BAB 27 :
Perbincangan Yang Tidak Dijangka
J
|
enazah Tuan
Hassan selamat dikebumikan lewat petang selepas solat Asar pada hari itu juga setelah
segala proses laporan dan bedah siasat selesai dilakukan. Hampir semua sanak
saudara datang bertemu dengan jenazah menyedekahkan surah Yasin, ayat-ayat suci
Al-Quran serta doa buat Tuan Hassan termasuk kedua-dua anaknya yang masih
belajar di kejauhan kecuali Aathifah yang masih hilang tanpa jejak. Sejak itu,
semua kaum keluarga cuba menjejaki Aathifah dan kehadiran Danial di situ juga
disedari semua. Walaupun Danial cuba berlagak tenang tetapi mata-mata yang
memandang dan mulut-mulut yang berbicara sedikit sebanyak mengelodakkan
jiwanya. Dia tahu ada di antara mereka yang mengetahui tentang perihal
khalwatnya dengan Aathifah dan ada yang masih tidak mengetahuinya.
Walaupun ada di antara kaum kerabat
yang mengetahui perihal khalwat itu, dia bersyukur tiada ahli keluarga yang
bertindak melulu atau menyerangnya. Mungkin ini adalah kelebihan keluarga
Aathifah yang berpegang teguh dengan agama dan adat disamping menghormati
keluarga arwah dan keadaan berkabung ketika itu. Tindakan Aiman mengajak Danial
mengikuti setiap langkahnya dan sentiasa berada di sampingnya, sedikit sebanyak
menggurangkan perasaan segan dan kekoknya itu. Danial dapat merasakan Aiman
sedar akan perasaannya itu. Namun selama mana Danial dapat melarikan dirinya?
Akhirnya Danial dan Aiman dipanggil untuk membincangkan perkara khalwad
tersebut.
“Maaf panggil, sape namanya tadi?“
Salah seorang pakcik Aiman bersuara sejurus Danial dan Aiman selesa duduk
bersila dihadapan mereka-mereka yang hampir sebaya dengan Tuan Hassan. Danial
dapat menyaksikan hampir dalam belasan orang-orang tua seusia Tuan Hassan
berada di hadapannya dan dapat Danial perhatikan Tuan Habib turut berada di
situ. Tanpa berlengah Danial menjawab dengan penuh hormat setelah Aiman
menganggukkan kepala kepadanya.
“Danial pakcik.“
“Oh! Danial. Pe nama penuhnya?“
Tanya pakcik itu lagi lembut dan tersenyum manis.
“Yang Muhamad Danial bin Abdullah,
pakcik“ Danial bersuara setenang yang mungkin walaupun dalam hati bergelodak
dengan seribu kekalutan.
“Alhamdulillah, Islam. Macam nilah,
walaupun jenazah baru di kebumikan, kami terpaksa bertanya dengan Danial
berkenaan perkara ni sebabnya kami pun tak leh lama-lama di sini. Masing-masing
masih ada tanggungjawab masing-masing.“ Begitu teratur pakcik itu berkata-kata.
Danial dan Aiman hanya menganggukkan kepala lagi.
“Saya pun tak tengok youtube pasal
tangkap khalwad Danial ngan anak buah saya, Aathifah. Cuma anak lelaki saya
yang ada memberitahu saya pasal hal itu tadi. Jadi setelah bertanya dengan adik
ipar saya, uminya Aiman, Aminah dia dah cete sikit-sikit kat saya keadaan
sebenarnya. Walaupun itu nampak macam satu perangkap, ye lah siap ada rakaman
video lagi yang pasti bukan dari jabatan agama, tapi itu tetap satu kesalahan
Danial dan Aathifah. Saya tahu kita semua tidak dapat lari dari kekhilafan,
termasuklah Aathifah dan Danial. Jadi saya juga dah diberitahu bahawa Danial sanggup
bertanggungjawab dengan berkahwin dengan Aathifah, kan? “
“Ye, pakcik. Saya sanggup dan saya
minta maaf atas kekhilafan kami.“ Danial menundukkan sedikit kepalanya
menghadap lantai.
“Bagus la macam tu. Sekarang ni kita
cari dulu Aathifah, bila dah jumpa nanti kita sekeluarga akan bincang lagi
perkara ni. Pada semua yang ada saya harap kita dapat memberitahu kedudukan
sebenar perkara khalwat itu kepada anak isteri masing-masing. Biar apa orang
nak cakap yang penting keluarga kita sendiri tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Jangan kita pandang hina Aathifah dan Danial dan menyebarkan fitnah pulak.
Sebaliknya kita cuba cari jalan nak mencari Aathifah ni. Mulut tempayan boleh
kite tutup, mulut orang payah. Lepas buat tahlil nanti kita sama-sama berdoa semoga
Aathifah selamat dan dapat diketemui lagi.“
“Ye, Pak Long. Harap-harap akan dapat
petunjuk dengan lebih cepat.“Aiman turut bersuara.
“Harap-harap macam tu la. Sama-sama
la kita berdoa nanti.“ Semua yang ada hanya menganggukkan kepala dan bersetuju dengan
kata-kata pakcik itu. Danial merauk mukanya apabila terkenangkan Aathifah. Semua
yang berkumpul mula beredar sambil bersalam dengan semua yang ada termasuk
Danial.
"Aiman, Mr. Danial, macam mana
dengan Aathifah? Ada apa-apa perkhabaran tak?" Zatunnur mula menghampiri
bertanya apabila kesempatan yang dinantikan sedari tadi muncul juga.
"Belum Kak Nur. Kami dah cari
sampai ke Batu Gajah tapi tak dapat juga. Kak Nur ada terima apa panggilan
daripada Kak Long ataupun kawan-kawan Kak Long yang lain ada tak terima
panggilan daripada Kak Long?" Aiman bersuara tenang.
"Kawan-kawan yang tanya pasal
tangkap khalwad tu ada la tapi panggilan daripada Aathifah memang tak de. Mana
dia gi ni ye?" Zatunnur nyata kerisauan.
"Insya-Allah tak de apa-apa tu.
Doakan jer dia selamat. Nur, Danial minum dulu. Mesti dah haus dari tadi tak
minum-minum." Puan Aminah datang menghampiri dengan dulang berisi seteko
kecil air kopi dan satu jag kecil air kosong serta empat biji cawan.
"Tak payah susah-susah makcik. Saya
dah minum dalam kete tadi." Zatunnur memberitahu.
"Tak susah buat air ni.
Minumlah." Puan Aminah melemparkan senyuman serong-serong bahasa. Zatunnur
membalas senyuman tersebut dan mula meneguk air kopinya. Danial dan Aiman turut
sama meneguk minuman masing-masing namun fikiran Danial menerawang terkenangkan
Aathifah.
‘Macam mana dengan keadaan ko
sekarang, Aathifah? Ko cedera ker? Teruk ke tidak? Sayang ko kat ner?‘ Danial
bermonolog sendirian sehingga dia tidak meyedari dia telah membahasakan
Aathifah dengan panggilan sayang!.
Malam itu Danial
tidak dapat melelapkan matanya. Walaupun dia sudah membuat solat sunat
Ishtiqorah dan Hajat tetapi wajah Aathifah yang tersenyum manis sering melayari
kotak fikirannya. Wajah-wajah ibu, adik-adik tersayang Aathifah serta wajah
Zatunnur yang masing-masing dihujani dengan air mata memilukan lagi perasaan
Danial. Dia tahu mereka begitu sedih dengan kehilangan Aathifah di samping
pemergian arwah Tuan Hassan yang secara mengejut itu.
Kemungkinan yang diperkatakan oleh
pakcik pekerja Hospital Batu Gajah tadi turut bermain-main di fikirannya. Dia
benar-benar berharap itu bukanlah satu kenyataan nanti tapi dia tidak dapat
melarikan fikirannya daripada memikirkan kemungkinan itu yang paling hampir
dengan tanda-tanda kehilangan Aathifah.
‘Esok aku ajak Aiman gi tengok kat
pekan Batu Gajah, kot-kot moto tu bukan moto Aathifah. Then ajak gi tengok kat bilik mayat gak to ascertain that the fact are correct or not.‘ Danial bermonolog
sendirian.
‘Ha! Elok aku call Shiva. Tanya pendapat dia? Eh! Tapi dah kul berapa ni? La dah
kul dua pagi, esok jer la.‘ Danial berbicara sendirian tatkala dia teringat
kembali kata-kata Puan Aminah pada tengah hari itu akan kedatangan seorang
wanita cina untuk melawat Tuan Hassan. Skrin ingatannya terlakar peristiwa perbualannya
dengan Puan Aminah siang tadi.
“ Tadi ada amoi, katanya kawan
Danial dan Aathifah datang melawat pakcik. Dia kata dia pun kenal pakcik masa
pakcik jadi CEO dulu. Dia pesan kirim salam pada kamu ngan Aathifah.“
“Amoi? Makcik ada tanya namanya ker?“
Danial yang tidak sedap hati mula bertanya.
“Lupa lak makcik nak tanya. Makcik
kalut sikit masa tu sebab tiba-tiba jer pakcik mula menunjukkan tanda-tanda
serangan stroke jadi makcik tak
teringat nak tanya.“ Puan Aminah berbicara sambil menahan esakannya.
“Abang Danial tahu ker sape
orangnya?“ Aiman mula bertanya.
“Mungkin ada yang abang pikirkan
tapi kita kene siasat betul-betul dulu. Tak pe nanti saya minta kawan saya
tolong uruskan ye makcik.“ Danial mula tidak senang duduk bila memikirkan
perkara itu, namun dia tidak mahu Puan Aminah dan Aiman risau.
“Issh… Angah ni tak baik buruk
sangka. Tadi masa umi ada umi tengok elok jer abi sembang ngan amoi tu. Papa
amoi tu pun abi kenal.“ Puan Aminah menegur.
“Ada dia bagitahu nama papa dia tak?
Makcik ada tinggalkan pakcik sendirian dengan amoi tu tak?“ Danial cuba
menyelidik.
“Entah, tak silap Mr. Lim pakcik
sebut tadi. Makcik tinggalkan pakcik masa nak buatkan air tuk amoi tu la.
Kenapa Danial?“ Puan Aminah mula bimbang dengan pertanyaan Danial.
‘Mr. Lim, mungkin ker May yang
datang tadi? Mana dia tahu rumah Aathifah ni? Kenapa secara mengejut sahaja dia
datang melawat Tuan Hassan? Ada muslihat ker di sebalik kedatangannya ke sini
tadi? Astagfirullahhalazim! Kenapa aku prasangka sampai macam ni sekali ni?
Insya-Allah semua tu secara kebetulan sahaja.' Danial monolog sendirian.
“Tak de, makcik saya cuma nak tanya
sahaja. Tapi kalau nanti-nanti kawan saya, seorang Inspektor Polis datang
bertanya makcik kene bagitau segala yang makcik cete kat saya ni pada dia ye.“
Danial berkerut memandang Puan Aminah memikirkan gerangan wanita berbangsa Cina
yang diperkatakan oleh Puan Aminah.
“Pe maksud Abang Danial ni? Kenapa
kawan abang nak soal siasat pulak?“ Aiman yang pelik dengan tingkah laku Danial
mula merasakan tidak sedap hati.
“Tak de makcik, Aiman. Tak salah kan
kalau kita siasat betul-betul hal ni. Kebetulan kawan saya tu Inspektor Polis,
alang-alang saya minta tolong dia uruskan hal Aathifah saya minta dia tolong
siasat hal ni sama. Mana tahu mungkin ada kaitan. Makcik dan Aiman jangan risau
cuma prosedur biasa jer.“ Danial cuba memberikan alasan yang tidak mendatangkan
syak Puan Aminah dan Aiman. Mereka hanya menganggukan kepala.
'Titt….. titt….' Deringan panggilan
pesanan ringkas masuk menyedarkan Danial daripada lamunannya itu. Segera dia
melihat pesanan yang masuk tersebut.
Salam Abg.
Xtido lg ker? Tido la. Ksihatn abg
pun penting. Klu x mcmn nk cr Kak
Long esok.
;-D
Pesanan ringkas
daripada Aiman mula dibaca dan dibalas.
Wasalam. Ok
Aiman pun sama. TQ. Nite.
Walaupun dia
masih belum mengantuk, dia memaksa dirinya untuk tidur hanya kerana esok adalah
hari yang mungkin jadi panjang bagi dirinya dengan pelbagai urusan yang
terpaksa dilakukannya. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh-Nya. Amin.
4 comments:
Ke mana athifah pergi....mcm ada kaitan dgn may je benda ni semua....
Hope x de benda buruk berlaku :(
Salam...
Thanks Nur Fakhariah sudi bc n tulis komen ni. hrp nur fakhariah myukai cete ni n cete2 sy yg lain...
ntikan smbgnnya...
hihihihi
Kenapa ada perkataan yg tak dieja dgn betul..banyak sangat guna ejaan ringkas..rosak bahasa..spoil terus mood nak membaca..
Salam.....
Nk ty semua mmg mgganggu sgt ker benda ni? Dah byk org tegur n sy dah byk juga jelaskn yg ringkas tsebut sbb perbualn.....
klu mmg mgganggu sy akn betulkn semua skali.....
Post a Comment