Haninah
kelegaan apabila dia akhirnya dapat juga melabuhkan punggungnya setelah hampir
setengah jam dia terpaksa berdiri di dalam tren Komuter tersebut. Begitulah
rutinnya saban hari sepanjang hari bekerjanya iaitu dari hari Isnin sehingga
hari Sabtu yang terpaksa ditempuhinya dengan sabar sementelah dia bekerja di Bandar
Baru Bangi dan tinggal menumpang di rumah ibu saudaranya di Bandar Tasek
Selatan.
Seperti
kebiasaan juga dia akan sering membaca majalah Islamik bagi menghabiskan
waktunya sepanjang berada di dalam tren. Kali ini dia memilih untuk membaca
majalah Solusi yang masih belum habis dibacanya setelah dua hari dia
membelinya. Konsterasinya sedikit terganggu apabila dia terdengar ada
suara-suara sumbang yang kecoh membuat bising tanpa sedikitpun merasa malu atau
tersedar mereka sebenarnya telah mengganggu penumpang yang lain.
Haninah
dapat melihat dengan jelas empat orang pelajar lelaki yang masih berseluar
sekolah berwarna hijau tua walaupun baju mereka bukan lagi baju sekolah tetapi
diganti dengan baju T-shirt harian sedang asyik mengusik dua orang pelajar
perempuan. Kedudukan mereka yang berada berdekatan pintu masuk dan keluar tren
komuter ini dan kebetulan hanya lebih kurang dua meter jauhnya daripada Haninah
membuatkannya dapat melihat dan mendengar dengan jelas setiap perilaku dan
kata-kata usikan mereka terhadap dua orang pelajar perempuan itu.
"Alah,
boleh la bagi nombor telefon. Bukannya nak apa pun. Lainlah kalau saya nak
awak, kan." Seorang pelajar lelaki yang memakai topi berwarna merah masih
cuba mengayat. Dua gadis yang bertudung itu tidak mengambil 'pusing'
kata-katanya.
"Entah
la kau orang ni. Kedekut tak bertempat. Bukan apa, bila kami bosan boleh la
kami telefon, tanya khabar, ajak jumpa ke." Seorang lagi yang berambut
sedikit serabut menambah.
"Bukan
senang tau, kami yang kacak menawan ni nak tawarkan diri macam ni. Kiranya kau orang
berdua ni beruntung sangat. Kalau kau orang nak tahu kami ni golongan berada
gak la. Dia ni anak datuk, yang ni anak tauke emas, yang ni anak peguam dan
saya ni yang paling hebat la kiranya, anak Tan Sri." Seorang lagi yang
mengenakan baju Polo Ralph Lauren berwarna merah pula cuba membangga diri
sambil tangannya mula ingin menyentuh salah seorang gadis berkenaan.
Tahulah
Haninah kini yang mana satu anak Datuk, anak tauke emas, anak peguam dan anak
Tan Sri apabila pelajar yang berbaju Polo tadi berkata sambil menunjukkan
seorang demi seorang yang dimaksudkannya. Anak Datuk ialah yang bertopi merah,
anak tauke emas yang berambut serabut dan berbaju T-shirt hitam dengan mengikat
sapu tangan hitan pada lehernya, pula anak peguam yang hanya tersenyum sinis
memandang mereka.
'Nak
kata mereka berbohong pun tak dapat disangkal apabila melihat gaya penampilan
mereka itu. Tapi ada ke anak-anak orang ternama nak naik kenderaan awam macam
ni. Bukan dape banyak kenderaan mewah kat rumah ker? Siap ada pemandu lagi.
Musykil betul?' Haninah monoloq sendiran.
"Dah
tu adik. Tak elok mengusik anak dara orang macam ni. Mak bapa adik hantar
adik-adik ke sekolah untuk belajar bukannya nak mengayat anak dara orang."
Seorang pemuda yang berkopiah putih, Ustaz barang kali pada fikiran Haninah
menegur mereka. Mereka mula berpaling kepada pemuda tersebut dengan pandangan
yang tajam.
"Jangan
masuk campur urusan orang boleh tak. Kalau nak berdakwah pergi ke majlis, okey.
Kat dalam tren ni tak payah nak tunjuk alim. Kami bukan buat tak senonoh pun,
kami cuma nak mengeratkan silaturrahim jer. Tak kan itu pun tak boleh?"
Pelajar yang berambut sedikit serabut tadi mula bersuara kasar.
'Haih!
Budak-budak zaman sekarang ni tak tahu malu betul buat macam tu kat tempat
awam. Tak de rasa hormat dan adab betul dengan orang lain. Dah la tu pandai
menjawab dengan memutar belitkan ajaran. Ada ker patut mengusik dan meminta
nombor telefon anak gadis macam tu dikatakan nak eratkan silaturrahim.' Haninah
mengelengkan sedikit kepalanya melihat telatah mereka.
"Daripada Abu Hurairah r.a.,
bahawa Nabi s.a.w. bersabda; 'Telah ditetapkan bagi setiap anak Adam bahagian
dosa daripada zina yang pasti akan ditemuinya. Kedua mata dosanya melihat,
kedua telinga dosanya mendengar, lidah dosanya membicarakannya, kedua tangan
dosanya memegang, kedua kaki dosanya melangkah, dan hati dosanya membayangkan
atau mengangan-angankan. Semua itu akan dinyatakan atau tidak oleh
kemaluannya.' Riwayat Muslim." Ustaz itu menyambung lagi.
"Dah la jom blah. Buat pekak telinga jer dengar
Ustaz ni cakap." Pelajar, anak Tan Sri itu mengarahkan dan mereka mulai
keluar daripada tren sebaik pintu tren terbuka.
'Astaghfirullah halazim. Dah sampai Bandar Tasek Selatan
rupanya!' Haninah berbicara dalam diri dan segera keluar bersama dengan
pelajar-pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan tadi. Sempat Haninah melihat
gerangan Ustaz yang menegur mereka tadi.
'Boleh tahan, kacak bergaya. Cukup pakej nak buat suami
ni!' Haninah berkata dengan dirinya sendiri.
'Kalau aku tak ada sifat malu, mahu aku minta nombor
telefon Ustaz ni dan bertanya dengannya kesudian untuk mengambil aku sebagai
isteri.' Haninah tersenyum dengan kegedikan sendiri tapi mana mungkin dia
berbuat begitu; langkah mayat ayahnya dulu kalau hendak buat semua tu.
Sambil meneruskan perjalan menuju ke rumah ibu
saudaranya, Haninah masih melihat pelajar-pelajar tadi mengusik dan mengekori
dua pelajar perempuan tadi.
'Haih! Budak-budak ni memang nak kena ni. Tak abis-abis
lagi mengusik, siap mengekor orang sampai ke sini. Maih sini, cik kak pula yang
'sembur'. Kot mau jalan. Biar cik kak mafia tolong langsai kasi habis!' Haninah
berkata dengan hatinya sendiri. Dia benar-benar berharap dapat membantu dua
gadis tersebut dan bukan niatnya nak membangga diri. Dia segera mengorak
langkah dengan lebih laju supaya dapat mengejar pelajar-pelajar tersebut yang
berada beberapa meter di hadapannya. Sebaik menghampiri Haninah bersuara tegas.
"Kau orang ni tak faham bahasa ke. Kalau dia orang
ni tak nak bagi tu maknanya dia orang tak berminat dengan kau orang la. Maksud
yang mudah tu pun susah nak faham ker. Nak cakap macam mana baru nak
faham?" Dua gadis tersebut mula berdiri di belakangnya. Mereka mula berasa
takut diekori begitu.
"Haih! Makcik pulak yang menyibuk. Makcik, kalau
makcik ni dah tak laku dan tak de orang nak mengorat, jangan la nak cemburu
pulak. Kami budak muda nak berseronok nikmati zaman muda kami. Makcik gi main
jauh-jauh boleh? Blah!" Pemuda yang berambur serabut berkata dengan
meluatnya.
"Makcik? Ingat kita ni tua sangat ker? Hello! Tolong
sikit ye. Aku pun muda lagi. Baru dua puluh lima tahun kot. Masih bergetah kata
orang. Mana korang tahu aku ni tak de yang berkenan. Tolong sikit. Memang la
aku tak cantik mana, setakad ado jer muka ni tapi setakat nak buat lelaki
pandang aku tu boleh jer." Haninah melemparkan sebuah pandangan yang tajam
sambil mulutnya diketap menahan kemarahan yang semakin memuncak.
"Eh!Eh! Makcik ni. Ade juga yang makan kaki dan
tangan aku ni. Kalau orang dah kata blah tu blah la. Dia yang tak faham kata
orang pula tak faham." Tempelak anak Tan Sri pula.
"Ewah! Ewah! Sekolah lagi dah pandai nak bagi orang
makan tangan, kaki. Cubalah kalau berani. Kalau korang tak blah juga, aku gi
kat polis tu beritahu kau orang mengganggu gadis dengan niat yang tidak baik.
Nak?" Haninah memberi amaran sambil menunjukkan dua anggota polis yang
kebetulan lalu. Polis yang kerap membuat rondaan di kawasan perhentian itu bagi
memastikan tiada kejadian pecah dan curi kereta yang kerap berlaku akhir-akhir
ini.
"Dah, dah! Jom blah! Karang lain pulak jadinya. Tak
pe makcik, lain kali kita jumpa lagi." Yang bertopi merah mengarahkan
mereka berlalu pergi. Semua hanya mengikut cuma pelajar yang berbaju hitam
sahaja yang sedikit lewat sambil melemparkan sebuah jelingan yang amat tajam buat
Haninah. Malas Haninah hendak melayan mereka lagi. Dia mula berbicara dengan
dua gadis itu pula.
"Kau orang okey, kan? Tak de yang cedera ke apa ker,
kan?"
"Kami okey akak. Terima kasih. Kalau akak tak de
tadi, tak tau apa nak jadi pada kami." Seorang gadis yang manis berlesung
pipit berkata.
"Adik selalu ke balik lewat petang macam ni? Kenapa
tak suruh mak ayah yang jemput? Taklah bahaya sangat."
"Baru hari ni akak kami lambat. Tadi lepas tuisyen,
saya sakit perut sangat tu yang terlepas tren dan terlewat. Mak ayah pula
bekerja, jadi tak de siapa yang nak tolong ambilkan kami." Yang seorang
lagi berkulit sedikit hitam manis pula menerangkan.
"Oh! macam tu. Mungkin benda dah nak jadi tak dapat
nak buat apa lagi. Kalau boleh elakkanlah perkara yang macam ni dari berlaku.
Jadikan semua ni teladan." Haninah lembut menasihati.
"Akak, lain kali kalau kami balik lewat boleh tak
kami nak ikut akak saja. Akak bagilah nombor telefon kepada kami, senang kami
nak telefon nanti." Gadis berlesung pipit meminta.
"Insya-Allah, boleh." Haninah mula mencatatkan
nombor telefonnya pada sehelai kertas dan memberikan kepada mereka. Mereka
beriringan meneruskan perjalan ke destinasi rumah masing-masing, sambil
meneruskan bicara antara satu sama lain.
**********************************
"Assalammualaikum. Boleh saya hendak berjumpa dengan
Tuan Bukhari." Seorang wanita dalam lingkungan awal empat puluhan menyapa
Haninah. Haninah yang leka dengan kerjanya mula mengangkatkan muka memandang
gerangan yang berbicara.
"Walaikummussalam. Boleh saya tahu, puan siapa,
ye?" Haninah lembut berbicara dan kemudian tersenyum manis. Matanya
memerhatikan kedua-dua insan yang berada di hadapannya kini. Seorang wanita dan
seorang lagi pemuda yang berkemungkinan anaknya.
'Eh! Macam kenal jer anak puan ni. Tapi siapa ye?'
Haninah bertanya dengan dirinya sendiri. Namun sekadar seketika, dia kembali
memandang wajah manis wanita dihadapannya.
"Saya Yasmin, isterinya. Saya nak berikannya dokumen
ni. Tertinggal di rumah tadi."
"Maaf puan. Saya tak tahu yang puan ni isteri Tuan
Bukhari. Masuklah dulu. Tunggu di sofa sana. Sekejap saya beritahu tuan."
Haninah menunjukkan ke arah sofa yang terdapat di dalam pejabat sambil dia mula
membuka penghadang yang menjadi penghalang daripada orang luar bebas memasuki
kawasan pejabat guaman tersebut.
"Kalau macam tu, berikan tuan dokumen ini
sekali." Puan Yasmin menghulurkan satu sampul besar berwarna perang
kepadanya. Haninah menyambut dan kemudian segera masuk menemui Tuan Bukhari.
"Suhana, budak baru ker tadi? Tak pernah nampak pun
sebelum ni?" Puan Yasmin bertanya kepada salah seorang staf suaminya, Suhana
apabila Haninah telah hilang dibalik bilik suaminya itu. Suhana yang kebetulan
lalu dihadapan Puan Yasmin berhenti sebentar demi mendengar pertanyaan Puan
Yasmin.
"Ye, puan. Baru tiga bulan tapi tak lama lagi jadi
pekerja tetaplah. Tuan Bukhari sangat berpuas hati dengan prestasinya. Rajin,
cekap dan cepat menangkap budaknya." Suhana menerangkan.
"Baguslah macam tu. Ringan sikit kerja kau orang
bila dah bertambah pekerja ni. Awak sambunglah kerja awak. Maaf, saya ganggu
tadi." Puan Yasmin tersenyum manis. Suhana segera meminta diri dan berlalu
pergi. Anak terunanya hanya memasang telinga mendengar.
"Puan, Tuan sedang dalam talian. Sekejap lagi tuan keluar.
Tuan minta puan tunggu sebentar. Sementara menunggu, puan hendak minum
apa-apa?" Sejurus kemudian Haninah keluar dan mendapatkan Puan Yasmin dan
anaknya sambil mengkhabarkan perihal kesibukan Tuan Bukhari.
"Bagi kami air kosong sahaja. Anak saya ada masalah tonsil
sikit. Kena jaga sikit makan minumnya."
"Baik, puan." Haninah berlalu pergi memasuki
pantri dan seketika kemudian keluar membawa dua gelas air kosong.
"Minum Puan, Tuan Muda." Haninah menjemput
setelah meletakkan dua gelas tersebut di atas meja kopi. Sejurus Haninah
menjemput mereka minum, Puan Yasmin tergelak kecil. Haninah segera berpaling
memandang Puan Yasmin. Dilihatnya bukan sahaja Puan Yasmin yang ketawa tetapi
anaknya juga tergelak cuma tiada suara yang kedengaran.
'Apa yang lucunya? Aku ada buat adengan lawak ker tadi?'
Haninah bertanya sendirian.
"Tak perlu panggil anak saya Tuan Muda. Panggil dia Busran.
Adik Busran pun boleh. Awak tua dari dia kan? Umur awak berapa?" Puan
Yasmin ingin terus menyelidik.
"Oh! Ingat kena panggil Tuan Muda tadi. Mungkin
jugalah saya lagi tua. Nampak Busran pun muda lagi dari saya yang dah nak masuk
dua puluh lima tahun, puan." Haninah termalu sendiri. Terasa pipinya
panas. Busran hanya memerhati wajah Haninah tanpa berkelip.
"Eh! Saya banyak tanya pula. Ganggu masa awak pula.
Awak pergi la sambung kerja. Lain kali kita sambung lagi, Insya-Allah."
"Baiklah, puan. Saya buat kerja dulu." Haninah
angguk sopan. Segera dia kembali ke meja kerjanya. Tanpa dia sedari, Busran
masih lagi tekun memerhatikan dirinya.
'Buat-buat lemah lembut, sopan santun bagai. Ingat aku
makan dengan lakonan ko tu. Siaplah ko, nanti. Masa untuk membalas dendam!' Busran
berkata dengan dirinya sendiri sambil mulut melemparkan senyuman sinis.
********************************
Tidak sanggup lagi Haninah melihat seorang
pelajar yang berkaca mata itu dibuli oleh empat sekawan pelajar berlagak
samseng. Semakin langkah menghampiri, semakin jelas dipenglihatan gerangan
empat sekawan yang seronok membuli itu.
'La!
Balik-balik budak-budak ni. Tak reti-reti duduk diam ker dia orang ni? Kalau
aku tak larang, mahu masuk wad budak mata empat ni dikerjakan mereka ni. Baik
aku rakam sikit, buat modal nak takut-takutkan diaorang. Kalau tak, tak makan
saman diaorang ni.' Haninah berbicara sendirian lalu mengeluarkan telefon
bimbitnya dan merakam adengan mereka membuli pelajar itu.
Kalau
tadinya Haninah melihat mereka menarik-narik beg sandang budak berkaca mata
tersebut dan sekarang lain pula. Haninah merasakan dia bakal merakam satu
adengan yang betul-betul menarik sebagai bahan gertakannya nanti. Haninah
meneruskan rakaman tanpa disedari oleh mereka.
Mereka
seorang demi seorang meludah ke dalam air tin yang dibeli sebelum mereka
memaksa budak berkaca mata itu minum minuman yang sudah tercemar dengan air
ludah mereka itu. Pasti sahaja budak berkaca mata itu tidak mahu menurut
suruhan mereka minum air tersebut. Keengganannya itu menyebabkan mereka mula
memaksa dengan seorang memegang kedua-dua belah tangannya dan seorang lagi cuba
untuk menuang air tersebut ke dalam mulutnya dengan cara paksaan. Haninah segera
mencelah dan mematikan rakamannya tadi.
"Haih!
Korang ni bila la nak serik agaknya. Kau orang tak kesiankan dia, ke? Apa salah
dia sampai korang buat dia macam tu. Korang jangan sombong dengan merasakan
diri tu hebat dari budak tu. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang
sombong. Rasulullah s.a.w juga mengingatkan;
Tidak akan masuk Syurga orang
yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan."
Haninah
dapt melihat pelajar yang memakai sapu tangan dileher membisikan sesuatu kepada
pelajar yang masih memakai topi merah. Pelajar itu mula tersenyum sinis
memandangnya sambil menghampiri.
"Makcik,
kalau dah kerja tu kerani cabuk tu buat macam kerani cabuk okey. Tak payah nak
jadi ustazah dan menasihati orang. Pernah dengar peribahasa, kalau kali panjang
sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Ha! Sesuai sangat dengan makcik ni."
Pelajar bertopi merah mula melemparkan kata-kata berbisanya. Haninah terkejut
dengan pengetahuan mereka tentang pekerjaannya.
'Macam
mana dia tahu aku kerja kerani jer? Jangan-jangan budak yang berbisik tadi tu
yang beritahu. Siapa dia, ye?' Haninah berbicara sendirian sambil mata cuba
mengingatkan gerangan yang bersapu tangan dileher itu.
'Eh!
Itu kan Busran. Patutlah macam pernah tengok hari tu. Rupanya budak samseng ni.
Macam manalah boleh tak cam hari tu. Tapi aku tak boleh mengalah macam tu jer.
Sekaranglah masanya menggunakan senjata.' Haninah berbicara dengan hatinya.
Bersemangat untuk menyelamatkan budak tadi walaupun dia sedikit terasa dengan
kata-katanya.
"Okey,
kalau korang masih berdegil terpaksalah makcik korang ni bawa benda ni ke pihak
berkuasa. Tadi masa korang asyik nak membuli, aku dah rakam aksi korang dan aku
akan tunjukkan rakaman video ni kepada pihak berkuasa. Masa tu nanti merasalah
korang tidur dalam lokap dan kemudian masuk asrama khas bagi pelajar-pelajar sejenis
korang ni. Biar tenaga pengajar di sana nanti basuh korang cukup-cukup
pulak." Haninah cuba bersuara tegas. Tersentak dengan kata-kata Haninah,
mereka semua mula memandangnya termasuk budak berkaca mata itu.
'Berani
suit pempuan ni! Dia tak takut ker dengan kami ni. Kami ni lelaki dia perempuan,
kami ramai, dia sorang. Apa-apa pun boleh berlaku. Berani tak bertempat!' Busran
berkata sendirian sambil mata tajam menikam memandang Haninah.
"Eh!
Eh! Makcik ni tak takut ker dengan kami ni. Kami ni kan gangster. Kalau kami
apa-apakan makcik karang, nangis tak berlagu lak." Anak Tan Sri itu masih
cuba menakut-nakutkan Haninah.
'Alamak!
Betul juga kata dia. Aku sorang jer perempuan kat sini. Buatnya dape seret aku
kat tempat yang sunyi dan jarang dikunjungi orang. Nahas aku! Tapi tak kan aku
nak blah macam tu jer. Tadi niat nak tolong budak mata empat tu. Tak pe
Insya-Allah, niat yang baik, Allah akan tolong aku.
Bismillahhirrahmannirrahim.' Haninah mula tersedar.
"Bak
sini telefon tu! Kami nak tengok lepas tu nak buang. Kalau tak nak bagi cara
elok, kami ambik dengan cara paksa!" Yang bertopi merah menambah belum
sempat Haninah berkata-kata.
"Kalau
nak datanglah ambik sendiri. Jangan harap aku nak bagi macam tu jer."
Haninah tunjuk berani. Busran hanya mengelengkan kepala melihat telatah
Haninah.
'Orang
kampung memang semuanya berani macam ni ker? Tak reti-reti nak mengalah.
Menyusahkan betul!' Burshran berbicara sendirian.
"Ran,
tunggu apa lagi. Makcik ni dah cabar kita. Jom kita rampas telefon dia
tu!" Yang bertopi merah mengarahkan Busran.
"Cantik!
Khairi. Ko ngan Ran jangan bagi peluang kat makcik tu. Biar dia ingat sikit
supaya lain kali jangan suka menyibuk hal orang." Pelajar yang berambut
serabut menyokong. Mereka mula gerak menghampiri sementara dua lagi pelajar
melangkah setapak dua kehadapan juga. Masing-masing fokus kepada Haninah.
'Peluang
ni. Baik aku bagi isyarat suruh budak tu lari.' Haninah berkira-kira dalam
hatinya. Dia mula memandang budak berkaca mata itu lalu memberi isyarat supaya
budak itu melarikan diri. Isyarat yang tidak terlalu ketara iaitu isyarat mata.
Seperti memahami, budak berkaca mata itu mula berpalin perlahan-lahan dan
membuka langkah seribu. Namun langkahnya bukan untuk melarikan diri sebaliknya
ingin meminta bantuan bagi menyelamatkan wanita tadi daripada menjadi mangsa
gangster sekolah itu.
Mana
mungkin dia melarikan diri menyelamatkan dirinya sendiri sahaja sedangkan
wanita yang bersusah payah cuba menolongnya itu dibiarkan begitu sahaja. Sebaik
terlihat seorang pemuda yang baru hendak memasuki kenderaannya yang diparkin di
tempat letak kereta tren itu, Nasir segera menghampirinya dan meminta tolong.
"Abang,
tolong saya abang. Kakak saya kena kacau dengan budak gangster kat sana. Tolong
saya abang. Kesiankan kakak saya." Sengaja dia menyatakan begitu supaya
pemuda itu lebih bersimpati dan malas untuk memanjangkan cerita kerana ketika
ini menyelamatkan wanita itu lebih penting daripada memberitahu cerita sebenar.
Masa itu emas!.
"Astaghfirullah
halazim. Kat mana? Jom cepat. Pintu kereta ditutup dan dikunci kembali. Pemuda
itu segera mengekori pelajar itu yang beberapa tapak di hadapan. Sementara itu,
Busran dan Khairi masih mengorak langkah menghampiri Haninah.
"Ran?
Mereka panggil awak Ran, Busran. Nama dah sedap-sedap Busran yang penuh makna
pergi sebut Ran jer pulak. Ran…Lari, nak lari ke mana? Asyik guna nama Ran tu yang
bertukar daripada khabar gembira kepada buruk tu. Asyik nak buat perkara yang
tak elok." Haninah cuba menegur Busran dengan mengaitkan maksud namanya
itu.
"Makcik
ni memang nak kena sangat agaknya!" Busran meledakkan kemarahannya dengan
suara yang parau. Terkejut Haninah dengan suaranya.
'Patutlah
selalu mendiamkan diri rupanya suara garau giler.' Haninah berkata dengan
dirinya sendiri. Haninah menahan diri daripada ketawa akan kelucuan suara
Busran yang garau itu. Dia tahu tidak baik mengetawakan orang terutamanya
Busran yang sebenarnya mempunyai masalah penyakit tonsil seperti yang pernah
diberitahu oleh ibunya dahulu. Dia melupakan kelucucan yang hadir dan fokus
kepada masalah yang sedang melanda.
"Busran!
Kalau awak maju juga saya tak teragak-agak untuk menghantar video ni kepada
Tuan Bukhari. Agak-agak kalau saya hantar, apa yang akan Tuan Bukhari akan
fikir dan apa pula tindakannya kepada awak, ye? Setahu saya rasa dia seorang
peguam yang tegas dan jujur. Tak pernah tunduk kepada sesiapa yang bersalah,
semua akan menerima padah yang setimpal kalau berhadapan dengannya." Haninah
cuba mengugut Busran dengan menyebut nama bapanya Busran. Dia kemudian mengangkat
tinggi sedikit telefon bimbitnya seolah-olah perkara tersebut benar-benar
dilakukan seperti yang diperkatakan.
Mendengarkan
nama bapanya disebut, Busran menahan Khairi daripada terus mendapatkan Haninah.
Dia mengetapkan giginya menahan api amarah yang semakin bertandang. Dalam pada
itu, pelajar yang berkaca mata datang bersama seorang pemuda yang tegap memakai
kupiah.
"Woi!
Korang nak buat apa tu?" Pemuda tersebut bersuara sambil berlari
menghampiri Haninah. Kini Haninah diapit oleh dua lelaki yang cuba untuk
melindunginya, wanita yang sedang memerlukan bantuan.
"Korang
jangan cuba nak apa-apakannya. Aku dah panggilkan polis tadi. Kalau ikutkan
masa aku buat panggilan tadi, aku rasa dalam lima minit lagi sampailah
mereka." Pemuda itu menyambung.
"Blah!
Blah! Karang lain pulak jadinya." Anak Tan Sri itu mengarahkan. Semua
berpatah balik dan melangkah meninggalkan mereka. Haninah berasa lega melihat
mereka pergi. Dia mula mengalihkan pandangan kepada pemuda yang sudi
menyelamatkannya tadi.
'Eh!
Ni kan ustaz yang kat dalam tren ari tu? Dia buat apa kat Stesen KL Sentral ni,
ye?' Haninah yang baru tersedar gerangan pemuda itu berbicara sendirian.
"Terima
kasih kerana sudi membantu." Haninah mengucapkan rasa terima kasihnya
kepada pemuda tersebut.
"Sama-sama
tapi awak tak apa-apa ker?" Ustaz it uterus bertanya.
"Alhamdulillah
saya tak kena jentik pun. Terima kasih bertanya." Haninah tenang berbicara
sambil cuba bergurau.
"Alhamdulillah
tapi kenapa awak angkat tangan dengan telefon tadi?" Pemuda bertanya
kehairanan.
"Oh!
Ni, saya ugut mereka nak hantar rakaman video yang saya rakam tadi kepada bapa
salah seorang pelajar yang saya kenal tadi. Tapi acah jer. Saja nak kasi gempak
sikit." Haninah tersenyum kecil dengan kata-katanya. Pemuda dan pelajar
berkaca mata itu turut tersenyum dengan telatah Haninah.
"Tak
sangka pandai juga awak cari jalan nak lengahkan mereka tadi. Patutlah tadi
saya nampak mereka terhenti tadi."
"Alhamdulillah,
bolehlah setakat nak selamatkan nyawa. Ha! Adik pun terima kasih sebab sudi
tolong panggilkan orang untuk selamatkan akak. Akak ingat adik terus pergi jer
tadi." Haninah mula menghadap pelajar itu.
"Saya
yang patut berterima kasih dengan akak sebab selamatkan saya. Tak sangka akak
berani sampai macam tu sekali tadi." Pelajar tersebut malu-malu berbicara.
"Orang
yang dalam kesusahan depan mata pula tu mestilah akak kena tolong. Mungkin dah
jodoh kita berjumpa dan akak menolong adik dan abang ni tolong akak pula. Bukti
kasih sayang Allah kepada hambanya tidak terhad kepada seseorang hamba atau apa
hubungan kita. Okeylah akak dah lewat akak nak gerak dulu."
"Saya
gerak dulu, ye." Haninah berkata kepada ustaz tersebut setelah memberitahu
pelajar itu.
"Eh!
Akak, siapa nama akak? Nanti kalau kita berjumpa lagi senanglah saya nak
panggil. Kalau tak tahu nama payah juga nanti. Saya Hafiz." Pelajar
tersebut bertanya.
"Nama
akak Haninah, Hafiz. Lain kali kalau kita terjumpa tetapi akak tak perasan
sudi-sudilah bertegur sapa ye." Haninah tersenyum manis.
"Abang
pulak?" Hafiz bertanya kepada pemuda ustaz itu pula.
"Abang,
Yasin. Selamat berkenal, Hafiz." Tangan dihulurkan kepada Hafiz.
"Selamat
berkenalan, Haninah." Yasin hanya menundukkan sedikit kepalanya kepada
Haninah.
"Selamat
berkenalan." Haninah juga membuat perkara yang sama Yasin lakukan.
"Okey,
la saya gerak dulu. Assalammualaikum." Haninah meneruskan perjalanannya
untuk berjumpa dengan Kak Suhana yang mana mereka telah berjanji untuk keluar
membeli-belah bersama-sama. Dua lelaki tersebut hanya memandang seketika
Haninah yang cantik berjubah biru laut melangkah pergi sebelum mereka
berpandangan dan sama-sama meminta diri.
***********************************
Kepenatan siang tadi membeli-belah dengan rakan
sekerjanya Suhana atau lebih mesra dipanggilnya Kak Suhana, tidak dapat membuatnya
mudah lelap malam itu. Fikirannya menerawang pada kejadian siang tadi sebelum
bertemu dengan kak Suhana. Kata-kata pelajar-pelajar empat sekawan itu
benar-benar terkesan di hatinya.
"Makcik, kalau dah kerja tu kerani cabuk tu buat
macam kerani cabuk okey. Tak payah nak jadi ustazah dan menasihati orang.
Pernah dengar peribahasa, kalau kali panjang sejengkal, jangan lautan hendak
diduga. Ha! Sesuai sangat dengan makcik ni."
"Adakah aku cuba berlagak alim seperti ustazah
dengan menegur mereka seperti itu? Tak pernah terlintas dalam fikiran aku nak
tunjuk alim atau merasakan diri ni ustazah. Jangan katakan bertauliah bahkan
ilmu agama yang ada dalam diri ini pun tak mampu dan layak menjadi ustazah. Ye!
Aku sekadar kerani cabuk, kot!" Bicara Haninah pada dirinya.
"Tapi niat aku sekadar ingin menegur dan
ingat-mengingatkan mereka. Salahkah aku yang belajar tak tinggi, kerja tak
megah dan sekadar Muslim biasa-biasa sahaja cuba ingin sama-sama berpesan-pesan
dan beringat-ingat kepada kebaikan dan menegur dan mencegah sesame umat
meninggalkan kejahatan? Apakah semua kerja-kerja itu hanya boleh dilakukan oleh
mereka yang layak dan bukannya aku yang cuma kail panjang sejengkal ini?"
Haninah terus-terusan mempersoalkan diri.
"Kalaulah macam tu, umat kita akan mudah terleka dan
terjerumus dalam larangan-Nya kerana tidak pada semua situasi akan muncul
Ustaz, Ustazah dan alim ulama. Kalaulah mereka faham dan tahu niat aku ini. Aku
hanya melahirkan rasa sayang dan kasih aku kepada mereka sebagai Muslim dan
sebagai kawan. Haih!" Haninah mengeluh dan ingatan terkenangkan seorang
rakannya semasa menuntut di Universiti Teknologi Mara cawangan Arau, Perlis
dahulu.
"Gi mana lewat balik ni Naimah? Ko study group
dengan Soleh ker?" Haninah bertanya rakan sebiliknya.
"A'ah. Ko janganlah risau kami bukannya study berdua
jer. Ada ramai lagi." Naimah beralasan sambil tersenyum-senyum.
"Ye, ker? Bukan study group tu habis kul sepuluh
setengah ker? Tadi aku nampak Kak Ani dah balik pukul sepuluh empat puluh
lima." Haninah menduga.
"Memang pun tapi Soleh ajak gi minum kejap. Okey la
aku nak gi mandi dulu." Naimah berlalu pergi. Haninah hanya mampu
memandangnya dengan harapan Naimah tidak melakukan perkara yang tidak diingini.
"Eh! Kak Ani, kenapa datang ni? Naimah tak balik
sekali ker? Bukan Naimah dan akak satu group study ker?" Haninah yang
sedikit tersentak dengan kemunculan Kak Ani dalam biliknya pada beberapa hari
kemudian bertanya.
"Memang satu group tapi tu la bila akak ajak dia
balik sama tadi dia kata kejap lagi dia balik. Nak sambung bincang sekejap lagi
katanya." Kak Ani seperti resah.
"Kenapa ni Kak Ani? Semacam jer Haninah
tengok."
"Tak de, masa akak balik tadi akak tengok banyak
bilik dah kosong. Serba-salah pula tinggalkan mereka macam tu jer."
"Apa yang nak dirisaukan akak, Naimah dan Soleh tu
dah besar panjang. Dua-dua sekolah agama lagi. Tak kan nak buat perkara yang
tak elok, kan." Melisa yang juga merupakan kawan sebilik Haninah
menyampuk.
"Betul juga kan." Kak Ani tersenyum.
"Tapi saya tak sedap hatilah akak. Sekarang dah
pukul sebelas setengah malam. Naimah tak balik lagi. Jangan-jangan ada apa-apa
dah jadi kot." Haninah resah.
"Assalammualaikum." Naimah memberi salam sambil
menapak masuk dengan wajah yang sedikit muram. Semua yang ada menjawab salam Naimah.
Masing-masing terdiam dan tidak berani menegur Naimah, bimbang menguriskan
hatinya.
"Kenapa lambat, Naimah? Muka pun masam jer."
Kak Ani memulakan bicara setelah seketika mendiamkan diri sehingga Naimah duduk
di atas katilnya.
"Tak de apalah Kak Ani. Penat sikit."
"Naimah, aku nak cakap sikit ko jangan marah ye. Aku
rasa tak eloklah ko sambung study group sampai lewat macam ni. Berduaan dengan
Soleh pulak tu. Aku risau kalau-kalau ko kena tangkap basah nanti. Memanglah
korang tak buat apa-apa cuma belajar tetapi berdua-duaan tu tetap salah."
Haninah cuba menegur dengan lembut.
"Aku tahulah, Haninah. Dah selalu sangat dengar masa
belajar dulu. Tak payah sibuk la. Dah la aku nak tidur." Naimah terus
baring dan berpaling kea rah dinding. Haninah, Kak Ani dan Melisa saling
berpandangan. Kak Ani mula minta diri pulang ke biliknya sementara Haninah dan
Melisa meneruskan pembelajaran mereka.
Keesokan harinya, satu kelas kecoh dengan berita tangkap
basah Naimah dan Soleh. Walaupun Naimah dan Soleh tidak satu kelas dengannya
tetapi mereka tetap satu jurusan jadi berita itu sedikit sebanyak memberi
tamparan kepada pelajar yang lain.
Ketukan pada pintu bilik menyedarkanya daripada memori
silam. Seketika kemudian adik sepupunya, Norliza masuk. Dia berkongsi bilik
dengan adik sepupunya sepanjang dia menumpang di rumah mak saudaranya itu.
"Akak tak tidur lagi? Liza nak tidur ni. Esok lepas
akak mandi, akak kejutkan orang ye." Norliza bersuara.
"Okey. Maafkan dosa-dosa akak ye. Selamat malam, Assalammualaikum."
Ayat yang lazim disebutnya setiap kali sebelum dia tidur.
"Walaikummussalam. Sama juga ye.
Assalammualaikum."
"Waalaikummussalam." Mereka sama memejamkan
mata.
*******************************
"Haninah, boleh tak awak tolong saya? Saya nak minta
awak tolong hantar dan ambil anak saya, Busran tuisyen. Dia tak nak ke tuisyen
kalau awak tak temankan. Anak saya tu lemah sikit kalau dia tak tuisyen saya
risau dia lagi ketinggalan." Tuan Bukhari bertanya.
"Abis tu, macam mana dengan kerja-kerja saya
ni?" Haninah kehairanan.
"Pasal kerja wak jangan risau. Awak tetap bekerja
seperti biasa cuma lepas makan tengah hari, pukul dua tu awak tak perlu masuk
office dan terus gi sekolah anak saya ambil dia dan balik semula office selepas
tu. Pukul lima petang awak keluar ambil dia semula kemudian Pak Mud akan hantar
awak pulang. Pak Mud pemandu Datuk Daud, ayah kawan anak saya, Khairi. Mereka
pergi tuisyen bersama-sama. Awak tak perlu risau, saya akan tambahkan gaji awak
untuk itu." Tuan Bukhari masih menerangkan dengan terperinci. Tergamam
seketika Haninah dengan ketelitian perancangan Tuan Bukhari.
"Bukan gaji yang menjadi persoalannya sekarang Tuan.
Saya boleh sahaja lakukan kerja ni tanpa tambahan gaji saya sebab waktu kerja
saya masih sama Cuma lokasinya sahaja berbeza. Malah kalau difikirkan semasa
atas kereta saya tidak buat apa-apa kerja pun hanya sekadar duduk sahaja. Tapi
saya rasa tanggung jawab tu agak berat untuk saya pikul. Saya risau saya tidak
dapat melakukan tugas saya sebaiknya, Tuan." Haninah lemah bersuara.
"Apa maksud Haninah? Kenapa tugas yang mudah tu
Haninah kata berat pula?" Tuan Bukhari kehairanan dengan cara berfikir
Haninah.
"Memang pada zahirnya ringan tetapi sebenarnya ia
satu tugas yang berat. Saya risau kalaupun saya hantar dan ambil anak Tuan ke
pusat Tuisyen, dia masih tidak mahu menghadirkan diri sebaliknya merayau ke
tempat lain sebaik saya meninggalkannya di pintu pusat tuisyen." Haninah
memandang wajah Tuan Bukhari minta pengertian. Tuan Bukhari merenung lama wajah
Haninah sehingga membuatkan Haninah tidak selesa. Melihat keadaan Haninah itu,
Tuan Bukhari segera membalas.
"Kalau awak dah cakap macam tu, saya tak boleh nak
buat apa lagi. Saya rasa awak tahu serba-sedikit masalah anak saya bila
mendengar awak cakap macam tu. Mungkin saya tak cukup tegas dengan anak saya
sehingga dia jadi seperti itu. Terima kasih, Haninah. Awak boleh sambung kerja
awak." Tuan Bukhari tersenyum hambar kepadanya.
"Terima kasih, Tuan. Saya keluar dulu." Haninah
berlalu pergi setelah dibenarkan oleh Tuan Bukhari. Dia mula meneruskan
kerja-kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Sehingga petang menjelma, Haninah
dikejutkan dengan kedatangan Puan Yasmin dan Busran dan sekali lagi dia
dipanggil masuk ke dalam bilik Tuan Bukhari.
"Maaf, Haninah. Saya ganggu waktu kerja awak. Saya
minta tolong sangat dengan awak, tolonglah bantu anak saya. Dia berkeras tidak
mahu pergi ke pusat tuisyen kalau bukan awak yang temankan. Saya rayu sangat
dengan awak." Puan Yasmin bersuara lembut sambil menggenggam erat tangan
Haninah. Haninah serba salah lalu dia memandang Tuan Bukhari yang memandangnya
dari meja kerjanya. Duduknya di sofa mula terasa tidak selesa.
"Seperti yang saya bincangkan dengan Tuan Bukhari
tadi, saya bukannya tidak sudi tetapi tugas ini amat berat bagi saya. Saya
pasti Tuan ada sampaikan kepada Puan sendiri perkara yang saya maksudkan,
kan?" Haninah tidak mahu mengulangi kata-katanya kerana dia pasti perkara
itu sudah sampai kepada pengetahuan Puan Yasmin. Kalau tidak masakan Puan
Yasmin datang berjumpa dan merayu sebegitu dengannya.
"Pasal hal itu Haninah jangan risau, Busran sudah
berjanji yang dia akan turut dan akan terus berada di pusat tuisyen itu
sehingga tiba waktu pulang. Busran, cakap apa yang kamu janjikan dengan ibu
tadi pada Haninah." Puan Yasmin meninggikan sedikit suaranya apabila
meminta anaknya bersuara.
"Saya janji saya akan pergi ke pusat tuisyen dan
tidak akan melencong ke mana-mana sampai balik." Sinis sahaja kata-kata
yang keluar daripada mulut Busran. Haninah ragu-ragu.
"Macam tu ker cara kamu bercakap dengan orang yang
lebih tua dari kamu?" Tuan Bukhari yang sedari tadi mendiamkan diri
memberi laluan kepada isterinya berkata-kata menegur anaknya.
"Maaf, Busran tak sengaja." Nada yang lebih
lembut Busran berikan.
"Bukan setakat pergi sahaja ye, belajar dengan tekun
sama. Boleh?" Haninah inginkan kepastian.
"Baiklah tambah pergi belajar dan bukannya sekadar
hadirkan diri. Boleh akak tolong temankan?" Busran pula inginkan
kepastian.
"Baiklah, akak akan temankan. Akak pegang janji Busran.
Rasulullah bersabda; ‘Tanda orang munafik itu ada tiga
perkara apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri janji dan
apabila dia diamanahkan dia mengkhianati’. Akak pasti Busran tidak mahu menjadi seorang yang
munafik kan?" Haninah menduga. Busran tidak menjawab sebaliknya hanya
menganggukan kepalanya. Haninah tersenyum manis.
'Sekarang
kau senyumlah. Nanti sampai masanya kau akan menangis pula.' Busran berkata
dengan dirinya sendiri. Dia turut tersenyum kepada Haninah.
"Kalau
semua dah setuju, kita mulakan esok, boleh?" Puan Yasmin kembali ceria.
"Insya-Allah,
boleh." Haninah menjawab dengan tenang.
"Baik,
ibu. Terima kasih ibu, papa, akak." Busran mengucapkan terima kasih. Semua
hanya tersenyum dengan tindakan Busran itu.
******************************
Seperti yang dijanjikan selepas dia menjamu selera tengah
hari itu, Pak Mud datang dengan kereta Mercedes untuk mengambilnya. Kemudian
mereka bergegas ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi untuk
mengambil Busran.
Melalui
Pak Mud, Haninah mengetahui perihal sekolah yang dihadiri oleh Busran dan Khairi
itu. Sekolah tersebut merupakan antara
sekolah-sekolah terbaik bukan sahaja di Selangor tetapi juga di Malaysia.
Betapa dia bangga dengan kemampuan mereka untuk memasuki sekolah tersebut yang
pasti mempunyai saingan yang ramai dalam memilih pelajarnya.
'Tapi sayang kecerdikan disalah guna ke arah yang tidak
elok. Ke ada sebab mereka jadi macam tu?' Haninah bertanya dengan dirinya
sendiri. Sampai sahaja di pintu masuk sekolah tersebut, Busran dan Khairi sudah
menanti namun mereka tidak berdua. Mereka bersama dengan dua orang lagi sahabat
mereka.
'Ah! Sudah. Lain macam jer ni. Tak kan sesi nak balas
dendam lagi kot?' Haninah berkata dengan dirinya. Kaki tetap dilangkah
menghampiri mereka biarpun hati seperti meragui. Setelah kaki semakin
menghampiri, Busran dan rakan-rakannya segera meluru masuk ke dalam kereta.
Terpinga-pinga Haninah melihat gelagat mereka itu.
"Makcik, eh! Silap, akak. Kami pergi dulu ye. Ari ni
kawan saya nak tumpang. Kalau akak naik sekali nanti tak muat pula. Silap,
silap boleh pamcit tayar, lebih muatan. So akak lik naik tren la ye. Tu kan
pengangkutan kesukaan akak. Bye! Jumpa lagi esok." Busran menerangkan
keadaan yang berlaku.
"Pak Mud, jalan." Khairi menyuruh pemandu
ayahnya berlalu.
"Tapi, Cik Haninah, macam mana?" Pak Mud ragu-ragu
bertanya.
"Orang suruh jalan tu, jalan jer la Pak Mud. Ke Pak
Mud pun nak tinggal sini dengan dia?" Khairi meninggikan suaranya. Pak Mud
yang terkejut dimarahi sebegitu rupa mula menurut.
"Baik…"
"Bye!" Semuanya mengucapkan selamat tinggal
kepada Haninah. Haninah yang baru tersedar akan dirinya keluar tadi sehelai
sepinggang mula mengejar kereta tersebut namun semuanya hampa. Kereta tersebut
tetap bergerak meninggalkannya.
"Hey! Beg tangan saya la! Macam mana saya nak naik
tren kalau tak de duit." Haninah menjerit sedikit tetap tiada gunanya
lagi. Sementara itu, Busran yang duduk dihadapan menggantikan tempat Haninah
tadi terpijakkan beg tangan Haninah yang berada di lantai kereta. Apabila
terperasankan beg tangan tersebut, dia mula memalingkan mukanya memerhatikan
Haninah, namun semuanya sudah terlambat kereta sudah bergerak jauh daripada
perkarangan sekolah.
'Nasib ko la. Bukan salah aku pun ko tinggalkan beg
tangan ko ni. Pandai-pandailah ko cari duit nak tambang nanti.' Busran berkata
dalam hatinya. Dia mengalihkan kakinya daripada terus memijak beg tersebut. Dia
segera mengambil beg tangan Haninah tersebut dan memasukkannya ke dalam beg
sekolahnya. Hati berlagu riang kerana dapat mempermainkan Haninah hari ini.
Baru puas rasanya hati.
Haninah terduduk di kerusi di perhentian bas,
termangu-mangu memikirkan perkara yang baru berlaku. Dia memikirkan cara
untuknya pulang.
'Tak kan nak naik teksi pula. Hari tu pun dah kena tipu
kali ni kalau aku naik teksi juga mau kena benda lain pula. Teksi bukan
jawapannya walaupun cara tu yang boleh membuat aku sampai semula ke office dan
meminta Kak Suhana bayarkan dulu tambangnya.' Monolog Haninah sendirian.
'Mungkin kalau aku terus menunggu di sini nanti Pak Mud
akan datang mengambil aku semula. Insya-Allah. Mudah-mudahan Allah kabulkan
permintaan aku ni.' Haninah bertindak untuk terus menunggu. Haninah terus
menunggu sehingga masuk waktu solat Asar.
"Astagfirullah halazim dah masuk Asar rupanya. Tak
de jam memang tak sedar lama betul aku tunggu kat sini. Nampaknya Pak Mud
memang tak akan datang. Aku pun tak dapat sambung buat kerja kat pejabat. Baik
aku cari surau, solat dulu. Nanti fikirkan jalan yang lain." Haninah
bersuara setelah di terdengar alunan azan. Dia mula menghayun langkah menuju ke
surau Al-Ikhlas yang terdapat tidak jauh daripada sekolah berkenaan.
Haninah menyerahkan diri sepenuhnya kepada yang Maha Esa
di atas apa yang telah berlaku. Dia yakin pasti ada hikmah di sebalik setiap yang
berlaku. Dia juga memohon bantuan daripada yang Maha Pemberi Petunjuk untuk
memberikannya jalan untuk sekurang-kurangnya dapat pulang ke rumah walaupun
untuk pulang ke tempat kerja agak mustahil kini kerana masa sudah semakin
hampir ke pukul lima. Setelah selesai mengaminkan doa, Haninah menanggalkan telekungnya
dan mengenakan semula tudungnya. Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu.
'Agaknya Tuan Bukhari marah tak aku tak masuk-masuk lagi
ni? Jangan dia fikir aku curi tulang sudah. Tapi mesti dia fikir macam tu kalau
aku tak hubunginya memberitahu perkara sebenarnya. Aku kalau boleh tak nak
sebut pasal hal ni, nanti kesian pula Busran dan Khairi kena marah. Mereka tu
budak muda yang sering melakukan kesilapan jadi terus-terusan menyalahkan
mereka bukan satu tindakan yang wajar tapi teguran yang berkesan dan lembut
yang dapat membuka mata hati mereka.' Monolog Haninah sendirian.
'Apalah kau ni, Haninah. Cakap macam pakar jer. Padahal kerani
cabuk jer. Ilmu pun sekangkang kera, buat malu jer. Kalau dah kail panjang
sejengkal tu, sendiri mau ingat la kan.' Haninah tersenyum sendiri dengan
peringatan kepada dirinya itu. Haninah mula mengambil senaskah Al-Quran lalu
dia membacanya dengan perlahan dan tenang. Namun tanpa disedarinya air matanya
gugur jua. Dia hanya wanita yang lemah tidak berdaya untuk menahan diri
daripada ujian yang sedang Allah timpa kepadanya ketika itu.
"Anak ni, baru pindah sini ker?" Seorang wanita
dalam lingkungan lima puluhan datang menegurnya sebaik dia sudah menamatkan
pembacaannya kerana pembacaannya tidak sempurna dek tangisan yang semakin tidak
reda. Segera air mata disapu dengan hujung jadi apabila wanita itu mula duduk
di sisinya.
"Eh! Tak la. Saya dari sekolah Jalan Empat tadi.
Datang tumpang solat kat sini saja, makcik." Haninah tersenyum manis.
"Oh! Makcik ingat baru pindah sini. Patut tak pernah
nampak. Buat pe kat sekolah sana? Guru kat sana ke?"
"Tak la, makcik. Tadi saya ada hal sikit kat sana.
Makcik selalu datang sini ker?" Haninah bertanya kerana tidak tahu apa
yang mahu ditanyakannya lagi.
"A'Ah. Makcik tinggal dekat-dekat sini jadi selalu
juga datang kalau ada masa. Kebetulan hari ni anak makcik cuti, dapatlah datang
waktu Asar ni. Kalau tidak waktu magrib dan Isyak jer datang sini." Wanita
itu menerangkan.
"Oh! Macam tu." Haninah tidak tahu untuk
berkata apa lagi. Fikirannya masih kepada masalah yang sedang melandanya. Waktu
semakin hampir ingin melabuhkan tirai dan dia seharusnya mencari jalan untuk
pulang.
'Kalau aku minta tolong dengan makcik ni, agak-agaknya
dia sudi nak tolong tak? Ke dia ingat aku nak mengambil kesempatan pula?'
Haninah terfikir.
"Kalau makcik nak tanya sikit anak jangan marah ye.
Tadi makcik nampak anak berdoa panjang lepas tu masa mengaji menangis pula.
Anak ada masalah ke? Kalau boleh makcik tahu ataupun anak perlukan pertolongan,
makcik akan cuba bantu." Makcik tersebut lembut menuturkan kata-katanya.
Haninah terharu dengan ungkapan yang dituturkan oleh wanita itu yang
seolah-olah memahami gejolak yang melanda dirinya ketika itu.
"Terima kasih makcik. Sebenarnya saya dalam
kesulitan. Saya nak pulang ke rumah tapi saya tinggal sehelai sepinggang sebab
beg tangan saya tertinggal dalam kereta orang yang hantar saya tadi. Nak
hubunginya pun tak boleh sebab semuanya dalam beg tangan saya tu. Nak minta
tolong pada siapa pun saya tak tahu. Saya tak kenal siapa-siapa kat sini."
Haninah tenang berbicara. Malu sekiranya air matanya tumpah lagi di hadapan
wanita itu. Seolah-olah dirinya tidak betah diuji sedikit oleh-Nya.
"Anak tinggal kat mana? Kalau nak boleh makcik minta
tolong anak makcik antokan."
"Saya tinggal kat Bandar Tasik Selatan, makcik. Tapi
saya rasa tak perlu hantar saya sampai rumah, kalau makcik sudi pinjamkan saya
duit untuk tambang tren pun dah cukup. Esok, Insya-Allah saya datang sini
pulangkan duit yang saya pinjam tu."
"Tak payah pinjam la, makcik bagi jer. Lagipun
berapa ringgit sangat tambang tren kan. Nah." Makcik tersebut menghulurkan
duit sepuluh ringgit.
"Terima kasih makcik, tapi esok saya bayar ye. Saya
tak sedap pula nak terima macam tu jer. Esok Insya-Allah waktu magrib saya
datang sini, ye. Saya pulangkan balik." Haninah berkeras mahu memulangkan
duit berkenaan.
"Ikut suka kamulah. Makcik kata tak payah kamu nak
bayar juga. Tapi bagus juga boleh kita jumpa lagi esok. Sejuk mata makcik
tengok kamu ni. Kalaulah makcik ada anak perempuan, makcik harap dia macam
kamu. Tapi apa nak buat, Allah hanya berikan makcik lima orang anak lelaki.
Tapi makcik tetap bersyukur daripada orang yang langsung tiada anak, kan."
Wanita itu tersenyum manis menerangkan.
"Tak pe makcik. Saya rasa makcik tetap beruntung
sebab melahirkan lima orang imam yang dapat memimpin keluarga dan umat
sejagatnya untuk berjuang ke jalan Allah." Haninah tersenyum manis.
"Ye la tu. Jom kita keluar. Anak makcik dah tunggu,
agaknya." Wanita itu mempelawa.
"Baik, makcik." Haninah segera berjalan
beriringan setelah meletakkan kembali Al-Quran yang dibacanya tadi. Haninah
kembali tergamam apabila mendapati Yasin adalah anak wanita itu. Yasin juga
terkejut dengan kemunculannya bersam ibunya itu.
"Eh! Haninah. Apa awak buat kat sini?"
"Encik Yasin. Tak sangka jumpa kat sini. Tak sangka
juga makcik ni mak Encik Yasin."
"Apa pula berencik-encik ni. Yasin je dah cukup. Tu
la, tak sangka jodoh kita kuat jumpa lagi kita, kan." Yasin tersenyum
manis. Haninah turut tersenyum mendengar kata-kata Yasin.
"Jadi Yasin dah kenal la. Pe namanya tadi, Haninah
ye. Bagus la kalau dah kenal. Kalau macam tu tak salahkan Yasin hantarkan.
Makcik tak sedap hati biarkan Haninah ni balik sorang-sorang. Biar kami yang
hantarkan. Lagipun dapat juga makcik jalan-jalan. Asyik duduk rumah jer bosan
juga." Makcik itu memberi cadangan.
"Tapi makcik….saya…" Haninah keberatan.
"Tak de tapi, tapi lagi. Haninah ikut jer. Kan dah
kenal jadi nak segan apanya lagi. Bukannya jauh pun Bandar Tasek Selatan
tu." Ibu Yasin segera menarik tangan kanan Haninah. Haninah hanya menurut
kerana tidak mampu melawan kehendak wanita yang dihormatinya itu.
"Hantar balik? Apa yang saya tertinggal ni?"
Yasin yang kekeliruan bertanya.
"Tak pe dalam kereta nanti kita sambung cerita. Jom
gerak sekarang. Karang lambat sampai pula." Ibu Yasin menegur anaknya.
Mereka mula mengisi ruangan kereta dan kereta bergerak ke destinasi yang
diperkatakan.
******************************
"Yasmin, Busran cepat siap. Kita nak pergi ke Ipoh
sekarang." Tegas Tuan Bukhari mengarahkan isteri dan anaknya itu.
"Kenapa ni abang? Buat apa nak gi Ipoh?" Puan
Yasmin yang masih keliru bertanya.
"Buat jer. Nanti abang terangkan dalam kereta. Kemas
baju untuk dua tiga hari. Busran, dengar taka pa yang papa cakap?" Tuan
Bukhari menikam mata anak terunanya itu.
"Baik, papa." Busran hanya mampu menurut
biarpun dia tidak faham dengan tindakan bapanya itu. Setelah selesai berkemas,
mereka mula bertolak ke Ipoh.
"Okey, abang. Sekarang cuba cerita apa yang berlaku.
Kenapa nak gi Ipoh tergesa-gesa ni?" Puan Yasmin tenang bertanya.
"Ni semua, anak kesayangan awak punya hal la. Kalau
dia tak buat perangai semalam semua ni tak kan jadi. Sekarang masalah dah
bertambah sampai melibatkan nyawa orang. Busran! Bilalah agaknya kamu ni nak
sedar. Kalau lepas ni kamu tak sedar-sedar juga, tak tahulah papa." Tuan
Bukhari masih tegang.
"Apa maksud abang ni?" Puan Yasmin mula risau
mendengar kata-kata Tuan Yasmin.
"Kalau awak nak tahu, semalam dia dah tinggalkan
Haninah kat sekolah sampai malam baru dapat budak tu balik rumah. Dalam masa
dia tidak dapat dihubungi tu kerana telefonnya tertinggal dalam kereta Pak Mud,
ibunya cuba menghubunginya kerana bapa dan abangnya nazak, terlibat dalam
kemalangan. Kalau dia dapat dihubungi mungkin dia masih sempat untuk berjumpa
dengan bapa dan abangnya. Tapi terima kasih kepada rancangan bijak anak kita
ni, semua ni berlaku." Tuan Bukhari masih melontarkan nada yang tinggi. Panas
betul hatinya dengan tindakan anaknya itu.
"Inalillahiwainahilaihirojiun. Abis tu Haninah dah
balik ke belum abang?" Puan Yasmin nyata tersentak dengan perkhabaran itu.
"Dah dia balik semalam dengan makciknya. So sekarang
apa yang kamu nak buat Busran? Kamu ada nampak tak beg tangan Haninah. Pak Mud
cakap dia tak jumpa. Kamu campak kat mana?" Tuan Bukhari terus-terusan
memarahi anaknya.
"Ada Busran simpan." Busran tahu dia tidak
sepatutnya banyak berkata kerana bapanya masih dalam kemarahan dan sekiranya
dia menjawab, padah akan diterimanya daripada ayahnya.
"Nasib baik Busran tak buang. Busran tahu kan semua
barang yang ada dalam beg tangan Haninah tu penting buat dia. Nanti pulangkan
semula." Puan Yasmin lembut menegur.
"Baik, ibu." Busran yang masih terkejut dengan
perkhabaran itu hanya mampu menyandarkan badannya sambil terkenangkan peristiwa
pembuliannya semalam sehingga dia tertidur.
Keadaan rumah papan yang semakin dimamah usia dengan
persekitaran yang bersih dan suasana yang sedikit sunyi menyambut kedatangan
Tuan Bukhari sekeluarga. Alunan surah Yasin semakin kedengaran sebaik mereka
menghampiri pintu rumah tersebut.
"Assalammualaikum." Tuan Bukhari memulakan
bicara dengan memberi salam. Seketika kemudian kedengaran salam bersahut dan
pintu rumah dibuka.
"Makcik, apa khabar? Haninah ada? Saya
Bukhari."
"Oh! Tuan Bukhari. Masuklah. Haninah ada kat dalam
bilik. Nanti makcik panggilkan. Masuk, masuk."
"Makcik, takziah. Semoga makcik tabah." Puan
Yasmin berkata sambil menyalami tangan tua ibu Haninah.
"Insya-Allah. Dah sampai masanya. Nanti kita semua
pun akan menyusul. Duduk dulu, ye. Makcik panggilkan Haninah." Ibu Haninah
masuk ke dalam bilik yang berada di tengah rumah tersebut. Alunan Yasin mula
diberhentikan.
"Assalammulaikum, Tuan, Puan, Busran. Tak sangka
sanggup datang dari jauh. Terima kasih." Haninah bersuara sebaik dia
menghampiri mereka. Wajahnya tenang. Semua menjawab salam serentak.
'Dia tak marahkan aku ker? Tenang jer wajahnya. Makcik ni
memang lain dari yang lain.' Busran berkata dalam hatinya sendiri apabila dia sedikit
tergamam melihat ketenangan wajah Haninah.
"Salam takziah, Haninah. Kami lambat tahu perkara
ni. Pagi tadi baru Suhana khabarkan saya. Semuanya sudah selamat diuruskan
nampaknya." Tuan Bukhari meneruskan bicaranya.
"Alhamdulillah semuanya dah selesai. Kalau Tuan
Bukhari sekeluarga belum pulang lagi hari ini, malam nanti bolehlah datang
untuk majlis tahlilnya." Haninah mempelawa.
"Insya-Allah, kami akan datang. Kami akan tinggal di
sini sehari dua. Saya dah minta Suhana tempahkan hotel untuk kami nanti."
"Tuan Bukhari ada kerja lain di sini ker?"
Haninah kembali bertanya apabila dia merasakan agak lama mereka menetap di
Ipoh. Seketika kemudian, ibunya datang bersama dengan adik perempuannya,
Hanisah membawa hidangan untuk tetamu mereka.
"Eh! Buat susah, susah pula makcik ni." Puan
Yasmin menegur.
"Tak susah la. Kek beli sahaja pun. Jemputlah jamu
sambil berbincang." Ibu Haninah, Puan Junaidah berkata sambil dia
melabuhkan punggungnya di sebelah Haninah. Tuan Bukhari meneruskan bicaranya
yang tergendala.
"Tak de kerja lain. Cuma nak selesaikan masalah yang
telah ditimbulkan oleh Busran ni. Saya
nak minta maaf dengan awak sebab semalam anak saya dah perkara yang tidak
sepatutnya kepada awak. Sehingga mumbuatkan awak mengalami masalah dan
seterusnya semua ini terjadi. Saya tahu semua ini salah saya. saya tak didik
anak saya dengan baik. Maafkan kami, Haninah." Tuan Bukhari nyata kesal.
"Betul tu, Haninah. Mungkin kami tak patut menurut
kehendaknya yang sepatutnya kami jangka mempunyai maksud yang lain. Kami akan
cuba bertanggung jawab dengan setiap kesalahan yang telah dilakukannya."
Puan Yasmin pula menambah.
"Eh! Tak perlu semua tu. Bukan salah Busran pun.
Semua ni satu kebetulan sahaja. Tak de kena-mengena dengan perbuatan Busran
kepada saya semalam. Semuanya sudah tercatit pada masa dan ketika itu semua itu
berlaku bukannya kerana salah sesiapa. Saya pun tak menyalahkan Busran sebab
saya tahu apa yang cuba dia lakukan hanyalah untuk melepaskan rasa ketidak
puasannya terhadap tindakan saya selama ini kepadanya. Mungkin saya pun ada
salah juga." Haninah menerangkan.
'Itu yang difikirkannya! Tak sangka sampai macam tu
sekali dia cuba menolong aku. Adakah aku ni yang tidak sedar niatnya?' Busran
berbicara dengan hatinya.
"Kalau itu yang Haninah rasakan saya tak mapu nak
kata apa-apa lagi. Tetapi saya sudah berbincang dengan isteri saya, kami akan
bertanggung jawab dengan Haninah sekeluarga. Saya tahu sekarang Haninah dan
keluarga sudah kehilangan tempat bergantung apabila bukan sahaja bapa malah abang
Haninah turut pergi bertemu-Nya." Tuan Bukhari tenang berbicara. Haninah
mula merasakan sesuatu yang penting akan berlaku. Hatinya gelisah.
"Kami dah ambil keputusan untuk menikahi anak sulung
kami, Burhan dengan Haninah. Memang ikutkan anak saya tu masih lagi muda baru
dua puluh tujuh tahun dan masih mentah untuk menjadi ketua keluarga tetapi itu
sahaja pilihan yang kami ada daripada saya yang kahwin dengan Haninah yang
pastinya ditentang hebat oleh isteri saya." Tuan Bukhari menyambung sambil
cuba berlawak. Busran terkejut dengan kata-kata bapanya itu.
'Bila pula papa dengan ibu bincang hal ni?' Busran
bertanya pada dirinya sendiri sambil berfikir.
'Oh! Mungkin masa aku tertidur tadi. Tapi mana boleh
macam ni.' Busran masih lagi berperang dengan dirinya.
"Kami harap Haninah dan makcik akan setuju. Niat
kami baik untuk membantu dan cuba meringankan bebanan Haninah sekeluarga yang
sekarang bergantung kepada Haninah untuk mencari rezeki. Adik-adik semua masih
lagi belajar, kan?" Puan Yasmin pula menambah. Haninah terdiam seketika.
Puan Junaidah pula memandang anak keduanya itu. Dia tahu apa yang sedang
bermain dalam fikiran anaknya itu. Setelah seketika mendiamkan diri Haninah
berbicara.
"Memang adik-adik saya masih belajar tetapi saya
rasa kami masih mampu meneruskan kehidupan kami dengan rezeki yang kami
perolehi. Walaupun saya seorang sahaja yang bekerja, kami ada berkebun
sedikit-sedikit jadi makanan tu Insya-Allah ada untuk kami. Maaf kalau
kata-kata saya menyinggung hati Tuan dan Puan, tapi saya rasa tak perlu
berkorban sampai macam tu sekali hanya semata-mata untuk membantu kerani macam
saya ni. Tak perlu dikorbankan hati dan perasaan anak sulung Tuan dan Puan
untuk saya sekeluarga." Haninah tenang dan lancar menyuarakan hatinya.
"Tak pe, saya setuju untuk tunaikan hasrat papa dan
ibu saya. Saya sudi terima jodoh yang telah dipilih oleh mereka untuk saya.
walaupun saya tidak pernah kenal Haninah tetapi setelah mendengar perbincangan
mereka dengan Haninah, saya yakin pilihan mereka tepat." Burhan muncul di
muka pintu dengan senyuman manis menyangkal Haninah tentang dirinya tadi. Semua
yang ada memerhatikannya di muka pintu tersebut.
"Burhan, sayang dah sampai." Puan Yasmin
mendapatkan anaknya.
"Assalammualaikum. Maaf tadi bercakap tanpa memberi
salam terlebih dahulu." Burhan memohon maaf.
"Masuklah nak. Masuk. Hanisah bawakan satu cawan
lagi air kopi." Puan Junaidah berkata dengan ceria.
"Eh! Along. Macam mana ko leh cari rumah ni?"
Busran yang terkejut dengan kemunculan abangnya itu bertanya.
"GPS ka nada. Jadi tak susah nak cari kalau dah
dapat lokasinya. Tul tak papa?" Sempat Burhan bergurau dengan adik dan
bapanya.
'Aduh! Bertambah masalah aku ni. Ya Allah apa percaturan
yang cuba Kau tunjukan kepadaku. Adakah ini semua hikmah dan rezeki yang ingin
Kau berikan kepada hamba-Mu yang hina ini?' Haninah monolog sendirian. Dia mula
memandang Burhan yang duduk dihadapanya. Seorang pemuda yang tegap, manis malah
lebih menawan daripada Busran. Itu pada pandangan kudus Haninah.
"Abis tu macam mana, Haninah?. Awak dah jumpa dan
dengar sendiri kata-kata daripada Burhan, kan. Awak setuju ker tidak?"
Puan Yasmin inginkan kepastian. Haninah masih lagi mendiamkan diri.
"Saya se….." Belum pun sempat Haninah
meneruskan kata-katanya Busran memotong.
"Tak saya tak setuju. Biar saya yang bertanggung
jawab. Semua ni pun berlaku sebab saya jadi biar saya yang nikah dengan
Haninah. Saya akan bertanggung jawab sepenuhnya dengan Haninah dan
keluarganya." Busran bersuara dengan lantangnya. Terkejut Puan Junaidah
mendengarnya.
"Astaghirullaha halazim!" Haninah yang terkejut
dengan kata-kata Busran mula mengurut belakang dada ibunya.
"Kamu ni Busran, kalau nak bersuara pun, tak
perlulah lantang macam tu. Buat terkejut orang jer. Nasib baik tak de yang kena
serangan jantung." Puan Yasmin menegur.
"Maaf." Busran menyesal sambil menundukkan
sedikit wajahnya.
"Maksud kamu, kamu sendiri yang nak menikahi Haninah
dan tidak mahu kami nikahkannya dengan along kamu ni? Tapi macam mana kamu nak
meyaranya? Kamu kan masih lagi belajar? SPM pun tak ambil lagi? Cuba kamu
cerita sikit." Tuan Bukhari tegas bertanya.
"Betul tu, Busran. Kamu jangan ingat nak menyara
anak orang macam nak menyara anak kucing. Berat tanggung jawabnya." Puan
Yasmin kembali bersuara.
"Betul tu Alang. Along tak kisah pun nikah dengan
Haninah ni. Along bukan ada yang istimewa pun. Along boleh jer gantikan
Alang." Burhan pula menyampuk.
"Busran tetap dengan keputusan Busran. Buat masa
sekarang memang Busran tak mampu nak cari nafkah sendiri tapi Busran boleh
gunakan duit poket yang papa bagi kat Busran setiap bulan tu untuk sara Haninah
dan keluarganya. Bila tamat jer SPM, Busran akan cari kerja tak pun Busran
kerja dengan syarikat cawangan papa yang nak dibuka di Ipoh ni. Haninah pun
boleh kerja sekali kat sana nanti. Senang dan jimat pergi balik kerja, sekali.
Busran tak kisah kalau kena kerja sebagai kerani cabuk jer dulu pun asalkan
dapat cari rezeki yang halal." Busran semangat menerangkan.
"Habis tu, sayang tak nak sambung belajar ker? Tak
kan sayang nak kerja kerani sepanjang hidup. Dunia sekarang semakin lama
semakin tinggi taraf hidup. Ibu tak yakin Busran mampu nak buat semua tu. Kita
biarkan sahaja Along yang kahwin dengan Haninah ye, sayang?" Puan Yasmin
cuba menyedarkannya.
"Kenapa semua orang rasa Busran tak mampu nak buat?
Busran belum lakukan apa-apa lagi semua dah fikir yang Busran tak mampu. Semua
yang Busran nak cuba buat semua orang kata tak mampu, tak boleh. Habis tu
sampai bila baru boleh? Kali ni boleh tak ibu, papa dan Along tolong Busran.
Tolong yakin dengan Busran. Insya-Allah Busran akan cuba buat yang terbaik. Jodoh
pertemuan, rezeki semuanya ditangan Allah. Sesiapa pun tidak mampu nak
mengatakan rezeki Busran nanti tidak mampu menyara Haninah sekeluarga sekiranya
Allah menyatakan ianya cukup. Kun fayakun! Jadi maka jadilah!" Busran
tegas menjelaskan. Lagak persis Tuan Bukhari. Haninah memerhatikan kedua
beranak yang mempunyai perwatakan hampir sama itu. Semua masih tekun mendengar
penjelasan Busran.
"Lagipun…. Busran rasa Busran dah sukakan Haninah.
Busran rasa tak mampu nak lepaskan dia kepada Along. Busran pun rasa tak mampu
nak berjauhan dengan dia lagi. Busran harap semuanya faham perasaan
Busran." Busran menyambung. Suasana tegang tadi kembali sedikit tenang.
"Maaflah makcik mencelah. Makcik bukan membangkang
ataupun menyokong tetapi sebagai orang yang paling tua, makcik fikir kita
tangguhkan dulu perkara ni. Kami pun masih dalam kesedihan. Apa kata
masing-masing cuba buat solat ishtikharah. Dalam masa sebulan dua ni kita semua
buat solat ishtikharah dan menyerahkan kepada-Nya menunjukkan jalan kepada
kita. Insya-Allah dalam masa tu rezeki kami masih ada untuk kami teruskan hidup
kami. Tak perlu semuanya risau. Boleh, semua?" Puan Junaidah menyatakan
rasa hatinya. Semua terdiam mendengarnya.
"Maafkan kami, makcik. Mungkin kami terlalu ikutkan
perasaan tanpa sedar kesedihan yang makcik sekeluarga alami kini. Ye la, kita
tangguhkan dulu perkara ni. Tapi kalau makcik tak keberatan, buat sementara
waktu ni saya sekeluarga akan membantu makcik sekeluarga dengan membekalkan
sedikit duit belanja keperluan harian. Harap makcik tidak menolak." Tuan
Bukhari memutuskan.
"Alhamdulillah, rezeki tidak baik ditolak.
Insya-Allah jasa baik Tuan sekeluarga akan mendapat balasan Allah. Kami ucapkan
berbanyak terima kasih atas kesudian Tuan tu." Puan Junaidah menerima
dengan hati terbuka. Semua tersenyum kecuali Haninah dan Busran yang
masing-masing masih melayan hati masing-masing.
******************************
Majlis Tahlil berjalan dengan lancarnya. Ramai yang
datang dengan niat menyedekahkan surah yasin dan bacaan doa buat kedua-dua anak
beranak yang telah pergi menghadap-Nya. Jamuan ringan turut disediakan oleh
sanak-saudara Haninah yang mereka disediakan di rumah mereka sendiri. Seketika
selepas itu, tetamu mula beransur-ansur pulang. Haninah, Busran, Burhan dan
beberapa sanak-saudara Haninah mengemaskan meja hidangan yang ditempah khas
oleh Tuan Bukhari bagi memudahkan urusan tersebut.
"Haninah, kenapa awak tak marah langsung dengan saya?
Saya buat macam tu kat awak pun awak masih bersabar. Kenapa awak tak jemu-jemu
nak menolong dan menegur saya? Walaupun saya herdik awak, caci awak, kutuk
awak." Busran bertanya semasa dia berdekatan dengan Haninah yang masih
ligat mengemas.
"Amboi! Sedapnya panggil saya Haninah. Mana makcik,
akak yang biasa awak gunakan untuk panggil saya sebelum ni?" Haninah cuba
mengalihkan topic.
"Tak perlu semua tu. Tak lama lagi kita akan bersatu
juga." Busran tersenyum lebar.
"Tak malu, siapa yang nak dengan dia, entah."
Haninah mengejek.
"Ye ker, tak nak. Kalau tak nak tak la awak cakap
macam tu. Betul tak?" Busran pula bermain tarik tali.
"Tak kuasa layan songeh awak." Haninah
meneruskan kerjanya.
"Soalan saya awak tak jawab lagi? Tolong jawab
jangan mengelak." Busran tegas.
"
Rasulullah saw bersabda, 'Perumpamaan orang-orang yang beriman itu dalam hal
mereka saling mencintai, kasih mengasihi dan bertimbang rasa sesama mereka,
adalah seperti sebuah tubuh badan. Apabila mana-mana anggota ditimpa penyakit
maka seluruh anggota turu serta berjaga malam dan mersakan demam.' Itulah diri saya. Saya tak mampu nak
mengelak daripada rasa kasih dan sayang saya kepada sesama Muslim. Saya pasti
nak menegur, membantu dan mengingatkan selagi saya mampu biarpun rakan-rakan atau
ada orang yang saya tegur menganggap saya sekadar menyibuk atau berlagak
pandai. Yang pasti saya buat semua ni kerana Dia. Mungkin kail saya panjang
sejengkal sahaja tetapi tidak salah saya cuba ingat-mengingatkan kepada
kebaikan dan berpesan-pesan kepada keburukan."
"Itulah yang saya suka dengan
awak. Saya berharap sangat yang awak juga akan yakin kepada saya, kepada niat
suci saya tadi seperti mana awak yakin dengan diri awak dan niat awak
itu." Busran tersenyum manis kepada Haninah. Haninah dapat merasakan
kelainan kepada diri Busran kini.
"Tengoklah nanti." Haninah
sengaja menguji Busran sambil menyimpan senyum.
"Okey, kalau awak tak nak, saya
tak akan pulangkan beg tangan awak. Biar saya simpan buat pekasam." Busran
cuba menggertak.
"Kejap jer okeynya. Dah datang
balik perangai samseng budak sekolah, dia tu. Macam mana nak yakin?"
Haninah menegur.
"Jadi kiranya awak yakinlah,
ye? Awak sudi terima sayalah, ye?" Busran teruja. Haninah tersenyum sambil
tergelak kecil dengan telatah Busran. Dalam hatinya dia berkata;
'Tak kanlah suami ku seorang pelajar
sekolah. Mak biar betul? Tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana lagi kan.
Jodoh pertemuan, rezeki, ajal maut di tangan-Nya. Perancangan-Nya hebat dan
terperinci daripada perancangan kita hamba-Nya.' Busran membalas senyuman
Haninah dengan hati yang penuh bunga.
~ TAMAT ~