Misi Cabut Lari
J
|
amilah memandang wajah Umairah dengan wajah yang
tegang kerana dia turut dapat merasai kesukaran yang sedang dihadapi olehnya
ketika itu. Dia juga turut berasa simpati dengan seorang insan yang bernama
Aina Umairah itu. Sementara Umairah telah hanyut dalam dunia kenangannya
bersama dengan Syawal satu ketika dahulu.
"Kalau
auntie nak tanya sikit Umairah jangan
marah ye. Umairah ni kacukan ker? Bukan apa auntie
tengok rupa Umairah memang jauh daripada muka orang Melayu dengan mata biru
lagi." Puan Shahira bertanyanya lembut setelah Syawal meninggalkan mereka
untuk ke tandas.
"Saya
sebenarnya cuma anak angkat auntie.
Ibu bapa kandung saya asal orang Syria. Ibu kandung saya meninggal dunia
selepas beberapa hari melahirkan saya tapi sebelum ibu kandung saya meninggal,
dia sempat mengamanahkan umi saya untuk menjaga saya. Umi dan abi pelajar di
Syria masa tu,"
"Kalau
Umairah tak keberatan boleh auntie
nak tahu punya kematian ibu kandung Umairah tu?"
"Menurut
cerita umi, ibu kandung saya meninggal sebab kanser melanoma, auntie. Ibu kandung saya mempertaruhkan
nyawanya tanpa menyembuhkan penyakitnya terlebih dahulu hanya kerana tidak mahu
menggugurkan kandungannya. Kuasa Allah semasa dalam kandungan ibu kandung saya,
saya tidak mudarat dengan penyakit kanser tu." Umairah sebak.
"Tetapi
belum tentu Umairah tidak memiliki penyakit tersebut, kan. Setahu auntie penyakit kanser ni macam penyakit
keturunan, kan?" Puan Shahira bertukar nada. Umairah nyata terkesan dengan
perubahan itu.
"Betul
auntie. Tapi setakat ni Alhamdulillah
saya belum lagi menghidapnya." Umairah membalas sayu.
"Belum
menghidap bukan jaminan tidak akan dapat. Auntie
sayang sangat dengan Syawal sebab dia satu-satunya zuriat yang auntie ada. Dialah harapan auntie untuk menyambung generasi kami. Auntie tahu Umairah seorang yang baik
dan berhati mulia jadi auntie harap
sangat Umairah dapat tunaikan permintaan auntie
ni. Tolong putuskan hubungan kamu dengan Syawal dan jangan berhubung dengannya
lagi." Bagaikan halilintar Umairah mendengarnya.
"Auntie tidak mahu dia kecewa kalau
mengambil kamu sebagai isterinya kerana penyakit tu. Kalau kamu menjadi isteri
dia dan menyakit kamu menyerang, kamu mungkin akan mati dan Syawal akan berada
dalam kekecewaan. Bayangkan pula kalau kamu dapat anak nanti dan dia membawa
dan mewarisi penyakit kamu tu. Sepanjang keturunan kami akan memiliki penyakit
itu. Atau mungkin sampai satu masa keturunan kamu terputus begitu sahaja kerana
penyakit itu. Maaf auntie berkata
kasar seperti itu tetapi itulah hakikat yang mungkin berlaku dan auntie tidak mahu ianya terjadi. Auntie harap kamu faham dan terima
keputusan auntie ni." Begitu
tegas Puan Shahira menyatakannya tanpa sedikitpun mahu menjaga hatinya. Umairah
benar-benar terpukul dengan kata-kata mendalam itu.
"Auntie harap kamu dapat tunaikan
permintaan auntie yang satu ni, ye Umairah."
Puan Shahira mula mengendurkan suaranya apabila meminta seperti itu. Umairah
tidak punya banyak pilihan kerana segala apa yang Puan Shahira katakan itu
benar belaka. Kemungkinan ianya berlaku amat tinggi dan siapalah dia untuk
menidakkanya.
"Baik
auntie. Saya akan cuba tunaikan." Hanya itu yang mampu Umairah balas.
Seketika Syawal datang semula bersama mereka.
"Rancak
berbual. Ada kutuk Syawal ker?"
"Eh!
Ada pula macam tu. Mama rasa Syawal kena hantar Umairah balik la. Dia tak
berapa sihat tu. Tak sedap badan kot." Puan Shahira mereka alasan. Umairah
faham maksud kata-katanya itu. Mesti sahaja dia tidak mahu Umairah berlama berada
di sana.
"La….
Ye ker Umairah? Nanti kita singgah klinik dulu ye. Okey, la mama kami gerak
dulu." Syawal segera mencapai kunci keretanya yang terdapat di atas meja
kopi itu.
"Syawal,
saya rasa awak hantar saya balik terus sahaja le tak perlu pergi klinik. Sakit
kepala sikit jer." Umairah yang tidak mahu berbohong terpaksa memberikan
alasan itu yang kebetulan dia merasa sedikit sakit kepala, mungkin rasa
tertekan dengan permintaan Puan Shahira. Umairah segera bersalaman dengan Puan
Shahira dan salamnya bersambut dengan satu senyuman yang dibuat-buat oleh Puan
Shahira.
"Terima
kasih, auntie. Saya balik dulu."
Umairah tersenyum cuba memaniskan senyumannya yang terasa pahit itu. Dia tidak
mahu bersikap kurang ajar kepada ibu seorang rakannya, Syawal itu. Biarpun
hatinya diguris dia tidak seharusnya menyimpan dendam kerana dia menyedari apa
yang dimahukan oleh Puan Shahira hanya yang terbaik bagi Syawal. Dia pasrah dan
redha!
Decitan
tayar dan tekanan brek kereta yang mengejut memeranjatkan Umairah dan lantas
menyedarkannya daripada imbasanya itu.
"Apahal
kereta ni main masuk sesuka hati jer. Dah la sekali potong line, nasib baik aku cekap kalau tak dah bercium kete aku dengan
dia. Sape la yang bawa macam tu?" Jamilah membebel.
"Ko
okey ker Mila. Hati-hati tau. Kalau jam memang macam tu la sesetengah orang
buat, nak cepat le tu kot. Ada yang urgent
kot." Umairah berkata bagi menyejukkan hati Jamilah.
"Pe
yang urgent? Nak melabur?"
Jamilah buat-buat bertanya.
"Mungkin
juga ler. Dah tak tahan." Umairah segaja melayan loyar buruk Jamilah.
Kemudian sama-sama tergelak dengan loyar buruk mereka. Terlepas segala tekanan
yang Umairah rasa ketika itu. Dia tahu dia harus kuat dan tabah menghadapi
ujian Allah itu. Kehidupan harus diteruskan dan amalan harus ditingkatkan
bukannya mengalah dan terus-terusan menyalahkan sesiapa pun termasuk diri-Nya.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang Dia uji kepada hamba-Nya. Dia yakin
itu!
Seketika
kemudian kereta tadi memasuki lorong sebelah kanan dan kereta itu
memperlahankan pecutannya dan tindakan itu menyebabkan kereta Mila hampir
setentang dengan keretanya. Mila yang masih lagi bengkak hatinya dengan
tindakan tidak beradab pemandunya tadi sengaja memerhatikan kenderaan tersebut
untuk melihat gerangan pemandunya. Pucuk dicita ulam mendatang, cermin tingkap
kereta yang sedikit gelap tersebut mula diturunkan dan terpancul wajah Nizam
yang melambai tangan kepadanya sambil tersenyum. Fendi yang memandu kenderaan
tersebut turut tersenyum kepadanya. Melihatkan wajah mereka, Jamilah turut mahu
membuka tingkapnya namun dihalang oleh Umairah.
"Biarkan jer la, Jamilah. Nanti kalau ko
layan lagi menjadi pulak mamat-mamat tu." Jamilah hanya menurut kerana
kasihan dengan keletihan yang terpancar pada wajah Umairah itu.
"Jadi ker nak gi makan ni? Aku tengok ko
semakin pucat ni. Kita balik terus jer la, ye?" Jamilah sempat menjeling
melihat keadaan Umairah.
"Tak pe la. Aku tak nak dape tahu kat mana
rumah aku. Kita gi Restoran Wangian Kasih jer la." Umairah menjawab lemah.
"Sape yang ko cakapkan ni? Sape yang nak
tahu umah ko ni? Ko merepek kea pa ni?" Jamilah yang keliru dengan
kata-kata Umairah sebentar tadi bertanya kerisauan.
"Aku tak merepek la. Cuba ko tengok ke
belakang. Kan Nizam dan Fendi tengah follow
kita ni." Demi mendengarkan kata-kata Umairah itu, Jamilah segera
memandang cermin pandang belakangnya dan mendapati memang kereta Fendi ada di
belakangnya ketika itu.
"Ishhh! Apa yang mamat-mamat ni nak
sebenarnya? Follow orang pulak. Nak
kena 'bancuh' dengan aku kot dape ni." Jamilah tak puas hati.
"Biarkan dape. Kita gi jer restoran auntie. Nanti lepas makan kita cubalah
larikan diri daripada dape."
"Kalau susah sangat nanti kita minta bantuan
auntie Niza dan pekerja-pekerjanya untuk tolong nanti. Aku ada satu idea yang
bagus punya."
"Idea apa tu, Mila?"
"Kita letak julap dalam air dape nanti. Biar
dape mengulang ke tandas jer. Jadi tak dapat la mereka nak ikut kita lagi.
Amacam?"
"Bagus la tu. Lepas tu dape saman Restoran
Wangian Kasih atas keracunan makanan yang berpunca daripada julap ko tu. Sape
yang dapat nama, auntie ko juga kan."
"Ye tak ye juga, kan. Tak terfikir sampai
macam tu pulak aku. Abis tu macam mana?"
"Tak pe. Lepas makan kita buat-buat gi
tandas lepas tu kita pun menyusup keluar la daripada tandas. Setahu aku tandas
kat sini ada dua pintu kan. Pintu dari dalam restoran dan di luar restoran.
Bolehlah ko asah bakat berlakon ko yang dah karat tu." Umairah tersenyum
mengusik.
"Betul gak tu. Tak sangka aku kawan aku ni
pandai gak nak karang cete." Jamilah pula mengusik. Mereka masing-masing
ketawa kecil dengan usikan mereka itu. Jamilah meneruskan perjalanan menuju ke
Restoran Wangian Kasih.
Sepertimana
yang dijangka oleh Umairah, Nizam dan Fendi memang benar-benar mengekori
mereka. Sebaik Umairah dan Jamilah mengambil tempat dalam restoran tersebut,
Nizam dan Fendi mula menghampiri mereka dengan senyuman meleret.
"Boleh kami join korang lunch?"
Mula bertanya.
"Eh! Korang pun datang makan kat sini ker.
Tak sangka pula." Jamilah buat-buat terkejut dengan kehadiran
jejaka-jejaka tersebut. Nizam dan Fendi hanya tersenyum mendengar kata-kata
Jamilah.
"Duduklah. Kebetulan hari saya nak belanja
Jamilah makan. Saya belanja korang sekali la kalau macam tu. Makan ramai-ramai
bertambah sedap makanan jadinya." Umairah segera mempelawa mereka.
Seketika kemudian pemuda pelayan datang bertanyakan menu yang ingin dipesan
oleh mereka. Setelah masing-masing memesan makanan yang diingini, Jamilah bertanya
kepada pelayan tersebut.
"Abang, auntie Niza ada tak?"
"Dia dah keluar tadi. Mungkin sekejap lagi
dia balik la. Biasanya masa-masa macam ni dia akan sampai semula. Cik tunggulah
sekejap." Pemuda tersebut menjawab dengan senyuman yang manis.
"Oh! Okey. Terima kasih." Jamilah turut
membalas senyuman pemuda tersebut. Setelah pemuda itu berlalu, Fendi mula
bersuara.
"Auntie Niza tu pemilik restoran ni ker?
Auntie awak ke?"
"A'ah auntie saya tetapi bukan pemilik
restoran ni. Pemilik restoran ni anaknya. Auntie Niza jaga buat sementara waktu
sebab anaknya ada hal lain." Jamilah malas menjelaskan perkara sebenar
kerana bimbang Saifuddin tidak suka. Dia faham benar yang abang sepupunya itu
tidak suka dimegah-megah tentang hal-hal seperti itu. Fendi hanya menganggukkan
kepala dengan penjelasan Jamilah. Nizam pula leka memandang Umairah yang asyik
melihat ikan koi di kolam berhampiran.
Sementara itu, di tempat letak kenderaan Restoran
Wangian Kasih, Haniza yang baru tiba keluar daripada kereta Honda City hitam
yang dipandunya tadi. Beberapa langkah di terlihatkan Saifuddin yang masih
berada di dalam kereta BMW 125i Sport putih. Dia segera menghampiri kereta anaknya itu dan
mengetuk cermin tingkap tersebut. Saifuddin yang leka memandang pintu
restorannya itu mula tersedar dan segeramenurunkan cermin tingkap keretanya
itu.
"Tak nak masuk ke dalam ker? Dok
tenung restoran tu jer dari jauh, kenapa? Ada yang tak kena ker?" Haniza
bertanya sambil berkalih memandang ke arah pintu utama restoran berkenaan.
"Nak masuk la ni. Mama daripada
mana ni?" Saifuddin segera bertanya bagi mengalihkan pertanyaan ibunya
tadi.
"Mama dari rumah. Temankan papa lunch kat rumah. Ha! Kamu ni dah lunch ker belum?"
"Belum. Cadang nak lunch kat sini la."
"Bagus. Kerja-kerja juga makan
jangan lupa pula. Nanti sakit kamu datang susah semua orang." Haniza
tersenyum tawar.
"Mama janganlah risau.
Insya-Allah, Din akan jaga kesihatan diri."
"Bagus. Dah, jom masuk."
Mereka mula beriringan berjalan menuju ke restoran tersebut. Setelah memasuki
restoran tersebut, Haniza mula memerhatikan ke arah sekeliling restorannya.
Kebiasaan yang sering dilakukan untuk melihat keadaan pengunjung restoran
tersebut ketika itu. Ingin melihat kadar pengunjung restoran itu tengah hari
tersebut. Matanya tertacap ke arah Umairah dan Jamilah di sebuah meja makan.
"Ha! Umairah dan Mila datang tu.
Jom kita ke sana." Haniza mengkhabarkan kepada anaknya. Saifuddin segera
memandang ke arah yang dimaksudkan ibunya itu. Dia terlihat Nizam dan seorang lagi
jejaka duduk bertentangan Umairah dan Jamilah. Langkah diteruskan mengikuti
jejak ibunya ke meja yang dikatakan itu.
"Assalammualaikum. Umairah, Mila
apa khabar? Dah lama ker sampai?" Haniza memulakan perbualan. Semua yang
ada di meja tersebut menjawab salam yang diberikan itu.
"Alhamdulillah, sihat auntie. Dah sampai pun. Lama kami tunggu
tadi. Encik Saifuddin pun ada." Jamilah terlebih dahulu menjawab sambil
bersalaman dengan Haniza diikuti oleh Umairah. Haniza yang faham dengan lagak
Jamilah dan Saifuddin hanya membiarkan mereka membahasakan diri mereka seperti
itu. Nizam dan Fendi yang terlihatkan Saifuddin segera bangun bersalaman
dengannya.
"La ye ker. Ada hal pe nak jumpa
auntie ni?" Haniza ingin tahu.
"Ni ha! Umairah, nak belanja auntie sempena hari pertama dia kerja
kat hotel tu." Jamilah terus menjawab.
"Betul ker ni, Umairah?"
Haniza inginkan kepastian daripada Umairah. Umairah yang terkunci lidahnya
setelah terlihatkan Saifudddin segera menjawab pertanyaan tersebut.
"A'ah. Tu yang datang sini
ni." Terasa payah untuk mengeluarkan kata-kata ketika itu.
"Kalau Umairah bagitahu
awal-awal tadi dapat la auntie join.
Auntie baru lepas lunch dengan uncle kat rumah tadi. Tapi tak pe, biar
Saifuddin yang gantikan tempat auntie.
Dia belum makan lagi. Boleh?"
“Tak pelah, saya makan di sana
sahaja.” Saifuddin cuba menolak.
“Eh! Kenapa pulak? Bukannya tak biasa
dengan mereka ni kan. Mereka ni kan staf Hotel Teduhan Kasih, gak.” Haniza
bertanya kehairanan.
“Saya tak mahu menganggu mereka.
Mungkin mereka ada hal yang nak dibincangkan sesama mereka.” Saifuddin
menjelaskan.
"Eh! Tak de la. Kami pun
kebetulan sahaja bertembung dengan Nizam dan Fendi ni. Kalau Encik Saifuddin
tak kisah nak join dengan kami, join la. Boleh kan, Umairah?"
Jamilah pantas menyampuk.
"Boleh. Auntie pun join la sama.
Kalau tak nak makan yang berat-berat, pe kata makan dessert. Tak pun minum air ker?" Umairah masih ingin mempelawa
Haniza.
"Nak juga belanja auntie, ye. Kalau macam tu okey
la." Haniza tersenyum.
"Abang tolong ambik pesanan."
Jamilah pantas memanggil pelayan yang lalu berhampiran.
"Auntie nak order
apa?" Jamilah bertanya.
"Bagi auntie jus oren jer la. Kenyang sangat dah ni."
"Encik Saifuddin?" Jamilah
bertanya kepada Saifuddin.
"Bagi saya nasi ayam dan jus
oren." Saifuddin menjawab ringkas. Dia juga seperti Umairah, kekok dengan
keadaan mereka ketika itu.
"Emmm…. Tolong tambahkan strawberry trifle untuk lima orang
sekali, ye." Umairah tiba-tiba menyampuk.
"Baik cik. Itu saja ker?"
Pelayan bertanya.
"Tu jer. Terima kasih." Umairah
menjawab sambil tersenyum kepada pelayan tersebut. Setelah pelayan pergi,
Haniza yang terkejut dengan permintaan Umairah sebentar tadi mula bertanya.
"Macam mana Umairah tahu yang
strawberry trifle tu memang dessert yang paling sedap kat sini?"
"Oh! Ye ker. Saya order sebab
saya sukakannya. Ada sesiapa yang tak suka ker?" Umairah inginkan
kepastian. Tiada sesiapa yang membangkang.
"Sukakannya? Kebetulan, Din pun
sukakannya." Haniza tersenyum kepada Umairah. Umairah yang mendengarnya
hanya terdiam memandang wajah Haniza. Saifuddin pula buat-buat tidak ambil
pusing hal berkenaan. Jamilah yang faham akan perang perasaan Umairah mula
bersuara.
"Jom kita pindah ke meja sana
la. Kat sini tak muat untuk semua duduk." Semua setuju dan mula melangkah
ke arah meja yang dapat menempatkan dalam lapan orang itu. Setelah semua
mengambil tempat masing-masing, Nizam mula bersuara.
"Encik Saifuddin selalu ker
makan kat sini?"
"Selalu juga kalau teringin.
Kalau tidak saya makan makanan kat hotel atau rumah jer. Awak pula selalu ker
ke sini?" Saifuddin serius bertanya.
"Tak juga. Ni kali pertama saya
ker sini. Ikut dia orang ni tadi." Nizam tersenyum. Saifuddin diam
mendengar jawapan daripada Nizam. Seketika kemudian pesanan ringkas memasuki
telefon bimbit Saifuddin. Dia segera membaca pesanan ringkas yang diterimanya
daripada Jamilah.
Alhamdulillah abg ada kat sini. Nti
kami nk minta
tlg
dr abg. Tlg halang mamat dua org ni drpd mgekori
kami,
boleh? Umairah xnk dape tahu dia tggl kt mn. Please!
Dia membalas pesanan tersebut.
Ok. Hati-hati drive nnt.
Jamilah yang terlebih dahulu mematikan
bunyi telefon bimbitnya dan hanya menggunakan getaran segera membaca balasan
pesanan tersebut di bawah mejanya.
"Ni kawan-kawan Umairah ker?"
Haniza bertanya kepada Umairah.
"A'ah. Ni Nizam. Dia juga pembantu cef kat
hotel. Dan yang ni pula Fendi, kawan Nizam." Umairah menerangkan seringkas
mungkin.
"Oh! macam tu. Fendi kerja apa?" Haniza
cuba bertanya dengan Fendi.
"Saya pilot
jer, auntie." Fendi tersenyum
manis.
"Bagus la tu. Yang penting halal."
Haniza memuji. Fendi tersenyum. Seketika kemudian, makanan yang dipesan pun
tiba.
"Boleh tak Encik Saifuddin bacakan doa. Doa
selamat untuk Umairah sepanjang bekerja di hotel tu." Jamilah meminta
kepada Saifuddin. Umairah yang terkejut dengan permintaan mengejut Jamilah itu
mula menyentuh lengan Jamilah yang berada di bawah meja. Meminta pengertiannya
akan kesegannya ketika itu.
"Eh! Silap untuk kita semua yang bekerja di
sana." Jamilah membetulkan kata-katanya setelah dia menyedari akan ketidak
selesaan Umairah itu.
"Baiklah saya bacakan. Tapi saya bacakan
dalam Bahasa Melayu, ye." Saifuddin memberitahu.
"Tak pe, janji doa juga." Jamilah
tersenyum riang. Saifuddin mula membaca doa berselang seli antara Bahasa Arab
dan Bahasa Melayu. Akhirnya disudahi dengan doa makan. Jamilah tersenyum
bermakna kepada Nizam dan Fendi. Nizam dan Fendi yang tahu akan ada makna
disebalik senyuman Jamilah hanya mampu memandang antara satu sama lain. Mereka tahu kini, mereka tidak setanding dengan
Saifuddin dalam beberapa aspek terutamanya bab agama.
"Semua jemput makan, ye. Makan
kenyang-kenyang. Kalau tak cukup order
lagi." Umairah mempelawa.
"Amboi betul ker ni? Banyaknya duit
ko?" Jamilah bertanya.
"Insya-Allah cukup. Sekali-sekala belanja
kawan-kawan. Lain kali ko pulak yang belanja." Umairah tersenyum mengusik.
"Aku no
hal bila-bila pun boleh." Jamilah turut tersenyum.
"Kalau nak belanja jangan lupa panggil saya
sekali ye. Rezeki jangan ditolak. Betul tak?" Fendi menyampuk. Semua tersenyum
mendengar celahan Fendi kecuali Saifuddin yang memandang serius wajah Fendi.
Semua kembali menikmati hidangan masing-masing sehingga seorang pelayan datang
menghampiri mereka.
"Puan, ada panggilan telefon untuk
puan."
"Baik." Haniza membalas. Setelah
pelayan tersebut melangkah meninggalkan meja tersebut, Haniza meminta diri
daripada mereka semua.
"Semua sambung makan, ye. Auntie masuk ke dalam jawap telefon
dulu. Lain kali kita jumpa lagi. Assalammualaikum." Semua menjawab salam
dan kembali meneruskan suapan. Setelah selesai makan makanan pemanis, Umairah
mula mencuit peha Jamilah. Memberi isyarat akan masanya telah tiba untuk menjalankan
misi mereka iaitu melarikan diri daripada Nizam dan Fendi. Jamilah yang
memahami mula bersuara.
"Excuse
me, saya nak ke tandas kejap."
"Aku ikut." Umairah pantas mencelah.
Mereka kemudian sama-sama pergi ke tandas. Dalam perjalanan tersebut, Umairah
sempat menghulurkan duit seratus ringgit kepada pelayan wanita yang kebetulan
lalu ditepinya. Bayaran untuk makanan mereka tadi.
“Keep the
change.” Umairah sempat memberitahu. Pelayan yang faham maksud Umairah
mengambil bayaran tersebut dan berlalu ke kaunter bayaran.
Sementara itu di meja makan, Saifuddin mula
bersuara untuk bersembang dengan dua pemuda disebelahnya itu.
"Macam mana makanan kat sini? Sedap
ker?"
"Boleh tahan. Patut la ramai
pengunjungnya." Nizam memberi pendapat.
"Lepas ni bolehlah kita lepak kat sini
selalu." Fendi pula meyampuk.
"Alhamdulillah. Baguslah kalau macam tu.
Jangan lupa ajak rakan-rakan yang lain." Saifuddin masih lagi dengan wajah
seriusnya. Belum sempat Nizam bersuara, bertanya, Saifuddin lebih dahulu
bersuara.
"Saya nak ke tandas sebentar, ye."
Saifuddin pantas ke tandas lelaki. Dia bukannya ingin membuang sebaliknya terus
membuka pintu keluar yang menghala ke arah luar untuk melihat Umairah dan
Jamilah. Mujur mereka baru sahaja memasuki kereta Jamilah. Dia benar-benar
bimbang mengetahui keadaan Umairah dan Jamilah yang diekori oleh Nizam dan
Fendi itu.
"Ko tengok tu, betapa ambik beratnya Abang
Din dengan ko. Sampai sanggup tengok kita keluar dengan selamat. Itu pun ko tak
percaya lagi cakap aku yang Abang Din dah jatuh hati dengan ko." Jamilah
memaklumkan kepada Umairah. Umairah yang mendengar kata-kata Jamilah mula
memandang Saifuddin daripada kejauhan itu sebelum membalas.
"Dia risaukan ko, adik sedaranya ni. Kalau
apa-apa jadi kat ko masa drive
daripada restoran dia ni, dia juga yang terpaksa menjawab dengan parents ko, kan. Itulah sebabnya."
"Ko ni kan, ada jer dalihnya. Tak pe kalau
ko tak percaya. Satu hari aku akan cuba tunjukkan kepada ko betapa Abang Din tu
sebenarnya sukakan ko. Bukan setakat suka tapi dah sayang kat ko." Jamilah
tersenyum. Umairah malas untuk membalas kata-kata Jamilah dan hanya mendiamkan
diri. Setelah kereta Jamilah bergerak dan berlalu di hadapan Saifuddin, Umairah
hanya mampu memandang seketika wajah keruh Saifuddin sebelum kembali memandang
hadapan semula.
4 comments:
x sbr nk tunggu next chapter.. :)
Salam....
Alhamdulillah ada juga peminat cete ni.. tq sgt... ingatkan cete ni tak menarik... huhuhu...
Insya-Allah akan cuba usaha utk mmpercepatknnya... hrp xbosan mnuggu...
tq again...
most welcome, sy suka sb ada kelainan daripada cete yg sy baca sblum ni.. insha Allah sy jd penunggu setia cete ni :)
Salam...
tq sudi tggu...
hrp sudi tggu cete2 sy yg lain juga..
hihihi...
;-P
Post a Comment