BAB 20 : Jadi
Rapat
D
|
eruman motosikal
Honda CBR 500R warna maroon di luar Restoran Nasi Ayam Periuk Besar yang memang
dinanti-nantikan oleh Danial akhirnya muncul. Seorang jejaka yang segak berbaju
t-shirt Nike hitam dan berseluar jeans hitam Levi’s menghampirinya.
‘Macam muka Stephen Fung. Yang
kakaknya pulak macam muka Suki Chui. Dape ni memang ada muka macam artis-artis
Hong Kong kot. Agak-agak rambut Aathifah perang sikit macam Aiman tak? Kalau
betul la mesti cantik gile Aathifah. Aduhs! Danial, Danial ko ni dah anggau
sampai nampak macam muka-muka artis ngan dia orang ni apasal? Stop thinking of those things!‘ Monolog
Danial sambil mengeleng-ngelengkan kepala dan kemudian tersenyum.
“Pe yang Abang Danial ni
tersenyum-senyum tengok Aiman ni? Ada apa-apa yang lucu ke kat muka Aiman?“
Aiman yang mula menghampiri meja yang dihuni Danial bertanya.
“Tak de yang lucu pun. Saja tengok
Aiman ni segak sangat. Pakai yang simple macam ni pun masih segak. Dah ade awek
ke blum ni?“ Danial cuba berdalih.
“Segak? Saje jer Abang Danial ni nak
usik Aiman kan. Abang Danial tu yang handsome
macam pelakon Korea kata kite lak. Awek? Kalau nak minta Abang Danial
tolong cari boleh? Aiman ni tak pandai nak ngorat la. Malu ngan pempuan.“ Muka
Aiman sedikit kemerahan.
“Malu? Biar betek! Tak kan macho
macam ni pemalu lak. Ke Aiman memilih sangat.“ Danial cuba menguji.
“Tak memilih la abang. Memang tak
pandai mengorat. Abang Danial tolong ajar la. Nanti boleh la Aiman cuba
pratikkan.“ Aiman masih lagi tersenyum-senyum malu.
“Nak tolong ajar? Abang nak mengorat
Kak Aathifah tu pun tak lepas-lepas, ni lak nak tolong ajar. Boleh la tolong
ajar, tapi lepas dapat Kak Long Aiman tu nanti. Boleh?“ Masing-masing tergelak
mendengar kata-kata Danial. Danial tidak berselindung dengan Aiman kerana dia
sudah mengetahui isi hatinya terhadap Aathifah semuanya gara-gara tindakan
Aathifah yang ingin memulangkan semula hadiah baju kurung pemberiannya dahulu.
Aiman yang simpati dengannya dan ingin memohom maaf bagi pihak Aathifah telah
berjumpanya secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Aathifah.
Danial teringat semula memori detik
tersebut. Danila yang cuba melupakan tindakan Aathifah yang tidak dijangka itu
tidak terus pulang malam itu, sebaliknya dia membuang masanya melepak di
Restoran Nasi Ayam Periuk Besar yang ada berhampiran Tesco ini. Sedang dia
melayan perasaan yang lara, dia dikejutkan dengan sentuhan mesra dibahunya. Dia
mendongak dan dia terpandangkan wajah manis dengan lesung pipit di pipi kanan
Aiman.
“Abang Danial, seorang jer ke? Aiman
ganggu abang ker? Boleh Aiman nak join abang?“
“Ha?! Boleh duduk la. Aiman nak order pe?“ Belum sempat tangannya
mengangkat untuk memanggil pelayan Aiman telah bersuara.
“Tak pe Aiman dah pesan minuman kat
depan tadi. Masa nak lik tadi Aiman nampak abang masuk sini. Tu yang datang lik
sini lepas lik rumah. Saja cuba nasib. Tak sangka abang masih ada kat sini.“
Aiman sopan berbicara.
“Oh ye ke. Tak sangka Aiman perasan
lak abang kat sini.“ Danial berbicara lemah.
“Abang Danial, Aiman nak cakap sikit
ngan abang leh?“ Danial dapat melihat wajah Aiman yang sedikit muram.
“Cakap la. Tak payah nak minta izin
pun. Aiman nak cakap pe?“ Danial berdebar-debar menanti butir bicara Aiman.
Seperti ada perkara berkenaan kejadian yang baru berlaku tadi.
“Aiman sebenarnya nak minta maaf
ngan Abang Danial atas apa yang dah Kak Long buat. Kak Long tu tak de niat nak
lukakan hati abang. Aiman tahu perasaan dia macam mana. Dulu dia tak macam tu,
dia dulu lembut orangnya dan mudah berkawan ngan semua orang. Sekarang dia jadi
keras, terlalu keras lepas apa yang berlaku ngan famili kita orang. Saya harap
abang jangan ambil hati ya. Abang ni suka kat Kak Long ke?“ Danial yang baru
meneguk air milo suamnya tersedak dengan pertanyaan Aiman yang tidak diduga.
“Ha? Apa Aiman tanya tadi?“ Sahaja
Danial buat-buat tidak dengar.
“Oh! Abang Danial suka la ni.
Buat-buat tanya lak. Abang dengar pe yang saya tanya kan? Kalau tak, tak de la
sampai tersedak tadi. Suka jer ke dah sampai tahap sayang ni?“ Aiman masih
mengutarakan soalan maut pada Danial. Danial dah tidak selesa. Danial menelan
air liur yang terasa pahit.
“Ha? Sayang?“ Danial tidak tahu apa
jawapan yang ingin dia katakannya kepada Aiman.
“Tergagap-gagap lagi. Sayang la tu,
kan?“ Aiman tersengih-sengih melihatnya. Danial terasa panas pula berada di
meja yang berada di bawah kipas itu.
“Baik abang cakap betul-betul. Saya
tak kan maafkan orang yang nak main-main kan perasaan kakak saya. Saya nampak
jer macam ni, kurus tapi saya pandai karate. Tak pasal-pasal lebam muka abang
saya kerjakan nanti.“ Danial terkedu dengan perubahan nada suara Aiman.
‘Mati aku macam ni. Pe aku nak jawab
ni. Salah jawab makan penangan la jawabnya.‘ Monolog Danial sendirian.
“Cakap la.“ Aiman mendesak. Danial
yang terkejut terlepas kata.
“Suka, sayang sangat kat Kak
Aathifah awak tu!“ Muka Danial kemerahan.
“Ha! Kan senang. Nak gertak baru nak
mengaku. Sorry abang Danial, Aiman
terpaksa cakap macam. Kalau tak abang tak nak terus-terang kan? Dengan muka
merah abang ni Aiman dah yakin abang memang ada hati dengan Kak Long. Tapi
abang kene usaha lebih sikit la. Kak Long tu bukan senang nak tackle.“
“Hai! Dah termenung. Ingatkan Kak
Long ker? Muka Aiman ni macam muka Kak Long ker sampai abang leh termenung
teringatkan Kak Long?“ Danial terkejut dengan segahan Aiman dan dia kembali
semula ke dunia realiti ketika ini.
“Tak la, teringatkan Aiman la. Tak
sangka kita leh rapat. Dah selalu sangat kite lepak sama-sama. Terima kasih la
sebab Aiman sudi nak jumpa ngan abang ni. Dah order ker?“ Danial bertanya bila
baru teringatkan pasal makanan.
“Dah tadi kat depan. Ada apa abang
nak jumpa Aiman ni? Macam ada hal penting jer.“ Danial mula berkira-kira adakah
dia layak untuk bertanya perkara itu dengan Aiman. Tapi hatinya tidak tenang
sekiranya tidak dirungkaikan persoalan itu.
“Macam mana nak tanya ye. Emm…“
“Abang ni suka beno gagap. Nak tanya
pe tanya je la. Malu-malu ni mesti ada benda yang nak tanya pasal Kak Long
kan?“ Danial tersengih-sengih melihat senyuman mengusik Aiman.
“Macam ni, pagi tadi masa abang nak
jumpa Kak Aathifah kat office dia,
abang nampak dia menangis. Nangis yang bukan sikit-sikit. Nampak muka pun macam
ada masalah besar. Abang nak tanya direct
ngan Kak Athifah segan. Tu yang nak tanya Aiman kalau-kalau Aiman tau apa-apa
ke. Kot Kak Aathifah ade cete kat Aiman.“ Danial cuba bertanya dengan tenang.
“Abang Danial kalau nak tau, Kak
Long tak kan cete ngan kita orang kalau dia ada apa-apa masalah. Dia jenis
macam tu, tak suka kita orang susah hati ngan masalah yang dia hadapi. Tapi
Aiman rasa Aiman tahu sebab apa Kak Long macam tu tadi.“ Danial terus sabar
menanti butir bicara Aiman yang seterusnya. Tidak mahu menyampuk.
“Pagi tadi Luqman, kawan Aiman ada call Aiman bagitahu yang Tuan Habib nak
jualkan semua sahamnya kat Dimensi. Luqman ada cakap Kak Long ada cuba pujuk
Tuan Habib jangan jual dulu tapi Tuan Habib tak dapat tunggu lama sebab dia nak
beli saham lain yang lebih untung. Tuan Habib dah tak yakin syarikat Dimensi
dapat bertahan ngan lebih lama sebab Ruwaidi tu banyak buat syarikat rugi. Kak
Long sebenarnya dah lama nak beli syer Tuan Habib tapi duit tak cukup lagi. Dah
lama Tuan Habib tu tunggu tapi ye la Aiman tak salahkan Tuan Habib sebab dia
pun tak kan nak tanggung rugi lama-lama kan. Nanti tak pasal-pasal dia hidup
macam kita orang. Mugkin sebab tu Kak Long menangis kot. Sebab dia rase
bersalah tak dapat nak selamatkan syarikat Abi lagi.“ Danial memandang wajah
sugul Aiman.
“Sebenarnya kami dah tak
mengharapkan Kak Long selamatkan syarikat tu pun. Kami tahu Ruwaidi akan buat
apa-apa cara nak dapatkan syer Tuan Habib tu. Cuma Tuan Habib jer yang tak nak
jual kat orang lain sebab nak cuba tolong Kak Long ngan kami dapat semula syer
tu. Abi pun tak pernah suruh Kak Long buat semua tu, Kak Long jer yang tak mahu
titik peluh Abi selama ini lenyap lagipun kenangan kami ngan syarikat tu banyak
sangat. Kenangan Kak Long ngan syarikat tu lagi banyak. Kenangan ngan
orang-orang tersayang.“ Aiman bertambah.
“Kenangan ngan orang-orang
tersayang? Pe maksud Aiman?“ Danial tersentap dengan kata-kata Aiman bertanya.
“Abang Danial, Aiman nak tanya Kak
Long ada cete tak pasal Abang Muaz?” Danial hanya mengagguk kepala. Aiman
terdiam agak lama.
“Aiman, kalau Aiman berat nak cete
tak pe abang paham. Bukan senang kita nak percaya orang luar tambah orang macam
abang ni yang baru Aiman kenal. Tapi percaya la abang memang sayang sangat kat
Kak Long Aiman dan kalau boleh abang tak nak dia menangis lagi. Kalau mampu
abang nak tolong dia selesaikan semua masalahnya. Abang bukan nak riak tapi
abang rasa abang dapat tolong selesaikan masalah Dimensi tu. Abang ada caranya
cuma abang nak tahu juga cete sebenarnya. Supaya tindakan abang ni betul.“
Danial cuba menerangkan niatnya pada Aiman. Danial dapat melihat wajah terkejut
Aiman.
“Abang ni sama macam Abang Muaz.
Sanggup berkorban untuk Kak Long. Aiman sebenarnya tak nak cete kat abang pasal
hal keluarga kami tapi sebab Aiman rasa abang memang ikhlas nak tolong Kak
Long, Aiman cete la mana yang Aiman tahu.“ Danial diam mendengar butir bicara
Aiman.
“Abang Muaz dulu pun susah nak pikat
Kak Long sebab Kak Long ni jenis yang tak mudah jatuh cinta. Sebab cinta yang
mendalam Abang Muaz dekat Kak Long dan demi nak selamatkan Dimensi sebelum
jatuh sekali lagi ke tangan Ruwaidi, Abang Muaz sanggup bagi syernya kat Kak
Long. Mulanya Kak Long tak nak terima sebab tak nak termakan budi tapi bila
tengok keikhlasan Abang Muaz yang tidak meminta sebarang balasan dari Kak Long
akhirnya hati Kak Long cair gak dan terima
Abang Muaz sebagai suami. Itupun lama gak dalam setengah tahun Abang Muaz
menunggu.“ Aiman tersenyum mengungkapkan kata-kata akhir itu.
“Umi pun tukar syer Umi kepada Kak
Long sebab nak bagi syer Kak Long melebihi syer Ruwaidi yang pada masa tu tiga puluh
lima percent. Alhamdulillah ngan cara
tu syer Kak Long jadi empat puluh percent
jadi Kak Long dapat semula Dimensi. Tapi setahun lebih lepas tu syer yang Kak
Long pulangkan semula kepada Abang Muaz jatuh ke tangan orang lain. Ini semua
sebab ada orang yang perangkap Abang Muaz yang menyebabkan Abang Muaz terlepas
syernya yang masa tu ada dua puluh percent.
Jadi bila dah jadi macam tu Ruwaidi la yang berkuasa balik.“ Aiman mengeluh
kecil.
“Dapat tahu tak sape yang perangkap
Abang Muaz? Syer tu dijual kat sape?“ Danial menyiasat.
“Entah la tak dapat nak tahu minah
mana yang cuba merosakkan rumah tangga Kak Long dan rampas syer Abang Muaz. Kak
Long cakap dia tak tahu tapi Aiman rasa Kak Long tahu siapa, cuma Kak Long tak
nak ungkit benda tu yang melibatkan arwah suaminya. Memang mula-mula kami sakit
hati dengan kecurangan Abang Muaz tapi bila Kak Long terangkan semua yang
terjadi kami pasrah menerimanya. Kami pasrah dengan kekhilafan Abang Muaz yang
hanya manusia biasa yang sentiasa buat silap.“ Danial semaikin keliru dengan
cerita yang didengar.
“Pe maksud Aiman ngan kecurangan
Abang Muaz?“ Danial perlukan penjelasan
“Maaf Abang kalau cete tu Aiman rasa
Aiman tak layak nak cakap. Mungkin abang patut tanya ngan Kak Long sendiri
nanti. Tapi yang Aiman boleh bagitahu sekarang syer tu dibeli oleh Alex Lim, businessman yang terkenal tu. Tapi
dengar cete dia dah bagi kat anaknya tapi Aiman tak tahu sapa namanya.“ Danial
terkesima mendengarkan nama itu. Danial mula mengangguk faham dan yakin dengan
tindakannya.
“Oh! Macam tu. Tak pe la nanti abang
tanya kat Kak Long, kalau dia sudi nak cete la kan.“ Danial tersenyum kelat.
Aiman tersenyum manis. Mereka terus menghabiskan makanan masing-masing dengan khusyuk.
Lapar dan sedap makanan ini!
5 comments:
Ok terus google Suki Chui dgn Stephen Fung. Hahaha..
Tgh best2 baca tgk2 dh habis. Panjang skit pls.. heheh ;)
Salam... sorry cete ni mmg rata2 dlm 6 hgg 8 muka surat jer.... klu aku mahu kerja bukan misi mmg 10 hgg 12 muka...
Sis, nice story. Sy br baca je, suka dgn cte ni.keep it up.
Slmt berpose sis. Nnt up lagi sambgn dia. xsabar nk tahu status athifah, btw nk tny, knp sis pilih nama Athifah ek. lain dr yg lain
Salam..... maaf semua krn lewat post entry baru..... biasalah bulan ramadhan.... hrp semua faham....
tq suhaila krn sudi bc n bg komen... rajin nti komen juga cete aku mahu kerja bukan misi... hihihihi...
semperna raya ni sy akan post byk sikit entry2 baru...harap semua terhibur....
selamat hari raya.... maaf zahir n batin.....
Opps!!! Lupa saya nak jawab soalan Suhaila.... saya pilih nama Aathifah sebab maksudnya belas kasih. Aathirah, harum; Aiman, Berkat atau Yang bertuah dan Adlina, keadilan kita.... Kadang2 nama kita akan mempengaruhi kehidupan kita. itulah maksud saya...
Post a Comment