Janji Tak Muncul
“S
|
aya akan sentiasa bersalah selagi
awak tak maafkan saya walaupun saya hari-hari memohon keampunan daripada Allah.
Please Umairah, saya harap sangat
awak dapat maafkan kesalahan saya. Kalau awak maafkan saya, saya janji saya
akan pergi jauh daripada pandangan awak. Awak tak kan jumpa saya lagi. Please Umairah saya merayu pada awak.“
Saifuddin tidak sedar dia sudah mengungkit peristiwa tempoh hari dan menyatakan
kekesalannya dengan wajah sayu sekali.
Namun bagi Umairah dia terkejut
dengan pernyataan Saifuddin yang ingin menjauhkan diri daripadanya. Dia tidak
menyangka Saifuddin akan mengambil tindakan itu hanya semata-mata kesalahan
yang bukan disengajakan oleh Saifuddin dan yang paling penting dia sebenarnya
turut sama bersalah dalam hal itu kerana membiarkan Saifuddin memeluknya selama
itu tempoh hari. Namun lidahnya kelu untuk berkata-kata walaupun hatinya
meronta-ronta ingin menyangkalnya.
Dalam Umairah berperang dengan
keinginan dirinya itu, Mahani dan anak-anaknya Maryam dan Niyaz sudah berada di
bilik tersebut.
“Assalammualaikum. Anak umi macam
mana ari ni?“ Mahani bersuara dengan senyuman terukir indah di bibirnya.
“Assalammualaikum, kak long.“
Kedua-dua adik Umairah juga serentak bersuara keriangan. Umairah dan Saifuddin
serentak menjawab salam.
“Siapa ni Umairah? Kawan ker?“ Mahani
bertanya inginkan kepastian apabila terlihat Saifuddin berada di situ.
“Hahh?! Ni bakal bos Umairah umi.
Encik Saifuddin kenalkan ini umi saya, Mahani Mansor dan adik-adik saya Maryam
dan Muhammad Niyaz.“ Kesemua ahli keluarga Umairah yang ada ketika itu
tersenyum manis memandang Saifuddin. Niyaz dengan sopan bersalam dengan Saifuddin.
Saifuddin membalas salam perkenalan itu dengan senyuman manis sebelum bersuara.
“Pe khabar, makcik?“
“Khabar baik. Terima kasih sebab sudi
datang melawat Umairah.“ Mahani bersuara lagi. Saifuddin kembali memandang jam
tangannya. Kemudian dia bersuara lagi.
“Makcik, Umairah, saya gerak dulu la.
Dah nak pukul dua. Semoga awak cepat sembuh. Assalammualaikum.“ Saifuddin mula
ingin bergerak.
“Eh! Dah nak balik dah.“ Mahani
bertanya dengan wajah sedikit kecewa.
“A’ah la abang. Cepatnya nak balik. Niyaz
baru nak berkenalan dengan abang.“ Niyaz pula bersuara menyatakan ketidak
puasannya.
“Niyaz abang tu kena balik kerja la“
Umairah pula cuba menerangkan keadaan Saifuddin.
“Alah! Baru ingat nak tengok
lama-lama Aaron Kwok Malaysia, dah nak balik pulak. Nanti datang lagi ye.“ Maryam
pula menyampuk. Saifuddin dan Umairah nyata terkejut mendengar kata-kata Maryam.
Aaron Kwok Malaysia! Namun Saifuddin segera membalas dengan senyuman.
“Insya-Allah lain kali abang datang
lagi. Abang nak gi solat dulu. Niyaz dah solat ker? Kalau belum boleh kita
pergi sama-sama.“
“Belum. Jom.“ Niyaz sudah mahu
bergerak.
“Assalammualaikum. Jaga diri ya Umairah.
Minta diri dulu makcik.“ Saifuddin juga bergerak. Mahani, Umairah dan Maryam
menjawab salamnya. Belum lagi jauh Saifuddin dan Niyaz melangkah dari katil
Umairah, Saifuddin terdengar suara Maryam berbicara.
“Eee! Tak sangka Kak Long ada kawan
macam muka pelakon kesukaan Kak Long, Aaron Kwok tu. Best giler.“
“Bukan kawan la. Bos Kak Long la. Dah
la jangan cakap macam tu lagi. Malu la kalau orang dengar. Macam tak pernah
jumpa orang jer lagak ko ni.“ Umairah cuba menegur kelakuan adiknya itu.
Saifuddin kini sedikit bersyukur kerana setidak-tidaknya muka dia merupakan
muka yang disukai oleh Umairah. Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana
mengurniakan dia muka yang hampir serupa dengan pelakon China Aaron Kwok itu.
Tersenyum girang hatinya ketika itu.
***************************************
Kini
sudah genap seminggu dari tarikh dia keluar daripada KPJ Specialist Hospital. Seperti yang diberitahu kepada Saifuddin
hari itu, Umairah sudah keluar daripada wad pesakit pada hari ketiga. Umairah
membaca semula pesanan ringkas terakhir antaranya dengan Saifuddin.
Salam En. Saifuddin. Tq sbb tolong mjelaskn bil
hospital sy.
X tahu mcmn sy nk balasnya. Bkenaan peristiwa tempoh
hr, sy dh maafkn en. Mcm yg en. katakn semuanya hy
salah
fhm jer. Sy trima MISI en. ari tu. Mggu dpn sy mula.
Wsalam.
Tqvm sudi maafkn sy. Mcm yg pernah sy
janji dulu sy akn cuba xmuncul dpn
mata awk. Tq
gak sudi tlg Abg Haq. Seperti kata
Mila awak
memang baik hati. Salam.
Sy rs en.
xperlu bt semua tu. Sy dh anggap semua tu mcm x
pernah
blaku. 0-0 mcm tu. Boleh?
Namun sehingga ke hari ini, pesanan
ringkasnya itu tidak berbalas. Dia tidak tahu mengapa Saifuddin perlu mengambil
tindakan sedemikian rupa.
‘Dia terasa hati dengan tindakan aku
dahulu ker? Ye la, aku kan keras kepala tak nak maafkan dia dulu. Tapi kan aku
dah maafkan dia. Habis tu kenapa dia nak asingkan diri sampai macam ni sekali.
Ah! Lantak la. Mungkin dia perlukan masa untuk semua ni kot.‘ Umairah
bermonolog sendirian. Umairah tidak mahu mengulas terus akan tindakan Saifuddin
dan hanya membiarkan perkara itu terjadi seperti yang dimahu oleh Saifuddin.
Menyerahkan seluruhnya kepada Yang Maha Kuasa.
Ya,
seperti yang telah dijanjikan, hari ini dia sudah mula menjalankan misinya itu.
Dan seperti yang telah dijanjikan oleh Saifuddin, dia tidak pernah munculkan
dirinya di hadapan Umairah malah menghantar pesanan ringkas pun dia tidak
pernah lagi sejak pesanan yang telah diterimanya itu. Umairah segera memasukkan
semula telefon bimbitnya ke dalam beg galasnya.
Hari
ini misi pertamanya bermula. Sebagai meraikan permulaan misinya itu, dia
meminta kebenaran Haniza dan Mak Mah untuk menyediakan sarapan pagi untuk seisi
keluarga itu, pagi itu. Dia menghadirkan dirinya seawal pukul tujuh setengah
pagi di Teratak Kasih tersebut. Bagi menjimatkan masa, dia menyediakan makanan
tersebut di rumahnya sebelum membawanya ke teratak tersebut. Kini sarapan
istimewanya pada pagi itu sudah terhidang di atas meja. Tersusun cantik Soto
Bihun, Bun Sosej, Kuih Seri Ayu dan Air Kopi.
“Wah! Nampak sedap jer menu pagi ni.
Kita ada pembantu baru ker sekarang ni? Mak Mah ke mana?“ Rafieq, suami Haniza
membuka bicara sebaik di sampai di meja makan.
“Mana ad pembantu baru la bang. Ni
pembantu yang akan tolong uruskan Haq yang masak sarapan pagi ni. Tapi untuk
pagi ni jer sebab dia nak raikan hari pertama di kerja kat sini. Nanti Niza kenalkan.
Umairah mari sekejap.“ Haniza bicara gembira. Umairah yang baru ingin
menyediakan sarapan untuk dibawa kepada Haq segera mendapatkan Haniza.
“Ada apa auntie. Ada yang tak kena ker dengan sarapan yang saya buat ni?“
Umairah sedikit cuak.
“Tak de la, semuanya nampak sedap jer
ni. Ni, auntie nak kenalkan dengan uncle. Korang belum kenal-kenal lagi
kan? So ni suami auntie, Uncle Rafieq. Bang ni Umairah. Dialah yang akan tolong kita
jagakan Haq. Comel tak?“ Haniza cuba mengusik Umairah.
“So
inilah gadis yang selalu Niza sebut dan yang selalu Haq nantikan. Patutlah
semua orang serba tak kena seminggu ni. Comel sangat budaknya. Molek jer pulak
tu. Lepas ni abang pulak la yang dok cari-cari dia.“ Rafieq tersenyum mengusik.
Haniza turut sama tersenyum.
‘Aikh! Biar betul uncle ni. Selamber dia jer cakap macam
tu depan isteri dia. Auntie pulak
tersenyum jer. Tak jealous ker dia?‘
Umairah yang terkejut dengan gurauan melampau Rafieq bermonoloq sendirian.
Namun mulut masih tersenyum kepada Rafieq dan menganggukkan kepala sedikit.
“Dah la bang, jangan sakat budak tu
macam tu sekali. Dia tak biasa lagi dengan usikan abang tu. Buatnya dia lari
payah pulak kita nak kejar. Dia ni macam burung merpati, datang dekat ditangkap
lari ni.“ Haniza cuba mengingatkan suaminya.
“Memang la kalau dia dah lari kita
tak dapat nak tangkap. Dia muda apa. Kita ni tua, lari setapak dua jer pun dah
termengah-mengah. Tak payah lari lain kali. Naik kereta jer. Kan lagi cepat
sampai.“ Rafieq ketawa kecil dengan lawak yang cuba dibuat. Haniza ikut sama
gelak. Umairah yang sudah menangkap akan situasi Rafieq yang suka bergurau
turut saja tersenyum dengan usikannya.
“Dah la bang. Umairah boleh tolong
panggil Mak Mah dan Pak Mail ke mari tak. Kita makan sama-sama. Lagi ramai lagi
meriah.“ Haniza kembali bersuara dengan senyuman masih terlekat di wajahnya.
“Nanti saya panggilkan.“ Umairah
segera berlalu mendapatkan Mak Mah. Setelah memberitahu Mak Mah akan jemputan
Haniza itu, dia menyambung kembali kerjanya yang tertangguh tadi. Baru beberapa
minit namanya di panggil lagi sekali. Dia segera mendapatkan Puan Haniza yang
berada di ruang makan.
“La budak bertuah ni. Maih la makan
sekali. Buat apa lagi kat dapur tu. Ada juadah lagi ker? “
“Tak la auntie. Saya tengah nak
siapkan sarapan untuk dibawa ke bilik Encik Haq. Semua makanlah dulu.“
“Dah tak payah, duduk jer kat sini
sarapan dulu. Haq tu tidur lagi. Kesan ubat agaknya, dia selalu bangun lewat.
Dah jom kita makan. Pak Mail tolong bacakan doa.“ Haniza segera memberitahu
Umairah akan keadaan Haq. Umairah yang tidak mahu bagaimana mahu menolak
permintaan Haniza segera mengambil tempat di sebelah Mak Mah. Setelah doa
ringkas dibaca oleh Pak Mail, semua menikmati hidangan yang tersedia.
“Ya Allah, sedapnya soto yang Umairah
masak ni. Nanti boleh la tolong ajarkan auntie
buatnya ye. Bang, sedap kan?“ Haniza memuji.
“Sedap sampai tak terkata. Ni yang
kalau boleh nak hari-hari ni. Kita tukar la kalau macam ni. Kak Mah jaga Haq,
Umairah pulak masak boleh?“ Rafieq masih lagi dengan mood mengusiknya. Semua yang ada tergelak.
“Abang ni buat Akak terasa jer la.“
Haniza menegur.
“Tak delah Niza. Akak tak rasa
apa-apalah. Tau sangat yang tuan ni suka mengusik.“ Mak Mah masih tersenyum.
“Auntie
ngan uncle ni puji lebih-lebih lak.
Masakan Umairah biasa-biasa jer. Rasanya masakan Encik Saifuddin lagi sedap
kot. Tapi kalau uncle dan auntie nak, boleh jer Umairah tolong Mak
Mah masak nanti.“ Umairah cuba membalas kata-kata mereka.
“Tak pe ker? Tak menyusahkan Umairah
ker nanti? Uncle saja mengusik jer
tadi. Tapi kalau dapat lagi bagus. Boleh la kita tukar selera sekali-sekala.“
Rafieq tersenyum lebar.
“Tak menyusahkan la uncle. Kebetulan saya pun ada kat sini
kan. Lagipun boleh la saya selalu asah bakat yang tak seberapa ni.“ Rafieq
tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.
“Ha! Becakap tentang Saifuddin, mana
dia ni Niza. Saya tak nampak dia dua tiga hari ni.“ Rafieq bertanya dengan
serius kali ini.
“Dua tiga hari ini dia sibuk sikit.
Semalam dia cakap dia tak larat nak balik, jadi dia tidur kat hotel jer. Ni
saya nak gi hantarkan baju kat dia la sebelum gi restoran. Oh ye! Umairah. Tak
pe kan kalau auntie tinggalkan Haq
dengan Umairah. Auntie rasa kalau
dengan Umairah, auntie tak payah nak
tunggu kot. Haq kalau dengan Umairah tak kan buat perangai. Auntie dah lama sangat tak masuk tengok
restoran. Auntie harap Umairah tak
kisah.“
“Tak pe auntie lagipum Mak Mah ada. Kalau apa-apa hal nanti Umairah minta
tolong la dekat Mak Mah.“
“Okey la kalau macam tu. Pak Mail
nanti lepas hantar suami saya gi main golf Pak Mail balik rumah dulu ye. Bukan
pe, nanti boleh Pak Mail tolong Umairah dan Mak Mah uruskan Haq. Tenaga
perempuan ngan lelaki tak sama. Takut pulak saya patah riuk pinggang anak dara
orang ni.“ Haniza sempat berpesan kepada pemandu suaminya.
“Baiklah, Puan.“ Laju sahaja Pak Mail
menganggukkan kepalanya. Semua kembali meneruskan juadah. Beberapa ketika
kemudian Haniza bersuara.
“Bang, Niza pergi dulu ye. Nanti
tertunggu-tunggu pulak anak abang kat hotel tu.“ Haniza sudah bangun dari
duduknya dan merapati suaminya untuk bersalam tangan.
“Niza, kejap. Akak nak bungkuskan
sarapan pagi ni kat Saifuddin. Semua yang Umairah masak ni kebetulan makanan
kegemaran dia. Walaupun dia tak de sekarang, sekurang-kurangnya dia boleh juga
merasa.“ Mak Mah segera bangun menuju ke dapur.
“Ye tak ye juga. Terlupa pulak saya.
Okey Umairah auntie pergi dulu.
Umairah makanlah temankan uncle yang belum
sudah lagi makannya tu. Sedap sangat la tu sampai tak nak berhenti makan lagi.“
Haniza tersenyum mengusik suaminya.
“Baiklah auntie. Bawa kereta elok-elok ye.“ Umairah sudah bangun dan
bersalaman dengan Haniza. Rafieq yang masih leka menikmati kuih Seri Ayu tidak
berkata sepatah pun dengan usikan isterinya itu.
*******************************************
Umairah
mula melangkah menghampiri Haq yang kini sudah berada di taman mini Teratak
Kasih tersebut. Alhamdulillah dengan bantuan Pak Mail, dia berjaya membawa Haq
turun dan seterusnya memberi peluang kepada Haq untuk kembali menikmati udara
pagi yang segar dan nyaman itu. Menurut kata Mak Mah, Haq tidak pernah lagi
keluar daripada biliknya sejak tunangnya memutuskan pertunangannya. Dia
benar-benar bersyukur kepada Yang Kuasa sebab dapat memujuknya keluar hari itu.
“Macam mana best kan pagi ni. Malam tadi hujan tu yang pagi ni lebih segar,
nyaman dan sejuk. Saya suka keluar pagi-pagi ke taman macam ni kalau malam
sebelumnya hujan. Rasa macam bumi kita ni bersih daripada segala kekotoran
akibat tangan manusia.“ Umairah tersenyum girang sambil meletakkan dua gelas
jus oren dan sedikit buah kurma di atas meja yang terdapat di taman tersebut.
Haq tersenyum sebelum mula bersuara.
“Awak cakap macam tu seolah-olah awak
cakap manusia ni berlaku kejam kepada dunia dan manusia sekitarnya pula.
Seolah-olah awak menentang pembangunan dan kemajuan yang manusia cipta kepada
generasi kini.“
“Bukan macam tu. Saya berasa bangga
juga bila kita terutama generasi Islam pandai dan bijak membangun dan memajukan
dunia ni tapi sesetengah tu lebih mendatangkan kesan yang buruk daripada kesan
baik. Tapi nak buat macam mana kan, setiap sesuatu yang berlaku pasti ada kesan
positif dan negatifnya. Macam gak segala kejadian yang berlaku kepada kehidupan
kita, pasti ada hikmahnya.“ Umairah tersenyum lagi.
“Saya rindu nak tengok senyuman awak
tu. Sehari tak tengok saya akan gelisah. Mulalah saya fikir yang bukan-bukan.“
Haq terdiam seketika sebelum menyambung semula kata-katanya. Umairah yang
sedikit terkesima dengan kata-kata Haq hanya diam membisu. Tidak mahu nanti
kata-katanya disalah erti atau melukakan hati Haq.
“Umairah, awak janji ye, jangan tinggalkan
saya. Saya harap sangat.“ Dengan wajah yang berat Umairah bersuara.
“Saya ni manusia biasa jer Haq, saya
tak mampu untuk berjanji sampai macam tu ngan awak. Sampai masa saya akan
kembali kepada-Nya. Tapi Insya-Allah selagi ada nyawa saya akan sentiasa menemani
awak, jadi sahabat awak.“ Umairah tersenyum tawar.
“Kenapa awak cakap macam tu? Awak ada
sembunyikan apa-apa ker dengan saya. Ha! Ari tu mama cakap awak masuk hospital,
jadi awak ada penyakit yang boleh ragut nyawa ker? Doktor cakap pe?“ Haq mula
berfikir yang bukan-bukan dan dia kalut mendengar kata-kata Umairah.
“Kita semua akan kembali kepada-Nya
Haq. Awak pun tahu itu kan. Cuma masanya sahaja yang kita tidak tahu bila. Kita
bernafas dan menikmati dunia ni hanya atas dasar pinjaman daripada-Nya sahaja.
Satu hari semua ni kita akan tinggalkan dan pulangkan semula kepada-Nya seperti
yang telah kita janjikan semasa di azali lagi.“ Umairah tersenyum raja sambil
memandang kolam ikan Koi yang berada jauh di hadapannya.
“Awak ni saya rasa memang rasa dah
tersalah pilih bidang la. Kali ni saya rasa awak patut jadi pakar motivasi tak
pun ustazah. Awak pandai berkata-kata. Yang paling penting awak pandai
mengambil hati saya. Kata-kata awak menyenangkan hati saya. Setiap kali
berjumpa awak, awak buat saya semakin suka ngan awak. Awak ikat saya ngan
kata-kata awak.“ Haq tersenyum simpul.
‘Dia ni memang direct jer orangnya, kan. Tak pernah nak selindung apa yang dirasa.
Tak pernah nak malu-malu nak menyatakan perasaannya. Tak sama langsung dengan
Saifuddin. Haaa! Sudah kenapa nak kaitkan dengan mamat hangin tu pulak? Aku ni
dah kenapa? Astagfirullahhalazim.‘ Umairah segera melarikan dirinya daripada
kata-kata hatinya sendiri.
“La, itu yang awak tangkap. Saya
ingat kata-kata saya akan menginsafkan awak dan mengembalikan awak mengingatkan
kepada-Nya Yang Maha Esa.“ Umairah cuba mengusik. Haq yang berasa lucu dengan
usikan Umairah mula bersuara.
“Jadinya saya ni dah tersalah anggap
la. Saya ni patut terasa malu ker ni?“
“Haq saya harap awak tak terasa
dengan apa yang saya nak katakan sekejap lagi. Saya rasa awak patut kembali
kepada kehidupan awak sebelum awak putus tunang dengan Akmal. Maksud saya….
emm…. Mak Mah ada bagitahu saya yang lepas awak putus tuning, awak jadi murung,
tak semangat, mengabaikan diri sendiri dan yang paling penting awak lupakan
tanggungjawab awak sebagai hamba-Nya. Saya tahu saya tak layak nak tegur awak,
sedangkan ilmu agama pun tak dalam mana tapi sebagai sesama Muslim saya rasa
terpanggil untuk mengingati awak di samping turut sama mengingatkan diri saya.
Saya harap awak terima teguran saya dengan hati yang terbuka.“ Umairah cuba
merendahkan nada suaranya. Haq merubah riak wajahnya dan mengalihkan
pandangannya jauh di hadapan kolam ikan tersebut.
“Semua tak faham perasaan saya
sekarang. Semua nampak keburukan saya sahaja.“ Haq serius.
“Kenapa awak cakap macm tu? Mereka
semua amil berat pasal awak sebab tu mereka nak awak kembali. Mereka tak nak
awak terus hanyut dan mengikut hasutan syaitan tu. Awak patut beruntung punya
keluarga yang sentiasa ingin mengingatkan awak. Kat luar sana, masih ada anak
muda yang keluarga mereka mengabaikan dan membiarkan sahaja anak mereka
terabai. Bukan sebab mereka tak sayangkan anak mereka tetapi mereka turut sama
hanyut dengan dunia fana dan hasutan syaitan. Kami buat semua ni bukan untuk
kebaikan kami tapi untuk kebaikan awak sendiri juga. Sebab yang akan bertemu
dan membela awak nanti hanyalah anggota badan dan amalan awak sendiri. Saya
pasti awak faham maksud saya.“ Umairah juga serius tapi dia menasihati dengan
lembut. Haq mendiamkan diri dan hanya mengeluh.
“Haq, boleh tak saya nak tahu macam
mana awak boleh lumpuh?“ Umairah cuba menukar topik supaya Haq kembali selesa
dan tidak terus dihantui dengan perasaannya ketika itu.
“Emm!... Awak masih tak tahu macam
mana saya boleh jadi macam ni ker? Saiful tak cerita ngan awak ker? Saya dengar
dia yang minta tolong awak jagakan saya ni.“ Haq kembali memandang wajah manis
itu. Umairah tersenyum sumbing sebelum membalas.
“Saya tak berkesempatan nak tanya.
Selalu terlupa nak tanya dengan Mak Mah dan auntie
gak. Saya rasa kalau dengar dari awak lagi bagus, tak de tokok tambah kan.“
“Saya lumpuh sebab keracunan makanan.
Lewat dibawa ke hospital. Entah macam mana makanan kat dalam rumah saya boleh
keracunan saya sendiri tak pasti. Saya duduk bujang kat rumah saya di Taman
Sejati masa kejadian. Mujur juga hari itu saya ada berjanji nak jumpa dengan
Saiful. Bila hampir dua jam dia tak dapat menghubungi saya dia pun mencari saya
dekat rumah.“ Haq bercerita dengan serius.
“Oh! Macam tu. Okey masa cit-cat dah
tamat. Sekarang jom kita buat exercise
supaya kaki awak boleh cepat sembuh.“ Umairah sudah bangun dan menghulurkan
tangannya. Haq tercengang dengan tindakan Umairah tersebut.
“Tak guna pun saya buat semua tu, saya
ni lumpuh kekal, Umairah. Dah jom sambung cit-cat tak payah nak bazirkan tenaga
awak tu.“ Haq tersenyum sumbing.
“Eh! Awak mana boleh cepat putus asa.
Itu cuma kata-kata doktor tapi dia hanya manusia biasa macam kita gak. Allah
yang lebih mengetahui. Awak boleh sembuh ke tak, kan di dalam pengetahuan-Nya.
Jadi kita kena harus sentiasa mencuba dan berdoa. Saya pun akan berdoa untuk
awak. Jom.“ Umairah masih memujuk.
“Awak ni memang pandai ambil hati
saya la. Okey awak dah sedia ker? Saya ni besar dari awak. Awak tak takut ker
nanti saya hempap awak?“ Haq sudah mengusik.
“Haah! Ye tak ye jugak. Kejap, awak
tunggu kat sini kejap nanti saya datang. Tunggu tau.“ Umairah segera masuk
semula ke dalam rumah. Haq tegelak kecil
dengan kekalutan Umairah. Seketika kemudian Umairah datang bersama dengan Pak
Mail dan Mak Mah.
“Okey jom. Tapi sebelum tu saya
urutkan kaki awak dulu bagi selesa. Kita cuba buat step by step. Tak boleh tergesa-gesa.“ Umairah yang sudah memakai disposable latex examination
glove mula mengurut lutut dan kaki Haq dengan meletakkan sedikit
minyak gamat dan minyak urut pada kaki Haq. Haq hanya tersenyum memerhatikan
tindakan Umairah. Pak Mail dan Mak Mah turut sama tersenyum.
“Mak Mah tau tak mana-mana tukang
urut yang handal. Nanti boleh la minta tukang urut tu tolong urutkan kaki Haq
ni. Saya ni bukan pandai pun. Ni pun urut-urut kosong jer. Entah betul ke
tidak.“ Umairah tersengih.
“La…. Mak Mah ingat Umairah pandai
tadi. Gaya macam pandai jer.“ Mak Mah nyata terkejut. Umairah sudah tergelak
kecil.
“Saja buat-buat pandai. Gaya, mutu,
keunggulan mesti ada baru ada keyakinan.“ Umairah kembali ketawa kecil.
“Nasib kamu la Haq. Pak Mail harap
jangan patah kaki kamu nanti, sudah.“ Pak Mail pula mengusik.
“Dia tak kan patahkan kaki saya Pak
Mail. Dia tu tahu, saja buat-buat tak tahu. Kan dia ada belajar Taekwando.“ Haq
cuba memberitahu.
“Tau la sikit-sikit, Pak Mail. Tapi
Mak Mah tolong ye carikan tukang urut. Kita kena ambil yang betul-betul pakar kalau
kita nak Haq cepat sembuh.“ Umairah kembali mengingatkan Mak Mah.
“Ye lah, nanti Mak Mak tolong carikan.
Umairah jangan risau, ye.“ Mak Mah tersenyum riang.
“Okey sekarang kita cuba bangun dulu.
Pak Mail tolong support Haq dari
belakang ye. Saya akan cuba pegang tagan dia ni.“ Umairah sudah memegang tangan
Haq. Pak Mail segera menghampiri. Mak Mah yang tadinya duduk di kerusi di taman
tersebut juga sudah bangun. Kerisauan mungkin.
“Okey Haq, kita cuba berdiri sekejap.
Kalau awak tak tahan awak duduk ye. Okey, satu dua tiga.“ Umairah sudah menarik
tangan Haq. Haq cuba sedaya upaya tapi tidak berdaya untuk bangun. Peluh dingin
mencurah di dahinya.
“Tak pe la Haq awak duduk. Ari ni
kita buat setakat tu dulu. Saya rasa awak kena urut lebih lama lagi baru kuat
sikit kaki tu. Jangan putus asa ye.“ Umairah tersenyum manis. Haq yang kepenatan
hanya menganggukkan kepalanya.
5 comments:
Salam... maaf kelewatan post episod ni... bz sikit... harap enjoy n jgn lupa tgglkan komen... ianya amat membantu saya kelak.. tq
Bagus watak Umairah ni. Seorang penyabar dan boleh dicontohi oleh muslimah. Suka dgn watak2 yg diketengahkan. Sgt baik peribadinya. ^__^
Enjoy baca ;)
Akak pun suka dengan watak Umairah tu...cerdik, cergas dan pandai membawa diri...nampaknya akan menjadi rebutan antara 2 beradik tu...siapakah yg akan beralah?
~k.min~
Salam... tq basyi n k.min... salam pkenaln bt k.min... perlukh salah seorg bralah? Hihihihi..... suspen x....ntikn ye.... jgn mare mgudik....
Mgudik.... aik pe tu... sorry typo... mgusik....
Post a Comment