebenaran ini
tiba kepada pengetahuannya. Aku tahu dia lebih dekat dan lebih mencintai
Umairah daripadaku sendiri.”
“Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui, Maha
Penyembuh dan Maha Berkuasa ke atas kami, hamba-hamba-Mu yang kerdil ini.
Amin.” Saifuddin tenang dalam meluahkan perasaan hatinya kepada Yang Esa
selepas solat Zohor itu. Dia dapat merasai dirinya kembali seperti dulu. Kembali
kepada dirinya sebelum dia bertemu dengan Umairah dan menjawat jawatan baru
ini. Saifuddin masih berada dalam bilik solat pejabatnya.
‘Kenapa hati aku masih rasa pedih lagi ni? Kan
aku dah redha dan terima segala yang berlaku ini. Jadi kenapa rasa sakit ni
masih lagi belum berkurangan?’ saifuddin berkata dengan dirinya sendiri.
“Ya Allah, Kau sembuhkanlah hatiku ini. Kau
kurangkanlah rasa kesakitan ini. Kau kuatkanlah hatiku terima kesan luka ini.”
Saifuddin berharap dengan sepenuh hatinya. Kepala yang sakit dipicit perlahan
agar berkurangan rasa sakitnya. Dia mula membaringkan dirinya di atas sejadah
dan tanpa disedarinya dia sudah tertidur.
Saiful
Haq dan Nurul pantas memasuki bilik pejabat Saifuddin setelah panggilan telefon
tidak berjawab. Malah ketukan dan sahutan berkali-kali mereka di hadapan pintu
turut tidak berbalas. Melihatkan bilik itu kosong, Saiful Haq segera ke arah
bilik solat.
“Alhamdulillah. Tertidur rupanya budak ni.
Ingatkan kenapalah tadi.” Saiful Haq kelegaan.
“Nak saya kejutkan, Encik Haq?” Nurul bertanya
dengan nada kelegaan. Dia turut sama risau melihatkan keadaan Saifuddin sejak
kembali daripada dewan tadi.
“Tak pe la. Biar dia tidur sekejap. Mungkin
dia letih sangat tu. Banyak sangat kerja akhir-akhir ni. Kita keluar dulu. Ada
perkara saya nak bincangkan dengan awak sikit.” Saiful Haq menjelaskan.
“Hal apa tu, Encik Haq? Macam penting jer
bunyinya.” Nurul tersenyum.
“A’ah penting juga. Saya ingat nak rombak
sikit rancangan dan temu janji Saifuddin. Saya ingat nak bagi dia bercuti
beberapa hari. Biar dia berehat dan menikmati percutian yang menyenangkan.”
Saiful Haq bersemangat.
“Baguslah tu, Encik Haq. Saya tengok Encik
Saifuddin memang perlukan rehat. Dia lebih banyak masa bekerja daripada berehat
kebelakangan ni.” Nurul teruja.
“Amboi! Bukan main suka lagi ye. Ye la, bos cuti
awak pun dapatlah rehat sikit, kan.” Saiful Haq mengusik.
“Sampai hati Encik Haq cakap macam tu. Tak
terfikir pun saya macam tu. Kalau Encik Haq nak saya boleh jadi setiausaha
encik sepanjang Encik Saifuddin tiada nanti. Saya ni bukan pekerja yang suka
curi tulang dan makan gaji buta, tau.” Nurul buat-buat merajuk. Sengaja mahu
bermain perasaan dengan Saiful Haq.
“La....merajuk pulak ker? Saya mengusik jer
tadi. Maaf buat awak terasa.” Saiful Haq serius meminta maaf apabila melihatkan
wajah muram Nurul.
“Saya tahu encik mengusik. Saya pun saja nak
mengusik Encik Haq tadi.” Nurul tersenyum manis.
“Amboi! Kenakan saya pulak. Ni nak kena
hukuman ni. Disebabkan awak nak sangat jadi setiausaha saya tadi, maka saya nak
awak jadi setiausaha saya sepanjang Saifuddin bercuti nanti. Biar saya ajar
awak sikit.” Saiful Haq tersenyum manis.
“Saya tak kisah pun. Bukannya saya tak pernah
jadi setiausaha encik. Jangan ingat saya akan takut dengan ancaman encik tu.
Nanti kita tengok sape yang ajar sape.” Nurul masih dengan usikannya. Dia sudah
terbiasa berbicara santai seperti itu dengan Saiful Haq. Mungkin kerana sikap
rendah diri Saiful Haq selama ini terhadap semua pekerjanya. Jadi setiap
pekerja merasakan Saiful Haq seperti rakan sahaja.
“Makin berani awak sekarang ni ye, Nurul.
Bagus! Saya suka sikap awak yang baru
ni.” Saiful Haq memujinya. Nurul terasa malu dengan pujian itu. Memerah pipinya
mendengarkannya.
“Saya keluar ambil organizer dulu.” Nurul pantas berlalu. Saiful Haq perasan dengan
pipi Nurul yang kemerahan itu. Dia tidak berkata apa-apa atau mengusik gadis
itu lagi. Tidak mahu timbulkan salah faham antara mereka.
2 comments:
Salam.... Maaf lewat post...
Untuk perhatian semua sekali lagi...
cerita saya berdasarkan bahasa kampung perak jadi perbualannya banyak berbunyi singkatan dan sedikit berbeza daripada bahasa baku... harap semua maklum....
hamba yang lemah...
hanilin
Salam hanilin....
Oleh sbb jala cerita yang menarik saya tidak perasan pun perkataan @ berbunyi singkatan tu...
Next cpter plz
Post a Comment