BAB
28 : Awek Danial?!
P
|
agi
itu Danial telah mengajak Shiva sarapan pagi bersamanya di sebuah restoran
Salem Kari Kepala Ikan yang terdapat di Jalan Yang Kelsom, Ipoh bagi
membincangkan perkara berkenaan Aathifah dan Tuan Hassan.
“Yo bro! Lama tak jumpe. Pe cete
sekarang?“ Shiva menegur sambil menepuk mesra bahu Danial.
“Hai! Bro. Ye dah lama kite tak
jumpe. Nasib baik terserempak dengan Jason ari tu. Dia yang bagi aku nombor phone ko ni.“ Danial segera menghulurkan
tangannya bersalam dengan Shiva.
“Ye ke! So, mana dia? Ko tak ajak dia sekali ker?“ Shiva mula melabuhkan
punggungnya di kerusi di hadapan Danial.
“Dia ada hal sikit tak dapat nak join. Ko nak order pe?“ Danial tersenyum.
“Aku dah order capati ngan teh tarik tadi kat mamat tu.“ Shiva menunjukkan
pekerja restoran yang dimaksudkannya.
“Aku dengar ko dah kahwin. Tahniah
la. Berapa orang anak dah?“ Danial mula berbicara hal peribadi.
“A’ah. Aku kahwin ngan sepupu jauh
aku. Sekarang anak baru seorang. Dah dua tahun pun umurnya. Ko lak macam mana?“
Shiva tersenyum-senyum sumbing memandang muka bersih Danial.
“Aku macam ni la, single lagi. Tak de yang sudi nak kahwin
ngan aku.“ Danial cuba bergurau dengan Shiva.
“Ye ke tak de yang sudi? Ke ko
memilih sangat. Tak pun ko masih tunggu budak pipi merah dalam bas tu?“ Shiva
tersengih mempamerkan barisan giginya yang putih.
“Eh! Ko ingat lagi pasal tu ye.
Aathifah namanya. Mungkin belum jodoh aku lagi.“ Danial mula mengendurkan
suaranya. Pilu hatinya bila memikirkan hal berkenaan Aathifah.
“Ko ingat lagi namanya? Nampaknya ko
memang minat giler kat dia ye. So dah jumpe ke belum ngan dia?“
“Dah, baru beberapa bulan ni
berjumpe semula. Aku nak jumpe ko pun sebab nak minta tolong ko sikit pasal hal
Aathifah ni la.“ Nada suara Danial semakin mengendur.
“Eh! Pe cete ni? Ko okey ke ni? Pe yang
ko nak minta aku tolong ni?“ Baru sahaja Danial ingin berbicara pelayan datang
menghantar pesanan makanan Shiva. Dua keping capati dan segelas teh tarik
terhidang di hadapan Shiva. Setelah pelayan berlalu, Shiva mula meneguk sedikit
airnya dan mula makan capatinya.
“So
pe cete?“ Shiva yang terlebih dahulu bersuara.
“Aku nak minta tolong ko siasat
pasal kehilangan Aathifah dan kes kematian bapanya Tuan Hassan.“ Danial
memandang Shiva penuh pengharapan. Shiva yang mendengar perkara itu terus
memberhentikan suapannya.
“Eh! Ko biar betul. Macam mana dia
boleh hilang lak ni? Ko nak cakap yang dia kene culik ke?“ Danial tahu pasti
Shiva keliru dengan kejadian yang berlaku.
“Aku pun tak pasti sama ada dia kene
culik ke tak tapi dah dua hari dia menghilangkan diri sampai sekarang tak dapat
dihubungi. Telefonnya pun tak dapat nak dihubungi. Aku dah cuba cari kat
hospital-hospital kot-kot dia ada didaftarkan masuk sebagai pesakit tapi tak
de. Ni pun aku ingat nak gi bilik mayat kat Hospital Batu Gajah tengok kot-kot
ada mayatnya kat sana.“ Danial serius berbicara.
“Ko biar betul? Tak kan sampai bilik
mayat. Kenapa sampai macam tu sekali?“ Shiva nyata terkejut.
“Aku pun tak pikir sampai macam tu
tapi semalam ada pakcik driver van
ambulans cakap kemungkinan Aathifah salah seorang mangsa kemalangan kat pekan
Batu Gajah yang tiada identiti ditemui. Berdasarkan moto yang digambarkan oleh
pakcik tu macam moto Aathifah.“ Danial merauk mukanya.
“Kalau macam tu. Lepas ni ko datang
balai aku buat report. Nanti kita
sembang lebih dalam lagi.“ Shiva memberikan pendapatnya.
“Okey. Nanti aku datang ngan adik
Aathifah jumpe ko. Ko makan la dulu.“ Danial mempelawa semula Shiva makan.
Shiva menganggukkan kepalanya dan menyambung semula sarapanya. Danial juga
ingin segera menyudahkan sarapanya supaya dia dapat menjemput Aiman dan
sama-sama membuat laporan kehilangan Aathifah dibalai polis tempat Shiva
bekerja.
Setelah
membuat laporan tentang kehilangan Aathifah, Danial dan Aiman pergi ke Pekan
Batu Gajah bagi mencari motosikal skuter Aathifah. Namun kelibat motosikal
Aathifah itu langsung tidak dapat dijejaki walaupun ada sebuah motosikal di
tepi jalan, kemungkinan berada bersebelahan dengan salah satu tapak kemalangan.
Namun ternyata itu bukannya motosikal Aathifah. Selain itu, yang ada hanya
sekadar kesan berlakunya kemalangan dengan serpihan-serpihan kemalangan yang
tertinggal.
"Abis tu macam mana ni, abang?
Pe yang kita patut buat lagi? Mana kita nak cari Kak Long lagi ni?" Aiman
berterusan bertanya dengan wajah yang penuh kerisauan.
"Entah la abang pun tak tahu
kat mana lagi yang kita patut cari. Mungkin kita patut serahkan perkara ni
kepada pihak yang berkuasa sahaja. Mereka lebih pakar dalam hal-hal seperti ni.
Kita berdoa sahaja semoga Aathifah selamat dan pencarian ni akan segera
berakhir." Hanya itu yang mampu diperkatakan oleh Danial.
"Ye la. Abang pun dah banyak
abiskan masa temankan Aiman mencari Kak Long sampai berhari-hari tak masuk
pejabat. Nasib baik syarikat sendiri, kalau macam Aiman ni, makan gaji memang
dah lama kena sound." Aiman cuba
bergurau.
"Alhamdulillah la juga pasal
tu. Tapi kerja-kerja pejabat tu pun bukan boleh harapkan kepada perkerja
sangat, kalau tak de yang pantau takut lain jadinya. Abang kalau bab-bab kerja
memang cerewet sikit. Mujur juga Aiman masih dalam waktu cuti bekerja ya. Kalau
tidak payah juga kan." Danial membalas.
"Alhamdulillah. Allah Maha
Perancang dan Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik buat kita. So sekarang kita nak gi mana ni?"
"Aiman ada nak singgah
mana-mana ker? Kalau tak de, abang ingat nak hantar Aiman dan nak masuk ke
pejabat."
"Tak de ke mana-mana. Saja
tanya tadi."
"Okey, kalau macam tu abang
hantar Aiman balik rumah. Kalau ada apa-apa berita tentang Aathifah jangan lupa
beritahu abang ye." Danial mengharap.
"Insya-Allah abang. Aiman harap
abang yang fikirkan sangat hal-hal ni. Aiman yakin, Insya-Allah Kak Long
selamat dan sedang berehat kat mana-mana sekarang ni. Mungkin dia perlukan
lebih ketenangan sekarang." Aiman cuba memujuk hati lara Danial.
"Insya-Allah. Harap-harapnya
macam tu la."
Mereka
sama-sama berharap hanya perkara-perkara yang baik berlaku kepada Aathifah
ketika ini. Yakin bahawa Allah sentiasa melindungi hamba-Nya yang satu itu.
Wanita
yang terbaring lesu di katil itu benar-benar menggugat kejantanan Badrul. Dari
mula berjumpa dengan wanita itu dia sudah terpegun dan tergoda. Badrul menelan
air liurnya tatkala melihat bibir merah jambu yang mungil itu. Matanya melurut
pula pada pipi kemerah-merahan wanita itu. Walaupun sedikit calar namun masih
tetap menawan dan ayu. Mata terus memandang sekujur tubuh langsing yang masih
berbaju kurung. Peluhnya mula menitis tatkala matanya tertumpu pada kaki wanita
itu yang putih gebu.
Hilang sudah segala pesanan bosnya
supaya tidak mengapa-apakan atau mendekati wanita itu. Badrul mula menapak
menghampiri wanita itu. Hidungnya menangkap bau minyak wangi wanita itu yang
masih bersisa baunya. Badrul benar-benar terpesona dengan kejelitaan wanita
yang terbaring tidak sedarkan diri itu. Walaupun tudung masih terlekat pada
kepalanya sudah sedikit senget-benget, namun kejelitaannya tetap terselah.
Tiba-tiba wanita itu mengerang
kesakitan. Badrul memerhatikan dengan penuh ghairah bibir mungil yang bergerak sedikit tadi. Seruan
syaitan durjana mula menguasai dirinya. Tangannya mula dihulurkan untuk
menyentuh bibir munggil tersebut. Wanita itu mula merengek kecil mungkin kerana
kesakitan yang mula terasa pada setiap luka-luka yang terdapat pada badannya
itu.
Gelodak jiwanya kian memuncak sebaik
mendengar rengekan kecil wanita itu. Suara lembut merdu yang kedengaran
seumpama bisikan manis di pendengarannya begitu mengusik tangkai hatinya.
Badrul mula merapatkan mukanya ke muka wanita itu. Belum pun sempat bibirnya
mendarat pada bibir mungil itu, pintu bilik itu dikuak dengan kuat sekali.
Dentuman pintu yang berlaga dengan dinding bilik membuat Badrul memandang ke arah
bunyi itu dan sekali gus memberhentikan tindakan yang cuba dilakukannya
sebentar tadi.
“Ko nak buat pe tu, ha? Kan aku
cakap jangan usik pempuan tu.“ Badrul segera menjauhkan dirinya daripada wanita
yang terbaring lesu tersebut.
‘Alamak! Melepas aku. Kalau dari dua
hari lepas aku masuk kan selamat. Ni time
aku baru cuba nak masuk dah datang pulak. Macam tau-tau jer.‘ Badrul berbicara
di hatinya.
“Sorry
bos. Saya cuma nak dengar pempuan tu nak cakap pe? Dia macam nak minta air.“
Badrul cuba berdalih menyelamatkan diri daripada terkena penangan bosnya itu.
Takut dia akan dibelasah dan ditarik upahnya daripada kerja yang dilakukannya.
Dia bukan tak kenal dengan keganasan bosnya yang satu itu.
“Air? Pe ko tunggu lagi gi la ambik
air. Aku tak nak dia mati lak. Nanti lagi susah kite.“ Fadzlee bersuara tegas.
Kemudian dia menghampiri wanita itu untuk melihat dengan lebih dekat wanita
yang dikatakan kekasih Danial Yang itu. Dia nyata tersentak dengan wajah wanita
yang berada dihadapannya ketika itu.
“Aathifah! Pe ni? Aathifah ker
kekasih Danial? Aahh! Sial!“ Fadzlee menghentakkan genggaman tangan kanannya ke
kepala katil. Dia segera menekan nombor pada telefon bimbitnya. Dia perlu
segera menelefon May.
“May, pempuan ni ke yang you kate girlfriend Danial? Are you
sure?“ Fadzlee hanya mampu mendengar gelak ketawa May sambil mengiyakan
pertanyaanya tadi. Segera panggilan dimatikan demi mendengarkan kata-kata May
tadi.
“Damn!
Nasib baik aku tengok dulu. Sial ko May.“ Fadzlee tidak mampu menahan
kemarahannya ketika itu. Pantas tangannya melemparkan kerusi plastik yang
terdapat dalam bilik itu ke pintu bilik.
“Kenapa bos?“ Badrul yang segera
masuk dengan membawa segelas air kosong apabila terdengar bunyi bising di bilik
itu.
“Tak de apa-apa. Bak sini air tu.“
Fadzlee terus menyambut huluran air daripada Badrul. Fadzlee mula menghampiri
semula Aathifah. Dia membasahkan sedikit tapak tangan kanannya lalu menyapu
tangannya yang basah itu ke muka Aathifah. Aathifah mula bergerak-gerak sedikit
apabila terasa mukanya sejuk dan basah. Mata Aathifah berkelip-kelip ketika
cahaya mula memasuki ruangan mata yang ingin dibuka. Terasa silauan yang begitu
memeritkan anak matanya.
Setelah agak lama berkelip-kelip
baru dia dapat membuka matanya seluas-luasnya. Dia dapat melihat sekujur tubuh
lelaki sasa yang putih dengan rambut yang perang sedang duduk bersebelahannya.
Wajah keruh kerisauan lelaki itu diamatinya. Cuba mengingati gerangan lelaki
itu. Dia pandang pula lelaki berkulit hitam manis dan berambut ceracak di
belakang lelaki tersebut. Juga tidak kenalinya. Kepalanya mula berpinar-pinar.
Jari-jemarinya pantas memicit kedua-dua pelipisnya.
“Kenapa Aathifah. Aathifah sakit
kepala ker?“ Fadzlee yang kerisauan dengan keadaan Aathifah mula bertanya.
“Aathifah? Sape Aathifah? Awak ni
siapa? Awak kenal ker saya? Saya kat mana ni?“ Bertubi-tubi soalan yang ditanya
oleh Aathifah meresahkan lagi Fadzlee.
“Aathifah, tu kan nama Aathifah.
Aathifah tak ingat ke? Ni Uda la! Aathifah ingat tak?“Aathifah menggelengkan
kepalanya mendengarkan persoalan Fadzlee. Fadzlee mula mengusap-ngusap lembut
pipi Aathifah yang tercalar itu.
“Auch! Sakit“ Aathifah mengaduh
kesakitan dan menjarakkan sedikit mukanya daripada tangan Fadzlee.
“Sakit Aathifah. Sorry. Nah minum air ni. Tadi Aathifah
minta nak minum, kan?“ Fadzlee mula menghulurkan hujung permukaan gelas kepada
mulut Aathifah. Aathifah meneguk sedikit demi sedikit air kosong itu. Kehausan
yang dirasai mula lega setelah habis segelas air diminumnya.
“Alhamdulillah. Aathifah boleh
minum. Nanti Uda bagi makan lak ye. Aathifah nak makan pe? Nanti Uda belikan.“
Fadzlee cuba memancing selera Aathifah.
“Entah la. Saya tak de selera nak
makan lagi. Apa dah jadi kat saya ni?“ Aathifah mula membelek-belek dirinya.
“Aathifah tak de apa-apa cuma accident skit. Tapi tak pe nanti Uda
bawa jumpa doktor lagi. Nak pastikan keadaan Aathifah betul-betul okey.“
Fadzlee mula berpaling ke arah Badrul. Badrul yang mengerti dengan pandangan
Fadzlee mula menghampiri Fadzlee.
“Bad ko tolong belikan Aathifah ni
bubur nasi. Aku nak bagi dia makan. Lepas tu ko suruh Zain siapkan kerete, kita
bawa Aathifah gi jumpa doktor tengok keadaan dia ni. Aku rase dia ada masalah
ingatan sikit ni.“ Badrul menganggukkan kepala tanda faham dengan arahan yang
baru diterimanya. Baru Badrul ingin memusingkan badan dan bergerak melakukan
tugas yang baru diberikan, Fadzlee bersuara lagi.
“Nah ko ambik duit ni ko belikan dia
baju kurung sepasang. Beli saiz 42. Belikan dia tudung sekali.“ Fadzlee yang
sudah biasa dengan keadaan Aathifah dengan lancar memberitahu saiz baju yang
biasa Aathifah pakai.
"Tapi bos mana saya tahu nak
beli tudung tu.? Sekarang ni macam fesyen ada. Nak yang macam mana?"
Badrul bertanya dengan wajahnya yang keliru.
"Mintalah kat budak yang jual
tu tudung yang senang nak pakai dan beli yang labuh sikit, jangan yang pendek
sangat." Fadzlee bersuara lantang. Badrul menganggukkan kepalanya sebelum melangkah
pergi setelah mengambil duit yang dihulurkan oleh Fadzlee tadi.
Fadzlee memandang semula wajah lesu
Aathifah. Jelas terpancar kesengsaraan yang di tanggung olehnya.
“Aathifah tido la dulu ye. Nanti
kawan Uda dah belikan bubur nasi, Uda gerakkan Aathifah. Bolehlah Aathifah
makan nanti.“ Aathifah yang masih keletihan hanya mengikut sahaja kata-kata
Fadzlee dan mula memejamkan matanya. Di saat Aathifah mula lena, Fadzlee
memegang tangan kanan Aathifah dan menggengam mesra sambil mengusap lembut.
“Maafkan Uda ye Aathifah. Kalau Uda
jenguk Aathifah awal-awal boleh la Uda hantar Aathifah jumpe doktor awal. Kalau
la Uda selidik dulu betul-betul sape awek Danial yang May cakap, perkara ni tak
kan terjadi. Tapi kenapa mesti Aathifah yang menjadi awek Danial. Kenapa bukan
orang lain? Kenapa Aathifah? Aku pasti Aathifah bukan awek Danial. Dia ni bukan
jenis macam ni. Aku kenal Aathifah. Dia tak kan mudah jatuh cinta tambah dengan
Danial ni!“ Fadzlee bersuara perlahan. Tidak mahu mengganggu tidurnya Aathifah.
Fadzlee terus mengusap lembut tangan Aathifah penuh kasih sayang seorang bapa
saudara kepada anak saudara seperti mana yang sering dilakukan olehnya semasa
mereka masih kecil.