Hawa Telinga

Tuesday, 30 September 2014

Novel : Terlerai Sudah Bab 28






BAB 28 : Awek Danial?!

  P
agi itu Danial telah mengajak Shiva sarapan pagi bersamanya di sebuah restoran Salem Kari Kepala Ikan yang terdapat di Jalan Yang Kelsom, Ipoh bagi membincangkan perkara berkenaan Aathifah dan Tuan Hassan.
            “Yo bro! Lama tak jumpe. Pe cete sekarang?“ Shiva menegur sambil menepuk mesra bahu Danial.
            “Hai! Bro. Ye dah lama kite tak jumpe. Nasib baik terserempak dengan Jason ari tu. Dia yang bagi aku nombor phone ko ni.“ Danial segera menghulurkan tangannya bersalam dengan Shiva.
            “Ye ke! So, mana dia? Ko tak ajak dia sekali ker?“ Shiva mula melabuhkan punggungnya di kerusi di hadapan Danial.
            “Dia ada hal sikit tak dapat nak join. Ko nak order pe?“ Danial tersenyum.
            “Aku dah order capati ngan teh tarik tadi kat mamat tu.“ Shiva menunjukkan pekerja restoran yang dimaksudkannya.
            “Aku dengar ko dah kahwin. Tahniah la. Berapa orang anak dah?“ Danial mula berbicara hal peribadi.
            “A’ah. Aku kahwin ngan sepupu jauh aku. Sekarang anak baru seorang. Dah dua tahun pun umurnya. Ko lak macam mana?“ Shiva tersenyum-senyum sumbing memandang muka bersih Danial.
            “Aku macam ni la, single lagi. Tak de yang sudi nak kahwin ngan aku.“ Danial cuba bergurau dengan Shiva.
            “Ye ke tak de yang sudi? Ke ko memilih sangat. Tak pun ko masih tunggu budak pipi merah dalam bas tu?“ Shiva tersengih mempamerkan barisan giginya yang putih.
            “Eh! Ko ingat lagi pasal tu ye. Aathifah namanya. Mungkin belum jodoh aku lagi.“ Danial mula mengendurkan suaranya. Pilu hatinya bila memikirkan hal berkenaan Aathifah.
            “Ko ingat lagi namanya? Nampaknya ko memang minat giler kat dia ye. So dah jumpe ke belum ngan dia?“
            “Dah, baru beberapa bulan ni berjumpe semula. Aku nak jumpe ko pun sebab nak minta tolong ko sikit pasal hal Aathifah ni la.“ Nada suara Danial semakin mengendur.
            “Eh! Pe cete ni? Ko okey ke ni? Pe yang ko nak minta aku tolong ni?“ Baru sahaja Danial ingin berbicara pelayan datang menghantar pesanan makanan Shiva. Dua keping capati dan segelas teh tarik terhidang di hadapan Shiva. Setelah pelayan berlalu, Shiva mula meneguk sedikit airnya dan mula makan capatinya.
            So pe cete?“ Shiva yang terlebih dahulu bersuara.
            “Aku nak minta tolong ko siasat pasal kehilangan Aathifah dan kes kematian bapanya Tuan Hassan.“ Danial memandang Shiva penuh pengharapan. Shiva yang mendengar perkara itu terus memberhentikan suapannya.
            “Eh! Ko biar betul. Macam mana dia boleh hilang lak ni? Ko nak cakap yang dia kene culik ke?“ Danial tahu pasti Shiva keliru dengan kejadian yang berlaku.
            “Aku pun tak pasti sama ada dia kene culik ke tak tapi dah dua hari dia menghilangkan diri sampai sekarang tak dapat dihubungi. Telefonnya pun tak dapat nak dihubungi. Aku dah cuba cari kat hospital-hospital kot-kot dia ada didaftarkan masuk sebagai pesakit tapi tak de. Ni pun aku ingat nak gi bilik mayat kat Hospital Batu Gajah tengok kot-kot ada mayatnya kat sana.“ Danial serius berbicara.
            “Ko biar betul? Tak kan sampai bilik mayat. Kenapa sampai macam tu sekali?“ Shiva nyata terkejut.
            “Aku pun tak pikir sampai macam tu tapi semalam ada pakcik driver van ambulans cakap kemungkinan Aathifah salah seorang mangsa kemalangan kat pekan Batu Gajah yang tiada identiti ditemui. Berdasarkan moto yang digambarkan oleh pakcik tu macam moto Aathifah.“ Danial merauk mukanya.
            “Kalau macam tu. Lepas ni ko datang balai aku buat report. Nanti kita sembang lebih dalam lagi.“ Shiva memberikan pendapatnya.
            “Okey. Nanti aku datang ngan adik Aathifah jumpe ko. Ko makan la dulu.“ Danial mempelawa semula Shiva makan. Shiva menganggukkan kepalanya dan menyambung semula sarapanya. Danial juga ingin segera menyudahkan sarapanya supaya dia dapat menjemput Aiman dan sama-sama membuat laporan kehilangan Aathifah dibalai polis tempat Shiva bekerja. 

            Setelah membuat laporan tentang kehilangan Aathifah, Danial dan Aiman pergi ke Pekan Batu Gajah bagi mencari motosikal skuter Aathifah. Namun kelibat motosikal Aathifah itu langsung tidak dapat dijejaki walaupun ada sebuah motosikal di tepi jalan, kemungkinan berada bersebelahan dengan salah satu tapak kemalangan. Namun ternyata itu bukannya motosikal Aathifah. Selain itu, yang ada hanya sekadar kesan berlakunya kemalangan dengan serpihan-serpihan kemalangan yang tertinggal. 
            "Abis tu macam mana ni, abang? Pe yang kita patut buat lagi? Mana kita nak cari Kak Long lagi ni?" Aiman berterusan bertanya dengan wajah yang penuh kerisauan.
            "Entah la abang pun tak tahu kat mana lagi yang kita patut cari. Mungkin kita patut serahkan perkara ni kepada pihak yang berkuasa sahaja. Mereka lebih pakar dalam hal-hal seperti ni. Kita berdoa sahaja semoga Aathifah selamat dan pencarian ni akan segera berakhir." Hanya itu yang mampu diperkatakan oleh Danial.
            "Ye la. Abang pun dah banyak abiskan masa temankan Aiman mencari Kak Long sampai berhari-hari tak masuk pejabat. Nasib baik syarikat sendiri, kalau macam Aiman ni, makan gaji memang dah lama kena sound." Aiman cuba bergurau.
            "Alhamdulillah la juga pasal tu. Tapi kerja-kerja pejabat tu pun bukan boleh harapkan kepada perkerja sangat, kalau tak de yang pantau takut lain jadinya. Abang kalau bab-bab kerja memang cerewet sikit. Mujur juga Aiman masih dalam waktu cuti bekerja ya. Kalau tidak payah juga kan." Danial membalas.
            "Alhamdulillah. Allah Maha Perancang dan Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik buat kita. So sekarang kita nak gi mana ni?"
            "Aiman ada nak singgah mana-mana ker? Kalau tak de, abang ingat nak hantar Aiman dan nak masuk ke pejabat."
            "Tak de ke mana-mana. Saja tanya tadi."
            "Okey, kalau macam tu abang hantar Aiman balik rumah. Kalau ada apa-apa berita tentang Aathifah jangan lupa beritahu abang ye." Danial mengharap.
            "Insya-Allah abang. Aiman harap abang yang fikirkan sangat hal-hal ni. Aiman yakin, Insya-Allah Kak Long selamat dan sedang berehat kat mana-mana sekarang ni. Mungkin dia perlukan lebih ketenangan sekarang." Aiman cuba memujuk hati lara Danial.
            "Insya-Allah. Harap-harapnya macam tu la."
Mereka sama-sama berharap hanya perkara-perkara yang baik berlaku kepada Aathifah ketika ini. Yakin bahawa Allah sentiasa melindungi hamba-Nya yang satu itu.

            Wanita yang terbaring lesu di katil itu benar-benar menggugat kejantanan Badrul. Dari mula berjumpa dengan wanita itu dia sudah terpegun dan tergoda. Badrul menelan air liurnya tatkala melihat bibir merah jambu yang mungil itu. Matanya melurut pula pada pipi kemerah-merahan wanita itu. Walaupun sedikit calar namun masih tetap menawan dan ayu. Mata terus memandang sekujur tubuh langsing yang masih berbaju kurung. Peluhnya mula menitis tatkala matanya tertumpu pada kaki wanita itu yang putih gebu.
            Hilang sudah segala pesanan bosnya supaya tidak mengapa-apakan atau mendekati wanita itu. Badrul mula menapak menghampiri wanita itu. Hidungnya menangkap bau minyak wangi wanita itu yang masih bersisa baunya. Badrul benar-benar terpesona dengan kejelitaan wanita yang terbaring tidak sedarkan diri itu. Walaupun tudung masih terlekat pada kepalanya sudah sedikit senget-benget, namun kejelitaannya tetap terselah.
            Tiba-tiba wanita itu mengerang kesakitan. Badrul memerhatikan dengan penuh ghairah  bibir mungil yang bergerak sedikit tadi. Seruan syaitan durjana mula menguasai dirinya. Tangannya mula dihulurkan untuk menyentuh bibir munggil tersebut. Wanita itu mula merengek kecil mungkin kerana kesakitan yang mula terasa pada setiap luka-luka yang terdapat pada badannya itu.
            Gelodak jiwanya kian memuncak sebaik mendengar rengekan kecil wanita itu. Suara lembut merdu yang kedengaran seumpama bisikan manis di pendengarannya begitu mengusik tangkai hatinya. Badrul mula merapatkan mukanya ke muka wanita itu. Belum pun sempat bibirnya mendarat pada bibir mungil itu, pintu bilik itu dikuak dengan kuat sekali. Dentuman pintu yang berlaga dengan dinding bilik membuat Badrul memandang ke arah bunyi itu dan sekali gus memberhentikan tindakan yang cuba dilakukannya sebentar tadi.
            “Ko nak buat pe tu, ha? Kan aku cakap jangan usik pempuan tu.“ Badrul segera menjauhkan dirinya daripada wanita yang terbaring lesu tersebut.
            ‘Alamak! Melepas aku. Kalau dari dua hari lepas aku masuk kan selamat. Ni time aku baru cuba nak masuk dah datang pulak. Macam tau-tau jer.‘ Badrul berbicara di hatinya.
            Sorry bos. Saya cuma nak dengar pempuan tu nak cakap pe? Dia macam nak minta air.“ Badrul cuba berdalih menyelamatkan diri daripada terkena penangan bosnya itu. Takut dia akan dibelasah dan ditarik upahnya daripada kerja yang dilakukannya. Dia bukan tak kenal dengan keganasan bosnya yang satu itu.
            “Air? Pe ko tunggu lagi gi la ambik air. Aku tak nak dia mati lak. Nanti lagi susah kite.“ Fadzlee bersuara tegas. Kemudian dia menghampiri wanita itu untuk melihat dengan lebih dekat wanita yang dikatakan kekasih Danial Yang itu. Dia nyata tersentak dengan wajah wanita yang berada dihadapannya ketika itu.
            “Aathifah! Pe ni? Aathifah ker kekasih Danial? Aahh! Sial!“ Fadzlee menghentakkan genggaman tangan kanannya ke kepala katil. Dia segera menekan nombor pada telefon bimbitnya. Dia perlu segera menelefon May.
            “May, pempuan ni ke yang you kate girlfriend Danial? Are you sure?“ Fadzlee hanya mampu mendengar gelak ketawa May sambil mengiyakan pertanyaanya tadi. Segera panggilan dimatikan demi mendengarkan kata-kata May tadi.
            Damn! Nasib baik aku tengok dulu. Sial ko May.“ Fadzlee tidak mampu menahan kemarahannya ketika itu. Pantas tangannya melemparkan kerusi plastik yang terdapat dalam bilik itu ke pintu bilik.
            “Kenapa bos?“ Badrul yang segera masuk dengan membawa segelas air kosong apabila terdengar bunyi bising di bilik itu.
            “Tak de apa-apa. Bak sini air tu.“ Fadzlee terus menyambut huluran air daripada Badrul. Fadzlee mula menghampiri semula Aathifah. Dia membasahkan sedikit tapak tangan kanannya lalu menyapu tangannya yang basah itu ke muka Aathifah. Aathifah mula bergerak-gerak sedikit apabila terasa mukanya sejuk dan basah. Mata Aathifah berkelip-kelip ketika cahaya mula memasuki ruangan mata yang ingin dibuka. Terasa silauan yang begitu memeritkan anak matanya.
            Setelah agak lama berkelip-kelip baru dia dapat membuka matanya seluas-luasnya. Dia dapat melihat sekujur tubuh lelaki sasa yang putih dengan rambut yang perang sedang duduk bersebelahannya. Wajah keruh kerisauan lelaki itu diamatinya. Cuba mengingati gerangan lelaki itu. Dia pandang pula lelaki berkulit hitam manis dan berambut ceracak di belakang lelaki tersebut. Juga tidak kenalinya. Kepalanya mula berpinar-pinar. Jari-jemarinya pantas memicit kedua-dua pelipisnya.
            “Kenapa Aathifah. Aathifah sakit kepala ker?“ Fadzlee yang kerisauan dengan keadaan Aathifah mula bertanya.
            “Aathifah? Sape Aathifah? Awak ni siapa? Awak kenal ker saya? Saya kat mana ni?“ Bertubi-tubi soalan yang ditanya oleh Aathifah meresahkan lagi Fadzlee.
            “Aathifah, tu kan nama Aathifah. Aathifah tak ingat ke? Ni Uda la! Aathifah ingat tak?“Aathifah menggelengkan kepalanya mendengarkan persoalan Fadzlee. Fadzlee mula mengusap-ngusap lembut pipi Aathifah yang tercalar itu.
            “Auch! Sakit“ Aathifah mengaduh kesakitan dan menjarakkan sedikit mukanya daripada tangan Fadzlee.
            “Sakit Aathifah. Sorry. Nah minum air ni. Tadi Aathifah minta nak minum, kan?“ Fadzlee mula menghulurkan hujung permukaan gelas kepada mulut Aathifah. Aathifah meneguk sedikit demi sedikit air kosong itu. Kehausan yang dirasai mula lega setelah habis segelas air diminumnya.
            “Alhamdulillah. Aathifah boleh minum. Nanti Uda bagi makan lak ye. Aathifah nak makan pe? Nanti Uda belikan.“ Fadzlee cuba memancing selera Aathifah.
            “Entah la. Saya tak de selera nak makan lagi. Apa dah jadi kat saya ni?“ Aathifah mula membelek-belek dirinya.
            “Aathifah tak de apa-apa cuma accident skit. Tapi tak pe nanti Uda bawa jumpa doktor lagi. Nak pastikan keadaan Aathifah betul-betul okey.“ Fadzlee mula berpaling ke arah Badrul. Badrul yang mengerti dengan pandangan Fadzlee mula menghampiri Fadzlee.
            “Bad ko tolong belikan Aathifah ni bubur nasi. Aku nak bagi dia makan. Lepas tu ko suruh Zain siapkan kerete, kita bawa Aathifah gi jumpa doktor tengok keadaan dia ni. Aku rase dia ada masalah ingatan sikit ni.“ Badrul menganggukkan kepala tanda faham dengan arahan yang baru diterimanya. Baru Badrul ingin memusingkan badan dan bergerak melakukan tugas yang baru diberikan, Fadzlee bersuara lagi.
            “Nah ko ambik duit ni ko belikan dia baju kurung sepasang. Beli saiz 42. Belikan dia tudung sekali.“ Fadzlee yang sudah biasa dengan keadaan Aathifah dengan lancar memberitahu saiz baju yang biasa Aathifah pakai.
            "Tapi bos mana saya tahu nak beli tudung tu.? Sekarang ni macam fesyen ada. Nak yang macam mana?" Badrul bertanya dengan wajahnya yang keliru.
            "Mintalah kat budak yang jual tu tudung yang senang nak pakai dan beli yang labuh sikit, jangan yang pendek sangat." Fadzlee bersuara lantang. Badrul menganggukkan kepalanya sebelum melangkah pergi setelah mengambil duit yang dihulurkan oleh Fadzlee tadi.
            Fadzlee memandang semula wajah lesu Aathifah. Jelas terpancar kesengsaraan yang di tanggung olehnya.
            “Aathifah tido la dulu ye. Nanti kawan Uda dah belikan bubur nasi, Uda gerakkan Aathifah. Bolehlah Aathifah makan nanti.“ Aathifah yang masih keletihan hanya mengikut sahaja kata-kata Fadzlee dan mula memejamkan matanya. Di saat Aathifah mula lena, Fadzlee memegang tangan kanan Aathifah dan menggengam mesra sambil mengusap lembut.
            “Maafkan Uda ye Aathifah. Kalau Uda jenguk Aathifah awal-awal boleh la Uda hantar Aathifah jumpe doktor awal. Kalau la Uda selidik dulu betul-betul sape awek Danial yang May cakap, perkara ni tak kan terjadi. Tapi kenapa mesti Aathifah yang menjadi awek Danial. Kenapa bukan orang lain? Kenapa Aathifah? Aku pasti Aathifah bukan awek Danial. Dia ni bukan jenis macam ni. Aku kenal Aathifah. Dia tak kan mudah jatuh cinta tambah dengan Danial ni!“ Fadzlee bersuara perlahan. Tidak mahu mengganggu tidurnya Aathifah. Fadzlee terus mengusap lembut tangan Aathifah penuh kasih sayang seorang bapa saudara kepada anak saudara seperti mana yang sering dilakukan olehnya semasa mereka masih kecil.   



3 comments:

Basyirah Abd Rahman said...

kat sini rupanya Aathifah, ingatkan kat hospital. Kesiannya Aathifah. Sampai mcmtu keadaannya.. Cerita ni makin menarik. Thanks. Nnt kalau dh dibukukan bagitahu ya. Nk kene beli cpt2. Xsabar nk tahu kesinambungan.

Basyirah Abd Rahman said...

Mmg dah agak May pny kerja. Tp still tertanya2 jugak apa hubungan Fadzlee dgn May.. Tp mcm teringat balik cerita2 yg lps, yg Aathifah mcm pnh kenal May, mungkin Aathifah perasan kot May berkawan dgn Fadzlee.

Unknown said...

Salam...
Tq Basyirah...
Insya-Allah sy akan bagitahu nti klu dah dibukukan...
Sy pun tak sabar nak tgk novel sy dibukukn.... walaupun ianya bkn cete pertama sy karang...
hihihihi...huhuhuhu

Tq juga kena masih bersabar menanti cete ni n cete yg lain2...

Tq semua.... terharu...sop...sop..